Home Health 5 Perbezaan antara Tepung Berpeluntur dan Tepung Tanpa Peluntur
5 Perbezaan antara Tepung Berpeluntur dan Tepung Tanpa Peluntur

5 Perbezaan antara Tepung Berpeluntur dan Tepung Tanpa Peluntur

0
0

Terdapat pelbagai jenis tepung yang dijual di pasar raya. Namun, kebanyakan tepung yang dijual itu, boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu tepung berpeluntur dan tepung tanpa peluntur.

Memandangkan terdapat yang menggunakan kedua-dua jenis tepung itu, sebenarnya mereka sendiri tidak pasti apakah yang menjadikan kedua-dua jenis tepung itu berbeza. Maka, artikel ini akan membincangkan lima perbezaan yang anda perlu tahu tentang tepung berpeluntur dan tanpa peluntur ini.

5 Perbezaan antara Tepung Berpeluntur dan Tanpa Peluntur

Perbezaannya boleh diketahui melalui lima perkara iaitu cara pemprosesan, ciri-ciri, profil nutrien, keselamatan dan kegunaannya.

1. Cara Pemprosesan

Salah satu daripada perbezaan yang besar antara tepung berpeluntur dan tanpa peluntur adalah cara bagaimana ia diproses.

Tepung berpeluntur biasanya telah dihaluskan. Ia bermaksud hampas yang kaya dengan nutrien dan germa gandung telah dikeluarkan sehingga mengurangkan sebahagian besar daripada kandungan vitamin dan mineral yang bernilai. Apa yang tinggal hanyalah endosperma gandung itu sahaja.

Manakala tepung tanpa peluntur pula boleh terdiri daripada mana-mana jenis tepung samada yang telah dihaluskan atau tidak. Kedua-duanya akan dikisar menjadi serbuk halus.

Kemudian, tepung berpeluntur pula akan dicampurkan dengan bahan kimia seperti benzoil peroksida, kalium dan bromat (klorin) yang mana semua ini mempercapatkan proses penuaan tepung. Ia bertujuan untuk meningkatkan kualitit tertentu apabila digunakan untuk membakar (pastri).

Proses kimia ini sudah semestinya telah mengubah rasa, tektur dan rupa bentuk tepung tersebut begitu juga dengan profil nutrisi serta kebolehannya untuk digunakan.

Sebaliknya, tepung tanpa peluntur pula mengalami proses penuaan secara semula jadi selepas proses pengisaran selesai. Namun begitu, proses penuaan itu mengambil sedikit masa berbanding apabila menggunakan bahan peluntur tersebut. Inilah sebab mengapa tepung berpeluntur dihasilkan.

Tepung tanpa peluntur ini digunakan untuk sesetengah jenis resipi memandangkan teksturnya yang sedikit berbeza. Namun, kedua-dua jenis tepung ini kadang kala telah diperkayakan semula. Ia merupakan proses penambahan semula sesetengah nutiren ke dalam tepung.

2. Ciri-ciri

Proses pelunturan menghasilkan banyak perubahan kepada rasa, tekstur serta rupa tepung tersebut. Bahan-bahan kimia yang digunakan untuk mempercepatkan proses penuaan di dalam tepung berpeluntur itu menjadikan ia memiliki warna yang lebih putih, lebih halus dan lembut.

Sebeliknya tepung tanpa peluntur pula mengandungi bijirin yang lebih tumpat serta tekturnya juga kasar. Ia juga memiliki warna putih namun selepas beberapa laam ia akan pudar secara semula jadi.

Dari segi rasa pula, sungguhpun perbezaan kedua-dua jenis tepung tersebut tidaklah banyak, namun bagi yang sensitif kepada rasa, tepung berpeluntur memiliki sedikit pahit berbanding tepung tanpa peluntur.

3. Profil Nutrien

Nilai nutrisi bagi tepung putih berpeluntur dan tanpa peluntur kedua-duanya hampir sama. Kedua-dua jenis tepung tersebut mengandungi jumlah kalori , protein, lemak, karbohidrat dan serat yang sama bagi setiap cawan.

Namun, proses pelunturan mungkin boleh menyebabkan pengurangan kandungan vitamin E. Namun, tepung tanpa peluntur masih lagi mengandungi jumlah vitamin E yang mimima iaitu kurang daripada 2% nilai harian (CV) bagi setiap cawan (125 gram).

Walaubagaimanapun, tepung tanpa peluntur masih lagi kaya dengan beberapa jenis nutrien yang penting. Antaranya ialah serat, vitamin E, mangan, kuprum dan antioksidan.

Kedua-dua jenis tepung juga seringkali diperkayakan dengan vitamin B seperti folat, niasin, vitamin B6 dan tiamina.

4. Keselamatan

Tepung berpeluntur telah ditambah dengan beberapa bahan kimia untuk membantu mempercepatkan proses penuaan. Namun begitu, penggunaan bahan kimia ini seringkali dipersoalkan.

Sebagai contoh, kalium bromat yang merupakan bahan tambahan yang biasa digunakan dalam proses pembuatan roti telah dikaitkan dengan masalah kerosakan buah pinggang serta kanser.  Namun, itu adalah berdasarkan kepada ujian makmal kepada haiwan.

Sungguhpun bahan tersebut telah diharamkan penggunaannya di Kesatuan Eropah, Kanada, Brazil, Argentina dan Nigeria, namun di Amerika Syarikat ia masih lagi digunakan secara meluas.

Kemudian, benzoil peroksida pula merupakan bahan tambahan yang telah dikategorikan sebagai selamat oleh pihak Food and Drug Administration (FDA).

Namun begitu, melalui beberapa kajian makmal dan kajian terhadap haiwan masih lagi mendapati bahawa penggunaan benzoil peroksida boleh membahayakan keadaan antioksidan. Bukan itu sahaja, ia juga boleh memecahkan sesetengah jenis nutrien di dalam makanan termasuklah asid lemak.

Sentiasa ingat bahawa kajian – kajian yang telah dijalankan ini masih lagi terhad kepada ujian terhadap haiwan dan makmal serta menggunakan sukatan bahan kimia tersebut yang tinggi.

Namun, lebih banyak kajian terhadap manusia diperlukan untuk menilai tahap keselamatan tepung berpeluntur apabila digunakan dalam jumlah yang normal.

5. Kegunaan

Disebabkan oleh teksturnya yang berbeza, setiap jenis tepung hanya sesuai untuk resipi tertentu sahaja. Sebagai contoh, tepung berpeluntur memiliki bijirin yang lebih halus dan dapat menyerap lebih banyak cecair. Jadi, ia sesuai untuk makanan seperti biskut, pankek, waffle, roti dan kerak pai.

Manakala tekstur yang lebih tumpat bagi tepung tanpa peluntur sesuai untuk mengekalkan bentuk pastri. Sebagai contoh pastri puff, yis roti dan popover.

Jadi, dapat dikatakan bahawa kedua-dua jenis tepung tersebut dapat digunakan dalam pembuatan pastri tanpa perlu mengubah produk akhirnya atau tanpa perlu mengubah bahan lain di dalam resipi anda.

RUMUSAN

Tepung berpeluntur telah dicampur dengan bahan kimia untuk mempercepatkan proses penuaan manakala tepung tanpa peluntur mengalami proses penuaan secara semula jadi.

Kedua-dua jenis tepung memiliki perbezaan tekstur, rupa bentuk dan kegunaan. Gunakan tepung tanpa peluntur bagi meningkatkan pengambila nutiren tertentu serta mengurangkan anda daripada terdedah kepada bahan kimia yang berbahaya.

Sungguhpun begitu, kedua-dua jenis tepung tersebut boleh digunakan untuk kebanyakan resipi tanpa perlu mengubah hasilnya.

Sumber artikel di sini. 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *