Home TIPS KESIHATAN 6 Sebab Elakkan Penggantian Makanan kepada Shakes
6 Sebab Elakkan Penggantian Makanan kepada Shakes

6 Sebab Elakkan Penggantian Makanan kepada Shakes

0
0

Dalam dunia yang ideal ini, kita masing-masing berusaha untuk menyediakan makanan yang sihat tambahan pula untuk duduk dan makan dengan penuh rasa tenang. Namun, masyarakat kini semakin sibuk dan muncullah pelbagai penggantian makanan kepada shakes, dan tidak hairanlah apabila mereka menggantikan makanan mereka dengan shake dan snek yang semakin polular di dekad ini.

Masa bukanlah satu-satunya penghalang yang menyebabkan orang dewasa tidak boleh menyediakan dan menikmati makanan yang segar. Bagi mereka yang sudah berusia serta yang menghidap pelbagai penyakit seperti gastrik dan penyakit Crohn’s kadang kala kurang berselera untuk mengambil makanan yang cukup kalori untuk memberikan tenaga kepada tubuh badan mereka.

Elakkan Penggantian Makanan Kepada Shakes

Tambahan pula, beberapa pendapat mengatakan bahawa penggantian produk ‘pasang siap’ ini berkesan untuk mengurangkan berat badan secara pantas. Sekiranya anda tergolong dalam ketegori ini iaitu anda tidak memiliki masa yang cukup untuk memasak makanan segar, anda secara fizikalnya tidak dapat mengambil makanan yang cukup nutriennya atau jika anda ialahseorang yang berusaha untuk berdiet, anda mungkin merasakan bahawa menggantikan makanan kepada ‘shake’ adalah jawapannya.

Walaupun tiada keraguan yang diberikan oleh makanan gantian ini, kebanyakan orang yang menggantikan makanan kepada ‘shake’ ini baik yang dalam bentuk bar, beku dan sebagainya juga terdapat beberapa keburukannya juga.

Hanya disebabkan satu produk yang diiklankan sihat dan mendakwa akan memberikan vitamin dan mineral yang diperlukan adalah tidak bermakna ia sememangnya merupakan pilihan yang baik. Sebagai contoh: Beberapa ‘shake’ yang menggantikan makanan mengandungi pelbagai ramuan di dalamnya.

Kebanyakannya adalah makanan yang bersifat makanan proses ultra dan sukar untuk dihadam, tambahan pula 20 gram gula ditambah bagi setiap botol kecil.

Pakar daripada Harvard Vanguard Medical Associates di Boston telah mengatakan, “Semua makanan memberikan nutrien yang lebih baik dan seimbang berbanding makanan gantian tambahan pula makanan sebenar memaksa anda untuk membuat pilihan yang membantu anda untuk mengekalkan berat badan dalam tempoh akan datang.”

Ubah Gaya Hidup

Apakah pengganti makanan yang lebih baik yang membantu untuk memastikan anda kekal berpuas hati dan mendapatkan tenaga yang cukup sepanjang hari anda ? Sekiranya anda lebih menggemari makanan berbentuk cecair, saya cadangkan smoothie buatan sendiri yang disediakan daripada serbuk sumber protien semula jadi dan mengandungi lemak sihat lebih-lebih lagi seperti minyak kelapa.

Tambahan pula, anda juga dengan mudah boleh menambahkan makanan seperti yougurt organik, sayur-sayuran segar, kekacang dan bijian dengan menyediakan hidangan seperti jus hijau, sup atau stew.

Sentiasa ingat dalam minda bahawa sekiranya matlamat utama anda ialah untuk mengurangkan berat badan anda, adalah lebih baik untuk mengelakkan ‘jalan pintas’ dan fokus untuk membina gaya hidup yang berterusan seperti bersenam, mengurangkan tekanan serta mendapatkan tidur yang cukup di samping sentiasa berpegang dengan diet yang sihat.

Apakah Makanan yang Boleh Menggantikan ‘Shake’ ?

Pengganti kepada makanan seperti ‘shake’ ini kebiasaannya diproses dan menjadi produk yang anda minum pada waktu makan utama anda seperti sarapan, makan tengah hari dan makan malam. ‘Shake’ ini kebiasaannya digunakan untuk meningkatkan atau mengurangkan kalori, mendapatkan vitamin dan mineral yang cukup dengan cara yang mudah, memendekkan masa makan anda ketika anda ingin cepat atau anda tidak memiliki masa yang cukup untuk memasak atau pun bagi mereka yang tidak memiliki selera untuk makan.

Dalam sesetengah keadaan, snek pra-siap seperti yang disediakan dalam bentuk bar atau jus dapat membantu anda untuk memberikan kepuasan antara makan dan mengekalkan paras gula dalam darah anda daripada jatuh serta mengelakkan anda daripada terlebih makan pada waktu makan seterusnya.

Namun, disebabkan oleh produk ini perlu disimpan di dalam bekas simpanan untuk tempoh yang lama, boleh jadi ia tidak lagi sesegar seperti yang mula-mula. Tambahan pula kebanyakan bahan-bahannya adalah diproses dan tidak ideal.

 Adakah Ia Benar-benar Sihat

Sebuah syarikat bernama  mengeluarkan beberapa produk ‘shake’ popular bagi menggantikan makanan yang dijual di pasaran. Mereka mendakwa bahawa mereka ada menawarkan beberapa produk pilihan bergantung kepada samada anda seorang yang sedang berdiet, yang berusia atau yang sengaja mahu menambah berat badan. Apa yang ditawarkan oleh syarikat seperti ini tidak banyak beza seperti satu iklan ?

Berikut merupakan bahan-bahan yang terkandung di dalam satu hidangan ‘shake’ Milk Chocolate:

  • Air, jagung Maltodextrin, Gula,Minyak sayuran yang dikisar (Canola, Jagung), Protien susu pekat, protien soya, serbuk koko (diproses dengan alkali).
  • Kurang daripada 0.5% : susu bukan lemak, magnesium fosfat, sodium citrat, lekitin soya, perisa semula jadi dan tambahan, potasium citrat, kolin klorida, asid askorbik, gel selulosa, karagenan, garam, fosfat ferrik, dl-Alpha-Tocopheryl Acetate, zink sulfat, niacinamida,sulfat manganes, kalsium pantotenat, kuprum sulfat, tiamin klorida hidroklorida, ribiflavin, asid folik, biotin, kromium klorida, sodium molibdate, sodium selenat, potassium iodida, vitamin B12 dan vitamin D3.

6 Sebab Mengapa Makanan Gantian Komersial Sebenarnya Tidak Baik untuk Anda?

1. Vitamin dan Mineralnya adalah Sintetik

Kebanyakan kandungan yang terdapat dalam hidangan ‘shake’ di atas sebenarnya bukanlah asli. Sungguhpun sesetengah makanan gantian memberi tahu ia membekalkan 20 atau lebih vitamin dan mineral yang diperlukan, namun semua itu adalah berbentuk sintetik dan bukanlah dihasilkan daripada makanan. Hasilnya, ia sukar diserap oleh tubuh badan.

Pilih yang lebih baik ? Dapatkan nutrien yang diperlukan daripada makanan yang tidak diproses seperti campuran sayur-sayuran dan buah-buahan, protien yang berkualiti untuk mendapatkan asid amino dan lemak sihat seperti omega 3.

2. Terlalu Banyak Gula Tambahan

Anda akan mendapati bahawa produk makanan gantian tersebut sebenarnya datang dalam bentuk yang menarik seperti coklat atau mentega. Semua ini menjadikan ia kelihatan menyelerakan lebih-lebih lagi apabila ia dilabelkan sebagai rendah kalori.

Namun, tidaklah ia datang begitu sahaja. ‘Shake’ ini kebanyakannya mengandungi banyak gula tambahan (gula berada di tempat ketiga dalam senarai ‘shake’ keluaran syarikat Ensure baik melalui pemanis tiruannya atau gabungan antara gula dan pemanis tiruan tersebut.

Tidak kira bagaimana anda berusaha untuk mengurangkan berat badan atau menambahkan berat badan, gula tambahan masih lagi merupakan sumber kepada kalori yang tidak berkhasiat. Mengambil terlalu banyak gula tambahan boleh menyebabkan kekurangan mood, tenaga lemah, ketidakselesaan perut dan lebih teruk menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

3. Mengandungi Pelbagai Bahan Tiruan

Beberapa bahan yang diproses terkandung di dalam ‘shake’ termasuklah :

  • Minyak sayuran yang ditapis, seperti canola atau minyak jagung yang membawa kepada keradangan. Minyak jenis ini tidak tahan lama namun ia sering kali digunakan disebabkan oleh harganya yang murah.
  • Penstabil makanan seperti gel selulosa atau carragenan. Kajian telah mendapati bahawa ia boleh menyebabkan masalah kepada sistem penceranaan atau bahkan simptom toksiti lebih-lebih lagi apabila diambil secara kerap.
  • Bahan pengawet seperti maltodekstirn yang mengandungi indeks glisemik yang tinggi dan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat mendadak.
  • Pewarna dan penambah perisa seperti aspartame atau sukralosa yang berkait rapat dengan masalah penambahan berat badan dan sakit kepala.

4. Kebanyakannya Adalah Rendah Protien dan Serat

Protien yang berkualiti begitu juga dengan serat adalah kunci kepada kesihatan dan diet yang seimbang. Kedua-duanya membantu untuk memberikan anda rasa puas, meningkatkan kesihatan perut, membantu meningkatkan kesihatan kognitif dan keseimbangan hormon juga imuniti.

Hal ini disebabkan oleh kebanyakan ‘shake’ tidak mengandungi apa-apa makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijian atau sumber-sumber serat yang lain.

Kesemua ini tidak dapat menjadikan anda rasa kenyang untuk tempoh yang lama bahkan sekiranya ada, kalori yang banyak akan diberikan. Protein yang diberikan pula kebanyakannya datang daripada susu konvensional atau serbuk protein yang diproses seperti serbuk soya. Pilihan yang lebih baik ? Makan makanan yang sebenar dengan mencampurkan makronutrien yang anda perlukan.

5. Menyebabkan Keradangan dan Ketidakhadaman Menjadi Lebih Teruk

Sekiranya anda mahu menggantikan makanan disebabkan oleh anda sukar makan makan berserat samada bagi yang sudah berusia, menghadapi masalah giri atau masalah penghadaman, kebergantungan kepada produk ini akan menjadikan keadaan anda lebih teruk.

Gula sering dihubungkan kepada peningkatan kepada keradangan, masalah kerosakan gigi dan kecelaruan hormon yang menguruskan tenaga dan mood anda. Bagi sesiapa yang menghadpi masalah pencernaan yang sensitif, adalah sukar untuk menyerap vitmain sintetik atau menghadam makanan yang mengandungi banyak pengawet dan bahan kimia.

Tambahan pula, kekurangan serat, probiotik dan antioksidan boleh meningkatkan kadar penuaan. Tiada langsung daripada bahan-bahan sintetik ini bermanfaat kepada kesihatan perut dan boleh menyebabkan simptom-simptom keradangan yang akan menjejaskan seluruh tubuh badan.

6. Sebenarnya Tidak Membantu Untuk Mengurangkan Berat Badan (Jika itu yang anda mahukan)

Sekiranya anda berharap untuk mengurangkan berat badan anda, bunyinya seperti meninggalkan makan dan hanya mengambil sedikit makanan sahaja secara terkawal iaitu dengan pengambilan ‘shake’ yang rendah kalori. Namun, cara ini tidak seperti dengan berusaha dalam tempoh yang panjang.

Penggantian makanan untuk mengurangkan berat badan seperti diet SlimFast samada sihat atau tidak bagi mengekalkan berat badan atau mengurangkannya akan menyebabkan anda cepat berasa putus asas, terikat, kurang tenaga, menjadi terasing dan menjadi kebulur untuk makan makaann yang anda gemari.

Beberapa kajian sebenarnya telah mencadangkan anda andai untuk mengurangkan barat badan bukanlah dengan mengurangkan makan atau pengambilan kalori, tetapi bahkan dengan kembali kepada yang asal.

Penggunaan makana pra-bungkus atau bar tidak mengajar anda apa-apa strategi jangka panjang kepada strategi penyediaan makanan sihat, melihat bahagiannya, mengurus kelaparan anda dengan makan secara sedar diri.

Adalah bukan sesuatu yang tidak biasa bagi orang yang berdiet untuk meninggalkan makan di siang hari hanya untuk berlapar di malam harinya. Akhirnya, akan menyebabkan dia akan makan lebih banyak lagi.

Kajian-kajian yang dilakukan bagi mengenal pasti keberkesanan penggantian makanan juga mendapati bahawa hampir separuh daripada mereka yang berusaha untuk kekal dalam program diet selama 16 minggu adalah tidak berjaya.

Tambahan pula, kelesuan, kelaparan dan kebuluran pula didapati menjadi kesannya pula. Bukti tentang keberkesanan program ini juga boleh dipersoalkan. Dalam kajian tersebut mendapat bahawa pesakit tidak mampu untuk mengatakan tidak atau menafikan bahawa mereka akan meninggalkan makan.

5 Makanan Terbaik bagi Menggantikan ‘Shake’ dan Alternatif yang lain.

Sekiranya anda mahu mengambil produk yang menggantikan makanan dari masa ke semasa, cubalah untuk mencari produk yang tidak mengandungi banayk bahan kimia di dalamnya. Produk seperti ini mungkin boleh membantu anda sekarang dan apabila sekiranya anda sangat memerlukan tenaga yang banyak seperti sedang berjalan jauh, ia bukanlah satu amalan yang baik. Jadi, saya cadangkan beberapa alternatif bagi menggantkan makanan yang mana anda boleh menyediakannya sungguhpun anda sedang sibuk.

  • Smoothies Hijau Buatan Sendiri: Satu cara yang meyakinkan untuk mendapatkan antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran melalui diet anda hanya dalam beberapa minit sahaja.
  • Sup Sihat: Satu makanan berkuah yang enam bagi membekalkan anda dengan lebih serat baik daripada sayuran dan herba. Sup selalunya mudah untuk dihadam, mengenyangkan dan boleh disejukbekukan.
  • Protien daripada stok (ayam atau daging): Protien daripada serbuk ini menjadikan ia lebih mudah berbanding mengambil kolegen anti penuaan, asid amino, antioksidan, elektrolit dan pelbagai lagi sebatian yang bersifat menyembuhkan. Ia boleh digunakan dalam ‘shake’. Sup. Stew dan bahkan juga untuk produk yang dibakar seperti kek.
  • Serbuk protien daripada tumbuhan: Saya sering memulakan hari saya dengan satu ‘shake’ buatan sendiri yang mengenyangkan. Namun, ia bebas daripada bahan-bahan sintetik atau penambah perisa. Saya lebih gemar untuk menggunakan serbuk protien yang mudah untuk diserap seperti protein kacang atau serbuk protein hemp.
  • ‘Shake’ yang tinggi kalori untuk Pembinaan Otot: Sekiranya anda sedang mencari cara untuk menambahkan kalori ke dalam diet anda untuk mendapatkan berat badan yang sihat atau ingin membina otok setelah latihan fizikal dilakukan, cubalah ‘shake’ buatan sendiri setiap hari daripada bahan-bahan asli. Untuk memberikan anda rasa puas, saya cadangkan untuk menambahkan bahan-bahan seperti minyak kelapa, kekacang, yogurt, serbuk protein berkualiti, buah-buahan dan madu mentah sebagai penambah perisa.

Sekiranya masalah pencernaan yang anda alami menyebabkan anda pilih untuk mengambil makanan gantian, berikut diberikan beberapa tips lain untuk meningkatkan cara anda menghadam makanan anda:

  • Berbanding dengan makan sikit setiap hari dengan makan banyak setiap hidangan, cuba makan dalam jumlah yang sedikit namun dengan kerap. Makan kira-kira setiap tiga hingga empat jam sekali dapat membantu menormalkan kandungan gula dalam darah serta selera anda.
  • Untuk membantu anda kekal puas dan bertenaga, tumpukan untuk mengambil campuran karbohidrat kompleks, jumlah gula yang sedikit, sedikit lemak sihat dan protein dalam jumlah yang sedarhana.
  • Sentiasa jadikan satu usaha untuk makan makanan yang dapat membantu mengurangkan keradangan dan membantu kepada penyerapan nutrien seperti omega 3 dan probiotik.
  • Cuba untuk mengambil hanya lemak yang sederhana setiap hari. Sasarkan lebih kurang satu hingga dua sudu teh minyak dalam satu-satu masa untuk membantu proses penyerapan lebih-lebih lagi sekiranya anda menghidapi masalah hati dan pundi hempedu.
  • Minum air yang cukup sepanjang hari yang membantu serat untuk menjalankan fungsinya.
  • Cuba membuang diet yang tidak perlu. Cara ini dapat membantu anda mengenal pasti makanan yang bermasalah atau menyebabkan alahan.
  • Kunyah makanan dengan betul.
  • Cuba gunakan enzim pencernaan sekiranya perlu untuk memberikan lebih penyerapan nutrien yang anda makan.
  • Jika anda bercadang untuk mencuba program penggantian makanan untuk mengurangkan berat badan, adalah lebih baik dengan cara makan yang sihat seperti makan makanan yang kaya dengan serat, mengurangkan kalori dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Tanggapan Terakhir Berkenaan Penggantian Makanan oleh ‘Shake’

  • Produk ‘shake’ ini kebiasaannya diproses, dibotolkan dan diambil oleh mereka yang dengan cara meminumnya bagi menggantikan waktu makan utama mereka. Mereka yang berdiet, warga tua dan mereka yang tidak memiliki masa yang banyak untuk memasak serta yang menghidap masalah pencernaan seringkali menjadikan produk ini sebagai pilihan mereka.
  • Beberapa bahan yang terkandung di dalam produk tersebut adalah tinggi gulanya, mengandungi bahan tambahan dan vitamin juga mineral sintetik.
  • Alternatif terbaik ialah dengan menyediakan smoothie buatan sendiri, mengambil serbuk protein berasaskan tumbuhan, minum jus hijau segar atau menyediakan sup yang ringkas andai masa tidak mencukupi.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *