Home Health 3 Sebab Mengapa Karbohidrat Terproses Tidak Bagus untuk Anda?
3 Sebab Mengapa Karbohidrat Terproses Tidak Bagus untuk Anda?

3 Sebab Mengapa Karbohidrat Terproses Tidak Bagus untuk Anda?

0
0

Tidak semua karbohidrat adalah sama. Banyak makanan sebenar yag kaya dengan karbohidrat adalah bagus untuk kesihatan. Manakala, terdapat juga karbohidrat terproses atau karbohidrat ringkas yang mana kebanyakan nutrien serta seratnya telah dibuang.

Makan makanan yang bersumberkan karbohidrat terproses ini dikaitkan dengan peningkatakan risiko secara drastik bagi pelbagai penyakit. Antaranya penyakit obesiti, penyakit jantung serta diabtetes jenis 2.

Kebanyakan pakar nutrisi bersetuju bahawa karbohidrat terproses ini perlu dihadkan. Sungguhpun begitu, terdapat masih ada negara yang menjadikan bahan ini sebagai sumber utama karbihidrat utama mereka.

Oleh itu, artikel ini akan menjelaskan apakah itu karbohidrat terproses dan mengapa ia tidak bagus untuk kesihatan anda.

Apakah Itu Karbohidrat Terproses?

Karbihidrat proses juga dikenali sebagai karbohidrat ringkas. Ia terdapat dua jenis iaitu:

  • Gula: Gula halus dan proses seperti sukrosa (gula pasir), sirap jagung berfruktosa tinggi serta sirap agave.
  • Bijirin: Bijirin ini telah mengalami proses pembuangan serat dan bahagian yang bernutrisi. Ia menjadi bahan utama untuk menghasilkan tepung gandum yang dihasilkan daripada gandum proses.

Karbohidrat terproses ini telah kehilangan hampir kesemua kandungan serat, vitamin serta mineral. Oleh sebab itu, ia dikenali juga sebagai kalori “kosong”.

Selain itu, ia juga dapat dicerna dengan cepat namun memiliki indeks glisemik yang tinggi. Hal ini bermakna, pengambilannya dapat meningkatkan paras gula dan insulin dalam darah.

Makan makanan yang tinggi indeks glisemiknya juga boleh menyebabkan gejala makan berlebihan serta meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit.

Malangnya, gula serta bijirin proses inilah yang menjadi bahan utama daripada jumlah pengambilan karbohidrat di kebanyakan negara. Antara makanan yang berasaskan karbohidrat terproses ini seperti tepung gandum, roti putih, nasi putih, pastri, soda, snek, pasta, manisan, bijirin sarapan serta gula tambahan.

Kesemua makanan tersebut adalah makanan proses.

3 Sebab Mengapa Karbohidrat Terproses Tidak Bagus untuk Anda?

Sebab 1: Bijirin Proses Menandungi Serat dan Mikronutrien yang Lebih Rendah

Bijirin penuh kaya dengan serat. Ia terdiri daripada tiga bahagian bijirin iaitu:

  • Bran: Lapisan luar yang keras. Mengandungi serat, mineral dan antioksidan.
  • Embrio: Teras yang kaya dengan nutrien. Mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral, antioksidan dan sebatian tumbuhan.
  • Endosperma: Lapisan tengah. Kebanyakannya terdiri daripada karbohidrat serta sejumlah kecil protein.

Bran dan embrio merupakan bahagian yang paling bernutrisi dalam bijirin penuh. Ia mengandungi pelbagai nutrien seperti serat, vitamin B, zat besi, magnesium, fosforus, mangan dan selenium.

Ketika proses penghalusan dilakukan, barn dan embrio telah dibuang bersama-sama nutiren yang terkandung di dalamnya. Akhirnya meninggalkan bijirin tersebut tanpa serat, vitamin atau mineral pada bijirin terproses. Apa yang tinggal hanyalah kanci yang mudah dicerna serta sedikit protein sahaja.

Oleh itu, terdapat sesetengah pengilang memperkayakan semua produk mereka dengan vitamin sintetik untuk menambah semula nutrien yang hilang tersebut.

Persoalan adakah vitamin sintetik ini bagus seperti vitamin semula jadi, masih lagi diperdebatkan. Sungguhpun begitu, kebanyakan orang akan bersetuju untuk mendapatkan nutrien daripada makanan secara semula jadi sebagai pilihan yang terbaik mereka.

Diet yang kaya dengan karbohidrat terproses ini juga boleh jadi kekurangan serat. Diet yang kekurangan serat dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit seperti penyakit jantung, obesiti, diabtes jenis 2, kanser kolon dan pelbagai masalah pencernaan.

Sebab 2: Karbohidrat Terproses boleh Menyebabkan Seseorang Terlebih Makaan dan Meningkatkan Risiko Obesiti

Sebahagian besar daripada jumlah populasi dunia adalah memiliki berat badan berlebihan ataupun obes. Terlalu banyak makan karbohidrat terproses ini boleh menjadi salah satu puncanya.

Oleh kerana karbohidrat terproses ini mengandungi serat yang rendah serta mudah dicerna, amalan memakannya boleh menyebabkan peningkatan mendadak pada paras gula dalam darah. Akhirnya ia akan menyebabkan gejala makan berlebihan.

Selain itu, makanan yang tergolong dalam indeks glisemik yang tinggi menyebabkan kekenyangan untuk jangka masa yang singkat sahaja iaitu kira-kira satu jam. Sebaliknya, makanan yang rendah indeks glisemiknya pula memberikan rasa kenyang lebih lama iaitu sehingga kira-kira dua hingga tiga jam.

Paras gula dalam darah pula akan mula menurun kira-kira satu atau dua jam selepas pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat terproses ini. Hal ini boleh menyebabkan rasa lapar sekaligus merangsang otak untuk mendorong agar makan sekali lagi.

Isyarat ini menyebabkan anda menjadi mahu makan lagi dan inilah sebenarnya punca gejala makan berlebihan. Manakala, kajian jangka panjang juga telah menunjukkan bahawa pengambilan karbohidrat terproses juga dikaitkan dengan peningkatakan lemak di bahagian perut untuk tempoh lima tahun.

Tambahan pula, karbohidrat terproses ini juga boleh menyebakan masalah keradangan pada tubuh badan. Beberapa orang pakar telah mengatakan bahawa ia merupakan salah satu daripada penyebab utama kepada masalah kerintanganan leptin serta obesiti.

Sebab 3: Karbohidrat Terproses Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit Jantung dan Diabetes Jenis 2

Penyakit jantung kini sudah menjadi kebiasaan serta sudah menjadi punca pembunuh yang utama. Manakala diabetes jenis 2 pula merupakan penyakit yang biasa berlaku sehingga menjejaskan kira-kira 300 juta orang di seluruh dunia.

Mereka yang menghidap diabtes jenis 2 pula berisiko untuk menghidap penyakit jantung. Kajian juga menujukkan bahawa pengambilan karbohidrat terproses yang berlebihan dikaitkan dengan masalah kerintanganan insulin serta paras gula yang tinggi. Kedua-duanya merupakan simptom utama bagi gejala diabetes jenis 2.

Karbohidrat terproses juga boleh meningkatkan paras trigliserida dalam darah. Ia boleh menyebabkan risiko penyakit jantung serta diabetes jenis 2.

Satu kajian terhadap golongan dewasa di China menunjukkan bahawa hampir 85% daripada jumlah pengambilan karbohidrat mereka adalah bersumberkan karbohidrat terproses ini. Ia merujuk kepada nasi putih dan produk-produk berasaskan gandung terproses.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa orang yang mengamalkan pengambilan karbohidrat terproses yang paling banyak adalah dua hingga tiga kali ganda lebih terdedah kepada penyakit jantung. Sebaliknya jika dibandingkan dengan mereka yang makan paling sedikit karbohidrat terproses tersebut, risiko tersebut akan menjadi rendah.

Bukan Semua Karbohidrat adalah Tidak Baik

Makan terlalu banyak karbohidrat terproses boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif. Sungguhpun begitu, tidak semua karbohidrat adalah tidak baik. Sesetengah makanan yang kaya dengan karbohidrat secara semula jadi adalah amat menyihatkan. Ia merupakan sumber yang bagus bagi serat, vitamin, mineral serta pelbagai sebatian tumbuhan yang baik.

Makanan yang kaya dengan karbohidrat tersebut seperti sayur-sayuran, buah-buahan. Kekacang, sayur-sayuran akar serta bijirin penuh seperti oat dan barli.

Melainkan sekiranya anda mengamalkan diet yang perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat, sebenarnya tiada sebab untuk mengelakkan daripada makanan tersebut. Tambahan pula ia mengandungi karbohidrat.

Kesimpulan

Bagi memoptimumkan kesihatan dan berat badan, cuba dapatkan karbohidrat anda daripada makanan yang sebenar dan makanan yang mengandungi satu bahan.

Sekiranya makanan tersebut memiliki senarai bahan yang panjang, ia mungkin sumber karbohidrat yang tidak sihat.

Sumber artikel di sini. 

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *