Home TIPS KERJAYA & KEWANGAN 5 Tips Kerjaya Untuk Generasi Muda
5 Tips Kerjaya Untuk Generasi Muda

5 Tips Kerjaya Untuk Generasi Muda

0
2

Generasi muda yang baru mencari peluang memulakan kerjaya memerlukan panduan. Oleh itu ini saya berikan tips kerjaya untuk generasi muda membentuk kerjaya yang dikehendaki sesuai dengan aliran pantas dunia semasa.

Tips Kerjaya Untuk Generasi Muda

1.Kenali Kekuatan dan Kelemahan Diri

Ambil masa mengenali kekuatan dan kelemahan diri. Kemudian tumpukan ke arah kerjaya yang anda sukai dan minat berdasarkan ciri-ciri tersebut. Dengan mengenali diri sendiri anda akan meletakkan anda lebih ke hadapan berbanding orang lain yang berada di tahap kerjaya yang sama.

Ahli perniagaan Amerika dan ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Ian C.Read  berkata ” Peluang berjaya dalam bidang yang anda suka dan minat lebih tinggi dari peluang di bidang yang anda tidak gemari atau dipaksa memilih. Saya tahu saya menggemari angka dan kira-kira, oleh kerana itu sata memilih bidang audit ” . Ketahui siapa diri anda adalah penting jangan memaksa diri menjadi orang lain. 

2. Luaskan Pengalaman Dan Kemahiran

Ia bagus jika anda menjadi pakar dalam sesuatu bidang, tetapi anda lebih digalakkan mempelajari kemahiran-kemahiran lain dan meluaskan pengalaman anda semenjak dari mula lagi. Selain memberi nilai lebih tinggi untuk syarikat, ia akan memudahkan perjalanan anda mencapai pangkat yang lebih besar.

Kata Ian C.Read ” Walaupun kemahiran saya merupakan audit dan kira-kira, saya mengambil inisiatif untuk tahu tentang ilmu kewangan dan pentadbiran, Kemudian saya mencabar diri menguasai perkara-perkara berkaitan pengurusan.”

3. Berani Mencabar Diri

Jika anda berani mengambil risiko ketika muda, ia akan memberi banyak kebaikan kepada diri anda. Kegagalan di usia muda ini bukan sahaja impaknya tidak terlalu besar, juga jika berjaya anda akan menikmati ganjaran sangat lumayan pada usia masih muda. Kejayaan demi kejayaan akan menjadi milik anda selepas itu.

BACA JUGA : TIPS HADAPI STRESS KERJA

4. Berani Mencuba Pelbagai Kerja

Berani mencuba pelbagai kerja, jangan abaikan kerjaya yang anda suka hanya kerana anda fikir ia tidak selari dengan perancangan masa hadapan anda.

kata Ian C.Read ” Saya memilih pergi ke jabatan audit dalaman walaupun pada waktu itu, ia kelihatan seperti satu keputusan gila kerana jabatan itu jauh menyimpang untuk seseorang yang mahukan jawatan pengurusan tinggi. Tetapi dari jabatan itu saya dapat mengetahui pelbagai maklumat dalaman operasi syarikat Pfizer di serata dunia dan saya gunakan maklumat tersebut untuk melatih diri saya. Lihat, hari ini saya merupakan pengarah syarikat ini.”

5. Bina Kerjaya Demi Masa Depan

Apa sahaja bidang kerjaya yang dipilih ia terletak ditangan anda untuk membentuk dan menentukan status kerjaya anda kelak. Jangan tentukan kerjaya disebabkan oleh kehendak individu tertentu.Ingat membina kerjaya merupakan tanggungjawab yang terletak di bahu anda.

Comment(2)

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *