Home TIPS KURUS 5 Fungsi Karbohidrat Dan Mengapa Karbohidrat Penting Dalam Pemakanan Sihat
5 Fungsi Karbohidrat Dan Mengapa Karbohidrat Penting Dalam Pemakanan Sihat

5 Fungsi Karbohidrat Dan Mengapa Karbohidrat Penting Dalam Pemakanan Sihat

0
1

Apabila disebut dengan istilah biologi, karbohidrat merupakan molekul yang mengandungi atom karbon, hidrogen dan oksiden dalam nisbah yang tertentu. Namun, masih ramai belum tahu akan fungsi karbohidrat . Tapi apabila dalam istilah nutrisi pula, karbohidrat ini merupakan satu perkara yang menimbulkan banyak kontroversi.

Sesetengah orang percaya bahawa makan makanan yang sedikit karbohidrat adalah baik untuk kesihatan yang optimum manakala ada juga yang memilih untuk mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat dan tidak dilupa juga ada yang memilih untuk bersederhana. Tidak kiralah anda berada di pihak yang mana, adalah sukar untuk kita menafikan bahawa karbohidrat memainkan peranan yang penting untuk tubuh badan manusia. Maka, artikel ini akan membincangkan tentang peranan-peranan utamanya.

Apakah Fungsi Karbohidrat?

Kita selami apakah fungsi karbohidrat dan kesannya kepada kesihatan kita seharian.

1.Karbohidrat Memberikan Anda Tenaga

Salah satu sumber utama karbohidrat ialah memberikan tenaga kepada tubuh badan anda. Kebanyakan karbohidrat dalam makanan yang anda makan dicerna dan dipecahkan menjadi glukosa sebelum memasuki aliran darah. Glukosa di dalam darah kemudiannya diambil oleh sel-sel badan dan digunakan untuk menghasilkan molekul yang dikenali sebagai adenosine triphosphate (ATP) melalui satu siri proses yang kompleks yang dikenali sebagai respirasi sel.

Sel selepas itu boleh menggunakan tenaga tersebut untuk menjalankan pelbagai urusan metabolik. Kebanyakan sel yang ada di dalam tubuh badan boleh menghasilkan ATP daripada beberapa sumber termasuklah karbohidrat dan lemak. Namun, sekiranya anda mengamalkan diet yang mengandungi pelbagai nutrien, maka kebanyakan sel dalam tubuh anda akan lebih cenderung menggunakan karbohidrat sebagai sumber utama tenaganya.

Ringkasa: Salah satu fungsi utama karbohidrat ialah untuk membekalkan tubuh badan anda dengan tenaga. Sel-sel anda akan menukarkan karbohidrat kepada molekul ATP melalui satu proses yang dikenali sebagai respirasi.

2.Menyimpan Tenaga

Sekiranya tubuh badan anda memiliki glukosa yang cukup untuk memenuhi keperluan anda, glukosa yang berlebihan akan disimpan bagi kegunaan di kemudian hari. Ia akan disimpan dalam bentuk yang dikenali sebagai glikogen dan disimpan di dalam hati dan otot.

Hati mengandungi kira-kira 100 gram glikogen. Molekul ini boleh dirembeskan semula ke dalam darah untuk memberikan tenaga dan mengekalkan paras gula dalam darah yang normal. Tidak seperti glikogen hati, glikogen di dalam otot hanya boleh digunakan oleh sel-sel otot sahaja. Ia sangat penting untuk digunakan ketika aktiviti senaman. Glikogen otot berbeza-beza mengikut individu namun secara kasarnya ia berjumlah 500 gram.

Sekiranya glukosa tidak lagi diperlukan oleh tubuh badan dan glikogen juga sudah penuh, tubuh badan anda boleh menukarkan karbohidrat yang berlebihan itu kepada molekul trigliserida dan disimpan dalam bentuk lemak.

Ringkasan: Tubuh badan anda boleh menukarkan karbohidrat yang berlebihan kepada bentuk glikogen. Manakala hanya beberapa ratus gram sahaja yang akan disimpan dalam hati dan otot anda.

3.Karbohidrat Membantu Memelihara Otot

Simpanan glikogen merupakan salah satu daripada beberapa cara tubuh badan anda memastikan glukosa anda mencukupi untuk menjalankan fungsi-fungsinya. Apabila glukosa dariapda karbohidrat kurang, otot akan memecahkan karbohidrat kepada asid amino dan menukarkannya kepada glukosa dan sebatian yang lain untuk menjanakan tenaga.

Jelasnya, ia bukanlah keadaan yang ideal memandangkan sel-sel otot sangat penting kepada pergerakan tubuh badan. Kehilangan sel otot yang banyak juga diikuti dengan masalah kesihatan dan berisiko tinggi untuk membawa maut.

Walaubagaimanapun, beginilah salah satu cara tubuh badan memberikan tenaga kepada otak, yang memerlukan sedikit tenaga daripada glukosa  walaupun ketika lapar. Mendapatkan sekurang-kurangnya sedikit karbohidrat dalam diet merupakan salah satu cara untuk mengelakkan kelaparan yang disebabkan oleh kehilangan sel-sel otot. Karbohidrat ini akan mengurangkan kekurangan otot dan memberikan glukosa sebagai tenaga untuk otak.

Ringkasa: Ketika lapar di mana tiada karbohidrat, tubuh badan boleh menukarkan asid amino daripada otot kepada glukosa untuk memberikan tenaga kepada otak. Mendapatkan sejumlah karbohidrat boleh mencegah masalah otot.

4.Memberkan Pencernaan yang Sihat

Tidak seperti gula dan kanji, serat tidak dipecahkan kepada glukosa. Memandangkan kedua-dua jenis karbohidrat ini melalui tubuh badan tanpa dicerna, ia boleh dikategorikan kepada dua jenis serat: larut dan tak larut. Serat larut terdiri daripada oat, kekacang dan isi buah-buahan dan sesetengah jenis sayur-sayuran. Sepanjang melalui tubuh badan, ia akan menarik air dan membentuk bahan seakan-akan jeli. Ia akan meningkatkan penghasilan tinja anda dengan lebih baik.

Dalan satu tinjauan kepada empat kajian yang terkawal, serat larut didapati membantu untuk memperelokkan pergerakan tinja khususnya bagi yang menghidapi sembelit. Tambahan pula, ia akan mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh pergerakan tinja tersebut yang keras. Sebaliknya, serat tak larut pula membantu untuk membentuk gumpalan-gumpalan tinja dan memudahkan pergerakannya di usus. Serat jenis ini terkandung di dalam bijirin penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran. Serat yang tak larut ini juga membantu mencegah penyakit saluran pencernaan.

Satu kajian yang melibatkan hampir 40,000 lelaki mendapati bahawa pengambilan serat tak larut yang tinggi diikuti dengan penurunan risiko penyakit sembelit di usus akibat terdapatnya sisa-sisa yang menggangu pergerakan tinja dalam usus.

Ringkasan: Serat merupakan sejenis karbohidrat yang menjadikan sistem pencernaan anda sihat dengan mengurangkan sembelit dan mengurangkan risiko penyakit saluran pencernaan.

5.Memelihara Kesihatan Jantung dan Mengelakkan

Sudah tentu makan karbohidrat proses secara berlebihan berkemungkinan boleh menyebabkan masalah jantung dan juga meningkatkan risiko diabetes. Walaubagaimanapun, dengan pengambilan serat baik untuk jantung dan gula dalan darah anda juga. Serat yang larut akan melalui usus kecil dan bercantum dengan asid hempedu dan penghalangnya daripada kembali diserap semula. Untuk menghasilkan lebih banyak asid hempedu, hati menggunakan kolestrol yang berkemungkinan terkandung dalam darah.

Dalam satu kajian yang terkawal menunjukkan bahawa pengambilan 10.2 gram suplimen serat terlarut yang dikenali sebagai psyllium setiap hari boleh menurunkan kolestrol jahat (LDL) sebanyak 7%. Tambahan pula, satu tinjauan yang dilakukan 22 kajian telah mendapati bahawa penyakit jantung dapat dikurangkan sebanyak 9% bagi setiap pertambahan 7 gram serat sekiranya diambil setiap hari.

Tambahan pula, serat tidak meningkatkan gula dalam darah sebagaimana karbohidrat yang lain. Apa yang penting, serat larut membantu untuk melambatkan penyerapan karbohidrat dalam saluran pencernaan anda. Hal ini boleh membantu mengurangkan gula dalam darah. Satu tinjauan yang dilakukan daripada 35 kajian menunjukkan bahawa pengurangan gula yang signifikan telah berlaku apabila para peserta mengambil suplimen serat larut setiap hari. Ia juga merendahkan paras A1c, satu molekul yang menunjukkan purata kandungan gula dalam darah untuk tempoh tiga bulan yang lalu.

Sungguhpun serat dapat mengurangkan gula dalam darah bagi mereka yang  mengalami pradiabetes, ia akan menjadi lebih berkesan bagi mereka yang menghidap diabetes jenis 2.

Ringkasan: Karbohidrat proses yang berlebihan boleh meningkatkan risik0 penyakit jantung dan diabetes. Serat merupakan sejenis karbohidrat yang berupaya untuk mengurangkan kolestrol jahat, merendahkan risiko untuk penyakit jantung dan meningkatkan pengawalan glisemik.

Adakah Kerbohidrat Penting untuk Fungsi-fungis Berikut?

Sebagaimana yang anda boleh lihat, karbohidrat memainkan peranan yang sangat penting dalam beberapa proses yang utama. Walaubagaimanapun, tubuh badan anda memiliki cara alternatif untuk menjalankan proses-proses tersebut tanpa karbohidrat.

Hampir setiap sel yang ada dalam tubuh badan anda boleh menjana molekul ATP daripada lemak. Hakikatnya, bentuk tenaga yang tersimpan dalam badan yang paling banyak bukanlah glikogen tetapi molekul trigliserida yang disimpan di dalam tisu-tisu lemak.

Hampir setiap masa, otak menggunakan hampir kesemua glukosa untuk tenaga. Namun begitu, ketika waktu lapar atau sedang mengalami kekurangan karbohidrat, otak akan mencari sumber tenaganya daripada glukosa ke keton. Keton merupakan molekul—molekul yang terbentuk daripada pemecahan asid lemak. Tubuh badan anda menghasilkannya apabila karbohidrat tidak ada untuk memberikan tenaga yang diperlukan bagi menjalankan fungsi-fungsinya.

Proses ketosis akan terjadi apabila tubuh badan mengasilkan lebih banyak jumlah keton untuk digunakan sebagai tenaga. Keadaan ini tidaklah berbahaya dan sedikit berbeza daripada komplikasi diabetes yang tidak terkawal yang dikenali sebagai ketoasidosis.

Dengan menggunakan glukosa menggantikan keton, otak akan mengurangkan jumlah otot yang perlu dipecahkan dan menukarkanya kepada glukosa untuk mendapatkan tenaga. Perubahan ini sangat penting di mana membantu manusia untuk terus hidup tanpa makanan selama beberapa hari.

Walaubagaimanapun, sungguhpun keton merupakan sumber tenaga utama bagi otak ketika waktu-waktu kelaparan, otak masih lagi memerlukan 1/3 daripada jumlah tenaga yang berasal daripada glukosa melalui proses pemecahan otot dan sumber-sumber lain dalam tubuh badan.

Ringkasan: Tubuh badan memiliki cara alternatif untuk memberikan tenaga dan memelihara otot ketika waktu lapar atau kekurangan karbohidrat dalam diet.

Kesimpulan

Karbohidrat memiliki peranan yang penting kepada tubuh badan anda. Ia memberikan tenaga untuk menjalankan proses-proses harian tubuh badan adna dan juga merupakan sumber utama kepada otak. Manakala serat pula merupakan sejenis karbohidrat yang membantu melancarkan sistem pencernaan anda dan juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes.

Secara umumnya, karbohidrat menjalankan fungsi ini bagi setiap orang. Namun begitu, sekiranya terdapat kekurangan karbohidrat dalam diet anda, tubuh badan anda akan menggunakan alternatif yang lain untuk mendapatkan tenaga bagi fungsi otak anda.

Buat pilihan karbohidrat dari sumber yang sihat seperti dari buah-buahan dan sayuran serta bijirin yang tinggi serat.

 

Comment(1)

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *