Home Fitness 12 Mitos Terbesar Berkenaan Penurunan Berat Badan
12 Mitos Terbesar Berkenaan Penurunan Berat Badan

12 Mitos Terbesar Berkenaan Penurunan Berat Badan

0
0

Terdapat banyak nasihat tentang cara untuk menurunkan berat badan di internet. Ada nasihat yang sudah terbukti dan ada pula yang tidak. Berikut adalah 12 pembohongan, mitos dan salah faham terbesar berkenaan dengan penurunan berat badan.

1. Semua Kalori adalah Sama.

Kalori adalah merupakan unit pengukuran bagi tenaga. Semua kalori memiliki kandungan tenaga yang sama. Walaubagaimanapun, hal ini tidak bermakna semua sumber kalori memiliki kesan yang sama kepada berat badan anda. Setiap makanan berbeza-beza dalam melalui proses metabolik serta memberikan kesan yang pelbagai terhadap tahap kelaparan serta horman yang meregulasi berat badan anda.

Sebagai contoh, kalori bagi protein tidak sama seperti kalori lemak atau karbohidrat. Menggantikan karbohidrat dan lemak dengan protein boleh meningkatkan metabolisme dan mengurangkan selera akan. Bukan itu sahaja, dengan cara ini, fungsi bagi sesetengah hormon yang meregulasi berat badan akan dapat dioptimumkan.

Juga, kalori daripada makanan seperti buah-buahan akan menjadi lebih mengenyangkan berbanding kalori daripada makanan yang diproses seperti manisan.

2. Menurunkan Berat Badan adalah Satu Proses yang Mendatar.

Menurunkan berat badan kebiasaannya bukanlah satu proses yang bersifat mendatar sebagaimana yang kebanyakan orang fikirkan. Kadang kala anda akan mengalami penurunan berat badan manakala kadang kala pula anda akan mengalami pertambahan berat badan pula. Semua ini adalah semula jadi memandangkan berat badan yang normal akan mengalami naik turun.

Sebagai contoh, anda mungkin membawa lebih banyak makanan di dalam sistem pencernaan anda ataupun menyimpan lebih banyak air daripada biasa. Perkara ini kebiasaannya berlaku kepada golongan wanita disebabkan oleh berat air di dalam badan boleh bertambah tatkala ketika kitaran haid.

Selagi mana trend kebiasaannya akan menurun, tidak kira berapa banyak ia naik dan turun, anda masih lagi akan mengalami penurunan berat badan untuk satu tempoh yang panjang.

3. Suplimen boleh Membantu anda Menurunkan Berat Badan.

Industri suplimen penurun berat badan kini semakin berkembang. Pelbagai syarikat mendakwa bahawa suplimen yang mereka hasilkan adalah berkesan. Namun, kebanyakannya apabila diuji, tidaklah begitu.

Punca utama mengapa suplimen tersebut berkesan kepada sesetengah orang adalah disebabkan oleh kesan pasebo. Orang ramai terperdaya dengan taktik pemasan yang dilakukan dan akhirnya mahukan suplimen tersebut untuk membantu mereka menurunkan berat badan. Jadi, akhirnya mereka menjadi lebih sedar dengan apa yang mereka makan.

Hal ini bermakna, terdapat beberapa suplimen yang memberikan sedikit kesan terhadap penurunan berat badan. Suplimen yang terbaik sekalipun hanya dapat menurunkan sedikit berat badan untuk tempoh beberapa bulan.

4. Obesiti adalah Semata-mata Berkait dengan Daya Usaha dan tidak Berkait dengan Biologi.

Adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa berat badan anda adalah hanya berkait dengan kemahuan semata-mata. Obesiti sendiri merupakan satu gejala yang kompleks dengan pelbagai faktor penyebab. Bukan itu sahaja, terdapat banyak pemboleh ubah genetik yang berkati rapat dengan obesiti serta masalah kesihatan. Contohnya, hipotirodisme, PCOS dan depresi boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami pertambahan berat badan.

Tubuh badan anda juga memiliki pelbagai hormon dan jaringan biologikal yang berperanan untuk meregulasi berat badan. Semua ini akan menjadi tidak berfungsi bagi mereka yang mengalami obesiti sehingga menyukarkan proses untuk menurunkan semula berat badan serta mengekalkannya.

Sebagai contoh, masalah kerintanganan kepada hormon leptin merupakan penyebab utama kepada masalah obesiti. Isyarat leptin sepatutnya memberi tahu otak anda bahawa lemak yang tersimpan sudah cukup. Maka, sekiranya anda mengalami masalah kerintanganan terhadap leptin ini, sudah tentu otak anda akan menyangka bahawa anda sedang kelaparan.

Cuba untuk menumpukan sepenuh tenaga dan berusaha dengan makan sedikit dalam keadaan isyarat leptin tidak dapat disampaikan adalah merupakan suatu yang sukar.

Sudah tentu, hal ini tidak bermakna bahawa sesiapa yang ingin menurunkan berat badan untuk cepat berputus asa dan menerima takdir genetiknya. Menunrunkan berat badan masih lagi tidak mustahil Cuma ia kadangkala agak sukar bagi sesetengah orang.

5. Makan Sedikit, Banyakkan Bergerak.

Lemak badan merupakan sumber tenaga yang tersimpan. Bagi menghilangkan lemak, anda perlu membakar lebih banyak kalori berbanding jumlah yang anda ambil. Oleh itu, adalah kelihatan logik tindakan makan sedikit dan banyakkan bergerak untuk menurunkan berat badan.

Sungguhpun cara ini secara logiknya berkesan terutamanya sekiranya anda melakukan perubahan dalam gaya hidup anda secara menyeluruh. Namun, ia merupakan satu saranan yang tidak bagus bagi mereka yang sudah mengalami masalah berat badan yang serius.

Kebanyakan orang yang mengikut nasihat ini akhirnya akan kembali mengalami pertambahan berat badan yang telah hilang kembali disebabkan oleh faktor psikologikal dan biokimia. Perubahan yang besar dan berterusan dalam perspesktif dan tingkah lagi diperlukan bagi menurunkan berat badan melalui diet dan senaman.

Menyuruh seseorang yang mengalami obesiti untuk makan sedikit dan bergerak banyak adalah seperti mengatakan kepada seseorang yang sedang mengalami depresi untuk bergembira atau berkata kepada peminum alkohol supaya minum sedikit.

6. Karbohidrat Menjadikan Anda Gemuk.

Diet rendah karbohidrat boleh membantu anda dalam menurunkan berat badan. Dalam banyak kes, hal ini berlaku walaupun tanpa mengehadkan pengambilan kalori. Selagi mana anda memastikan pengambilan karbohidrat anda rendah serta pengambilan protein yang tinggi, anda akan dapat menurunkan berat badan.

Namun begitu, hal ini tidak bermakna karbohidratlah yang menjadi punca kepada pertambahan berat badan. Walhal, gejala obesiti ini bermula sekitrar tahun 1980M, manusia telah makan makanan berkarbohidrat sejak berzaman lagi.

Sedangkan makanan yang mengandungi tinggi karbohidrat adalah menyihatkan. Sebaliknya, karbohidrat yang diproses seperti bijirin proses dan gula adalah dikaitkan dengan pertambahan berat badan.

7. Lemak Menjadikan Anda Gemuk.

Lemak memberikan kira-kira 9 kalori bagi setiap gram berbanding hanya 4 gram bagi karbohidrat dan protein. Lemak mengandungi banyak kalori dan ia biasanya terkandung di dalam makanan segera. Jadi, selagi mana anda mengambil kalori secara sihat, lemak tidak akan menjadikan anda gemuk.

Tambahan pula, diet yang kaya dengan lemak namun rendah karbohidrat juga boleh menyebabkan penurunan berat badan sebagaimana menurut beberapa kajian yang dijalankan. Daripada memenuhkan diet anda dengan makanan segera yang tidak menyihatkan serta mengandungi kalori yang tinggi, lemak akan menjadikan anda gemuk. Sedangkan tubuh badan anda memerlukan lemak sihat untuk berfungsi dengan baik.

8. Bersarapan Perlu untuk Menurunkan Berat Badan.

Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang meninggalkan sarapan akan cenderung untuk mengalami pertambahan berbanding mereka yang mengambilnya. Walaubagaimanapun, hal ini terjadi disebabkan oleh mereka yang mengambil sarapan kebiasaannya memiliki gaya hidup yang sihat.

Dalam satu kajian selama 4 bulan melibatkan seramai 309 orang dewasa bagi membandingkan tabiat pengambilan sarapan mendapat bahawa sebenarnya tiada sebarang kesan pun samada mereka ambil atau tidak sarapan.

Adalah menjadi satu mitos juga bahawa bersarapan dapat meningkatkan metabolisme serta makan sedikit tetapi kerap membolehkan anda membakar lebih banyak kalori. Adalah lebih baik untuk makan apabila anda berasa lapar dan berhenti apabila anda berasa kenyang.

Ambil sarapan sekiranya anda rasakan perlu. Namun, jangan menyangka bahawa ia akan memberikan kesan yang besar terhadap berat badan anda.

9. Makanan Segera Sentiasa Menggemukkan.

Bukan semua makan segera tidak menyihatkan. Disebabkan oleh orang ramai sudah mula sedar tentang penjagaan kesihatan, banyak rantaian makanan segera kini mula menawarkan pilihan yang lebih menyihatkan. Sebagai contoh, Chipotle ini hanya menyediakan makanan yang sihat sahaja.

Adalah mudah untuk mengetahui makanan yang menyihatkan di kebanyakan restoran. Kebanyakan restoran makanan segera yang murah sering kali menyediakan alternatif yang lebih menyihatkan di samping hidangan utamanya.

Namun, makanan seperti ini sudah pasti tidak akan memenuhi cita rasa mereka yang begitu mengambil berat soal kesihatannya. Walaubagaimanapun, ia masih lagi merupakan pilihan makanan yang menyihatkan lebih-lebih lagi sekiranya anda tidak memiliki masa atau tenaga untuk menyediakan makanan yang sihat.

10. Diet Penurun Berat Badan Berkesan.

Industri penurunan berat badan kini mahukan anda percaya bahawa diet adalah merupakan cara yang berkesan. Namun, kajian menunjukkan bahawa berdiet kebiasaannya jarang dapat bertahan untuk satu tempoh yang lama. Buktinya, 85% daripada mereka yang berdiet akhirnya mengalami pertambahan berat badan semula dalam tempoh setahun sahaja.

Tambahan pula, kajian lain menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan diet adalah lebih mudah untuk mengalami pertambahan berat badan di kemudian hari.

Maka, setidak-tidaknya berdiet boleh dikatakan sebagai penambah berat badan di kemudian hari. Apa yang betul adalah, anda seharusnya tidak menerima pendekatan untuk menurunkan berat badan dengan berdiet. Sedangkan, sepatutnya anda perlu menjadikan diet itu sebagai matlamat anda untuk mengubah gaya hidup secara kekal sehingga akhirnya dapat menjadikan anda bertambah sihat dan gembira.

Jika anda mampu meningkatkan paras aktiviti anda, makan secara sihat dan tidur dengan cukup, anda sepatutnya sudah mampu menurunkan berat badan secara semula jadi. Berdiet kebiasaanya tidak akan kekal untuk tempoh masa yang panjang.

11. Orang Yang Obes adalah Tidak Sihat dan Orang yang Kurus adalah Sihat.

Benar, obesiti meningkatkan risiko anda untuk mengalami beberapa penyakit kronik termasuklah diabetes jenis 2, penyakit hati dan beberapa jenis kanser. Walaubagaimanapun, ada juga mereka yang mengalami obesiti memiliki metabolik yang sihat dan ada juga mereka yang kurus tetapi menghidap penyakit yang sama kroniknya.

Jadi, adalah perlu untuk diberikan perhatian di mana lemak anda terbina. Sekiranya anda memiliki banyak lemak di bahagian abdomen, maka anda berisiko besar untuk menghidap penyakit metabolik.

12. Makanan Diet dapat Membantu Anda Menurunkan Berat Badan.

Terdapat banyak makanan segera yang dipasarkan adalah menyihatkan. Sebagai contoh, makanan yang rendah lemak, bebas lemak dan bebas gluten begitu juga minuman yang bergula tinggi. Maka, anda harus bersikap hati-hati terhadap sebarang dakwaan yang tertulis pada pek makanan terutama sekali makanan yang diproses. Tambahan pula, label ini kebiasaannya adalah untuk memperdayakan dan bukan untuk memaklumkan.

Manakala, sesetengah penjual makanan segera akan menggalakkan anda untuk membeli makanan mereka yang menggemukkan itu. Padahal sekiranya pada pembungkusnya sudah tertulis bahawa makanan tersebut adalah menyihatkan, maka tindakan seperti itu tidak perlu lagi.

RUMUSAN

Sekiranya anda cuba untuk menurunkan berat badan, anda sudah tentu telah mendengar pelbagai mitos tentangnya. Anda munkin telah mempercayai sebahagian daripadanya. Padahal, kebanyakan semua itu adalah tidak benar.

Apa yang penting, hubungan antara makanan, tubuh badan dan berat badan adalah begitu kompleks. Sekiranya anda mahu menurunkan berat badan, cuba pelajari tentang perubahan-perubahan yang boleh anda lakukan terhadap diet dan gaya hidup anda seharian.

Sumber artikel di sini.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *