Home TIPS KESIHATAN 5 Cara Untuk Mendapatkan Lebih Vitamin A
5 Cara Untuk Mendapatkan Lebih Vitamin A

5 Cara Untuk Mendapatkan Lebih Vitamin A

0
0

Seringkali kita kekurangan dalam mengambil Vitamin A. Tahukah anda yang vitamin A memainkan peranan penting ke kesihatan mata, kulit, tulang dan sebagainya.

5 Cara Untuk Mendapatkan Lebih Vitamin A

Berikut merupakan lima cara yang menarik untuk mendapatkan nutrient yang penting ini.

Adalah lebih selamat untuk kita katakan bahawa vitamin A ini merupakan vitamin pelbagai fungsi. Ramai yang mengetahui bahawa fungsi vitamin A adalah untuk penglihatan namun ia juga memainkan peranan dalam kesihatan kulit, tulang serta gigi anda di samping menyokong sistem pembiakan dan imun.

Anda boleh mendapatkan vitamin A anda daripada sumber tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan namun didalam bentuk yang berbeza-beza.

Vitamin A yang terdapat di dalam makanan bersumberkan haiwan seperti hati, ikan, susu atau telur sebaik sahaja di serat ke dalam tubuh badan, ia sudah sedia untuk digunakan.

Anda juga boleh mendapatkannya daripada tumbuh-tumbuhan juga. Banyak tumbuh-tumbuhan mengandungi satu sebatian yang dikenali sebagai karotenoid (carotenoids) termasuk juga beta karotina (beta carotene), likopena (lycopene) dan lutein.

Kesemua karotenoid ini bukanlah vitamin A aktif tetapi tubuh badan anda boleh menukarkannya kepada bentuk yang aktif bila mana diperlukan.

Karotenoid inilah yang memberikan warna oren, merah dan hijau kepada tumbuh-tumbuhan. Adalah lebih baik sekiranya ia memiliki warna yang terang dan cerah kerana di situ mengandungi banyak sebatian yang penting ini untuk ditukarkan kepada vitamin A.

Lima Cara Bagi Mendapatkan Vitamin A Anda yang Berwarna-warni

1.Lobak Merah

lobak mengandungi banyak beta karotena di dalam setiap batang lobak merah bahkan membekalkan dua kali lebih banyak daripada yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari. Ia boleh dijadikan snek dengan makan begitu sahaja ataupun dijadikan sup dan juga salad. Lobak merah yang dimasak atau mentah juga enak apabila ditambah kepada shake protein berperisa vanila bersama serbuk kayu manis.

2.Squash Oren

Squash oren seperti labu, acorn dan butternut juga mengandungi banyak beta karotina. Rasa manis semula jadi squash akan keluar apabila ia dipanggang dan menjadi alternatif yang menarik untuk satu hidangan sampingan yang tradisional. Atau, anda juga boleh mengisar squash yang telah dimasak dengan sedikit perisa untuk menhasilkan satu bes sup yang enak.

3.Bayam

Bayam mengandungi karotenoid yang dikenali sebagai lutein yang memberikan warna hijau pada daunnya. Bayam yang segar biasa digunakan di dalam salad manakala yang sejuk beku pula sesuai untuk ditambah ke dalam sup, sos pasta dan hidangan campuran yang lain. Jika anda rasa bayam itu terlalu kuat, cubalah daun bayam bayi (baby spinach) – ia biasanya lebih tawar dan lembut.

4.Lada Benggala

Lada Benggala yang terdiri daripada pelbagai warna merupakan hasil daripada kandungan karotenoid yang ada di dalamnya. Itulah yang memberikan warna hijau, kuning, merah dan juga ungu pekat. Ia sesuai dihiris ke dalam salad atau dijadikan snek juga.

5.Tomato

Tomato mendapatkan warna merahnya daripada karotenoid yang dikenali sebagai likopena. Tomato segar sangat bagus dibuat salad atau dimakan begitu sahaja bersama minyak zaitun dan sedikit garam dan lada hitam. Tomato yang di dalam tin, sos tomato dan pes tomato juga bagus juga jika anda tidak berkira dalam soal kesegarannya. Anda boleh jadikan tomato ini sebagai sos, stew ataupun sup.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *