Home TIPS KURUS 5 Langkah Terbaik untuk Membantu Anda Mengawal Lapar
5 Langkah Terbaik untuk Membantu Anda Mengawal Lapar

5 Langkah Terbaik untuk Membantu Anda Mengawal Lapar

0
0

Adalah sukar untuk terus berpegang dengan membuat perubahan dalam pemakanan anda sekiranya anda berasa lapar setiap masa. Cubalah lima tips serta langkah terbaik untuk membantu anda mengawal lapar dan supaya tidak tersasar dengan pemakanan sihat seharian.

5 Langkah Terbaik untuk Membantu Anda Mengawal Lapar

Belajar untuk mengawal rasa lapar merupakan halangan terbesar kepada seseorang yang sedang berdiet, dan inilah aduan saya lebih kerap dengar daripada yang lain. Sesetengah orang amat  cerewet tentang pengiraan kalori atau diari makanan serta merungut untuk bersenam.

Tetapi tidak ada satu hari pun yang berlalu melainkan dia memberitahu saya bahawa mereka tidak dapat mengawal rasa lapar mereka serta mereka akan mengadu bahawa mereka berasa lapar sepanjang masa. Saya memiliki banyak cara yang boleh membantu anda mengawal rasa lapar secara semulajadi. Tetapi langkah pertama sekali ialah anda perlu mengetahui adakah anda berasa benar-benar lapar.

Bagaimanakah Rasanya Apabila Benar-benar Lapar?

Sekiranya saya meminta anda untuk menggambarkan rasa lapar, apakah yang anda akan beritahu kepada saya? Adakah perut anda berkeroncong? Adakah paras tenaga anda berkurang? Adakah anda berasa pening ? Sekiranya semua itu berlaku kepada anda, anda sudah tentu memerlukan tenaga.

Semua itu merupakan tanda-tanda kelaparan yang sebenar. Jika anda berasa begitu, tubuh badan anda sedang memberikan isyarat untuk makan sesuatu – kemudian anda akan berasa lebih baik.

Jika anda makan atas sebab-sebab selain daripada lapar — jika anda hanya bosan, marah atau tertekan makanan tidak akan membantu. Atau, jika berkesan, anda mungkin kesannya tidak lama. Rasa lapar tidaklah sama seperti “mahukan sesuatu untuk dimakan.”

Jika ia adalah disebabkan oleh emosi yang anda, atau jika anda mendapat dorongan untuk makan sesuatu hanya kerana ia kelihatan menyelerakan, anda sebenarnya bukanlah benar-benar lapar. Dalam hal ini, anda akan memerlukan cara lain untuk menangani dorongan tersebut. .

5 Cara Terbaik untuk Mengawal Rasa Lapar

Kawalan rasa lapar adalah bertujuan untuk membendung rasa lapar yang sebenar: perut yang berkeroncong, tenaga yang rendah atau keresahan yang sering datang apabila tubuh badan anda memerlukan tenaga.

Disebabkan oleh rasa lapar yang sebenar secara semulajadi mendorong anda untuk makan, sudah tentu anda mahu untuk mengetahui beberapa cara untuk mengawal rasa lapar sekiranya anda juga cuba untuk mengawal jumlah kalori anda. Jadi, berikut adalah 5 tips utama untuk mengawal rasa lapar.

1.Protein ialah penghilang rasa lapar

Protein dapat menghilangkan rasa lapar berbanding karbohidrat atau lemak. Jadi cuba masukkan protein pada setiap hidangan ataupun snek. Hakikatnya, protein bukan sahaja membantu dalam sistem penghadaman, ia juga memberikan kesan kepada bahan-bahan kimia di dalam otak sehingga menyebabkan anda berasa puas dan minda juga menjadi tajam.

2.Makanan Berair, Berserat adalah mengenyangkan

Air dan serat tidak mengandungi kalori. Namun, makanan yang berserat dan berair bersifat mampat dan mengambil lebih banyak ruang di dalam perut anda. Akhirnya membantu anda untuk berasa kenyang. Kebanyakan sayur-sayuran (kecuali yang berkanji seperti kentang, jagung dan kacang pis) memiliki sedikit kalori bagi setiap hidangan disebabkan oleh kandungan air dan seratnya yang banyak. Buah- buahan berair seperti tembikai dan nenas serta buah yang berserat seperti beri juga membantu anda untuk berasa kenyang dengan kalorinya yang rendah.

3.Bersenam boleh membantu mengawal rasa lapar

Senaman boleh memberikan tekanan kepada hormon lapar anda yang mana akan mengganggu selera makan anda. Namun, untuk menjadikan ia berkesan, tubuh badan anda perlu mendapatkan tenaga yang cukup. Kadang-kala dalam usaha untuk menurunkan berat  badan, sesetengah orang akan mengurangkan pengambilan kalori yang terlalu banyak sehinggakan tiada tenaga yang cukup untuk terus mengekalkan senaman.

Jadi akhirnya usaha tersebut menjadi sia-sia. Ada yang sering mengatakan kepada saya bahawa setelah bersenam, mereka akan berasa semakin lapar dan akan menyebabkan mereka semakin kuat makan. Namun, hakikatnya, keadaan ini adalah berpunca daripada tubuh badan yang tidak mendapatkan tenaga secukupnya sebelum senaman dilakukan.

4.Bendalir boleh membantu mengawal rasa lapar

Pengambilan bendalir (air) bersama dengan makanan boleh menyebabkan anda berasa lebih kenyang. Ada juga sesetengah orang yang keliru antara dahaga dan lapar. Jadi, sungguhpun tubuh badan mereka memerlukan bendalir namun mereka akan atasinya dengan makan. Jika anda kekal hidrat, maka kebarangkali untuk anda kerap makan adalah kurang.

5.Makan sedikit dan kerap mampu mengawal rasa lapar

Apabila anda makan sedikit secara kerap dalam tempoh beberapa jam, ia akan membantu anda untuk mengekalkan paras gula dalam darah anda secara stabil sepanjang hari. Keadaan ini penting memandangkan penurunan paras gula dalam darah anda boleh menyebabkan anda berasa sangat lapar. Sungguhpun sekiranya anda fikir dengan jumlah makanan yang seidkit tidak akan cukup untuk anda, apabila anda mengetahui bahawa anda akan makan kemudiannya akan menjadikan anda berupaya untuk mengawal rasa lapar.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *