Home KISAH KU 6 Pesanan Buat Mereka Yang Pernah Jatuh Untuk Bangkit Kembali
6 Pesanan Buat Mereka Yang Pernah Jatuh Untuk Bangkit Kembali

6 Pesanan Buat Mereka Yang Pernah Jatuh Untuk Bangkit Kembali

0
0

Manusia yang pernah jatuh pasti akan temui jalan untuk bangkit kembali. Tipulah kan kalau saya kata saya ni tak pernah jatuh atau hadapi kegagalan. Kegagalan tu biasa kita hadapi dan untuk capai kejayaan segala onak duri akan kita tempuhi

Meh nak cerita sedikit pengalaman jatuh bangun, perit yang terasa dan pedih yang menikam semua dah saya lalui selama bergelumang dalam dunia online ni.

Dulu tak pernah terfikir pun terjun dalam bidang ni, atas desakan kehidupan yang masa tu dah nampak jalan mati bagi saya.

Pesanan Buat Mereka Yang Pernah Jatuh Untuk Bangkit Kembali

Tahun 2013 bermula cerita diberhentikan kerja secara mendadak, tak pernah terfikir kena buang kerja dan masa tu takda duit simpanan banyak mana pun sebab tak bersedia diberhentikan.

Berbekalkan muka tak tahu malu atau terpaksa tahan malu. mula melangkah jual shawl, korang bayangkan yang selama ni tak pernah pakai shawl dan tak tau apa-apa pasal shawl atau tudung tiba-tiba jadi pakar . Mujurlaa aku tak terjebak buat tutorial pakai shawl haha.

Jalan tar jadi port istimewa jumpa supplier dan Jakel pun aku terjah kononnya nak buat brand sendiri. sempatlah cipta brand shawl Aisha Qaisara dengan kak Rusfahanita Anita , rumah dia jadi port aku shooting gambar.Terima kasih kak masa tu beri saya semangat. Ya Allah menulis ni pun aku menitis air mata teringat-ingat segala kepayahan ke sana ke mari dengan CLK aku tu.

Jual shawl tak lama ,balik kampung bulan Oktober 2013 untuk jaga arwah mek. sempat jaga selama 2 minggu dan terpaksa balik KL semula untuk teruskan hidup sebagai peniaga jalanan. Masa ni mana-mana port kat putrajaya aku terjah aku untuk meneruskan kelangsungan hidup. perit memang perit boh tapi itulah namanya kehidupan.

Hidup terumbang ambing lagi masa tuh dan buat aku lagi hilang arah bila 29 Januari 2014 Arwah mek aku Raja Yah meninggalkan aku dan adik beradik selamanya. Kompas dan penyejuk hati mengadu domba dah takda , memang buatkan aku rasa lost. orang yang fahami dan pernah hadapi pasti tahu kan apa rasa bila orang yang paling kita sayang pergi selamanya. Al Fatihah buat mek.

Aku ambil masa 3 bulan untuk bangkit dan teruskan hidup. aku pernah kemurungan dan menangis sorang-sorang dalam bilik air sebab rasa Ya Allah beratnya bebanan yang aku tanggung. tiada siapa yang tahu sebab senyuman ini ku sembunyikan sebuah keperitan. Mujur ada akak aku , kak nor , kak zan , kakyah dan adik beradik yang lain tempat aku meluahkan kegusaran.

masa ini umur 35 dan you have nothing dan bila kau tengok kawan-kawan lain dah ada kerjaya dan pangkat besar mesti kau akan rasa rendah diri kan. inilah sebabnya aku ‘putuskan’ hubungan dengan kawan-kawan sebab aku rasa aku tak layak berkawan dengan mereka semua. masa ni keyakinan diri memang tahap paling rendah.

Bulan July 2014 kami adik beradik sepakat jual serunding , aku jadi head marketing. Alhamdulillah ini permulaan aku bangkit kembali..

Panjang lagi sebenarnya nantilah aku sambung ek tapi pengajaran yang aku dapat dengan apa aku hadapi ni ni antaranya:

1.Keluarga Jangan Dilupakan

keluarga adalah segalanya, jangan sesekali korang buang keluarga masa senang dan juga masa susah. hanya keluarga yang dapat terima baik dan buruknya kau.

2.Kenal Kawan atau lawan

kawan datang dan pergi, masa ini kau akan kenal siapa kawan sejati dan kawan yang akan buatkan kau lagi rasa macam nak mati !

3. Jangan Putus Asa Never!

Jika kita pernah gagal jangan risau pasti kita akan bangkit kembali. memang jalan penuh liku , tajamnya duri ada di mana-mana tapi kita boleh jadi mesin rumput yang akan buang semua duri dan lalang yang jadi halangan.

4. Percaya Pada Diri Sendiri

percaya pada diri sendiri. Always put yourself first. Ada aku kisah apa orang nak cakap pasal. teruskan aje dan move on.

5.Cari Sahabat Sejati

Tak perlu kawan ramai hanya perlu seorang sahaja sahabat sejati yang masa jatuh dia ada dan masa bahagia pun dia ada. kadang-kadang mulut kawan ni boleh tahan tapi kau terima dan belajar dari kesilapan.

6. Jangan Jadi Pemalas

kita bukan bangsa pemalas. buat dan terus buat. Jangan terlalu fikirkan yang negatif , maju ke depan kalau ada roadblock berhenti sekejap dan lihat apa yang kekurangan dan patah balik. jangan nak rempuh roadblock tu kalau dah tahu nak kena saman. Berfikir dulu ya.

aku kongsikan cerita ini sebab aku nak sahabat semua ketahui yang jika kita pernah jatuh jangan sesekali putus asa. InsyaAllah saya akan kongsikan bagaimana bermula jadi blogger. Tunggu next episod. dah macam drama

Begitu juga dalam proses nak turunkan  berat badan pasti ada sahaja halangan yang mendatang, tapi ingatlah pesanan saya jangan sesekali putus asa, anda hebat dan anda boleh lakukan

Tengku Asmadi
Anak Penoreh Getah Bangkit

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *