Home TIPS DECO RUMAH 5 Tips Hias Pangsapuri Studio
5 Tips Hias Pangsapuri Studio

5 Tips Hias Pangsapuri Studio

0
0

Pangsapuri studio menggabungkan bilik tidur, ruang tamu dan dapur kecil menjadi satu. Saat menghias pangsapuri studio, taktiknya adalah dengan memanfaatkan jumlah terhad ruang untuk membuat pangsapuri kelihatan lebih luas. Berikut adalah tips hias pangsapuri studio .

5 Tips Hias Pangsapuri Studio

1.Pilih Skim Warna Lembut

Agar pangsapuri terasa lebih luas, gunakan warna putih dan kuning (off-white) atau warna hijau, bru atau kuning yang sangat lembut untuk dinding. Dinding berwarna gelap seperti biru atau merah hanya akan membuat pangsapuri kelihatan lebih kecil dan padat.

Gunakan warna-warna neutral seperti krim, kelabu atau coklat untuk perabot dan bantal hiasan. Belilah perabot dengan ukiran rumit di atasnya daripada perabot berwarna cerah. Dengan cara ini anda boleh mengekspresikan selera tanpa menambah terlalu banyak warna.

BACA JUGA : TIPS DECO JIMAT DAN MUDAH

2.Tentukan Di Mana Kedudukan Tempat Tidur.

Tempat tidur harus diletakkan langsung/rapat pada dinding, baik selari atau tegak lurus.Tempat tidur di tengah bilik akan mengambil terlalu banyak ruang dan membuat pangsapuri terasa kecil.

Jika anda mengehadkan bajet, anda boleh membeli tempat tidur yang boleh ditarik keluar sehingga tempat tidur boleh menjadi sofa kepada tetamu yang datang.

3.Dapatkan Pencahayaan Yang Cukup

Biarkan tirai atau langsir terbuka sebanyak mungkin untuk membiarkan cahaya masuk ke dalam dan belilah lampu tambahan atau lampu landasan untuk mencerahkan pangsapuri. Ia dapat membuatkan pangsapuri anda terasa lebih besar.

BACA JUGA : TIPS HIAS RUANG DAPUR

4.Aturlah Perabot ke Dalam “Sub-Kamar” Yang Lebih Kecil

Walaupun studio secara teknikal merupakan tiga buah bilik dijadikan satu, dengan mengatur perabot secara strategik, anda boleh mencipta ilusi bilik berasingan. Gunakan dua buah sofa kecil. sofa untuk dua orang atau kerusi lengan untuk membentuk ruang tamu.tempatkan sebuah meja kopi kecil di antaranya.

5.Singkirkan Benda-Benda yang Tidak Perlu.

Oleh kerana ruang yang terhad, studio hanya perlu mengandungi benda-benda yang penting.Jangan bawa pakaian yang tidak dipakai, buku yang tidak dibaca atau perabot yang tidak akan digunakan ke pangsapuri studio anda.

simpanlah pakaian, kasut dan dokumen di almari solek, almari besar yang boleh dimasuki, meja, almari baju.Anda juga boleh menggunakan bakul atau kotak untuk menyimpan barang-barang.

Jika anda kekurangan almari baju, gunakan dinding sebagai tempat penyimpanan.Manfaatkan rak untuk menyimpan buku dan bingaki foto, dan pasanglah gantungan dinding untuk menggantung topi dan kunci.

Sumber Mingguan Wanita December 2015

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *