Home Health 4 Khasiat Kinoa Merah serta Cara-cara untuk Memasaknya
4 Khasiat Kinoa Merah serta Cara-cara untuk Memasaknya

4 Khasiat Kinoa Merah serta Cara-cara untuk Memasaknya

0
0

Kinoa Merah telah dimakan sejak lebih daripada 5,000 tahun yang lalu. Ia kini terus menjadi terkenal hari ini disebabkan oleh kandungan nutrisinya yang sungguh menakjubkan itu. Kaya dengan serat, vitamin, mineral dan antioksidan. Ia juga merupakan sumber protein bahkan juga bebas gluten.

Bukan itu sahaja, ia juga terdapat dalam pelbagai warna yang mana setiap satunya memiliki rasa, tekstur dan kandungan nutrisi yang berbeza.

Juga, Kinoa Merah ini secara tidak langsung dapat menambahkan keceriaan warna hidangan anda. Justeru, artikel ini akan menceritakan kepada anda apa yang anda perlu ketahui tentang Kinoa Merah ini termasuklah khasiat serta kegunaannya dalam masakan.

Apakah Itu Kinoa Merah?

Kinoa Merah berasal daripada tumbuhan berbunga bernama Chenopodium quinoa yang berasal dari Amerika Selatan. Ia juga dikenali sebagai Inca Red yang mana dikatakan telah dimakan oleh golongan tentera Inca suatu ketika dahulu. Mereka mempercayai bahawa warna merah pada tumbuhan inilah yang memberikan mereka tenaga ketika menghadapi peperangan.

Biji Kinoa Merah yang tidak dimasak berbentuk leper, bujur dan rangup. Apabila ia dimasak, ia akan menjadi lembut sehingga membentuk bulatan-bulatan kecil seperti bentuk kuskus dan teksturnya pula empuk dikunyah.

Walaupun ia berwarna merah, biji ini kadang kala memiliki warna seakan-akan warna unggu. Ia dikategorikan sebagai bijirin penuh disebabkan oleh kandungan nutrisinya walaupun ia tergolong dalam kalangan jenis pseudocereal disebabkan ia tidak tumbuh dalam bentuk rerumput seperti gandum, oat dan barli.

Sungguhpun begitu, ia masih lagi disediakan dan dimakan sama seperti bijirin tradisional yang lain. Kinoa Merah juga secara semula jadinya bersifat bebas gluten dan menjadikan ia sebagai satu pilihan yang baik bagi mereka yang menghidap masalah penyakit seliak atau kesensitifan terhadap gluten.

Khasiat Kinoa Merah

Bijirin kuno ini kaya dengan serat, protein dan pelbagai jenis vitamin dan mineral. Lebih tepat, ia merupakan sumber mangan, kuprum, fosforus dan magnesium yang bagus.

Satu cawan (185 gram) Kinoa Merah yang dimasak mengandungi:

  • Kalori: 222
  • Protein: 8 gram
  • Karbohidrat: 40 gram
  • Serat: 5 gram
  • Gula: 2 gram
  • Lemak: 4 gram
  • Mangan: 51% daripada nilai keperluan harian (DV)
  • Kuprum: 40% daripada nilai keperluan harian (DV)
  • Fosforus: 40% daripada nilai keperluan harian (DV)
  • Magnesium: 28% daripada nilai keperluan harian (DV)
  • Folat: 19% daripada nilai keperluan harian (DV)
  • Zink: 18% daripada nilai keperluan harian (DV)
  • Zat Besi: 15% daripada nilai keperluan harian (DV)

Saiz hidangan yang sama juga memberikan lebih daripada 10% daripada nilai keperluan harian (DV) bagi thiamina, riboflavin dan vitamin B6. Kesemuanya itu penting bagi fungsi otak dan metabolisme.

Perlu untuk diketahui juga bahawa kinoa juga kaya dengan protein berbanding bijirin lain seperti gandum, beras dan barli.

Hakikatnya, kinoa juga merupakan salah satu daripada beberapa jenis makanan berasaskan tumbuhan yang mengandungi kesemua sembilan asid amino asas termasuklah lisina (lysine) yang mana kebanyakan bijirin lain kekurangannya. Sekaligus, Kinoa Merah ini dikira sebagai sejenis protein lengkap.

Jika dibandingkan dengan kinoa yang berwarna lain, Kinoa Merah ini memiliki hampir nilai kalori, jumlah lemak, protein, karbohidrat dan mikronutrien yang sama. Apa yang beza adalah kandungan sebatian tumbuhannya sahaja.

Lebih tepat, Kinoa Merah mengandungi betalain, yang memiliki ciri-ciri antioksidan serta berfungsi memberikan warna merahnya itu.

4 Khasiat Kinoa Merah 

Kajian terkini tidaklah menumpukan secara spesifik kepada Kinoa Merah sahaja. Oleh itu, kajian lanjut masih lagi perlu dilakukan bagi mengenalpasti khasiat bagi setiap kandungannya. Secara umumnya kinoanya:

1. Kaya dengan Antioksidan.

Tidak kira apa warnanya, kinoa merupakan sumber antioksidan yang bagus. Ia merupakan bahan yang dapat melindungi dan mengurangkan kerosakan sel anda yang disebabkan oleh radikal bebas.

Dalam satu kajian berkenaan ciri-ciri antioksidan bagi empat jenis warna kinoa iaitu putih, kuning, merah dan hitam, Kinoa Merah didapati memiliki tindak balas antioksidan yang paling tinggi.

Hal ini adalah disebabkan oleh Kinoa Merah kaya dengan flavonoid yang mana ia merupakan sebatian tumbuhan yang memiliki ciri-ciri antioksidan, anti-keradangan dan anti-kanser.

Tambahan pula, terdapat satu kajian yang dijalankan mendapati bahawa Kinoa Merah yang dimasak memiliki paras polifenol, flavonoid serta keseluruhan aktiviti antioksidan yang tinggi berbanding Kinoa Kuning.

Kinoa Merah sahaja mengandungi paras dua jenis flavonoid yang tinggi iaitu:

  • Kaempferol: Antioksidan ini dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung dan sesetengah jenis kanser.
  • Quercetin: Antioksidan ini dapat melindungi anda daripada pelbagai masalah kesihatan termasuklah penyakit Parkinson, penyakit jantung, osteoporosis dan sesetengah jenis kanser.

Tambahan pula, Kinoa Merah ini mengandingi pigmen tumbuhan yang memiliki ciri-ciri antioksidan termasuklah betaxanthins (kuning) and betacyanins (unggu), yang mana kedua-duanya itu merupakan jenis-jenis betalain.

Betalain pula dilihat dapat menjadi antioksidan yang berkesan menerusi ujian makmal, melindungi DNA daripada kerosakan oksidatif dan berkemungkinan memiliki ciri-ciri antikanser.

Walaubagaimanapun, kajian terhadap manusia perlu dilakukan bagi membuktikan keberkesanannya itu.

2. Dapat Melindungi daripada Penyakit Jantung.

Betalain yang terkandung di dalam Kinoa Merah juga dapat berperanan dalam soal kesihatan jantung.

Dalam satu kajian yang dilakukan terhadap tikus yang menghidap diabetes, apabila diberikan 91 dan 182 gram ekstrak betalain bagi setiap paun (200 dan 400 gram setiap kg) berat badan di dapati mengalami pengurangan trigliserida. Begitu juga dengan jumlah kolestrol LDL (kolestrol tidak baik) dan dalam masa yang sama meningkatkan kandungan kolestrol HDL (kolestrtol baik).

Manakala melalui kajian terhadap Ubi Bit Merah yang juga kaya dengan betalain menunjukkan keputusan yang sama. Sungguhpun begitu, kesannya terhadap manusia masih lagi belum dikaji lagi.

Kinoa Merah juga baik untuk kesihatan jantung memandangkan ia merupakan sejenis daripada bijirin penuh. Banyak kajian berkenaan pengambilan bijirin penuh dikaitkan dengan pengurangan penyakit jantung, obesiti serta kematian disebabkan oleh pelbagai punca.

3. Tinggi Serat.

Kinoa Merah tinggi seratnya. Hanya dengan 1 cawan bersamaan 185 gram Kinoa Merah yang dimasak memberikan 24% daripada nilai keperluan harian. Diet yang menganudngi seray yang tinggi berkait rapat dengan pengurangan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser, diabetis tahap dua, obesiti dan kematian.

Kinoa Merah juga mengandungi serat tak terlarut dan serat terlarut. Kedua-duanya memberikan kebaikannya yang tersendiri.

Serat terlarut menyerap air dan bertukar menjadi bahan seperti gel ketika proses pencernaan. Hasilnya, ia akan meningkatkan rasa kenyang. Ia juga dapat meningkatkan kesihatan jantung dengan cara merendahkan jumlah kolestrol LDL (kolestrol tidak baik).

Sepertimana serat terlarut, serat tak terlarut juga penting. Ia membantu mengekalkan kesihatan usus berada dalam keadaan baik dan juga berupaya mencegah diabetes jenis 2.

Terdapat satu tinjauan mendapati bahawa diet yang mengandungi serat tak terlarut yang tinggi dapat mengurangkan risiko diabetes jenis 2.

4. Padat dengan Nutrien serta Bebas Gluten.

Memandangkan Kinoa Merah ini merupakan sejenis pseudocereal, maka ia tidak mengandungi gluten yang mana kebanyakan bijirin tradisional lain seperti gandum, rye dan barli.

Maka, ia merupakan satu pilihan yang baik bagi mereka yang menghidap penyakit seliak atau masalah gluten (gluten intolerance).

Memandangkan mengelakkan pengambilan gluten adalah penting bagi sesetengah orang, kajian jangka masa panjang mendapati bahawa diet yang bebas gluten rupa-rupanya kekurangan serat dan sesetengah vitamin dan minral termasuklah folat, zink, magnesium dan kuprum.

Oleh sebab kinoa merupakan sumber serat dan mineral yang terbaik, menambahkannya ke dalam diet anda boleh meningkatkan pengambilan nutrien tambahan pula sekiranya anda sedang mengikuti diet bebas gluten.

Tambahan pula, kajian juga menunjukkan bahawa pengamalan diet bebas gluten dalam jangka masa panjang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Hal ini disebabkan oleh peningkatan kandungan trigliserida begitu juga dengan kandungan LDL (kolestrol tidak baik).

Walaubagaimanapun, satu kajian yang melibatkan seramai 110,017 orang dewasa mendapati bahawa diet bebas gluten yang memiliki bijirin penuh didapati tidak menyebabkan peningkatan risiko penyakit jantung.

Bagaimana untuk Menambah Kinoa Merah ke dalam Diet Anda?

Kinoa Merah memiliki rasa kekacang lebih kuat berbanding kinoa yang berwarna putih. Ia juga akan mengambil masa sehingga beberapa minit untuk memasaknya. Namun, hasilnya adalah menyihatkan serta memiliki tekstur yang boleh dikunyah.

Memandangkan tekstur Kinoa Merah lebih baik daripada Kinoa Putih, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk menyediakan salad.

Cara lain untuk menggunakan Kinoa Merah dalam diet anda termasuklah:

  • Menggantikan beras dengannya dalam pilaf.
  • Campurkan ia dengan sayur-sayuran dan maple vinaigrette sebagai hidangan sampingan.
  • Jadikan ia sebagai bubur sarapan dengan campuran susu dan kulit kayu manis.
  • Tambahkan ia ke dalam kaserol menggantikan nasi.
  • Taburkan ia ke atas salad untuk lebih tektur dan protein.

Sebagaimana jenis kinoa yang lain, pastikan anda membilas Kinoa Merah sebelum menggunakannya bagi membuang salutan luarannya terlebih dahulu. Ia dikenali sebagai saponin.

Tambahan pula, dengan membilasnya dapat membantu mengurangkan sebatian tumbuhan yang dikenali sebagai asid pitik dan oksilat. Kedua-dua bahan ini kebiasaannya ada bersama sesetengah mineral sehingga menjadikan mineral tersebut sukat untuk diserap oleh tubuh badan anda.

Kinoa Merah juga disediakan sama seperti jenis kinoa yang lain. Rendamkan ia di dalam air dalam nisbah isipadu 2:1, bersama 2 cawan (473 ml) air setiap satu cawan (170 gram) kinoa mentah.

KESIMPULAN

  • Kinoa Merah kaya dengan protein, serat serta pelbagai vitamin dan mineral.
  • Tambahan pula kandungan antioksidannya juga lebih tinggi berbanding jenis kinoa yang lain. Hal ini dapat memberikan kebaikan kepada kesihatan jantung.
  • Memandangkan ia merupakan jenis pseudocereal yang bersifat bebas gluten, ia juga dapat memberikan kebaikan sebagaimana diet bebas gluten.
  • Jadi, anda tidak perlu untuk risau akan kandungan gluten untuk menikmati warna merah, teketur dan rasanya yang berkacang itu.
  • Sekiranya anda mahu menambahkan variasi hidangan anda, anda boleh dapatkannya di pasaran tempatan atau melalui atas talian.

Sumber artikel di sini.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *