Home TIPS KESIHATAN 4 Langkah untuk Merawat Penyakit Usus Bocor dan Autoimun “Leaky Gut”
4 Langkah untuk Merawat Penyakit Usus Bocor dan Autoimun “Leaky Gut”

4 Langkah untuk Merawat Penyakit Usus Bocor dan Autoimun “Leaky Gut”

0
0

 

Sindrom usus bocor “leaky gut” adalah satu keadaan yang semakin berleluasa di mana berjuta-juta orang ada yang sedang bergelut dengannya dan ada juga yang tidak tahu tentang perkara itu. Anda mungkin terfikir bahawa sindrom usus bocor ini hanya menjejaskan sistem penghadaman, tetapi pada hakikatnya, ia boleh membawa kepada banyak masalah kesihatan yang lain.

Menurut penyelidikan yang telah dilakukan, alahan makanan, tenaga yang rendah, sakit sendi, penyakit tiroid, keadaan autoimun dan metabolisme yang perlahan boleh menjadikan simptom ini terus berlaku. Dalam artikel ini, saya akan menggariskan secara khusus bagaimana anda boleh menyembuhkan sindrom usus bocor dan memecahkan masalah kesihatan yang anda telah berjuang untuk menghadapinya.

Apakah itu Sindrom Usus Bocor?

Bayangkan bahawa permukaan saluran pencernaan anda itu bagaikan satu jaring yang memiliki lubang-lubang yang sangat kecil padanya. Ia hanya membenarkan bahan-bahan yang tertentu sahaja untuk melepasinya. Lapisan tersebut bertindak sebagai penghadang yang menyekat kemasukan bahan-bahan yang bersaiz besar di mana ia akan merosakkan sistem anda.

Apabila seseorang menghidapi masalah kebocoran usus, “jaring” yang ada dalam saluran pencernaan anda itu akan menjadi rosak sehingga boleh menyebabkan terbentuknya lubang yang lebih besar. Kesannya, bahan-bahan yang dahulunya terhalang kini sudah boleh melepasi jaring tersebut.

Antara bahan yang kini boleh melepasi jaring tersebut termasuklah gluten, bakteria jahat dan makanan yang tidak tercerna. Sisa-sisa toksik juga akan mula bocor daripada dalam dinding usus anda sehingga memasuki aliran darah anda dan akhirnya menyebabkan tindak balas imun.

Simptom-simptom dan Perkembangan Masalah Usus Bocor

Kebocoran usus boleh membawa kepada gejala keradangan di seluruh sistem badan anda. Antara simptomnya ialah:

  • Mual
  • Sensitif terhadap makanan
  • Masalah tiroid
  • Terlalu letih
  • Sakit sendi
  • Sakit kepala
  • Masalah kulit
  • Masalah pencernaan
  • Pertambahan berat badan
  • Sindrom X

Salah satu daripada tanda yang menunjukkan bahawa anda mengalami penyakit kebocoran usus boleh jadi anda akan mengalami alahan kepada pelbagai jenis makanan. Protein dan lemak yang separa hadam akan menyelinap masuk melalui lapisan permukaan usus anda sehingga ia masuk ke dalam aliran darah sehingga menyebabkan alahan.

Tindak balas alahan ini tidak bermakna anda akan terlepas daripada masalah, bahkan ia boleh membawa kepada salah satu daripada simptom yang telah saya sebutkan sebelum ini. Sekiranya ia dibiarkan tanpa diubati, berkemungkinan ia akan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih teruk seperti arthritis, eczema, psoriasis, tekanan, kegelisahan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan yang melampau.

Menurut the Journal of Diabetes, terdapat satu bukti kukuh yang menunjukkan bahawa sindrom usus bocor ini merupakan penyebab utama kepada penyakit autoimun, termasuklah Diabetes Jenis 1.

Antara masalah lain yang turut serta bersama kebocoran perut ini ialah kekurangan serapan mineral dan nutrien penting seperti zink, zat besi dan vitamin B12.

Apakah Penyebab Kebocoran Usus?

Terdapat empat penyebab utama masalah kebocoran usus. Antaranya ialah:

  • Diet yang tidak sihat.
  • Tekanan yang teruk.
  • Kandungan toksik berlebihan.
  • Ketidakseimbangan bakteria.

Komponen makanan yang menjadi penyebab utama kepada kerosakan lapisan usus anda ialah protein yang terkandung dalam bijirin  yang tidak bertunas, gula, makanan GMO dan produk susu konvensional. Masalah yang melibatkan bijirin tersebut adalah disebabkan ia mengandungi bahan antinutrien yang banyak atau juga dikenali sebagai penyekat nutrien yang disebut sebagai phytates dan lektin.

Lektin ialah protein pelekat gula yang bertindak sebagai sistem pertahanan semula jadi bagi tumbuhan yang bertindak melindunginya daripada kulat dan parasit. Sungguhpun ia baik untuk tumbuhan namun sebaliknya untuk tubuh badan kita. Sistem pencernaan kita dilapisi dengan sel-sel yang mengandungi gula untuk membantu memecahkan makanan kita. Namun, lektin ini akan melekat pada kawasan ini dan sekiranya hal ini berlaku, ia akan merosakkan usus anda serta menyebabkan keradangan.

Lektin dan Makanan yang Menyebabkan Kebocoran Usus

Lektin terkandung dalam kebanyakan makanan bukan hanya sekadar bijiin. Sekiranya diambil dalam jumlah yang sedikit, tidak masalah bagi tubuh badan anda. Namun, sekiranya makanan tersebut mengandungi jumlah lektin yang besar, kesannya akan jadi lebih bermasalah. Antara makanan yang mengandungi lektin termasuklah gandum, nasi dan kacang soya.

Bijirin yang bertunas dan bertapai dapat mengurangkan phytate dan lektin menjadikan makanan ini lebih mudah untuk dicernakan. Makanan GMO dan yang dihibridasi barang kali mengandungi lektin yang tinggi di sebabkan ia telah mengalami proses pengubahsuaian bagi mencegah serangan serangga perosak. Selain itu, bijirin yang mengandungi gluten ini akan merosakkan lapisan permukaan usus anda sehingga menyebabkan sindrom usus bocor.

Jadi, ketika anda sedang mencari ubat untuk menyembuhkan penyakit usus bocor dan autoimun ini, jauhkan diri anda daripada semua jenis bijirin terutamanya yang mengandungi gluten seperti gandum. Apabila usus anda sihat, anda boleh kembali makan bijirin namun dalam bentuk yang telah ditapai dan bercambah secara berkala.

Susu lembu konvensional juga merupakan salah satu makanan yang boleh menyebabkan kebocoran usus. Kandungan di dalamnya yang boleh membahayakan usus anda ialah protein A1 kasein. Selain itu, proses pempasturan yang dialami oleh produk tenusu tersebut akan memusnahkan enzim-enzim yang penting dan menjadikan gula seperti laktosa sukar untuk dicerna. Disebabkan itu, saya menyarankan untuk membeli produk tenusu mentah dan produk yang dihasilkan daripada lembu, kambing, biri-biri atau kerbau bergred A2.

Gula merupakan bahan lain yang akan membahayakan sistem pencernaan anda. Gula akan menjadi makanan kepada yis, candida dan bakteria jahat yang akan merosakkan lagi usus anda. Bakteria jahat pula menghasilkan toksin yang dikenali sebagai eksotoksin yang menjejaskan sel – sel yang sihat dan membuatkan lubang ke dalam dinding usus anda.

Faktor Lain yang Menyebabkan Kebocoran Usus

1. Tekanan yang kronik

 Ia akan melemahkan sistem imun anda selain daripada melemahkan keupayaan untuk melawan benda asing seperti bakteria jahat dan virus sehingaa membawa kepada keradangan dan kebocoran usus. Bagi mengurangkan tekanan, saya sarankan unruk mendapatkan tidur yang cukup, buat aktiviti yang menyonokkan dalam seminggu, bermeditasi dan meluangkan masa dengan orang-orang yang  positif.

2.Toksin

Kita terdedah kepada hampir 80, 000 bahan kimia dan toksin hampir setiap tahun namun penyebab utama yang menyebabkan kebocorang usus ini termasuklah antibiotik, racun serangga, air paip, aspirin dan NSAISDS. Saya sarankan untuk kita beli penapis air yang berkualiti tinggi untuk membuang klorin dan fluorida daripada air dan dapatkanlah tumbuhan herba untuk mengurangkan keradangan di dalam tubuh badan anda.

3.Dysbiosis

Akhir sekali, salah satu penyebab utama yang menjadi punca kepada kebocoran usus ialah satu keadaan yang dipanggil dysbiosis yang bermaksud suatu ketidakseimbangan antara bakteria yang baik dan berbahaya di dalam usus anda. Kebanyakannya, keadaan ini bermula sejak lahir lagi disebabkan oleh C-section atau disebabkan oleh ibunya juga tidak memiliki usus yang sihat juga. Penggunaan ubat-ubatan seperti antiobiotik, air paip yang mengandungi klorin dan fluorida serta kurang pengambilan makanan yang kaya dengan probiotik juga membawa kepada ketidakseimbangan antara bakteria baik dan jahat ini.

Kebocoran Usus dan Otak

Topik seterusnya yang ingin saya bincangkan ialah tentang kaitan kebocoran usus ini kepada otak. Sekiranya anda pernah melihat seorang kanak-kanak autism mengalami gangguan emosi, maka hal ini mungkin disebabkan oleh masalah ususnya yang bocor. Diet yang tanpa gluten dan casein telah terbukti berkesan untuk ramai kanak-kanak autisim disebabkan oleh protein-protein ini (gluten dan casein) boleh menembusi usus dan akhirnya memberikan kesan kepada tindak balas otak sehingga menyebabkan kesan seperti mengambil dadah opioid.

Hal ini juga menyebabkan mengapa sindrom usus bocor ini sering kali dikaitkan dengan masalah psikologi yang lain seperti kegelisahan, tekanan perasaan dan ganguan bipolar. Dalam pelbagai kes, sekiranya anda mampu mengubati usus anda, anda bahkan juga mampu untuk mengubati otak anda.

Dalam satu kajian pada tahun 2017 telah berjaya menunjukkan perkaitan tersebut. Para pengkaji telah mengkaji seramai 44 orang dewasa dengan masalah usus luka dan mengalami tekanan. Separuh daripada mereka telah dibeirkan sejenis probiotik (Bifidobacterium longum NCC3001) manakala bakinya pula diberikan placebo. Hasilnya, para pengkaji telah mendapati bahawa sebanyak dua kali ganda pesakit yang mengambil probiotik mendapati baahwa mereka telah berjaya mengurangkan masalah tekanan mereka berbanding dengan pesakit yang mengambil placebo.

4 Langkah untuk Mengubati Kebocoran Usus

Berita baiknya ialah, terdapat penyelesaian kepada masalah ini. Berikut merupakan empat langkah yang perlu dilakukan iaitu:

  1. TINGGALKAN makanan dan punca yang merosakkan usus anda.
  2. GANTIKAN dengan makanan yang mengubati.
  3. BAIKI dengan pengambilan suplimen tertentu.
  4. SEIMBANGKAN SEMULA dengan probiotik.

Ingat, makanan yang perlu dielakkan disebabkan oleh menjadi punca kepada kebocoran usus ialah gula, bijirin, daging konvensional, produk tenusu konvensional dan makanan GMO. Manakala toksik yang perlu dielakkan ialah air paip, racun perosak, NSAIDS dan antiotik. Namun, perlu diingat untuk sering mendapatkan nasihat doktor anda sekiranya anda diberikan ubat-ubatan tersebut.

Diet Bagi Pesakit Usus Bocor dan 5 Makanan Penyembuh

Sekiranya anda mengalami masalah kebocoran usus, anda perlu pertimbangkan untuk mengamalkan diet ini. Berikut merupakan lima makanan dan suplimen yang mampu mengubati masalah tersebut.

1. Sum-sum Tulang

Mengandungi kolagen dan asid amino serta glycine yang berupaya untuk mengubati dinding sel anda yang rosak. Saya telah mendengar ramai pesakit saya yang mengambil makanan ini selama tiga hari untuk mengubati kebocoran usus dan penyakit autoimun.

2 .Produk Tenusu Berkultur

Mengandungi probiotik dan SCFA yang membantu untuk merawat usus. Kefir, yogurt, amasai, mentega dan keju mentah merupakan antara yang terbaik.

3. Sayur-sayuran jeruk

Mengandungi asid organik yang menyeimbangkan tahap pH usus dan probiotik untuk menyokong kesihatan usus anda. Sauerkraut, kimchi dan kvass antara sumber yang terbaik.

4. Produk berasaskan Kelapa

Semua produk berasaskan kelapa adalah baik untuk anda terutamanya kepada usus anda. Kandungan MCFA di dalam kelapa adalah lebih mudah untuk dihadam berbanding daripada lemak yang lain jadi ia akan digunakan untuk mengubati usus bocor. Selain itu, kefir mengandungi probiotik yang berperanan untuk menyokong sistem pencernaan anda.

5. Biji-bijian bertunas

Biji chia, selasih dan hemp yang bertunas merupakan sumber serat yang membantu menyokong pertumbuhan bakteria baik. Namun, sekiranya anda mengalami kebocoran usus yang teruk, mungkin anda perlu mendapatkan serat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang distim.

Selain itu, pengambilan makanan yang mengandungi omega 3 juga berkhasiat – makanan anti-keradangan seperti daging lembu dan kambing organik serta ikan liar seperti salmon.

5 Suplimen utama untuk Merawat Kebocoran Usus

Terdapat banyak suplimen yang boleh membantu sistem penghadaman anda namun saya percaya yang paling berkesan untuk merawat kebocoran usus ialah suplimen I-glutamina, probiotik, enzim pencernaan, jus daun lidah buaya dan quercetin.

1 Probiotik

 merupakan suplimen yang paling penting untuk diambil kerana ia membantu menggantikan semula bakteria baik dan mengurangkan bilangan bakteria jahat. Saya sarankan untuk mendapatkan probiotik ini baik dalam bentuk makanan dan juga suplimen. Saya lihat orang ramai ketika ini hanya tidak makan makanan yang berbahaya kepada usus mereka namun mereka tidak pula menggantikannya dengan bakteria yang baik pula.

Jadi, tambahkan kandungan bakteria baik anda melalui makanan dan juga ambil sekurang-kurangnya 50 bilion unit probiotik sehari daripada suplimen yang berkualiti tinggi.

2 Enzim Pencernaan

 (satu atau dua kapsul sebelum makan) untuk memastikan makanan yang anda makan itu benar-benar dihadam dengan sebaiknya, mengurangkan kewujudan makanan yang tidak dicerna dengan sempurna sehingga merosakkan dinding usus anda.

3 L-Glutamina

merupakan bahan yang digunakan utuk merawat masalah usus bocor ini. Serbuk glutamina merupakan suplimen asid amino yang bersifat anti-keradangan dan diperlukan untuk tumbesaran dan membaik pulih lapisan permukaan usus anda. L-glutamina juga bertindak sebagai pelindung yang melindungi dinding sel anda daripada benda-benda yang berbahaya. Diambil sebanayk 2 – 5 gram dua kali sehari.

4 Akar Licorice (DGL)

membantu menyeimbangkan paras kortisol dan meningkatkan penghasilan asid di dalam perut. Ia menyokong proses semula jadi badan dalam mengekalkan lapisan mukus di dalam perut dan deodenum. Herba ini sangat berguna terutamanya kepada mereka yang mengalami kebocoran usus disebabkan oleh tekanan emosi. Ambil sebanyak 500 miligram dua kali sehari.

5 Quercetin

juga berupaya untuk meningkatkan fungsi usus dengan menutup ruang-ruang yang ada pada usus dan menstabilkan sel-sel yang besar serta mengurangkan pelepasan histamina yang menjadi kebiasaan bagi alahan kepada makanan. Kajian terkini menunjukkan bahawa ia berkesan untuk merawat ulser. Ambil sebanyak 500 miligram tiga kali sehari semasa makan.

Sekiranya anda boleh mengikuti peraturan tersebut, anda kini semakin berjaya mengubati usus anda.

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *