Home TIPS KESIHATAN 5 Tanda Bahawa Anda Sudah Ketagih kepada Gula
5 Tanda Bahawa Anda Sudah Ketagih kepada Gula

5 Tanda Bahawa Anda Sudah Ketagih kepada Gula

0
0

Kita selalu dengar ketagihan adalah seperti kepada  kefein dan dadah,  tetapi ketagih kepada gula juga berkemungkinan boleh berlaku. Hakikatnya, gula sememangnya boleh menyebabkan ketagihan!

“Menjadi ketagih terhadap gula dan tepung bukanlah disebabkan oleh emosi yang menyebabkan ketidakaturan makan,”

kata Dr. Mark Hyman, penulis buku The Blood Sugar Solution 10-Day Detox Diet.

“Ia adalah disebabkan oleh ketidakaturan biologi yang didorong oleh hormon dan neurotransmiter yang laparkan gula serta karbohidrat sehingga menyebabkan tabiat pemakanan yang tidak terkawal. Perkara ini menjadi punca kepada hampir 70 % daripada warga Amerika serta 40 % daripadanya kanak-kanak menghidapi berat badan berlebihan.”

Ketagih Kepada Gula: Dadah yang Dibenarkan

“Kajian terhadap haiwan mendapati bahawa gula yang diproses adalah lebih mendatangkan ketagihan berbanding kokain, heroin atau morfin,” kata Dr. Pamela Peeke, penulis buku The Hunger Fix. “Haiwan yang diuji akan memilih biskut Oreo berbanding morfin.

Mengapa? Kerana biskut ini mengandungi kombinasi yang lengkap antara gula dan lemak untuk mengganggu fungsi otak.” Hyman percaya bahawa gula boleh menjadi lapan kali lebih menyebabkan ketagihan daripada kokain.

Apabila anda mengambil gula, ia bertindak balas seperti cara otak anda bertindak balas kepada bahan seperti heroin dan kokain. Apabila bahan ini memasuki sistem anda ini, ia akan merangsang otak anda untuk menghasilkan dopamin. Dopamin merupakan satu neurotransmitter yang diketahui bersifat ‘hormon ketenangan.” Ia memberikan anda rasa lega dan menjadikan anda rasa bagus.Tindak balas inilah yang menyebabkan mengapa seseorang menjadi ketagih kepada bahan ini.

Adakah Anda pun Merasai Begitu?

5 Tanda Anda Ketagih kepada Gula

1. Anda Bersikap Ambil Ringan kepada Pengambilan Gula Anda

Anda menafikan bahawa anda menghadapi masalah atau anda mengelaknya. Anda kata bahawa anda boleh berhenti mengambil gula bila-bila masa tetapi dalam masa yang sama anda mendapatkan gula daripada makanan yang lain.

Hakikatnya ialah, gula boleh berada di pelbagai makanan dan sekiranya anda tidak berhati-hati anda boleh mengambilnya bahkan akan menjadi ketagih kepadanya. Maka, adalah penting untuk anda tahu pelbagai rupa gula dan lihat senarai bahan-bahan yang mengandungi gula. Akhirnya, anda boleh mengelakkan makanan seperti itu.

2. Anda Memiliki Satu Simpanan Makanan Manis

Anda mungkin akan fikir bahawa ia tidak berbahaya, namun jika anda rasa anda perlu untuk menyembunyikan gula-gula atau manisan tersebut, maka anda sebenarnya menghadapi masalah. Jika anda rasa anda perlu menyembunyikannya untuk mengelakkan rasa malu atau orang bertanyakannya, maka anda sebenarnya perlu memikirkan semula cara anda itu.

3. Anda Makan Walaupun Anda Tidak Lapar disebabkan Anda Teringin kepada Sesetengah Makanan

Semua orang memiliki rasa terliur dari masa ke semasa, namun apabila anda makan hanya untuk memuaskan keinginan anda itu walaupun anda sebenarnya tidak lapar, maka di situ terdapatnya masalah.

Sebelum anda mengambil snek yang tidak sihat, hentikan dan pertimbangkan semula betulkah sebenarnya anda lapar. Anda makan disebabkan oleh anda benar-benar lapar atau sekadar mahu merasa makanan itu ?

Untuk mengatasinya, minum segelas cawan besar air atau berjalan sedikit kemudian duduk semula. Sekiranya anda masih lagi mahukan makanan tersebut, boleh jadi keadaan itu akan hilang. Sekiranya tidak, maka anda berkemungkinan mengalami masalah gula yang teruk.

4. Anda Berterusan Makan Sesetengah Makanan Walaupun Anda Memiliki Masalah Kesihatan

Doktor anda sudah memberi amaran bahawa sekiranya anda terus mengambil sesetengah makanan itu anda akan menghidapi masalah kesihatan seperti diebetes, tekanan darah tinggi dan obesiti. Walaupun anda tahu tentang perkara ini, namun anda masih tidak mampun untuk mengelakkan diri daripada makan makanan yang tidak baik untuk kesihatan anda.

Hal yang sama juga berlaku kepada isu-isu sosial. Jika anda tidak mampu untuk duduk di kerusi panggung wayang atau orang ramai sering memperkatakan tentang saiz badan anda – semua ini akhirnya akan menjadikan anda tidak suka bersosial.

Keadaan ini menandakan bahawa anda sudah menampakkan tanda-tanda ketagihan kepada gula. Anda tahu bahawa anda akan menghadapi kesan-kesan yang negatif namun anda masih lagi meneruskan tabiat buruk itu. Ini merupakan tanda-tanda klasik kepada gelaja ketagihan.

5. Jika Anda Mahu Memberikan Ganjaran kepada Diri Anda, anda Lakukannya dengan Gula

Anda bekerja keras, maka anda bercadang untuk minum secawan kofi di Starbucks sebagai ganjaran buat diri anda.  Anda mendapat ‘A’ dalam peperiksaan anda jadi anda memilih satu pencuci mulut yang terbesar dan lebih coklat untuk anda.

Apabila makanan menjadi cara untuk anda memberikan ganjaran kepada diri anda, ia boleh menjadi tanda yang tidak baik, lebih-lebih lagi makanan yang mengandungi gula. Orang yang sudah ketagih gula akan menggunakan ganjaran atau majlis rasmi sebagai cara untuk menggunkan gula dengan kata-kata,”majlis istimewa” atau “hanya sekali.”

Sekiranya anda mendapati diri anda seperti ini, maka perlu memikirkan cara lain untuk meraikan kejayaan anda.

Jika senarai ini sampai ke rumah anda, anda perlu tahu bahawa anda tidak berseorangan. Sentiasa berasa waspada bahawa gula sebenarnya memberikan masalah buat anda. Maka, anda perlu mengambil langkah pertama untuk mengatasi ketagihan ini ! Cuba perlahan-lahan untuk menggunakan gula alternatif seperti Stevia, madu  dan gula buah seboleh mana yang mungkin.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *