Home TIPS KURUS 11 Tips untuk Sentiasa Beringat Ketika Makan
11 Tips untuk Sentiasa Beringat Ketika Makan

11 Tips untuk Sentiasa Beringat Ketika Makan

0
0

Sebelum ini saya ada kupas tentang faedah beringat ketika makan ataupun mindful eating, anda boleh amalkan teknik beringat ketika makan ini bukan sahaja untuk turukan berat badan tetapi juga bagaimana untuk merubah pemakanan kepada yang lebih sihat secara keseluruhannya.

Kali ini saya akan kongsikan dengan anda tips bagaimana anda dapat sentiasa beringat ketika makan dan tidak makan mengikut emosi yang bercelaru dan tertekan.

11 Tips untuk Sentiasa Beringat Ketika Makan

1. Kurangkan Tekanan dan Ambil Kira Perasaan Anda.

Sentiasa ingat bahawa makan sebenarnya bergantung kepada pengurusan emosi dan tekanan yang baik. Kenal pasti bagaimana anda boleh mengawal tekanan dalam hidup anda dengan melakukan pelbagai aktiviti yang merehatkan seperti bersenam, bernafas dengan betul, berdoa, bermeditasi, terapi urutan dan mengambil pelbagai pati minyak yang berkhasiat.

Jadualkan masa untuk berehat supaya anda boleh memastikan ia menjadi satu keperluan. Ingat bahawa pengurangan tekanan boleh berkesan walaupun anda mengamalkannya untuk waktu yang singkat.

2. Adakan Satu Diari Makanan.

Diari ini seharusnya menjadi rekod bukan sahaja pilihan makanan anda namun juga emosi anda. Ia membantu anda untuk menghubungkan antara kedua-duanya. Ambil perhatian terhadap apa yang boleh mendorong anda untuk makan. Keberadaan makanan? Iklan-iklan komersial yang menawarkan makanan yang enak? Keinginan untuk melepaskan tekanan atau kebosanan?

Catatlah sebanyak yang mungkin termasuklah juga makanan tambahan dan juga tidur anda. Semua ini merupakan faktor yang penting untuk mengetahui apakah yang menyebabkan anda makan mengikut emosi.

3.  Lebih Berhati-hati Terhadap Kecenderungan untuk Makan tanpa dikawal.

Bilakah anda mendapati baahwa anda tidak menumpukan perhatian ketika makan? Jawapannya ialah ketika anda sedang bekerja, menonton TV atau memberikan anak anda makan?

4.  Tanya Diri Anda, “Adakah Saya ingin makan sesuatu hanya kerana Saya telah Melihatnya?”

Makan kadang kala didorong oleh rasa senang apabila melihat orang lain makan. Perhatikan apabila anda makan sesuatu disebabkan  oleh orang lain pun begitu baik kawan, rakan sekerja, ahli keluarga atau ia disebabkan oleh semua sudah terhidang untuk anda.

5. Jadikan hidangan anda meriah dengan pelbagai jenis makanan serta libatkan juga kesemua deria anda.

Bau makanan anda, perhatikan warna dan teksturnya. Kunyah dan ambilah masa anda. Menghidu dan melihat makanan anda kedua-dua merupakan tanda yang jelas samada anda makan atau tidak. Persepsi anda tentang keenakan ketika makan adalah berasaskan aroma dan rupa makanan anda itu juga. Jadi, pastikan makanan anda itu ada semua ini.

6. Apabila makan, hanya makan sahaja.

Jangan lakukan apa-apa perkara sehingga menggangu tumpuan anda ketika makan. Ini jangan jadi geng makcik bawang sambil makan sambil potong bawang sambil gossip , nah tu dia makan tak beringat dah sebab seronok sangat tambah dosa. Opsss jangan tau jadi makcik bawang.

7. Makan Perlahan-lahan.

Cuba untuk makan dalam tempoh 15-20 minit untuk bolehkan tubuh badan anda menyesuaikan diri serta bersedia untuk memberikan isyarat apabila anda sudah kenyang. Minum beberapa teguk air dan berhenti mengunyah apabila anda mahu bercakap dengan sesiapa.

8. Perhatikan cara anda makan.

Hal ini termasuklah kelajuan, tahap tekanan, tanggapan dan sikap. Anda cuba lihat bagaimana keadaan anda ketika makan. Adakah terlalu cepat seperti anda sedang terburu-buru? Adakah anda rasa bersalah ketika makan? Adakah anda mengambil lagi makanan sedangkan di mulut masih ada?

9. Persoalkan jadual makan anda.

Anda mungkin akan mendapati bahawa anda akan makan secara automatik berdasarkan waktu-waktu tertentu apabila sudah lapar. Sebagai contoh, mungkin setiap malam sekitar jam 9 malam anda akan makan snek sambil menontont TV. Tanya diri anda adakah anda benar-benar lapar atau hanya mengikut rutin atau sekadar mengikut emosi sahaja.

10. Jadi seleasa dengan menjadi tidak selesa.

Ingat bahawa anda perlu selalu mengawal kelaparan anda. Pelajari cara yang sihat untuk menghilangkan tekanan dengan berkesan. Ayuh melawan rasa lapar dengan cara tidak menggunakan makanan. Tiada masalah untuk berasa tidak selesa tanpa perlu makan untuk mengawal emosi tersebut.

11. Latih diri dengan sabar dan kasihkan diri.

Menjadi berkira-kira dan kritikal hanya akan membawa kepada lebih tekanan dan makan secara beremosi. Longgarkan kritikan dan rasa bersalah sambil terus fokus kepada perubahan bukan kepada sesuatu yang sempurna. Belajar untuk latih minda anda memerlukan sedikit masa dan usaha namun ia sangat bernilai!

Love yourself girls ingat tu apa kita makan akan beri kesan pada diri kita, jadi sayangilah diri kita. Penyakit YES datang dariNya tapi kita juga perlu ambil tanggungjawab jaga nikmat yang Dia berikan.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *