Home TIPS KURUS 12 Tips Untuk Pastikan Azam Kuruskan Badan Di Tahun Baru Berjaya
12 Tips Untuk Pastikan Azam Kuruskan Badan Di Tahun Baru Berjaya

12 Tips Untuk Pastikan Azam Kuruskan Badan Di Tahun Baru Berjaya

0
0

Hari berganti hari, siang berganti malam dan tahun berganti tahun, tapi masalah berat badan masih tidak ada perubahan dan masih di tempat yang sama sahaja kan ? Ini saya nak berikan tips kepada anda semua untuk pastikan azam kuruskan badan di tahun 2018 ini berjaya dan dapat buat perubahan.

12 Tips Untuk Pastikan Azam Kuruskan Badan Di Tahun Baru Berjaya

Semoga apa saya kongsikan ini dapat membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza tentang kuruskan berat badan. Its not about diet anymore its about what you eat and what you do. Tapi bukanlah makan ubat kurus ya, Say No No No pada ubat kurus tau buang terus dalam laut.

Ini apa yang anda perlu lakukan agar azam kuruskan badan berjaya bermula pada tahun ini.

1.Niat Kena Di Landasan Yang Betul

Setiap apa yang hendak kita lakukan mesti bermula dengan niatkan, betul tak? Jangan mulakan niat songsang nak kurus. Jika anda rasa nak kurus sebab nak pakai  baju ketat-ketat nak buktikan anda cantik atau pun nak buat demi sakit hati. Saya rasa anda patut lupakan terus pasal nak kuruskan badan.

Perbetulkan niat anda, WHY aku nak kurus sila jawab dengan jujur adakah sebab susah dan sukar nak solat, adakah sebab hilang keyakinan diri bila gemuk? Only you have the answer and only you know what you feel. Jawab dengan jujur dan anda akan temui jawapannya.

2. Wajib Kenali Badan Anda.

Setiap orang adalah unik, itu anda kena tahu. Anda dengan minah lain badannya , minah dengan makcik bawang lain badanya. Jadi anda kena kenali badan anda sendiri apa yang anda boleh makan apa yang anda patut elakkan itu semua anda kena ketahui tentang diri anda. Saya selalu buat ujikaji ke atas diri sendiri yang mana terbaik dalam proses turunkan berat badan.

Ingat tau setiap dari kita punyai badan yang unik dan tak sama, jadi kenali badan anda jangan nak sibuk-sibuk badan orang lain lak.

3.Mulakan Dengan Tukar Air Minuman Kepada Air Putih Sahaja.

Bukanlaa nak suruh anda tinggalkan terus air teh tarik ke nescafe ke atau apa sahaja air manis itu, tetapi apa yang anda boleh lakukan adalah banyakkan minum air putih dan perlahan-lahan kurangkan minum air manis kesayangan tu.

Mungkin dulu minum 3 cawan sehari cuba kurangkan jadi 1 cawan sehari dan mungkin dulu tak suka air putih, mulakan dahulu dengan 1 liter sehari. Anda akan rasai perbezaan bila amalkan air kos0ng berbanding air manis. Nak kasi sedap air putih tu letak hirisan lemon ke atau apa-apa buah yang anda suka. Barula seronok nak minum kan.

Big No adalah minuman 3 in 1 ini minta cerai talak 3 terus tau. Nak tahu kenapa sila baca sini .

4. Jangan Tinggalkan Nasi.

Ini salah faham paling besar, nasi penyebab kita gemuk, nasi pendosa utama kegemukan anda. Meh nak cerita nasi ini banyak sangat khasiat kepada kita tetapi yang jadi masalah bila makan nasi tak ingat dunia, kalau boleh seperiuk pun boleh habiskan.

Untuk yang mungkin “mati” tak makan nasi tu , makanlah jangan tinggalkan tetapi makan dalam portion yang betul. Tapi untuk kesan yang positif cuba anda tinggalkan nasi dalam masa 30 hari dan tengok macam mana kesannya. Tak ambil nasi tetapi anda kenalah ganti karbo sihat seperti oat, kentang atau ubi keledek.

5. Tinggalkan Terus Proses Food & Karbo Ringkas

Saya tahu ramai akan mengeluh bila minta tinggalkan proses food dan karbo ringkas sebab dah get use dengan makanan ini. Tapi ketahuilah makanan proses ada macam-macam bahan pengawet bahan kimia yang kita tidak dapat jangka, untuk kesihatan jangka panjang nasihat saya tinggalkan terus pun takpa go for fresh.

Jangan malas nak bermula dengan makanan fresh yang banyak ada di pasaran. Maggi, gula putih, roti canai tu antara permulaan yang boleh tinggalkan terus.

6. Dapat Tidur Berkualiti Wajib 6-8 Jam Sehari

Tidur yang berkualiti dan mencukupi mainkan peranan yang besar dalam proses turunkan berat badan dan juga kesan pada kesihatan anda. Jika tidur yang tidak cukup akan beri kesan metabolisme badan rendah dan ini menganggu proses turunkan berat badan.

Nasihat saya bagi yang tiada anak kecil, berpisahlah dengan dunia maya whatsapp dan facebook selewatnya jam 11pm malam. Ini apa saya lakukan saya displinkan diri tutup whatsapp tutup facebook dan readykan diri untuk tidur. Percayalah bila ini jadi amalan anda akan dapat tidur yang berkualiti.

7. Senaman Wajib Dilakukan dan Penting

Kerap dapat soalan ini senaman wajib tak untuk turukan berat badan? Ini meh nak cerita asas utama nak turunkan berat badan adalah pemakanan sihat dan seimbang 70% dan senaman mainkan peranan 30%. So jika ada produk yang claim kata boleh turunkan berat tanpa senaman tu lupakan aje , jangan jadi mangsa penipuan lagi tau.

Kenapa perlu senaman? Senaman untuk bina kekuatan jantung anda, untuk meningkatkan stamina dan metabolisme badan anda. Jadi perlu ke beli alatan senaman? Bagi saya mulakan dengan apa yang ada dahulu berjalan 20 minit sebagai titik permulaan dan tingkatkan dari masa ke semasa bila badan anda dah yakin dan selesa dengan apa amalan anda.

Tak perlu senaman macam nak masuk sukan olimpik cukup sekadar konsisten dengan apa yang anda lakukan.faham ke idok ??

8. Perlu Ke Makanan Rebus , Kukus Dan Bakar ?

Untuk Permulaan bagi saya tidaklah perlu terus tukar kepada makanan yang rebus,kukus, atau bakar. Tetapi makanan biasa kawal portion dan kurangkan makanan yang manis dan berminyak berlebihan. Dalam masa yang sama perlahan-lahan tukar kepada makanan yang lebih sihat.

Perut kita ini bukan macam tong sampah DBKL semua benda korang nak sumbat.Berpada bila makan jangan nak ikut nafsu sangat. We are What We Eat!!!

9. Jangan Tinggalkan Makan malam.

Makan malam sebaiknya sebelum jam 8 malam dan boleh laa tidur 2 jam selepas makan. Bagi ruang dan masa makanan di proses dahulu baru boleh lena. Makan malam pun jangan lah berat sangat, jika nak makan nasi boleh sahaja tapi kurangkan nasi dan lebihkan sayuran, ulaman dan lauk.

10.Perlu ke ada Cheat Day?

Selalu saya nasihatkan permulaan ini tidak perlu ada cheat day atau makanan yang kita suka suka boleh makan. Latih diri anda lebih displin dalam pemilihan makanan yang lebih sihat. Jika diberi ruang bukan setakat cheat day akan jadi hari hari cheat pahtu tang mana yang nak kuruskan badan?

Displin diri kena kuat jangan nak cepat goyah dengan asukan makcik bawang dan kakak belacan yang memang suka ganggu dan sabotaj pemakanan anda. Ignore aje manusia macam ini, tak boleh nak tengok orang sihat  tau.

11. Paling Penting Ada Komuniti Atau Group Sokongan

Ini part antara paling penting, cari sahabat, komuniti yang sentiasa beri sokongan untuk anda. Cari geng zumba, geng lari , geng kayuh dan jangan cari geng kaki pukul tau nayaa haha. Anda perlukan sokongan dari sahabat dan komuniti yang positif untuk terus buat perubahan dalam pemakanan seharian dan juga aktiviti aktif anda.

Jangan nak jadi kera sumbang nak menyisihkan diri dari masyarakat dengan alasan kesibukan. Orang lain sibuk juga tapi buatlah perancangan anda cari mereka yang ada minat yang sama. Macam dalam program diet yang saya wujudkan sokongan di alam maya di telegram, sebagai platform perkongsian masalah dan saling membantu.

12. Banyakkan Membaca Dan Cari ILMU

Bahagian paling penting adalah ILMU, jika anda buat sesuatu dengan tanpa panduan tanpa ilmu pasti akan sesat. Itu yang sampai bila keluar ubat kurus aje beli sebab terpengaruh dan percaya. Bila anda banyak membaca tentang maklumat kesihatan dengan sendirinya anda memdidik diri dan orang sekeliling.

Jangan jadi manusia pemalas yang asyik tunggu suapan dari orang sahaja, dunia hujung jari buat pembacaan , buat kajian baru lah tak  mudah jadi mangsa penipuan macam-macam ubat di luar sana.

Ingat tau carilah ilmu, carilah maklumat dengan membaca dan banyakkan bertanya dengan mereka yang pakar dalam bidang yang kita nak ketahui.

Semua peralatan dah ada , semua ilmu dah ada jadi jangan nak tunggu lagi START NOW or NEVER.

Orang Berjaya Takkan Bertangguh!!

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *