Home TIPS KURUS 6 Langkah Untuk Memperbaiki Pemakanan Sihat Anda Seharian
6 Langkah Untuk Memperbaiki Pemakanan Sihat Anda Seharian

6 Langkah Untuk Memperbaiki Pemakanan Sihat Anda Seharian

0
1

Merungut, mengeluh dengan pemakanan sihat yang membosankan? Beberapa langkah yang mudah boleh membantu anda untuk memperbaiki pemakanan sihat dengan lebih baik serta memperbaiki keseluruhan diet anda.

Kadang kala sukar untuk anda mulakan langkah pertama apabila anda tahu diet anda tidak sebagus apa yang anda mahukan dan dalam masa yang sama anda juga anda mahu untuk makan dengan lebih baik.

Perbaiki Pemakanan Sihat Seharian

Ditambah   dengan lambakan maklumat yang ada di sekeliling anda tentang apa itu diet yang sihat. Namun begitu, sumber-sumbernya tidaklah semuanya diterima.

Adakah dengan cara makan yang lebih baik bermakna anda akan bebas daripada gluten? Atau vegeterian? Adakah anda akan mendapatkan diet yang lebih baik sekiranya anda hanya makan makanan yang mentah sahaja? Atau, adakah anda perlu makan seperti manusia yang tinggal di gua?

Dalam hal ini sering kali terdapat satu trend dalam soal diet dan nasihat pemakanan, namun hanya kerana “semua orang melakukannya” tidaklah bermakna ia merupakan diet yang sesuai untuk anda.

Caranya ialah dengan mengetahui cara bagaimana untuk anda makan dengan lebih baik dari sekarang dan bukannya hanya menunggu sehingga satu trend yang baru muncul.

Makan dengan Lebih Baik Jadikan Ia Urusan Peribadi

Setelah dirumuskan, komponen-komponen asas untuk diet yang sihat adalah amat mudah. Anda perlukan protein yang mencukupi, sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak, sedikit kanji dalam bentuk bijian penuh atau kekacang, sedikit “lemak sihat” sebagai penambah perisa dan bendalir untuk mengekalkan anda sentiasa kekal hidrat.

Kemudian, susun kesemua komponen itu menjadi satu corak pemakanan yang sesuai dengan anda.

Kunci utamanya ialah dengan cara mencari makanan yang sesuai untuk anda dan dalam masa yang sama juga berkhasiat untuk anda.

Semuanya sudah ada di luar sana, percayalah. Dengan pilihan yang banyak ini, serta ditambah dengan sedikit uji kaji, anda sudah pasti mampu mencari pelbagai makanan yang sesuai untuk anda.

Hanya disebabkan oleh semua orang makan kale, anda pun cuba makan juga. Namun, apakan daya ia tidak dapat memasuki mulut anda.

Hal ini tidak bermakna anda tidak perlu memakannya. Terdapat pelbagai jenis lagi sayur-sayuran hijau yang sememangnya mengandungi khasiat yang sama dengan kale. Biasakan diri kepada sesuatu yang anda tidak suka kerana ia baik untuk anda merupakan satu permulaan yang baik.

6 Tips untuk Pemakanan Sihat yang Lebih Baik

1.Pilih Protein yang Menyihatkan

Masalah akan timbul sekiranya anda tidak berhati-hati ketika memilih protein untuk dimakan. Akhirnya akan menyebabkan anda berakhir dengan pengambilan lemak yang berlebihan.

Sekiranya lemak yang datang itu daripada daging cincang biasa yang merupakan sumber protein anda, anda perlu membuat pilihan yang lain.

Langkah pertama yang anda boleh lakukan ialah dengan menggantikan daging cincang yang biasa tersebut kepada daging cincang yang hanya mengandungi isinya sahaja tanpa lemak di dalamnya.

Malangnya perbezaan antara kedua-dua jenis daging tersebut sukar dikenal pasti apabila ia sudah dimasak.

Apabila anda sudah bersedia untuk cuba menambah lebih banyak ikan ke dalam diet anda, anda boleh cuba mulakan dengan sesuatu yang biasa bagi anda. Mungkin anda boleh gunakan udang atau ikan tuna atau ikan tongkol atau ikan “aya’ bak kata orang pantai timur.

Lihat kepada resipi anda setiap hari dan kenal pasti sekiranya anda boleh menggantikan daging yang berlemak itu mungkin di dalam sos pasta atau di dalam taco. Kacang sebagai contoh memiliki rasa yang lembut dan sangat rendah kandungan lemaknya.

Anda juga boleh sediakan satu steu vegeterian, tambahkan semua itu ke dalam sup ataupun kisarkannya di dalam mesin pengisar bersama sedikit minyak zaitun dan bawang putih untuk satu sos pencicah sayur-sayuran yang dimakan mentah.

Tofu juga sesuai untuk anda cuba juga. Ia memiliki rasa yang lembut dan sangat sesuai digunakan di dalam sup dan juga makanan yang bertumis bahkan ia juga boleh dipanggang.

2.Makan Lebih Banyak Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Mereka yang tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang cukup sering kali memberikan alasan kerana mereka tidak menyukainya. Ia hanya disebabkan oleh ia tidak selalu ada pada mereka atau makanan ini mudah rosak sebelum mereka sempat makan ataupun memasaknya.

Cara yang mudah ialah dengan cara memenuhkan bekalan peti sejuk anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah dipek.

Hal ini kerana buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah disejuk bekukan masih lagi mengandungi nutrien yang sama seperti yang segar dan anda tidak lagi perlu risau soal ia mudah rosak.

Adalah mudah untuk menambahkan buah-buahan di dalam minuman shake atau yogurt anda atau tambahkan sayur-sayuran ke dalam sup, telur dadar, pasta dan sebagainya.

Letakkan semangkuk buah-buahan segar di atas kaunter dapur anda dan potongkan sayur-sayuran untuk disimpan di dalam peti sejuk.

Pastikan ia disimpan di tempat yang mudah dilihat supaya anda terdorong untuk memakannya lagi.  Jadikan sebagai sasaran untuk masukkan buah-buahan atau sayur-sayuran di dalam setiap hidangan atau snek anda.

Ketika mana anda keluar makan di luar, lebihkan sayur-sayuran dan elakkan makanan berkanji atau mulakan dengan salad yang berwarna-warni atau sup sayur.

Selain itu, jadikan sebagai amalan untuk menjadikan buah-buahan sebagai pembuka selera. Sekiranya rasa sayur-sayuran itu yang menyebabkan anda tidak mahu memakannya, maka anda boleh cari cara-cara yang baru untuk menambahkan perisa kepadanya.

3.Gantikan Bijirin yang Ditapis dengan Bijirin Penuh

Cara ini merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk memperbaiki diet anda. Apabila anda tukarkan daripada makanan bersumberkan bijirin yang ditapis (seperti roti putih, nasi putih, pasta dan tortilla tepung) kepada makanan yang bersumberkan bijirin penuh, anda akan memperoleh banyak nutrien serta serat.

Jadi, anda boleh mula mencuba pasta yang diperbuat daripada gandum penuh, nasi perang, tortilla jagung dan roti 100% berasal dari gandum. Untuk hidangan sampingan, anda juga boleh mencuba bijirin yang lain seperti quinoa atau beras liar.

4.Makan Lemak yang Menyihatkan dalam Jumlah yang Sedikit

 

Ini adalah antara lemak sihat yang saya amalkan , nak dapatkan boleh KLIK SINI MINI OLIVIE

Lemak, sungguhpun yang “baik”, ia tetap mengandungi kalori. Disebabkan itu anda perlu mengurangkan pengambilan lemak anda dengan cara meninggalkan snek, pencuci mulut dan makanan bergoreng.

Ambil jumlah lemak yang sedikit sahaja untuk anda seperti asid lemak. Kekacang, avokado, minyak zaitun  juga turut tergolong di dalam lemak yang menyihatkan.

Avokado boleh menjadi pengganti mayonis atau mentega yang baik. Kekacang juga dalam jumlah yang sedikit boleh membekalkan lemak yang menyihatkan ini kepada salad, hidangan sayur-sayuran, bijirin sarapan ataupun yogurt.

5.Minum Lebih Banyak Air dan Teh

Nutrisi yang baik serta bendalir sangat penting. Air bertindak sebagai memberi sokongan kepada fungsi tubuh badan, bukan sekadar membantu anda menghadam makanan dan memindahkan nutrien ke dalam sel anda.

Sekiranya anda tidak mahu minum banyak air, anda boleh cuba amalkan tabiat menyimpan sebotol air untuk kegunaan di siang hari.

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan cara itu, anda boleh gantikan dengan teh atau sediakan air spa anda sendiri dengan menambahkan sedikit buah-buahan segar atau hirisan timun atau herba untuk memberikan perisa kepada air anda.

6.Makan Snek yang Lebih Menyihatkan

manfaat vitamin e

Makan snek bukanlah satu amalan yang tidak baik sekiranya anda lakukannya dengan betul. Snek yang dipilih dengan baik boleh memastikan anda tidak menjadi terlalu lapar di antara dua waktu makan yang mana boleh menyebabkan anda akan makan berlebihan pada waktu makan yang seterusnya.

Makan snek bermakna anda boleh mendapatkan nutrien tambahan seperti protein, sayur-sayuran, buah-buahan atau produk tenusu yang tinggi kalsium.

Cara yang sesuai ialah anda tentu mahukan satu kombinasi antara protein dan karbohidrat daripada snek anda. Anda bahkan sebenarnya boleh menjadi lebih kreatif dengan menambah buah-buahan segar, sayur-sayuran mentah yang turut mengandungi hummus, kekacang, kepingan protein serta yogurt.

Comment(1)

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *