Home TIPS KURUS 6 Khasiat Oregano Yang Memberikan Kesan Kepada Pemakanan Sihat Seharian
6 Khasiat Oregano Yang Memberikan Kesan Kepada Pemakanan Sihat Seharian

6 Khasiat Oregano Yang Memberikan Kesan Kepada Pemakanan Sihat Seharian

0
0

 

Oregano merupakan sejenis herba yang digunakan dalam hidangan di seluruh dunia. Ia memiliki bau yang kuat dan memberikan kehangatan kepada hidangan selain daripada menjadi bahan pemanis makanan. khasiat oregano mungkin ramai yang masih samar-samarkan. Ia boleh didapati dalam bentuk yang segar, kering atau pun minyak.

Semuanya memiliki khasiat yang penting. Dengan penggunaannya dalam jumlah yang kecil, oregano mengandungi pelbagai nutrien yang penting. Hanya satu sudu oregano kering mengandungi kira-kira 8% vitamin K yang diperlukan dalam diet harian kita. Daripada membantu melawan bakteria sehinggalah mengurangkan keradangan, kajian telah membongkar beberapa khasiatnya. Maka, artikel ini akan membincangkan 6 khasiat oregano yang utama.

6 Khasiat Oregano

Herba oregano banyak digunakan untuk memberikan rasa yang segar kepada makanan yang dimasak. Selain itu herba oregano ini memberikan pelbagai khasiat kepada kesihatan.

1.Kaya dengan Antioksidan

Oregano sangat kaya dengan antioksidan yang mana membantu melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas di dalam tubuh badan. Kewujudan radikal bebas ini dikaitkan dengan penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung. Beberapa ujian tabung uji telah mendapati baahwa oregano dan minyak oregano sangat kaya dengan antioksidan.

Pati minyak oregano khususnya pula mengandungi karvakrol (carvacrol) dan timol (thymol) yang mana kedua-duanya merupakan antioksidan yang dapat membantu mencegah kerosakan sel disebabkan oleh radikel bebas ini. Melalui kombinasi dengan antioksidan yang lain seperti daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, oregano boleh memberikan sukatan antioksidan yang dapat membantu meningkatkan kesihatan anda.

Ringkasan: Oregano kaya dengan antioksidan yang mana membantu mencegah kerosakan dengan meneutralkan penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas.

2.Mampu Melawan Bakteria

Oregano mengandungi beberapa sebatian yang memiliki ciri-ciri antibakteria yang kuat. Dalam satu ujian melalui tabung uji menunjukkan bahawa pati minyak oregano membantu menyekat pertumbuhan bakteria Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa yang merupkan bakteria yang menyebabkan jangkitan. Ujian yang lain juga mendapati bahawa oregano memberikan kesan kepada 23 jenis bakteria.

Tambahan pula, terdapat juga kajian yang membandingkan tindakan antimikrobial pati minyak oregano, sage dan thyme. Hasilnya menunjukkan bahawa oregano merupakan pati minyak yang paling berkesan melawan bakteria kemudian diikuti dengan thyme. Sungguhpun begitu, kajian yang lebih lanjut perlu dijalankan lagi untuk mengenal pasti bagaimanakah hasil keputusan ini memberikan kesan kepada manusia.

Ringkasan: Kajian tabung uji mendapati oregano dan komponennya berupaya memberikan kesan kepada sesetengah jenis bakteria.

3.Memiliki Ciri-ciri Anti-Kanser

Oregano memiliki antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini bukan hanya menerutralkan kerosakan radikal bebas bahkan juga membantu mencegah kanser. Beberapa kajian tabung uji juga telah menunjukkan bahawa oregano dan komponen-komponennya berupaya untuk membunuh sel kanser. Satu ujian yang dilakukan terhadap sel kanser kolon manusia menggunakan ekstrak oregano dan mendapati ia berjaya menghentikan pertumbuhan sel kanser tersebut dan bahkan membunuhnya.

Selain itu, salah satu daripada komponen oregano iaitu karvakrol (carvacrol) juga membantu memperlahankan pertumbuhan sel kanser kolon. Walaubagaimanapun, sentiasa ingat bahawa ia hanyalah ujian melalui tabung uji sahaja dengan menggunakan herba dan sebatiannya dalam kuantiti yang banyak. Kajian yang dilakukan terhadap manusia perlu dilakukan untuk mengetahui kesannya.

Ringkasan: Oregano kaya dengan antioksidan dan mengandungi sebatian yang terbukti berupaya mengurangkan pertumbuhan sel kanser melalui ujian tabung uji.

4.Membantu Mengurangkan Jangkitan Virus

Selain daripada melawan bakteria, beberapa ujian tabung uji mendapati bahawa oregano dan komponen-komponennya juga berupaya memberikan perlindungan terhadap sesetengah jenis virus. Karvakrol (carvakrol) dan timol (thymol) kedua-duanya yang merupakan komponen yang terdapat dalam oregano didapati memiliki ciri-ciri anti-virus.

Dalam satu ujian tabung uji, karvakrol (carvacrol) berjaya menyahaktifkan virus norovirus yang merupakan virus penyebab sakit perut, mual dan sakit perut melalui rawatan selama sejam. Ujian yang lain juga mendapati bahawa kedua-dua komponen ini berupaya menyahaktifkan 90% daripada tindakan virus herpes simplex dalam masa satu jam. Melihatkan hasil ujian ini yang memberangangkan, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk melihat bagaimana oregano memberikan kesan kepada tindakan virus dalam tubuh badan manusia.

Ringksan: Karvakrol (Carvacrol) dan  (thymol) merupakan dua sebatian yang terkandung dalam oregano yang didapati berupaya mengurangkan aktiviti virus melalui ujian tabung uji yang telah dilakukan.

5.Mengurangkan Keradangan

Keradangan merupakan tindak balas imun yang normal terjadi akibat daripada kesakitan ataupun kecederaan. Walaubagaimanapun, keradangan yang kronik dipercayai akan menyebabkan penyakit seperti sakit jantung, diabetes dan keadaan autoimun. Oregano kaya dengan antioksidan yang mana berupaya untuk meneutralkan radikal-radikal bebas dan juga mengurangkan keradangan.

Ia juga mengandungi sebatian seberti karvakrol (carvacrol) yang mana terbukti memiliki ciri-ciri anti-keradangan. Dalam kajian yang dilakukan terhadap haiwan, karvakrol ini mengurangkan bengkakan pada tapak kaki tikus sehingga 57%. Kajian yang dijalankan terhadap haiwan yang lain juga mendapati bahawa satu campuran minyak pati thyme dan oregano boleh mengurangkan tanda-tanda keradangan pada tikus makmal seperti kolitis (colitis) atau keradangan kolon.

Sentiasa ingat bahawa kajian-kajian tersebut melihat kepada kesan oregano dan komponennya dalam jumlah yang tinggi. Maka, adalah perlu kepada satu kajian yang mengkali sejauh manakah sukatan normal oregano ini boleh memberikan kesan kepada masalah keradangan pada manusia.

Ringkasan: Oregano kaya dengan antioksidan yang mana berupaya untuk mengurangkan keradangan. Kajian yang melibatkan haiwan telah menunjukkan bahawa minyak oregano dan komponennya mampu mengurangkan keradangan.

6.Mudah untuk Ditambah ke dalam Diet Anda

Mungkin anda terfikir bahawa oregano ini hanya digunakan sebagai hiasan untuk pizza dan pasta sahaja. Namun, sebenarnya, herba ini memiliki pelbagai kegunaan. Anda boleh cuba campurkan daun oregano ke dalam salad atau juga ditambahkan ke dalam sup atau stew. Anda juga boleh gunakannya untuk menyediakan sos bagi hidangan daging yang menyelerakan. Oregano boleh didapati dalam keadaan segar, kering atau dalam bentuk minyak menjadikan ia mudah untuk ditambahkan ke dalam diet anda.

Ringksan: Oregano boleh didapati sama ada dalam bentuk segar, kering ataupun minyak dan boleh ditambah kepada stew, sos, daging dan sebagainya.

Kesimpulan

Oregano merupakan sejenis herba yang meningkatkan keupayaan tubuh badan anda. Ia kaya dengan antioksidan dan berupaya membantu melawan bakteria dan virus selain daripada mengurangkan pertumbuhan sel kanser dan meredakan keradangan.

Walaubagaimanapun, kajian terkini hanya dilakukan dalam bentuk tabung uji dan menggunakan haiwan. Kajian lanjut diperlukan untuk mengenal pasti keberkesanannya terhadap manusia. Untungnya, oregano ini sangat mudah untuk ditambahkan ke dalam diet anda selain daripada sesuai untuk digunakan dalam pelbagai masakan sama ada dalam bentuk yang segar, kering ataupun minyak.

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *