Home Health 5 Khasiat Utama Jagung
5 Khasiat Utama Jagung

5 Khasiat Utama Jagung

0
0

Mereka yang mengamalkan diet purata Amerika hari ini tidak sedar bahawa mereka telah makan banyak jagung setiap hari bahkan lebih daripada apa yang mereka percaya. Keliru dengan nilai nutrisi jagung adalah ia baik atau tidak untuk anda?

Apakah Itu Jagung?

Nama saintifik bagi jagung ialah Zea mays merupakan bahan utama dalam hidangan masyarakat Amerika Selatan, Tengah dan Utara sejak beribu tahun lalu. Ia mula digunakan secara domestik hampir 8,000 tahun lalu bahkan telah menjadi makanan tradisi bagi masyarakat orang asli Amerika. Kini, jagung sudah ada di dalam diet masyarakat dunia.

Jagung yang ditanam secara tradisional di sepanjang bulan musim panas yang menghasilkan jagung dengan pelbagai warna selain daripada warna kuning. Ia boleh didapati dengan warna merah, merah jambu, unggu, hitam, dan biru.

Selain daripada jagung digunakan untuk membuat tortila, taco atau burrito, ia juga digunakan di seluruh dunia untuk membuat polenta, tepung, sup dan sos.

Fakta Nutrisi Jagung

Satu tongkol jagung kuning yang direbus (kira-kira 118 gram) mengandungi kira-kira:

  • 127 kalori
  • 29.6 gram karbohidrat
  • 3.9 gram protein
  • 1.5 gram lemak
  • 3.3 gram serat
  • 0.3 milligram tiamina (17 peratus DV)
  • 54.3 microgram folat (14 peratus DV)
  • 7.3 milligram vitamin C (12 peratus DV)
  • 1.9 milligram niasin (10 peratus DV)
  • 1 milligram asid pantotenik (10 peratus DV)
  • 88.5 milligram fosforus (9 peratus DV)
  • 0.2 milligram mangan (9 peratus DV)
  • 30.7 milligram magnesium (8 peratus DV)
  • 250 milligram kalium (7 peratus DV)
  • 310 unit antarabangsa vitamin A (6 peratus DV)
  • 0.1 milligram riboflavin (5 peratus DV)
  • 0.7 milligram zink (5 peratus DV)
  • 0.1 milligram vitamin B6 (4 peratus DV)
  • 0.5 milligram zat besi (3 peratus DV)
  • 0.1 milligram kuprum (3 peratus DV)

Tambahan pula, satu tongkol jagung juga mengandungi vitamin E, vitamin K, koline, kalsium, selanium, omega-3 dan omega-6.

Khasiat Jagung

1. Sumber Antioksidan yang Bagus

Rupanya jagung merupakan sejenis makanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Perbezaan warna pada biji-biji nya menunjukkan pelbagai jenis kombinasi pitonutrien dan nilai nutrisi bagi jagung tersebut. Jagung yang paling terkenal ialah yang berwarna kuning yang merupakan sumber antioksidan karotenoid yang bagus terutamanya lutein dan zeaxiantin (juga terkandung di dalam skuasy, lobak merah dan buah-buahan serta sayur-sayuran berwarna).

Antioksidan karotenoid banyak di dalam jagung. Ia dikenali dapat membantu memberikan sokongan kepada sistem imun dan melindungi mata dan kulit daripada tekanan oksidatif. Terdapat banyak antioksidan yang bersifat sensitif terhadap haba dan berkurangan apabila dimasak. Namun, kajian menunjukkan bahawa proses mengeringkan jagung secara perlahan pada suhu yang rendah masih lagi dapat memelihara kandungan nutrisi jagung tersebut

2. Berserat Tinggi

Sebagaimana semua jenis sayur-sayuran, jagung juga merupakan makanan yang dapat memberikan serat kepada anda. Nisbah serat antara serat tak larut kepada serat larut juga adalah tinggi. Hal ini bermakna ia dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada sistem pencernaan anda. Serat tak terlarut merupakan sejenis serat yang bergerak menerusi sistem pencernaan, tidak diserap dan tidak mengalami proses metabolisme. Sesetenah jenis serat terutamanya serat larut, apabila sampai di bahagian bawah usus besar kita, ia akan dimetaboliskan oleh bakteria usus dan akan ditukarkan kepada aisd lemak rantaian kecil (SCFA). Hal ini bagus bagi menyokong bakteria baik di dalam usus serta menyihatkan mikrobiom.

Asid lemak rantaian kecil daripada makanan berserat tinggi juga dapat memberikan tenaga kepada sel di sepanjang laluan usus besar dan memastikan saluran pencernaan berada dalam keadaan yang baik. Ia juga membantu kita menghasilkan pergerakan usus yang normal dan mengeluarkan bahan buangan dan toksin daripada tubuh badan kita. Maka tidak hairanlah mengapa asid lemak rantaian kecil ini dikaitkan dengan fungsi sel usus yang lebih sihat dan sekaligus dapat membantu bagi mencegah kenser yang melibatkan organ pencernaan seperti kanser kolon.

3. Sumber Karbohidrat yang Lambat dicerna

Jagung juga kaya dengan kanji yang merupakan sejenis karbohidrat kompleks yang membekalkan tenaga kepada kita. Tidak seperti karbohidrat yang diproses, makanan yang kaya dengan kanji dan serat sangat baik untuk mengawal paras gula dalam darah. Ia disebabkan oleh serat tersebut memperlahankan kadar di mana glukosa (gula) dirembeskan ke dalam aliran darah.

Selain daripada membekalkan serat, jagung juga mengandungi protein sayur-sayuran. Serat dan protein kedua-duanya dapat membantu mengenyangkan kita berbanding hanya dengan karbohidrat sahaja. Hal ini disebabkan oleh kedua-duanya dapat menstabilkian laluan makanan melalui sistem pencernaan sekaligus dapat membantu mencegah kenaikan gula dalam darah secara mendadak.

4. Bebas Gluten

Sungguhpun jagung sering kali dikategorikan bersama dengan bijirin lain dan juga digunakan sama seperti bijirin, jagung sebenarnya bukanlah sejenis bijirin dan sememangnya tidak mengandungi gluten. Apakah masalah dengan gluten itu? Pengambilan gluten dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan seperti masalah pencernaan, mual, kejang, cirit-birit, sembelit, keletihan melampau dan masalah kulit. Memandangkan gluten itu sendiri boleh memberikan masalah kepada ramai orang, jagung dan tepung jagung merupakan pengganti yang baik bagi gandum atau makanan bergluten yang lain.

5. Sebahagian daripada Diet Tradisional bagi Kesihatan Berpanjangan

Hari ini, kadar obesiti, darah tinggi dan kerintanganan insulin menjadi semakin tinggi dalam kalangan orang asli yang tinggal di Amerika Utara. Mereka didapati telah meninggalkan diet tradisional mereka dan mula mengadaptasi diet orang Barat. Menurut satu laporan tahun 2007 yang diterbitkan di dalam the Journal of Medicinal Food melaporkan bahawa perubahan corak diet mereka dapat dilihat melalui pengambilan banyak makanan berkalori tinggi, gula, tepung bijirin proses dan minuman manis. Hasilnya mereka terdedah kepada risiko kesihatan yang tinggi berbanding apabila mereka mengamalkan diet mereka terdahulu yang berasaskan jagung, kekacang, beras dan sayur-sayuran.

Para pengkaji juga percaya bahawa dengan mengembalikan corak diet tradisional mereka dapat mengurangkan masalah penyakit tersebut disebabkan oleh keseimbangan kalori serta nutrien yang diperlukan. Bukan itu sahaja, selain jagung, makanan berasaskan jagung dan kekacang juga mengandungi ciri-ciri antidiabetik, antioksidan dan anti-hipertensi. Selain itu, makanan tersebut juga dapat memberikan bahan pitokimia fenolik yang melindungi. Ia bagus untuk kesihatan jantung, melegakan hipertensi sebagai salah satu bentuk rawatan bagi masalah tekanan darah tinggi dan mengawal paras gula dalam darah.

Kesan Sampingan yang Perlu diberi Perhatian

1. Sekiranya Jagung itu dihasilkan secara GMO

Laporan menunjukkan bahawa secara kasarnya 80% daripada makanan yang ada dalam diet piawai rakyat Amerika kini mengandungi jagung yang dihasilkan secara GMO. Manakala kira-kira 88% daripada jagung yang ditanam di Amerika Syarikat setiap tahun adalah dihasilkan secara modifikasi genetik.

Sekiranya anda tidak mengetahui tentang GMO, sebenarnya GMO itu merujuk kepada organisma yang telah diubahsuai genetiknya. Dalam kes jagung GMO, biji jagung asli telah diubah suai di dalam makmal sebelum ia ditanam dengan tujuan bagi menjadikan pokok jagung itu memiliki ketahanan terhadap rumpai, serangsa dan tikus. Asalnya, tujuan dilakukan GMO itu adalah untuk menghasilkan tanaman yang memiliki mekanisme yang kuat bagi melindungi ancaman yang biasanya dialami.

Kesan pengambilan makanan GMO antaranya:

  • Perubahan persekitaran di dalam usus.
  • Meningkatkan risiko kerintanganan terhadap antibiotik.
  • Masalah fungsi hormon.
  • Masalah fungsi sistem reproduktif.
  • Peningkatan simptom penuaan.

Dalam satu analisis yang pada tahun 2009 yang diterbitkan di dalam the International Journal of Biological Sciences mendapati bahawa apabila tikus makmal diberikan dengan tiga jenis ampaian jagung GMO, mereka mengalami tindak balas negatif pada buah pinggang, hati dan organ detoksifikasi mereka. Pengambilan makanan GMO juga memberikan kesan negatif kepada fungsi jantung, kelenjar adrenal, limpa dan sistem haematopoietik. Semua itu merupakan kesan langsung daripada perubahan metabolik disebabkan oleh pengambilan biji GMO dan juga merupakan tanda-tanda “ketoksikan hepatotenal”.

2. Apabila Ia digunakan untuk menghasilkan Sirap Jagung Berfruktosa Tinggi

Sirap jagung berfruktosa tinggi sebenarnya bukanlah terhasil secara semula jadi dan ia sebenarnya tidak menyihatkan. Ia merupakan sejenis pemanis cecair yang dihasilkan sebagai alternatif kepada sukrosa (gula pasir). Ia sepenuhnya dihasilkan oleh manusia, diproses dan mula-mula diperkenal kepada industrik makanan dan minuman pada sekitar tahun 1970an disebabkan ia merupakan cara yang murah untuk memaniskan makanan proses.

Dari segi kalori, sirap ini mengandungi kalori yang sama seperti gula organik ada. Namun, ia pula mengandungi lebih banyak gula yang dikenali sebagai fruktosa. Hal ini bermakna, kandungan fruktosa yang tinggi boleh memberikan kesan kepada tubuh badan serta fungsi metabolik. Kita sedia tahu bahawa diet yang tinggi gula boleh meningkatkan pelbagai risiko kesihatan.

Percaya atau tidak, adalah dianggarkan bahawa hari ini kira-kira 25% daripada purata pengambilan kalori rakyat Amerika adalah berasal daripada gula. Gula yang paling banyak diambil pula adalah berasal daripada fruktosa yang kebiasaannya terkandung di dlaam makanan dan minuman manis berpek.

3. Apabila Terkandung dalam Makanan Berproses yang Lain

Jagung GMO digunakan untuk mengasilkan pelbagai bahan tambahan kepada makanan proses berpek. Sebelum anda membeli mana-mana produk, baca terlebih dahulu lebel makanan tersebut untuk memastikan produk tersebut selamat dan bebas daripada bahan-bahan yang pelik.

Juga, anda perlu tahu bahawa pengilang makanan juga seringkali menukar bahan-bahan yang digunakan setiap masa begitu juga dengan cara penyediaannya. Jadi, sekiranya anda menyangka bahawa tiada bahan GMO di dalamnya, berkemungkinan ianya adalah sebaliknya.

Menurut Live Corn Free website, antara bahan yang perlu anda lihat pada pek pembungkus makanan adalah seperti asid sitrik, gula serbuk, tepung jagung, perisa karamel, jagung fruktosa, minyak jagung, sirap jagung, dekstrin dan dekstrosa, fruktosa, asid laktik, malt, malodekstrin, mono dan digliserida, MSG dan sorbitol. Semua ini merupakan sebab mengapa anda perlu mengelakkan diri daripada membeli makanan tersebut di pasar raya.

4. Jika Anda Menghidap Masalah Sistem Pencernaan

Walaupun jagung adalah bebas gluten dan secara teknikalnya adalah bukan daripada jenis bijirin, adalah tidak mustahil baginya untuk menggangu sisten pencernaan anda. Ia boleh menyebabkan sakit perut terutamanya sekiranya anda mengalami masalah alahan, IBS atau sindrom kebocoran usus.

Salah satu puncanya adalah disebabkan oleh kandungan serat jagung tersebut serta keupayaannya untuk dicerna di dalam usus. Makanan yang kaya dengan serat ini boleh jadi bagus untuk anda namun, ia juga mengandungi selulosa iaitu sejenis serat yang manusia tidak boleh cerna dengan mudah. Hal ini terjadi apabila kita kekurangan enzim yang diperluakan untuk mencernakan serat tersebut dengan sempurna.

Tambahan pula, terdapat mereka yang mengalami angin di dalam perut atau rasa tidak selesa ketika makan makanan berserat. Mungkin dengan cara mengisar, menjadikan ia di dalam bentuk puri atau mengunyah lebih lama dapat membantu ia melepasi saluran pencernaan dengan lebih mudah.

Alahan kepada jagung sebenarnya agak jarang berlaku. Namun, sekiranya anda mengalami apa-apa masalah apabila memakannya, cara yang mudah adalah anda perlu mengelakkannya. Anda juga perlu meninggalkan segala bentuk produk berasaskan jagung daripada diet anda dan menggantikannya dengan buah-buahan yang telah dipurikan, jus asli buah-buahan, madu asli, sirap maple, kanji kentang, kanji nasi, tepung kelapa, tepung almond atau tepung ubi kayu.

Bagaimana untuk Memilih dan Membeli Jagung?

Apabila membeli belah, sentiasa ingat bahawa terdapat perbezaan nilai nutrisi antara “sweet corn” dan “field corn”. “Sweet corn” ialah jagung yang kebiasaannya dimakan secara terus manakala “field corn” pula ialah sejenis jagung yang telah dimodifikasi genetiknya untuk dijadikan makanan haiwan ternakan selain daripada dijadikan bahan-bahan kimia yang diproses.

Memandangkan hampir kesemua “field corn” yang ditanam di Amerika Syrikat adalah GMO, manakala “sweet corn” pula sebaliknya. Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa hanya 3% hingga 4% sahaja “sweet corn” yang ditanam di Amerika Syarikat setiap tahun adalah GMO. Jadi, sekiranya anda ingin mencari jagung yang dapat meningkatkan kesihatan anda, “sweet corn” adalah pilihan yang terbaik.

Cara Memasak Jagung

Jagung boleh dimasak dengan pelbagai cara. Termasuklah menggunakan ketuhar gelombang mikro, mengril, memanggang dan merebus.

Adakah jagung selamat untuk dimakan mentah?

Jagung mentah selamat untuk dimakan mentah namun mungkin susah bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk menghadamnya. Mengukus jagung juga dapat meningkatkan penyerapan asid ferulik ke dalam tubuh badan anda. Ia merupakan sebatian yang baik untuk badan anda.

Sebelum memasaknya, pastikan buang dahulu kulit dan sabutnya, Potong jagung tersebut kepada beberapa bahagian dan pastikan bahagian atas dan bawah jagung tersebut turut dibuang terlebih dahulu.

Berapa lama untuk mengukus jagung?

Gunakan periuk bersaiz besar dan isikan kira-kira tiga suku air. Panaskan air tersebut dan masukkan jagung ke dalamnya. Tutup periuk tersebut dan matikan api kira-kira 10 minit sebelum membuang air di dalam periuk tersebut. Sesetengah orang suka menambahkan garam atau jus lemon ke dalam air didihan tersebut. Selepas itu, anda boleh tambahkan mentega, garam, rempah ratus dan sebagainya.

Bagaimana cara untuk memasak jagung menggunakan ketuhar gelombang mikro?

Letakkan jagung di dalam pinggang yang sesuai untuk ketuhar gelombang mikro. Masukkan ia ke dalam ketuhar selama tiga hingga empat minit.

Bagaimana cara untuk memanggang jagung?

Letakkan jagung yang masih belum dikopek di atas pemanggang. Tutup dan biarkan ia dipanggang selama 15 hingga 20 minit. Balik-balikkan ia setiap lima minit. Kemudian, kopek kulit jagung tersebut selepas selesai memanggang atau anda boleh balut jagung tersebut sebelum dipanggang.

Resipi Jagung

Sekarang, anda sudah tahu bagaimana cara untuk memilih jagung yang paling menyihatkan dan bagaimana untuk menyediakannya. Jadi, ayuh kita lihat apakah resipinya. Antara resipi yang biasa menggunakan jagung ialah:

  • Kaserol ayam dan jagung.
  • Jagung disalut dengan rempah atau herba.
  • Cowder jagung bersama kentang atau ikan.
  • Puding jadung manis.
  • Salad jagung bersama kekacang dan tomato.
  • Chip jagung.
  • Roti atau mufin jagung.
  • Bertih jagung.

Namun begitu, resipi jagung yang paling popular ialah tortila jagung atau secara tradisinya disebut sebagai masa harina (sejenis tepung jagung). Jika anda mahu mencuba sesuatu yang sedikit manis, anda boleh mencuba resipi ini gluten-free bread recipe bersama tepung jagung.

Anda juga boleh lihat resipi wheat-free sponge cake yang menggunakan tepung, telur dan pemanis (seperti stevia atau gula kelapa). Roti dan mufin jagung pula boleh dihasilkan daripada jagung organik, susu mentah dan mentega.

KESIMPULAN

  • Sungguhpun jagung merupakan tanaman yang digunakan secara meluas di serat dunia, namun masih lagi ramai yang tidak mengetahui khasiat dan kesan sampingannya.
  • Jagung yang organik dan bukan GMO boleh menjadi sebahagian daripada diet yang seimbang. Sebaliknya tidak bagi jagung GMO dan diproses.
  • Antara khasiatnya ialah antioksidan, serat, kurang berkanji dan berprotein. Ia juga bebas gluten yang tidak menyebabkan alahan seperti bijirin lain.
  • Sesetengah orang yang menghidap SIBO dan IBS boleh menghadapi masalah ketika proses pencernaan serat tak terlarut jagung. Hal ini disebabkan oleh jagung tersebut tidak dapat dicerna dengan baik.
  • Untuk mengelakkan diri daripada makanan GMO mungkin sukar. Namun, cara yang mudah adalah dengan makan makanan yang asli dan elakkan daripada mengambil makanan yang berpek semampu mungkin.

Sumber artikel di sini. 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *