Home TIPS KURUS 5 Cara Bagaimanakah untuk Membuat Pilihan Terbaik di Kedai Runcit
5 Cara Bagaimanakah untuk Membuat Pilihan Terbaik di Kedai Runcit

5 Cara Bagaimanakah untuk Membuat Pilihan Terbaik di Kedai Runcit

0
0

Jadikan hari anda sesihat yang mungkin. Perubahan yang kecil dalam makanan yang anda beli dan makan setiap hari boleh memberikan ganjaran yang besar.

Sekiranya anda merancang untuk makan dengan lebih baik tahun ini, maka sekarang tibalah masanya untuk anda fikir bagaimanakah anda akan lakukannya sebelum anda kembali kepada tabiat lama anda.

Membuat Pilihan Terbaik Di Kedai Runcit

Berbanding daripada anda membuang terus yang lama dan menggantikannya dengan yang baharu, cara yang terbaik ialah dengan melakukan perubahan sedikit demi sedikit untuk memperbaiki tabiat pemakanan anda. Langkah pertama yang perlu anda ambil ialah bermula di kedai runcit di mana di sanalah tabiat pemakanan sihat sebenarnya bermula.

Pembeli yang bagaimanakah Anda?

Terdapat personaliti yang berbeza apabila tiba waktu untuk membeli belah. Sesetengah pembeli akan membeli dan menyediakan makanan yang sama setiap minggu. Manakala ada juga yang merancang semua hidangan mereka dan hanya membeli barangan yang disenaraikan sahaja. Namun, tidak kiralah anda tergolong yang mana satu, beberapa langkah yang kecil boleh memberikan ganjaran nutrien yang besar.

Tips untuk Pembelian yang Menyihatkan

1.Baca Kandungan Fakta Nutrisi

Fakta nutrisi yang dilabelkan pada bungkusan makanan merupakan satu cara yang penting dalam memilih makanan yang berkhasiat selain daripada melakukan perbandingan dengan produk yang lain. Anda boleh membandingkan perkara seperti kalori, protein dan gula antara satu produk dengan produk yang lain di mana ia membantu anda membuat pilihan yang lebih bijak.

2.Jadikan Hari Anda Sesihat yang Boleh

Seringkali terjadi apabila terdapat pilihan-pilihan makanan yang mengandungi lemak yang kurang seperti sos salad, sapuan roti dan produk tenusu bahkan juga pencuci mulut dengan memilih yang mengandungi kurang lemak boleh menyelamatkan anda daripada kandungan kalori yang banyak.

Satu cawan susu mengandungi 150 kalori dan kira-kira 7 gram lemak ,susu tanpa lemak pula mengandungi 90 kalori dan tiada lemak. Pertukaran daripada daging biasa kepada daging ayam belanda boleh mengurangkan kira-kira 10 gram lemak dan 100 kalori setiap 3 auns hidangan.

Anda akan dapat kurangkan pengambilan kalori dan gula sekiranya anda membeli yogurt dan menambahkan sendiri buah-buahan dan pemanis daripada anda membeli yang sudah ditambah perisa. Gantikan makanan yang mengandungi kanji kepada yang mengandungi gandum penuh,cuba beras perang, pasta gandum, roti gandum penuh serta biskut gandum, quinoa dan oat berbanding krim daripada gandum.

3.Mempertimbangkan Musim Buah-buahan

Kebiasaannya buah-buahan yang berada di awal musim akan lebih segar, mengandungi banyak nutrien dan bahkan lebih murah berbanding yang dijual di luar musim. Jika anda tinggal berdekatan dengan pasar tani, hasil buah-buahan tersebut akan menjadi lebih segar jika dibandingkan dengan yang dijual di pasaraya.

Hal ini bermakna sayur-sayuran sebagai contoh tidak akan layu dan kandungan nutriennya juga masih dikekalkan sekiranya dibeli terus dari pasar tani. Selain itu, anda juga boleh mencuba sayur-sayuran dan buah-buahan yang baru di mana ia juga akan turut membantu anda.

4.Cuba Buah-buahan dan Sayur-sayuran baru sekali seminggu

Sekiranya anda tidak bersedia untuk menukar seluruh makanan anda kepada yang baru, anda boleh mulakan dengan sedikit demi sedikit melalui makanan yang pelbagai jenis ataupun yang hampir serupa. Semua buah-buahan dan sayur-sayuran adalah unik disebabkan oleh kandungan pitonutrien di dalamnya.

Maka, kepelbagaian adalah sangat penting untuk kesihatan anda. Sekiranya salad anda hanya dibuat daripada kubis biasa, anda boleh gantikan dengan kubis romaine atau bayam bayi (baby spinach). Cubalah pelbagai jenis kubis atau epal serta anda juga boleh gantikan kubis bunga yang berwarna putih kepada yang berwarna unggu.

5.Cari Cara-cara untuk Sertakan Lebih banyak Ikan ke dalam diet anda

Ikan tuna yang telah ditinkan serta ikan salmon yang ditangkap liar adalah sumber omega-3 yang baik. Kedua-duanya mampu dibeli. Tambahkan ikan tuna tersebut ke dalam sos pasta anda selain daripada menggunakan daging cincang.

Ataupun, campurkan juga ikan salmon ke dalam salad untuk satu hidangan yang cepat, sihat dan ringan. Apabila anda sudah biasa dengan bahan-bahan makanan yang sihat di rumah, anda kini boleh mula fikirkan tentang perubahan-perubahan yang anda boleh lakukan ketika anda memasak nanti.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *