Home TIPS KURUS 6 Tips untuk Membantu Mengatasi Kebosanan Terhadap Diet Anda
6 Tips untuk Membantu Mengatasi Kebosanan Terhadap Diet Anda

6 Tips untuk Membantu Mengatasi Kebosanan Terhadap Diet Anda

0
0

Selalu saya mendapat komen dan rungutan mengatakan kebosanan terhadap diet yang di amalkan. Sekiranya anda berasa bosan dengan diet anda, anda mungkin tidak boleh meneruskannya lagi. Berikut merupakan tips-tips yang praktikal untuk mengatasi masalah anda ini.

Berasa bosan dengan diet anda? Ia boleh jadi suatu berita yang menggembirakan dan boleh jadi juga menjadi suatu yang menyedihkan. Berita baiknya ialah sekiranya anda bosan dengan diet anda, ia mungkin bermakna anda sebelum ini telah diikat dengan plan pemakanan yang ketat.

Apabila anda makan makanan yang sama setiap hari, anda boleh jadi berkemungkinan akan kurang makan selepas itu. Namun, berita sedihnya pula sebab anda kurang makan adalah disebabkan oleh anda sudah bosan dengan diet anda maka ia boleh menimbulkan masalah. Apabila anda mengalami gejala ini, maka anda akhirnya akan berkemungkinan besar meninggalkan terus perancangan diet anda itu.

Mengapakah Anda Menjadi Bosan dengan Diet?

Terdapat dua sebab mengapa seseorang mula meninggalkan diet. Pertama, sekiranya anda bergantung kepada satu pelan dan anda ingin mendapatkan hasilnya, anda mungkin berasa risau sekiranya anda makan apa-apa yang boleh membantutkan usaha ini. Namun, apabila anda makan makanan yang sama setiap hari, sebagaimana ia agak membosankan, lebih mudahlah untuk anda mendapatkan hasilnya.

Apabila anda mengatakan anda bosan dengan diet anda, ia menunjukkan bahawa ketika sampai satu tahap, anda akhirnya akan meninggalkan diet tersebut. Namun, anda perlu ingat bahawa pengurangan berat badan merupakan satu latihan dalam mengekalkan berat badan.

Makanan dan hidangan anda anda makan ketika anda mengurangkan berat badan adalah sama seperti apa yang anda akan makan ketika anda bertukar kepada mod penambahbaikan. Sekiranyaa anda mula bosan dengan diet anda sekarang, anda berkemungkinan akan kembali kepada tabiat yang lama dan lihatlah berat badan anda mula bertambah semula.

Bagaimana untuk Mengelakkannya?

1.Cuba buah-buahan dan sayur-sayuran baru

Belajar untuk menyukai pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu anda untuk mengekalkan keinginan anda. Dalam masa yang sama, anda juga boleh memberikan nutrien kepada tubuh badan anda.

Sekiranya anda tidak boleh berhadapan dengan bayam setiap hari sebagai contoh, anda boleh cuba mustard hijau pedas, kale atau Swiss chard. Tidaklah bermakana sekiranya hidangan anda memiliki buah straberi menjadikan anda tidak boleh mencuba buah-buahan yag lebih eksotik seperti buah kiwi sebagai ganti.

2.Ubah Waktu Hidangan

Pelan hidangan adalah bertujuan untuk mengagihkan makanan anda mengikut waktu-waktu makan tertentu sepanjang hari. Namun, ia tidak bermakna anda tidak boleh mengubahnya sedikit. Anda mungkin bercadang untuk makan hidangan snek berprotein yang sederhana namun anda merasakan anda tidak ada selera untuk memakannya.Maka, caranya ialah dengan menangguhkan hidangan snek tersebut sekiranya boleh.

Namun, apabila anda perlukan hidangan yang bersaiz agak besar, teruskan sahaja. Waktu ketika anda mengambil kalori akan memberikan sedikit perubahan selagi mana anda tidak melebihi apa yang anda perlukan untuk setiap hari.

3.Tambahkan Lebih Perisa kepada Makanan Anda

Pada hemat saya, hampir kebanyakan orang yang ingin mengamalkan diet, mereka terpaksa menghalang diri mereka daripada makan makanan yang berperisa. Anda sebenarnya boleh menambahkan perisa yang bersumberkan herba, rempah , jus citrus, halia, bawang ataupun cuka.

 Bayam stim yang segar pada asalnya sudah memang rasanya elok. Namun, adalah lebih baik untuk anda sertakan juga bawang merah serta sedikit cuka bersamanya.

4.Ubahsuai Resipi Kegemaran Anda

Untuk mengelakkan rasa bosan ketika berdiet adalah dengan cara tidak makan makanan kegemaran anda secara kerap. Anda boleh cuba ubah resipi makanan kegemaran anda itu tanpa merosakkan diet anda. Sekali anda menguasai satu-satu resipi, kongsikan dengan rakan-rakan anda. Betapa hebatnya sekiranya anda boleh membina satu resipi sihat yang baharu dengan segera.

5.Cari Hidangan di Restoran yang Menyerupai Pelan Pemakanan Anda

Berdiet boleh membosankan sekiranya anda tidak boleh makan di luar. Caranya ialah dengan mencari mana-mana restoran yang menghidangkan makanan yang selari dengan diet anda. Terdapat sesetengah hidangan Asia dan Mediterranean sebagai contoh menghidangkan hidangan yang kaya dengan sayur-sayuran dan protein. Dapatkan juga maklumat nutrisi secara atas talian yang mana akan membantu anda memesan makanan.

6.Simpankan Sedikit Kalori Setiap Minggu

Kadang kala rasa bosan ini tidaklah berlarutan sehingga ke hujung minggu. Apabila tiba hujung minggu, kita ingin juga membuat sedikit perubahan. Ada sesetengah orang yang membuang sedikit kalori mereka setiap hari di sepanjang minggu. Sekiranya anda ingin melakukan sedemikian, pastikan anda tahu berapa banyakkah kalori yang anda simpan dan berapa banyak pula yang telah hilang.

Oleh itu, ambil tindakan segera tanpa menggangu pelan pemakanan anda. Benarkan diri anda untuk berbelanja sedikit untuk makanan supaya dapat mengurangkan rasa bosan kepada diet anda.

Yang penting anda ada ilmu tentang pemakanan dan bukan hanya mengikut menu yang diberikan. Bila ada ilmu anda mampu ubah pemakanan anda menjadi lebih sihat dan tidaklah membosankan.

Penting tau ILMU …jangan nak diet caca merba !!

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *