Home TIPS KURUS 4 Manfaat Intermittent Fasting Untuk Penurunan Berat Badan
4 Manfaat Intermittent Fasting Untuk Penurunan Berat Badan

4 Manfaat Intermittent Fasting Untuk Penurunan Berat Badan

0
0

Pernah dengar tentang Intermittent Fasting? ada orang meninggalkan sarapan, makan apa yang anda mahu selama lima hari seminggu, mengehadkan pengambilan kalori ataupun tidak makan apa-apa. Mengehadkan waktu makan kepada hanya enam atau tujuh jam sehari.

Semua ini amalan yang terkenal dalam kalangan mereka yang mengamalkan puasa dalam bentuk yang Intermittent Fasting (puasa berkala) . Puasa jenis ini atau juga dikenali sebagai Intermittent Fasting telah menjadi satu yang arus perdana baru-baru ini. Kebaikannya juga sudah ramai yang diketahui dan dihargai.

Konsep puasa ini sudah tentu bukan lagi sesuatu yang baru. Kajian sainstifik tentang manfaatnya sudah dilakukan sejak tahun 1940-an. Amalan ini turut terdapat di dalam teks-teks utama agama-agama yang utama di dunia dan sudah tentu ia kembali kepada permulaan kehidupan manusia di mana makanan ketika itu tidak sedia ada seperti hari ini.

Ideanya ialah kita perlu makan banyak makanan yang berbentuk kecil sepanjang hari dan jangan sesekali biarkan diri anda kelaparan, secara umumnya untuk mengekalkan metabolisme yang tinggi.

Puasa Secara Berkala (Intermittent Fasting)

Faedahnya Intermittent Fasting (IF) 

Jadi, apakah faedah yang akan diperoleh oleh mereka yang mengamalkan cara ini?

Konsepnya ialah, tubuh badan perlu menggunakan masa yang pendek dan menyumbangkan kepada tindakan-tindakan yang memerlukan tenaga yang banyak untuk proses pencernaan. Semua ini termasuklah mengeluarkan toksin daripada tubuh badan sebagaimana memperbaiki dan membina semula tisu-tisu badan.

Tambahan pula, pendekatan yang bijak dalam berpuasa juga memposisikan tubuh badan dalam keadaan untuk mengurangkan berat badan. Semua ini penting untuk meningkatkan keupayaan tubuh badan dalam mengelakkan penyakit.

Mari kita lihat antara faedahnya satu persatu.

1.Detoksifikasi

Selain daripada sekian banyak pengilang produk yang anda percayai, membersihkan dan mendetoksifikasi ialah sesuatu yang dilakukan oleh tubuh badan anda setiap masa dan ia berlaku 24 jam sehari.

Jutaan proses sel yang berlaku setiap hari dalam satu-satu sel terutama sekali di bahagian mitokondria. Secara idealnya, tubuh badan mengenal pasti mana-mana bahagian sel yang rosak dan menggantikannya dengan yang baru. Ia merupakan satu tugasan yang berterusan.

Di mana semua proses yang berlaku tersebut berlaku secara automatik, ia mungkin boleh terganggu disebabkan oleh diet yang tidak baik, namun, boleh juga diperlahankan dengan diet yang sihat juga ketika tubuh badan anda sedang menghadam makanan.

Berikan tubuh badan anda masa untuk berikan tumpuan kepada pembaikian sel boleh menjadi bermanfaat untuk pembersihan yang optimum.

Satu kajian yang menarik telah dilakukan dan menyatakan faedah-faedah berpuasa terhadap penyakit yang melibatkan saraf seperti Alzheimer’s dan Huntington’s, Disebabkan oleh proses pembaikian tisu(autophagy) akan meningkat ketika berpuasa manakala molekul-molekul sel yang lain akan dikeluarkan daripada saraf neuron.

Anda boleh lihat perhubungannya antara keupayaan meningkatkan detoksifikasi ketika berpuasa dan penurunan proses penuaan. Inilah bentuk pembersihan yang sebenar.

2. Regulasi Hormon

Kesan-kesan berpuasa terhadap hormon adalah pelbaagi. Berpuasa akan memberikan kesan terhadap hormon pertumbuhan manusia. Peningkatan hormon ini akan mempercepatkan dalam proses membaiki otot dan tumbesaran.

Dalam masa yang sama ia akan melambatkan proses penuaan. Satu kajian telah menunjukkan bahawa ketika berpuasa akan meningkatkan hormon pertumbuhan ini sebanyak 1300% bagi wanita dan 2000@ bagi lelaki.

Apa yang menarik, ketika berpuasa ia akan memberikan kesan terhadap paras insulin. Rintangan insulin apabila sel secara asasnya akan tidak menghiraukan insulin apabila ia datang untuk memberikan tenaga dalam bentuk glukosa.

Keadaan inilah yang menjadi penyumbang utama kepada setiap penyakit – penyakit kronik. Berpuasa juga, apabila digabungkan dengan senaman yang kerap merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menormalkan kepekaan terhadap insulin.

3.Leptin, hormon yang mengawal selia penyimpanan lemak serta isyarat lapar dan ghrelin, hormon lain yang memberitahu otak anda bahawa badan sedang lapar, juga akan dinormalkan melalui rutin berpuasa.

Leptin dihasilkan oleh sel-sel lemak dan bekerja dengan memberitahu otak untuk memadamkan isyarat lapar apabila tahap lemak badan adalah mencukupi untuk terus hidup dan membiak. (Oleh kerana lemak adalah perlu untuk kelangsungan hidup, leptin adalah salah satu daripada sebab mengapa diet rendah lemak tidak lagi berkesan dan biasanya hanya mengakibatkan seseorang yang berdiet itu menjadi lapar sepanjang masa).

Menariknya, apa yang telah diketahui bahawa orang-orang yang memiliki berat badan berlebihan mempunyai tahap leptin yang sangat tinggi, tetapi mereka yang berusaha untuk mengawal berat badan akan memberitahu anda bahawa mereka jarang sekali berasa lapar.

Tubuh badan seolah-olah menjerit jerit kepada otak untuk berhenti makan tetapi otak seolah olah telah menjadi pekak kepada sebarang isyarat. Hal ini berlaku disebabkan oleh mekanisme yang membawa kepada rintangan insulin: pendedahan yang berlebihan terhadap hormon dengan paras yang tinggi.

Berpuasa dan kemudiannya apabila digabungkan dengan mengurangkan pengambilan gula boleh memberikan peluang kepada otak untuk ia mendengar isyarat-isyarat daripada leptin.

4.Penurunan Berat Badan

Gula semulajadi dalam apa-apa makan yang tidak diperlukan serta-merta untuk tenaga disimpan di dalam hati sebagai glycogen. Apabila simpanan glikogen sudah maksimum badan kemudiannya menyimpan tenaga ini sebagai lemak.

Simpanan-simpanan glikogen adalah sumber bahan api (tenaga)  pertama tubuh badan yang akan ditukarkan kepada tenaga. Secara amnya ia mengambil masa antara 6 hingga 8 jam untuk badan membakar melalui bekalan glycogen dalam badan yang ada. Apabila glikogen telah habis kemudian akan ditukarkan kepada tenaga yang disimpan dalam sel-sel lemak.

Makan sepanjang hari, atau tiga kali sehari makan, menjadikan ia lebih sukar untuk badan membakar lemak. Memanjangkan waktu makan akan memaksa badan anda untuk meneroka simpanan-simpanan lemak. Apakah maksudnya? Bersedialah anda untuk kecilkan pinggan anda dan ini masanya untuk membeli baju yang lebih kecil!

Amaran Berjaga-jaga

Adakah cara berpuasa seperti ini sesuai untuk semua orang?

Disebabkan oleh salah satu daripada kesan utama puasa adalah untuk mengurangkan gula dalam darah. Mereka yang menghidapi kandungan gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) adalah bagus untuk tidak melaksanakan rutin berpuasa sehinggalah tahap glukos dan insulin anda berada dalam dengan baik.

Kekal dengan diet anda secara keseluruhannya, menghadkan makanan bergula dan bijirin sambil meningkatkan kandungan lemak dan protin, mungkin perlu mula-mula dilakukan.

Manakala wanita yang sihat pasti harus mempertimbangkan banyak manfaat puasa yang bakal diperoleh. Mereka juga perlu berjaga-jaga  bahawa puasa menjadi sumber tekanan jika seseorang itu terpaksa menahan lapar sehingga waktu makan yang seterusnya.

Dalam situasi tekanan yang berpanjangan ini, kortisol akan meningkat dan kelenjar adrenal boleh menjadi terlalu kerap bekerja. Ia boleh mengakibatkan keletihan, kebimbangan, dan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan oleh gangguan hormon.

Dikatakan bahawa kedua-dua golongan lelaki dan wanita yang telah mengalami tekanan atau menghadapi paras kortisol yang tidak stabil mungkin perlu memikirkan keadaan dirinya terlebih dahulu sebelum berpuasa.

Bagaimanakah? Apakah caranay untuk mendapatkan faedah daripada berpuasa seperti ini?

Berpuasa secara terputus-putus ini paling terbaik sekiranya dijadikan satu perubahan dalam gaya hidup dan corak pemakanan dan bukannya sebagai diet. Sebenarnya tidak perlu untuk dikira jumlah kalori.

Hanya tumpukan kepada makanan yang menyihatkan yang anda makan dengan diikuti dengan lemak yang sihat serta protein.

Memandangkan terdapat pelbagai bentuk jadual berpuasa yang anda boleh pilih, sebagaimana yang telah disebutkan dipermulaan artikel ini, apa yang saya telah dapati dalam bentuk latihan yang paling mudah untuk saya dan kebanyakan orang ialah dengan cara tidak mengambil sarapan.

Andai anda akan mengambil makan malam pada pukul 6 petang, kemudian anda tidak makan lagi sehingga ke waktu makan tengah hari keesokan harinya pada jam 12 tengah hari, anda sebenarnya telah berpuasa selama 18 jam. Tempoh waktu yang melebihi tempoh waktu 6 sehingga 8 jam yang diperlukan untuk membakar lemak melalui simpanan-simpanan glikogen.

Sekiranya anda melakukan senaman ketika berpuasa, jangan cuba untuk meneruskan untuk berpuasa selepas melakukan senaman. Hal ini disebabkan oleh semua tu boleh menyebabkan tekanan kepada tubuh badan serta otak anda.

Inilah yang anda tidak mahukan. Sekiranya anda melakukan senaman pada waktu pagi, makan makanan berprotein selepas itu tanpa makan tengah hari, anda tidak perlu untuk makan lagi sehingga ke waktu makan malam.

Sentiasa ingat bahawa pengambilan protein dan karbohidrat yang akan memberitahu tubuh anda untuk berhenti membakar lemak. Satu cawan kopi hitam atau teh hijau tawar di waktu pagi dan juga minyak kelapa  atau minyak zaitun serta madu asli boleh membantu anda untuk memberikan rasa kenyang sehingga ke tengah hari.

Hati-hati bahawa ia mungkin akan mengambil masa sehingga beberapa minggu ke beberapa bulan untuk tubuh anda memahami bahawa anda benar-benar serius untuk membakar lemak. Sebaik sahaja tubuh anda benar-benar memahami perkara tersebut, maka ia akan meningkatkan pengeluaran enzim pembakar lemak dan akhirnya meneruskan proses pembakarannya.

Seperti biasa, berikan perhatian kepada tubuh badan anda dan lakukan perkiraan terhadap situasi diri anda. Sekiranya anda sudah sihat dan makan dengan baik, amalan berpuasa secara berkala atau Intermittent Fasting  ini hanya boleh melakukan sedikit perubahan pada diri serta meningkatkan prestasi kesihatan anda.

Perlu tahu kaedah Intermittent Fasting hanya boleh dilakukan oleh mereka yang sihat dan salah satu cara untuk anda yang telah capai tahap berat badan statik.

Tapi perlu diingat walaupun anda mengamalkan Intermittent Fasting pemakanan harian juga perlu seimbang dan sihat cukup dengan serat, protein dan lemak sihat.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *