Home TIPS TRAVEL 12 Check List Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Luar Negara
12 Check List Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Luar Negara

12 Check List Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Luar Negara

0
0

Bila nak ke luar negara atau melancong jangan main terjah aje , lagi-lagi kalau jenis yang back packers bukan yang ikut agen atau pakej pelancongan. Pastikan buat check list yang anda perlu tahu sebelum ke luar negara.

ini saya kongsikan apa yang saya lakukan bila nak ke negara yang pertama kali saya akan jejak, memang kena buat persediaan, baik kita bersedia awal-awal.

12 Check List Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Luar Negara

1.Periksa Dulu Blacklist ke ?

Sebelum beli tiket pastikan periksa dahulu sama ada anda ini kena blacklist atau ada kena larangan ke luar negara. Kan dah beli tiket punyalah teruja tengok-tengok kena sekat dari ke luar negara, hangus wehh duit. Boleh check di link ini yang saya biasa buat kat sini 

2. Passport Masih Sah

Pastikan juga passport masih sah lebih daripada 6 bulan dari tarikh tamat. Ini pun boleh mendatangkan masalah mungkin anda tidak akan dibenarkan masuk pun ke negara yang anda akan pergi walaupun dah beli tiket bagai. jadi apa lagi kalau dah nak tamat sila renew awal-awal

3. Perlu Visa atau pun tidak ?

Kena ambil tahu sama ada negara yang anda akan lawati perlukan Visa ataupun tidak. Ada negara yang hanya memerlukan Visa on arrival sahaja itu tak jadi masalah hanya isi borang. Untuk kita rakyat Malaysia sangat bertuah lebih 153 negara kita boleh kunjungi tanpa perlukan Visa , hanya negara seperti US dan Australia. Seperti yang anda tahu, Malaysia kini menduduki tangga ke-5 antara pasport terbaik di dunia. Untuk elakkan masalah tentang visa ini anda boleh semak di sini

4. Cari Maklumat Tentang Negara Yang Akan di Lawati

Bila dah ke tiga item tadi lengkap , anda dah boleh mula ‘google’ tentang negara yang anda akan pergi, sudah boleh pilih tempat mana yang menarik , tempat mana yang tak perlu pun pergi dan ini dah banyak jimatkan masa dan duit.

5. Pengangkutan Awam

Periksa juga tentang perkhidmatan awam, seperti saya di Seoul Korea , pengangkutan awam tidak menjadi masalah sama ada nak gunakan subway line ataupun bas. Ini bagi pastikan anda tidak bazirkan duit membayar tambang teksi yang mahal. Dari pengalaman saya tambang teksi 3 atau 4 kali ganda mahal dari tambang pengangkutan awam yang lain.

6. Cari Cara Paling Senang

Ini pun anda kena tahu, macam mana dari lapangan terbang nak ke tempat yang anda akan tinggal. Apa saya lakukan hari pertama di mana-mana negara biasanya akan tinggal di tempat yang sangat senang nak cari dan juga dekat dengan kawasan pengangkutan awam. Boleh jimat masa makan langsat dan boleh elakkan bergaduh dengan kawan-kawan kalau tak jumpa cari tempat. Tapi kalau pergi sorang tanggunglah sendiri hehe

7.Makanan Halal

Makanan Halal, ini antara list yang saya akan jadikan keutamaan, tidak semua negara yang kita pergi ada makanan halal yang mudah. Kena buat persediaan awal.Boleh bawa makanan yang sudah siap yang hanya perlu dipanaskan sahaja. Seperti di Seoul Alhamdulillah tiada masalah mencari makanan halal dan ada rakyat Malaysia juga yang menjual di sana. InsyaAllah saya akan senaraikan tempat makanan halal di Seoul nanti ya.

8. Bawa Adaptor

Bawa adaptor, kan nanti tak boleh nak caj handphone. lain negara lain adaptor. boleh beli adaptor ini ada di kedai yang menjual barangan travel.

9.Bekalan Ubatan

Bawa juga bekalan ubat-ubatan dan makanan tambahan. Saya selalu bawa panadol, kita tidak tahu bagaimana badan nak terima cuaca di sana, kalau demam, selesema nanti akan cacatkan pengembaraan kita. Better prepare. Saya wajib bawa minyak zaitun, ini dah kira makanan bagi saya juga.

10.Wajib Bawa Air Kosong

Sentiasa bawa botol air kosong. Bukan aje untuk minum tetapi keperluan tandas juga berbeza. Ada negara yang tak sediakan air untuk basuh, geli wehh pakai tisu , kita kan nak jaga kebersihan. jadi bekalan air wajib bawa sentiasa.

11. Daftar Dengan Kedutaan

Jika ke negara yang jarang dilawati pastikan anda daftar dengan kedutaan kita yang ada di negara tersebut.ini sebagai langkah berjaga-jaga jika terjadi apa-apa kita ada tempat untuk dihubungi dan ahli keluarga juga boleh hubungi untuk ketahui status diri kita.

12.Periksa Musim apa?

Cuba periksa musim apa dan cuaca apa di negara yang kita akan lawati. sama ada suhunya sejuk bangat atau kepanasan, kita dah boleh buat persediaan awal , nak bawa baju sejuk ke atau tak perlu. Jangan nak tunjuk hero sangat pergi negara sejuk suhu 3C pakai singlet, ingat sikit kita ni negara panas paling sejuk pun kena aircond 16C pun dah ketar. Meh sini check cuaca di sini 

Macam dah banyak lak check list, apa saya dikongsikan berdasarkan pengalaman sendiri , boleh jadikan panduan jika ada pengembara tegar boleh juga komen kita kongsikan pandangan.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EBOOK PERCUMA !

36 Tips Untuk Pastikan Azam Kurus Anda Berjaya!

Perkongsian ini akan membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza mengenai cara kuruskan berat badan
SAYA NAK EBOOK!
close-link