Home TIPS KESIHATAN 5 Langkah untuk Mengubati Ketagihan Gula
5 Langkah untuk Mengubati Ketagihan Gula

5 Langkah untuk Mengubati Ketagihan Gula

0
0

Hari ini, saya akan berkongsi dengan anda rahsia saya bagaimana saya mengurangkan pengambilan gula serta kelaparan yang akhirnya akan menyebabkan anda kurang mengambil gula lagi. Isu tentang ketagihan gula merupakan masalah yang serius di Malaysia kini. Hakikatnya, saya boleh katakan bahawa antara penyebab nombor 1 yang menyebabkan orang ramai gagal dalam diet mereka bahkan menjadi masalah juga bagi mereka yang ingin menambah berat badan.

Ayuh jadi jujur. Ramai orang yang mengethaui bahawa mereka perlu makan. Kita perlu makan banyak sayur-sayuran. Kita perlu makan banyak buah-buahan. Kita perlu makan makanan organik. Namun, sering kali apabila saya bertanyakan kepada peserta diet saya beberapa tahun lalu, “Mengapa anda tidak mengikuti diet sebelum ini?” Mereka akan menjawab, “Kerana saya menjadi terlalu lapar. Jadi saya mula memerlukan makanan yang banyak gula.”

5 Langkah untuk Mengubati Ketagihan Gula

Berikut merupakan antara cara utama untuk mengurangkan ketagihan terhadap gula. Sebenarnya terdapat empat cara yang utama. Iaitu anda perlu mendapatkan lebih banyak serat, protein, lemak sihat dan makanan masam. Sekiranya anda mengikuti langkah ini, dan dengan penambahan langkah kelima, semua ini akan berupaya untuk mengatasi ketagihan kepada manisan serta gula.

1. Dapatkan Lebih Banyak Protein dalam Diet Anda

Protein sebenarnya akan membantu untuk menyeimbangkan kandungan gula dalam darah anda dan akhirnya akan membantu juga untuk mengurangkan ketagihan kepada gula. Antara makanan berprotein yang membantu mengurangkan ketagihan gula seperti :

  • Lembu organik
  • Susu kambing mentah
  • Lentil
  • Ikan salmon, mackerel, tuna dan lain-lain
  • Ayam organik
  • Kacang hitam
  • Susu mentah
  • Kefir
  • Yougurt
  • Telur organik
  • Keju mentah

2. Ambil banyak Lemak Sihat

Badan anda boleh membakar gula atau lemak untuk mendapatkan tenaga. Sekiranya anda berhenti mengambil seberapa banyak gula, mulakan dengan pengambilan lebih banyak lemak. Cuma pastikan bahawa lemak itu sihat yang menyerupai diet bagi kebiasaan masyarakat Mediterranean.

Badan anda akan menjadi pembakar lemak yang akhirnya akan membantu mengurangkan berat badan. Akhirnya, dalam masa yang sama akan mengurangkan ketagihan kepada gula. Lemak yang terbaik untuk tujuan ini ialah kelapa atau minyak kelapa dara dan juga minyak zaitun.

3. Dapatkan Lebih Banyak Serat

Serat membantu anda untuk berasa kenyang lebih lama. Ia membantu proses nyahtoksik dan boleh juga mengurangkan simptom kandida di dalam badan anda. Kandida merupakan penyebab utama mengapa anda memerlukan gula.

Anda perlukan 35-40 gram serat sehari. Mulakan dengan mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan biji-bijian seperti biji chia dan selasih.

Antara sumber serat yang lain seperti:

  • Avocado
  • Pear Asia
  • Beri
  • Kelapa
  • Figs
  • Artichoke
  • Okra @ Kacang bendi
  • Acorn squash
  • Brussels sprouts
  • Sengkuang
  • Kacang hitam
  • Kacang hijau
  • Kacang Lima
  • Lentils
  • Kinoa

Adalah penting juga untuk makan mengikut diet yang tinggi dengan serat disebabkan oleh serat bertindak bukan sekadar sebagai regulator. Diet yang mengandungi serat boleh membantu keadaan seperti :

  • Atherosklerosis
  • Kanser
  • Kolitis
  • Sembelit
  • Penyakit Crohn’s
  • Diabetes
  • Cirit-birit
  • Divertikulosis
  • Hemorrohoid
  • Penyakit jantung
  • Hipertensi
  • Sindrom usus luka
  • Batu ginjal
  • Obesiti
  • Ulser Peptik
  • PMS

4. Ambil Lebih Banyak Makanan Masam atau Makanan yang Kaya dengan Probiotik

Makanan seperti yougurt probiotik seperti kefir disebabkan oleh bakteria baik yang terkandung di dalamnya. Bakteria-bakteria ini akan melawan dan mengurangkan kandida dalam badan anda dan akhirnya akan mengurangkan rasa inginkan gula.

Maka, sekali lagi, pengambilan makanan yang kaya dengan probiotik seperti kefir dan yougurt, jeruk sayur seperti sauerkraut dan kimchi serta makanan masan seperti cuka buah teen@tin adalah bagus. Gunakan cuka teen dalam salad atau jus lemon dalam minuman anda dan anda akan dapat mengurangkan keperluan anda kepada gula.

Antara makanan probiotik yang lain seperti :

  • Kombucha
  • Kefir kelapa
  • Keju mentah
  • Miso
  • Tempeh
  • Buah zaitun
  • Jeruk masin gherkin

5. Tukar kepada Stevia

Stevia tidak mengandungi kalori, pemanis semula jadi yang menjadi satu alternatif kepada gula sekiranya anda mencari sesuatu yang dapat menggantikan gula. Cuma, hati-hati, tidak semua stevia dihasilkan adalah sama. Disebabkan itulah mengapa kesan sampingan stevia juga pelbagai. Terdaapt tiga jenis stevia yang utama iaitu :

  • Stevia daun hijau — Stevia jenis ini merupakan stevia yang paling sikit dihasilkan berbanding stevia jenis yang lain. Ia dihasilkan daripada daun yang dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk. Stevia jenis ini manis, rasa sedikit pahit dan tidak seperti kebanyakan stevia yang lain. Ia memiliki rasa manis sebanyak 30-40 kali daripada gula. Saya rasa stevia jenis ini adalah yang terbaik.
  • Ekstrak stevia  — Sesetengah jenama stevia kini mengekstrak rasa manis dan kurang pahit daripada daun stevia yang mana ia tidak memiliki khasiat seperti yang terkandung dalam stevioside. Stevia jenis ini boleh menjadi pilihan yang lebih baik daripada pemanis biasa yang lain namun tidak ada banyak kajian yang dilakukan menunjukkan kesannya. Ia memiliki rasa manis kira-kira 200 kali daripada gula.
  • Stevia yang diubahsuai dan Truvia – Stevia jenis inilah yang anda perlu jauhi dan ia bukanlah stevia yang sebenar. Hal ini adalah disebabkan oleh ia mengandungi bahan-bahan yang diproses dan bahan-bahan tambahan di dalamnya.

Perlu ditegaskan di sini bahawa, tidak semua produk stevia adalah sama. Terdapat perbezaan yang besar antara mengambil stevia yang asli dengan stevia yang dihasilkan secara kimia seperti Truvia.

Sekiranya anda mengikuti lima langkah ini, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada ketagihan anda terhadap gula.

Alternatif Terbaik kepada Gula

Cara yang lain bagi mengurangkan ketagihan anda kepada gula ialah dengan menggunakan gula alternatif. Antaranya ialah :

Madu Mentah

Satu sudu makan madu mengandungi 64 kalori dan memiliki kesan yang kurang terhadap baban glisemik berbanding sebiji pisang. Adalah penting untuk diketahui bahawa kebaikan ini hanyalah ada pada madu yang mentah (asli). Sebaik sahaja madu ini dipasturkan, ia akan kehilangan banyak khasiatnya berbanding dengan yang mentah (asli).

Kurma

Kurma kaya dengan potassium, zink, zat besi, manganese, magnesium dan vitamin B6. Daripada pokok kurma, ia mudah dihadam dan membantu untuk metabolisme protein, lemak dan karbohidrat. Kajian menunjukkan bahawa kurma dapat mengurangkan LDL kolestrol dalam darah dan boleh mengurangkan risiko angin ahmar.

Gula Kelapa

Kini, ramai yang menggunakan gula kelapa sebagai pemanis semula jadi mereka disebabkan oleh ia mengandungi beban glisemik yang rendah dan kaya dengan mineral.

Sirap Maple

Sirap Maple merupakan satu sumber manganese, kalsium, potassium dan zat besi. Kaya dengan antioksidan dan smeua pemanis semula jadi ini membantu untuk meneutralkan radikal-radikal bebas dan mengurangkan kerosakan oksidatif. Pilih sirap yang berwarna lebih gelap dan bergred B.

Molase

Semua molase adalah dihasilkan daripada tebu. Dihasilkan dengan merebus isi tebu sehingga terhasilnya satu sirap yang manis.

Balsamic glaze

Cuka Balsamic sangat kaya dengan antioksidan yang berupaya memusnahkan radikal-radikal bebas, kaya dengan enzim pepsin yang membantu proses pencernaan yang sihat dan rasanya juga sedap.

Puri Pisang

Pisang kaya dengan serat dan potassium dan mengandungi vitamin B6 dan C. Pisang juga secara semula jadinya memiliki rasa manis dan sesuai untuk menjadi gula alternatif.

Sirap Pulut Hitam

Sirap pulut hitam dihasilkan daripada pulut hitam yang ditapaikan dengan enzim untuk memecahkan kanjinya. Cecair yang terhasil kemudiannya dipanaskan sehingga sirap terhasil. Hasilnya, satu sirap yang likat, manis dan sangan sesuai untuk menggantikan pemanis yang lain.

Jem Buah Sebenar

Buah beri, epal, pir dan anggur merupakan pengganti kepada gula yang baik. Anda boleh menggunakan jem buah buahan yang sedia ada di pasaran. Namun, Cuma pastikan bahawa tiada gula tambahan atau pektin di dalamnya. Adalah lebih baik sekiranya anda menghasilkan sendiri jem yang bebas gula dengan buah-buah organik baik secara segar atau sejuk beku. Ia adalah mudah dan lebih ekonomik.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *