Home TIPS KESIHATAN 5 Penawar SemulaJadi Psoriasis Serta Simptom-simptom Psoriasis Dan Faktor Risiko
5 Penawar SemulaJadi Psoriasis Serta Simptom-simptom Psoriasis Dan  Faktor Risiko

5 Penawar SemulaJadi Psoriasis Serta Simptom-simptom Psoriasis Dan Faktor Risiko

0
0

Sekiranya anda mengalami kulit yang kering, gatal-gatal, sakit dan terdapat tompok-tompok merah, anda mungkin akan mengalami psoriasis. terdapat banyak penawar semulajadi psoriasis boleh diamalkan. Terlebih dahulu anda kena tahu psoriasis merupakan satu keadaan autoimun yang menyebabkan kemunculan kesan-kesan merah dan pembentukan plak pada permukaan kulit yang mana boleh menyebabkan rasa sakit bahkan juga menjadi suatu yang memalukan.

Memandangkan sehingga kini masih tiada lagi penawar bagi penyakit ini, ia kebiasaannya datang dan pergi dalam satu kitaran dalam kehidupan seseorang, menyebabkan kegatalan, rasa tidak selesa pada kulit ketika mana fungsi imun anda berada pada tahap yang rendah atau tahap tekanan yang tinggi.

5 Penawar SemulaJadi Psoriasis Serta Simptom-simptom Psoriasis

Para doktor juga kebiasaannya akan menggunakan ubat-ubatan dan krim preskripsi untuk mengurangkan tompokan-tompokan tersebut pada kulit namun ia bukanlah dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan keadaan autoimun ini.

Di bawah permukaan kulit, psoriasis boleh menyebabkan sel-sel kulit untuk mengganda dalam tempoh masa yang singkat kadang kala sehingga lebih daripada 100 kali lebih cepat berbanding mereka yang tidak menghidap psoriasis.

Hal ini menyebabkan sel kulit menjadi bertambah dan akhirnya keluar ke permukaan kulit dan akhirnya mati di permukaan (sebagaimana semua sel-sel kulit yang tua), sehingga meninggalkan satu keadaan kulit yang memiliki plak berwarna merah yang bersisik.

Masih Belum Ada Jawapan Penawar Psoriasis

Sehingga kini, para pakar masih tidak mengetahui cara untuk menamatkan kitaran ini walaupun kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa melalui meningkatkan keimunan dan merawat kesensivitian kulit melalui bahan-bahan yang semula jadi dapat mengurangkan simptom-simptom ini.

Anda juga mungkin akan terkejut apabila mengetahui bahawa cara pengurusan tekanan perasaan dan rutin harian anda boleh mengurangkan masalah psoriasis juga. Sebagai contoh, kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan baahwa sebanyak 80% daripada mereka yang  mengalami masalah ini turut mengalami masalah emosi.

Disebabkan oleh psoriasis merupakan masalah autoimun, ia memerlukan satu perubahan gaya hidup yang tertentu serta pengamalan rawatan tertentu untuk memberikan sedikit kelegaan terutamanya sekiranya masalah autoimun tersebut sudah menjadi teruk diikuti dengan tanda-tanda seperti sakit sendi dan keletihan.

Simptom-simptom Biasa Psoriasis

Plak psoriasis merupakan simptom yang biasa bagi masalah ini namun terdapat juga simptom dalam bentuk yang lain juga yang mana semuanya berkaitan dengan rasa tidak selesa pada kulit walaupun pada ketika mula-mula mengalami simptom tersebut.

Simptom psoriasis boleh berlaku pada kawasan kulit lutut, siku dan kebanyakannya pada kulit kepala. Juga terdapat sesetengah orang yang mengalaminya pada bahagian perut, belakang badan, tangan dan kaki mereka.

Terdapat Beberapa Bentuk Psoriasis, Semuanya Ada Simptom-simptomnya yang Tersendiri

  • Psoriasis Plak (bentuk yang paling biasa berlaku): Menyebabkan tompokan berwarna merah dan kulit menjadi bersisik. Jika dibandingk an dengan bentuk-bentuk psoriasis yang lain, psoriasis plak ini boleh menjadi lebih parah walaupun orang tersebut tidak pernah mengalami sebarang masalah autoimun sebelum ini.
  • Psoriasis Kuku atau Kulit Kepala: Menjejaskan kuku dan kepala dengan cara menjadikannya kering dan kuku mudah tertanggal.
  • “Psoriasis Lembut”: Menyebabkan simptom-simptom yang kurang teruk berbanding bentuk-bentuk yang lain dan mungkin boleh disalahanggap sebagai eczema atau bahkan juga sebagai kelemumur. Psoriasis jenis ini kebiasaannya lebih mudah diredakan dengan menggunakan produk-produk kecantikan yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi.
  • “Psoriasis Teruk”: Satu terma yang biasanya digunakan untuk menggambarkan bentuk psoriasis yang menyakitkan termasuklah psoriasis postular dan guttate.
  • Psoriasis Postular: Menyebabkan nanah dan timbul biji-biji pada kulit yang biasanya menyakitkan.
  • Psoriasis Songsang: Berwarna merah berkilat yang muncul di kawasan lipatan kulit (termasuklah di kawasan ketiak dan di bawah payu dara).
  • Psoriasis Eritrodermik: Menyebabkan kulit memiliki seakan-akan sisik berwarna merah yang mudah terkoyak sehingga boleh menyebabkan masalah pendedahan cahaya matahari yang berlebihan apabila ia tidak dirawat. Biasanya, psoriasis jenis ini disebabkan oleh akibat daripada pemberhentian pengambilan ubat-ubatan yang berkaitan dengan psoriasis itu.
  • Psoriasis Guttate: Jenis yang sering kali berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Hal ini menyebabkan timbulnya biji-biji merah atau tompok-tompok yang disebabkan oleh fungsi sistem imun yang rendah, masalah tekanan atau jangkitan kuman seperti tekak yang kering dan tonsil.

Kebanyakan Simptom Psoriasis Terutamanya yang Dapat dilihat daripada Mereka yang Menghidapi Psoriasis Plak termasuklah:

  • Plak pada kulit yang merah, kadang kala diselaputi dengan sisik-sisik yang berwarna perak atau putih.
  • Kehilangan Kulit atau kulit menjadi sensitif, gatal dan sakit.
  • Kelemumur pada kulit kepala.
  • Kulit yang sedang berdarah dan terkoyak.
  • Pertumbuhan fungus pada kuku kaki.
  • Kuku mudah tertanggal daripada jari sehingga menyebabkan rasa sakit atau berdarah.
  • Ramai orang yang mengalami psoriasis juga mengalami masalah emosi disebabkan oleh rasa malu dan tidak memiliki harapan disebabkan oleh keadaan kulit mereka.

Selain daripada Psoriasis Plak, Simptom-simptom Tambahan juga Boleh Berlaku dalam Bnetuk yang lain seperti:

  • Sakit otot dan keradangan – kebiasaannya berlaku pada penghidap artitis psoriatik dan memberikan kesan kepada 30% daripada mereka yang menghidapi mana-mana bentuk psoriasis.
  • Plak yang teruk, bersisik dan rasa sakit di bahagian tangan dan kaki – kebanyakannya berlaku pada mereka yang menghidap psoriasis pustular.
  • Fungsi sistem imun yang menjadi bertambah teruk – psoriasis boleh menyebabkan jangkitan yang berterusan, kulit yang lambat sembuh dan kerosakan kekal pada kulit.
  • Simptom yang biasa dialami oleh mereka yang menghalami ketidakaturan imun seperti masalah pencernaan, pening dan alahan.

Bagaimanakah Cara untuk Merawat Psoriasis Secara Semula Jadi?

1.Amalkan Diet Anti-Keradangan

Ramai yang sudah mula melihat perubahan yang positif pada simptom-simptom psoriasis mereka apabila mereka mengambil makanan yang betul dan meningkatkan pengambilan nutrien mereka. Terdapat beberapa makanan yang terbaik bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut dan mengurangkan tindak balas autoimun. Antaranya ialah:

  • Makanan Probiotik: Produk tenusu yang asli dan dikultur (seperti kefir, amasai, yogurt) ditambah pula dengan sayur-sayuran kultur untuk menyokong sistem pencernaan, mengurangkan keradangan dan meningkatkan keimunan.
  • Makanan Berserat Tinggi: Serat terdapat pada semua jenis makanan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan kaya dengan pelbagai nutrien dan antioksidan seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran, kekacang dan bijian.
  • Ikan Liar: Seperti ikan salmon, makerel dan sardin antara contoh ikan yang mengandungi omega-3 dan anti-keradangan.
  • Makanan yang Kaya dengan Zink: Zink sangat diperlukan bagi memastikan kulit sentiasa sihat. Sumber zink yang baik termasuklah biji labu, daging organik, bijian dan kekacang.
  • Makanan yang Kaya dengan Vitamin D dan A: Sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna cerah adalah sumber vitamin A anda yang terbaik termasuklah sayur-sayuran hijau, buah beri dan brokoli. Kajian telah menunjukkan bahawa vitamin A sangat penting untuk proses penyembuhan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang boleh mengurangkan keradangan. Vitamin D pula memberikan kesan kepada sistem imun dan sel kulit dengan cara yang baik. Ia boleh didapati daripada makanan seperti telur ayam liar, susu mentah dan sesetengah jenis cendawan.

Ketahui Khasiat Minyak Zaitun Anti Keradangan bagi Membantu Dalam Diet Psoriasis

Dari sudut yang lain pula, antara makanan yang boleh menyebabkan psoriasis dan tindak balas autoimun ialah:

  • Penyebab Alahan yang Biasa: Produk tenusu konvensional dan gluten kedua-duanya boleh menyebabkan alahan makanan dan juga pemangkin kepada keradangan pada sistem pencernaan. Ramai orang yang menghidap psoriasis ini menghadapi masalah untuk mencerna kasein A1, sejenis protein yang kebanyakannya terkandung di dalam susu lembu. Selain itu, produk susu kultur seperti susu kambing dalam bentuk kefir atau yogurt juga memiliki kasein A2. Ia menyebabkan alahan kepada pesakit. Tukarkan daripada makanan yang mengandungi gluten, anda boleh tukar kepada bijirin kuno seperti oat tanpa gluten dan quinoa.
  • Daging Proses: Makanan sebegini mengandungi nutrien yang rendah dan kaya dengan omegat-6. Ia boleh meningkatkan keradangan.
  • Minyak yang telah dihidrogenkan dan makanan bergoreng: Terdapat pada kebanyakan makanan segera dan ia mungkin sukar untuk dihadam oleh mereka yang menghidap psoriasis dan juga mengandungi omega-6 yang tinggi.

2.Gunakan Herba Semula Jadi serta Suplimen Tertentu

Antara penawar yang utama bagi psoriasis termasuklah:

  • Asid Hidroklorik (1 hingga 3 kapsul bagi setiap hidangan): Membantu dalam proses pencernaan protein dan mengurangkan psoriasis daripada terus menjadi parah.
  • Minyak ikan omega -3 (1000 – 2000 gram setiap hari): Mengurangkan keradangan.
  • Vitamin D3 (5000 IU setiap hari): Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan masalah psoriasis.
  • Milk thistle (250 miligram tiga kali sehari): Membantu memudahkan proses detoksifikasi hati dan mengurangkan pertumbuhan sel.
  • Probiotik (50 bilion unit sehari): Mengurangkan tindak balas autoimun dan meningkatkan proses pencernaan dengan meningkatkan pertambahan bakteria baik dan mengurangkan bakteria jahat.
  • Herba Adaptogen dan vitamin B12: Membantu tubuh badan untuk menghadapi kesan tekanan.
  • Enzim Pencernaan: Meningkatkan penyerapan nutrien yang boleh merendahkan masalah alahan kepada makanan.
  • Sum-sum tulang: Membekalkan nutrien seperti kolagen dan glukosamina bagi membaiki kerosakan kulit, tisu mencernaan dan sendi.

 3.Dapatkan Sekurang—kurangnya 20 minit Berada di Bawah Sinaran Matahari Setiap Hari

Dedahkan diri anda di bawah sinaran matahari selama 20 minit, tiga atau empat hari seminggu boleh mengurangkan simptom psoriasis dan mampu memperlahankan penghasilan sel kulit bagi mereka yang menghadapi masalah ini. Kesannya akan membantu mengurangkan penghasilan plak.

Vitamin D juga boleh memberikan kesan positif kepada fungsi sistem autoimun dan boleh mengurangkan tindak balas autoimun atau keradangan.

Sekiranya anda mengalami tompok-tompok yang sensitif pada kulit disebabkan oleh psoriasis ini disebabkan oleh berhenti mengambil ubat, anda perlu berhati-hati apabila berada di bawah sinaran matahari ini bagi mengelakkan kulit anda pula yang terbakar.

Gunakan SPF 30 atau yang lebih tinggi sekiranya anda risau kulit anda akan terbakar dan yang penting berada di bawah cahaya matahari ketika matahari masih lagi tidak memancar dengan kuat iaitu antara jam 10 pagi sehingga 2 petang. Selain daripada menggunakan matahari, anda juga boleh gunakan lampu namun, ia masih lagi tidak diketahui akan keberkesanannya bagi meningkatkan paras vitamin D.

4.Mengurangkan Tekanan

Baik tekanan emosi mahupun tekanan fizikal boleh menyebabkan psoriasis atau bahkan juga menyebabkan simptom-simptomnya bertambah teruk. Mereka yang menghidap psoriasis ini boleh mengurangkan kesan-kesannya dengan cara melakukan teknik menenangkan diri dan juga berusaha untuk mengurangkan tekanan tersebut.

Kesannya, simptom-simptomnya didapati berkurangan. Hal ini menunjukkan bahawa psoriasis ini merupakan satu masalah autoimun. Masalah autoimun ini sering kali dikaitkan dengan tekanan disebabkan oleh bagaimana tindak balas “fight or flight” mempengaruhi sistem imun, membebaskan protein keradangan yang dikenali sebagai sitokin yang banyak sehingga akhirnya menyebabkan ketidakseimbangan hormon.

Banyak kajian yang telah mendapati bahawa kebanyakan pesakit yang mengalami masalah tekanan emosi akan mengalami juga beberapa jenis penyakit yang mana akan menyebabkan tekanan tersebut menjadi lebih teruk apabila penyakit tersebut muncul. Penenang tekanan seperti bersenam, yoga dan meluangkan masa di luar boleh membantu mengelakkan keradangan dan sekaligus mengawal simptom-simptom psoriasis.

5.Berikan Kelembapan Kulit Menggunakan Minyak Pati

Simptom-simptom psoriasis kebiasaannya akan menjadi lebih teruk apabila kulit berada dalam keadaan yang kering. Melembapkan kulit menggunakan minyak anti-keradangan boleh mengurangkan simptom seperti kemerah-merahan, bersisik dan rasa sakit.

Bergantung kepada di mana kegatalan tersebut berlaku, kelembapan tersebut boleh ditingkatkan menggunakan shampu semula jadi, losyen, sel, buih, krim dan sebagainya. Anda juga boleh menggunakan krim atau minyak seperti minyak kelapa, mentega shea mentah atau anda juga boleh sediakan sendiri losyen badan mentega sendiri di rumah.

Antara cara lain untuk mengekalkan kelembapan pada kulit termasuklah menggunakan jeli petroleum (Vaselin), minyak kacang almond atau minyak zaitun. Sapu minyak tersebut selepas mandi dengan air suam (elakkan daripada menggunakan air panas) namun hati-hati untuk tidak meletakkan terlalu banyak minyak sebelum bersenam atau ketika musim panas bagi mengelakkan air peluh daripada bercampur dengan minyak tersebut yang mana akan menyebabkan masalah psoriasis anda bertambah teruk lagi.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan losyen pada waktu malam dan kemudiannya basuh losyen tersebut pada keesokkan harinya .Cuma anda perlu berhati-hati ketika menggunakan produk-produk semula jadi yang tidak mengering.

Minyak pati seperti lavender, frankincense, geranium dan minyak pokok teh juga boleh melegakan kulit yang mengalami keradangan dan menyokong proses penyembuhannya tanpa perlu mengambil krim-krim sapuan yang berbahaya.

Mula-mula, lakukan sedikit ujian untuk memastikan bahawa kulit anda tidak memberikan tindak balas yang negatif kepada minyak tersebut. Kemudian, campurkan tiga titik minyak lavender dan tiga titik minyak frankincense bersama satu sudu teh minyak kelapa. Seterusnya sapu pada tempat yang berkenaan sekali hingga tiga kali sehari.

Psoriasis vs. Ekzema: Apakah Perbezaannya?

Adalah mudah untuk kita tertukar antara psoriasis dengan penyakit kulit yang lain termasuklah ekzema. Hal ini adalah disebabkan oleh kedua-duanya memiliki beberapa simptom yang hampir sama. Ekzema juga menyebabkan keradangan pada kulit serta keadaan kulit menjadi merah, kering dan menggelupas namun apakah perbezaan pada psoriasis pula?

Pertama, kawasan jangkitan. Psoriasis kebiasaannya berlaku pada kawasan lutut dan sikut manakala ekzema pula biasanya terjadi pada kawasan–kawasan yang sensitif seperti belakang lutut, tangan, pipi atau dagu bahkan juga boleh terjadi di kawasan dalam siku.

Ekzema menyebabkan kegatalan yang amat manakala psoriasis hanya lebih menyebabkan rasa sakit dan kulit yang kering disebabkan oleh plak yang tumbuh. Faktor lain yang membezakan antara ekzema dengan psoriasis ialah ekzema biasanya menyebabkan keadaan lembap pada kulit sehingga kulit mula ditumbuhi dengan benjolan seperti jerawat namun, psoriasis pula kebiasaannya tidak ditumbuhi apa-apa Cuma hanya kulit kekal menjadi kering.

Kedua-dua keadaan ini hampir sama walaupun kebanyakan puncanya adalah berbeza. Ekzema kebiasaannya berlaku pada usia yang lebih muda seperti ketika bayi dan kanak-kanak. Manakala psoriasis pula merupakan masalah autoimun yang berlaku pada orang dewasa dan akan muncul apabila sistem imun tidak stabil begitu juga disebabkan oleh sakit ataupun tekanan.

Terdapat kaitan antara pengurangan fungsi imun dan psoriasis  sebagai contoh, jangkitan respirasi, diabtes dan artitis boleh menjadi punca kepadanya. Memandangkan ekzema juga disebabkan oleh keradangan dan kesensitifan, namun ia lebih dikaitkan dengan tindak balas luaran seperti pendedahan kepada sinaran matahari secara berlebihan ataupun tindak balas kulit kepada produk kecantikan tertentu atau barangan kelengkapan rumah seperti sabun, detergen, losyen dan sebagainya.

Punca-punca Psoriasis

Sebagaimana masalah autoimun yang lain, psoriasis juga disebabkan oleh kombinasi daripada beberapa faktor. Kebanyakan doktor masih lagi tidak pasti apa yang sebenarnya menjadi punca kepada masalah psoriasis ini namun berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa antara punca yang utama adalah:

  • Genetik – Kini, para saintis telah mengenalpasti kira-kira 25 varian genetik yang menjadikan seseorang itu boleh mengalami penyakit psoriasis.
  • Mengalami tekanan emosi yang berlebihan –Tekanan emosi yang kronik boleh merosakkan kualiti hidup anda.
  • Keradangan yang teruk serta keimnan yang lemah, terutamanya apabila pengaktifan T lifosit menbawa kepada pelepasan sitokin.
  • Mengamalkan diet yang tidak sihat serta mengalami masalah pencernaan lemak dan protein.
  • Perubahan hormon seperti baligh, hamil atau menopause.
  • Kekurangan nutrien tertentu seperti vitamin D.
  • Fungsi hati yang lemah.
  • Tindak balas terhadap ubat-ubatan dan pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan seperti Advil, Mortin, ubat darah tinggi dan ubat anti-malaria

Menurut the National Psoriasis Foundation, “Saintis percaya bahawa sekurang-kurangnya 10% daripada kita mewarisi satu atau lebih daripada gen yang boleh menyebabkan psoriasis. Walaubagaimanapun, hanya 2 hingga 3% daripada populasi terus mengembangkan penyakit ini.

Para pengkaji percaya bahawa seorang yang mengalami psoriasis sudah tentu dia memiliki satu kombinasi antara gen-gen yang menyebabkan ia berlaku dan diikuti dengan pendedahan kepada faktor luaran yang dikenali sebagai pencetus.

RUMUSAN

  • Psoriasis plak merupakan jenis yang biasa berlaku namun, terdapat juga beberapa jenis yang lain seperti mana yang telah disebutkan sebelum ini.
  • Kebanyakan simptom psoriasis seperti pembentukan plak pada kulit, kulit mejadi kemerah-merahan, kadang-kala ditumbuhi dengan nanah, kulit menjadi sensitif, gatal dan sakit, kelimumur di kepala, kulit yang mudah terluka, pertumbuhan fungus di kuku dan sebagainya. Selain itu, ramai juga dalam kalangan mereka yang menghidap psoriasis ini mengalami masalah emosi disebabkan oleh rasa malu dan kecewa dengan kulit mereka.
  • Simptom lain psoriasis ialah sakit jendi dan keradangan, plak yang teruk, kulit mejadi bersisik-sisik dan rasa sakit di bahagian tangan dan kaki, sistem imun menjadi lemak, letih dan simptom-simptom autoimun yang biasa.
  • Antara penyebab kepada psoriasis ialah genetik, tekanan fizikal atau emosi, keradangan, sistem imun yang lemah, diet yang tidak seimbang, kesukaran mencerna lemak dan protein, perubahan hormon, kekurangan nutrien, kelemahan fungsi hati dan tindak balas terhadap ubat-ubatan.
  • Anda boleh merawatnya secara semula jadi dengan cara amalkan diet anti-keradangan, menggunakan herba dan sumplimen, mendapatkan sekurang-kurangnya 20 berada di bawah cahaya matahari, mengurangkan tekanan dan melembapkan kulit menggunakan minyak pati.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EBOOK PERCUMA !

36 Tips Untuk Pastikan Azam Kurus Anda Berjaya!

Perkongsian ini akan membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza mengenai cara kuruskan berat badan
SAYA NAK EBOOK!
close-link