Home TIPS KESIHATAN 5 Cara Semula Jadi untuk Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
5 Cara Semula Jadi untuk Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

5 Cara Semula Jadi untuk Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

0
0

Kajian yang telah dilakukan sejak 20 tahun lalu menunjukkan bahawa kebanyakan masyarakat yang hidup di negara yang sedang membangun mengalami masalah tekanan darah tinggi sehingga ke tahap yang melebihi daripada yang sepatutnya.

Hakikatnya, terdapat jutaan orang di seluruh dunia sedang mengalami masalah tekanan darah tinggi ini atau dikenali sebagai hipertensi. Pada tahun 2008 sahaja, pesakit tekanan darah tinggi dalam kalangan dewasa berusia 25 tahun mencatatkan sebanyak 40% dari seluruh dunia.

Secara kasarnya,  1 dalam setiap 3 orang dewasa menghidap tekanan darah tinggi.

Apakah itu Tekanan Darah Tinggi ?

Tekanan darah ialah merupakan satu kombinasi antara tekanan sistolik dan diastolik. Tekanan sistolik mewakili daya darah atau tekanan ketika jantung berdenyut manakala tekanan diastolik pula merupakan tekanan darah apabila jantung sedang dalam keadaan rehat.

Tekanan sistolik merupakan ukuran yang pertama diambil bagi bacaan tekanan darah. Dalam satu bacaan 140/90, 140 mewakili tekanan sistolik manakala 90 mewakili tekanan diastolik. Dalam keadaan pra-hipertensi, nombor sistolik berada dalam julat 120-139 manakala nombor diastolik pula dalam julat 80 – 89.

Julat Tekanan Darah :

  • Normal : Kurang daripada 120/80
  • Pra-hipertensi : 120-139/80-89
  • Tekanan darah tinggi tahap 1 : 140-159/90-99
  • Tekanan darah tinggi tahap 2 : 160 dan keatas / 100 dan keatas

Nombor bagi hipertensi tahap 1 berbeza-beza daripada 140-159 bagi nilai sistolik dan 90-99 bagi diastolik. Bagi tahap 2 pula, bacaan sistolik ialah 160 atau lebih tinggi manakala diastolik pula 100 atau lebih.

Sungguhpun kedua-dua nombor tersebut sangat signifikan, selepas usia mencapai 50 tahun, nombor sistolik sangat perlu diberi perhatian. Hanya 10% daripada kes tekanan darah tinggi adalah disebabkan oleh punca yang boleh dikenal pasti seperti pengambilan ubat-ubatan ataupun penyakit pada organ lain.

Tekanan darah tinggi berlaku apabila tekanan pada arteri dan salur darah menjadi terlalu tinggi dan dinding arteri menjadi sempit sehingga memberikan tekanan kepada jantung.

Tekanan sebegini dalam masa yang lama boleh membawa kepada risiko strok, serangan jantung dan diabetes. Kebanyakan kita tidak sedar bahawa mereka menghidapi tekanan darah tinggi sehinggalah masalah yang besar sudah timbul.

Kesan-kesan Tekanan Darah Tinggi termasuklah :

  • Kerosakan arteri
  • Aneurysm
  • Kegagalan fungsi jantung
  • Salur darah tersumbat
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Kehilangan penglihatan
  • Kehilangan fungsi kognitif; tumpuan, ingatan dan keupayaan untuk belajar
  • Sindrom metabolikl kandungan kolestro dan insulin yang berlebihan.

Kebiasaannya, tiada simptom yang menandakan bahawa tekanan darah telah meningkat namun tanda-tanda amaran yang boleh dikenal pasti antaranya ialah rasa sakit di bahagian dada, sakit kepala, kebingitan, degupan jantung tidak sekata, pendarahan hidup, keletihan atau perubahan penglihatan.

Punca-punca Tekanan Darah Tinggi ialah :

  • Kandungan garam yang tinggi
  • Tekanan emosi
  • Alkohol
  • Kafien
  • Merokok
  • Obesity
  • Gaya hidup tidak aktif
  • Pil perancang kehamilan
  • Keracunan logam berat

Bagaimanakah untuk Memantau Tekanan Darah Anda

Anda boleh memantau tekanan darah anda di rumah menggunakan atat bacaan tekanan darah. The American Heart Association menyarankan untuk menggunakan alat yang dilangkapi dengan set cengkaman lengan. Kemudian ikuti langkah mudah berikut :

  • Elakkan bersenam, makan, minum minuman berkefein atau merokok dalam tempoh 30 minit sebelum menyukat tekanan darah anda.
  • Duduk dalam kedudukan belakang yang lurus dan kedua-dua kaki berada di atas lantai. Ikut arahan pada peralatan tersebut atau tanyakan doktor bagaimana cara penggunaan alat tersebut dengan betul.
  • Pastikan anda memeriksa tekanan darah anda pada waktu yang sama setiap hari.
  • Periksa tekanan darah dua atau tiga kali setiap kali anda duduk untuk memeriksanya. Tunggu dalam tempoh satu minit antara setiap bacaan. Pastikan anda untuk mencatatkan bacaan yang diperoleh.

Anda kini boleh memikirkan bagaimana anda dapat menurunkan tekanan darah tersebut. Berikut merupkan antara cara semula jadi yang utama untuk menurunkan tekanan darah.

Kesan yang diberikan juga sangatlah pantas! Sungguhpun begitu, sesetengah cara mengambil masa sehingga berbulan-bulan untuk mendapatkan kesannya.

Dengan tips saya ini, di mana turut melibatkan makanan anti-keradangan, anda boleh mengetahui kesannya hanya dalam masa satu hari sahaja!

5 Makanan Utama untuk Menurunkan Tekanan Darah

Jadi, apakah cara untuk menurunkan tekanan darah secara semula jadi? Di sini terdapat beberapa jenis makanan yang boleh mengurangkan tekanan darah sebagaimana tindakan yang diberikan oleh pengambilan suplimen serta perubahan gaya hidup yang anda boleh lakukan.

Bahan-bahan tersebut semuanya boleh dibuat sendiri di rumah. Dengan melakukan perubahan secara beransur-ansur terhadap gaya hidup anda, anda boleh membina satu rutin harian yang baru dan lebih sihat daripada sebelumnya.

1.Makan Makanan Diet Mediterranean

Terima kasih kepada makanan seperti minyak zaitun dan biji selasih. Diet Mediterranean mengandungi banyak buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut serta lemak yang kaya dengan omega-3 yang menyihatkan.

Diet ini juga rendah kandungan bijirinnya namun kaya dengan omega-3. Sesetengah makanan seperti minyak zaitun, biji selasih, ikan liar seperti salmon, buah-buahan dan sayur-sayuran semuanya mampu membantu untuk mengurangkan tekanan darah anda secara semula jadi.

2.Mulakan pengambilan suplimen minyak ikan (1000-2000 mg sehari)

Antara penyebab utama kepada masalah tekanan darah tinggi ialah keradangan di dalam arteri. Kajian demi kajian telah dilakukan dan akhirnya menunjukkan bahawa pengambilan minyak ikan yang kaya dengan EPA dan DHA yang merupakan antara bentuk asid lemak omega 3 berupaya untuk mengurangkan keradangan di dalam tubuh badan.

Jadi, pengambilan minyak ikan yang berkualiti dalam sukatan 1000 mg setiap hari bersama dengan hidangan anda merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mengurangkan tekanan darah anda secara semula jadi.

3.Gunakan magnesium untuk keregangan (500 mg sebelum tidur)

Magnesium merupakan mineral yang terbaik disebabkan oleh dia mampu membantu merehatkan salur darah anda dan memberikan impak yang segera secara semula jadi bagi menurunkan tekanan darah anda.

Jadi, adakah anda perlu mengambil suplimen magnesium? Ya. 500 mg sehari merupakan sukatan yang terbaik sebagai permulaan bagi menurunkan tekanan darah anda.

4.Tingkatkan kalium anda

Kalium, merupakan unsur yang penting. Makanan yang kaya dengan kalium seperti avokado dan tembikai mampu mengatasi kesan natrium dan melindungi anda daripada hipertensi. Antara sumber kalium yang utama ialah air kelapa dan pisang.

Air kelapa sangat baik sekiranya anda mahukan minuman yang manis dalam satu-satu hari. Antara cara lain untuk mengelakkan kekurangan kalium dan menurunkan tekanan darah anda secara semula jadi adalah dengan menggunakan air kelapa sebagai bahan utama untuk smoothie pada waktu pagi.

Apa yang menarik, pengambilan suplimen kalium tidaklah memberikan kesan yang baik sebagaimana mengambil terus daripada sumber makanannya. Adalah baik untuk tidak mengambil suplimen melainkan apabila diarahkan oleh doktor sahaja.

5.Mengekalkan keseimbangan dengan CoQ10

Koenzim Q10 atau lebih dikenali sebagai CoQ10 merupakan satu antioksidan yang penting untuk menyokong kesihatan jantung. Ia sangat penting lebih-lebih lagi apabila anda menghidapi tekanan darah tinggi dan sedang mengambil ubat-ubatan untuk merendhakan kolestrol.

200 – 300 mg koenzim Q10 setiap hari adalah bagus untuk memberikan kelegaan kepada tekanan darah tinggi secara semula jadi.

Anda sudah ketahui segala punca dari tekanan darah tinggi dan juga bagaimana untuk bantu turunkan tekanan darah tinggi dengan secara semulajadi

Artikel ini bermanfaat?kongsikan dengan kawan-kawan dan ahli keluarga tersayang. Ubat hanya mengawal penyakit tetapi pemakanan yang sihat dan betul akan merawat penyakit

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *