Home Health 11 Khasiat Kinoa Yang Terbukti
11 Khasiat Kinoa Yang Terbukti

11 Khasiat Kinoa Yang Terbukti

0
0

Kinoa merupakan salah satu daripada makanan kesihatan yang terkenal. Ia bebas gluten, kaya dengan protein dan juga merupakan salah satu daripada makanan berasaskan tumbuhan yang mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan. Ia juga kaya dengan serat, magnesium, vitamin B, zat besi, kalium, kalsium, fosforus, vitamin E dan juga antioksidan.

Berikut merupakan 11 khasiat Kinoa:

1. Sangat Bernutrisi.

Kinoa merupakan sejenis tumbuhan yang ditanam untuk mendapat bijinya yang boleh dimakan. Ia disebut dengan KEEN-wah. Secara teknikalnya ia bukanlah sejenis bijirin seperti yang lain tetapi ia disebut sebagai pseudo-cereal.

Dengan kata lain, ia merupakan sejenis bijian yang dimakan seperti mana bijirin lain. Kinoa juga merupakan sejenis tanaman yang penting bagi Empayar Inca. Ia disebut sebagai “ibu kepada segala bijirin” dan dipercayai sebagai suatu yang bersifat suci.

Ia juga telah dimakan sejak beribu tahun di Amerika Selatan dan hanya kini ia mula menjadi terkenal bahkan dikategorikan sebagai superfood.

Hari ini, anda boleh mendapatkan kinoa dan produk daripada kinoa dari serata dunia terutamanya di kedai-kedai makanan dan restoran yang menyediakan makanan semula jadi. Terdapat tiga jenis kinoa yang utama iaitu: putih, merah dan hitam.

Manakala dari segi kandungan nutriennya pula, 1 cawan (185 gram) kinoa yang dimasak mengandungi:

  • Protein : 8 gram.
  • Serat : 5 gram.
  • Mangan : 58% daripada jumlah harian yang dibenarkan (RDA).
  • Magnesium : 30% daripada RDA.
  • Fosforus : 28% daripada RDA.
  • Folat : 19% daripada RDA.
  • Kuprum : 18% daripada RDA.
  • Zat besi : 15% daripada RDA.
  • Zink : 13% daripada RDA.
  • Kalium : 9% daripada RDA.
  • Kira-kira 10% daripada RDA bagi vitamin B1, B2 and B6.
  • Sejumlah kecil kalsium, B3 (niacin) dan vitamin E.

Selain itu, kinoa sebanyak ini mengandungi 222 kalori, 39 gram karbohidrat dan 4 gram lemak. Ia juga mengandungi sejumlah kecil asid lemak omega-3. Kinoa juga merupakan makanan yang bukan GMO, bebas gluten dan kebiasaannya tumbuh secara semula jadi. Walaupun ia bukanlah tergolong dalam makanan bijirin, ia masih lagi dikenali sebagai makanan bijirin penuh.

Para saintis NASA juga telah melihat Kinoa sebagai salah satu tumbuhan yang dapat ditanam di angkasa lepas. Hal ini adalah disebabkan oleh kandungan nutriennya yang tinggi, mudah untuk diguna serta ditanam.

Bukan itu sahaja, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga telah mengisytiharkan tahun 2013 sebagai “The International Year of Quinoa” disebabkan oleh kandungan nutriennya serta berupaya untuk menyumbang kepadaq sekuriti makanan seluruh dunia.

2. Mengandungi Kuersetin dan Kaempferol.

Khasiat makanan ‘sebenar’ sebenarnya mengatasi vitamin dan mineral yang anda biasa ketahui. Terdapat beribu-ribu nutrien yang sebenarnya sangat berkhasiat. Ia termasuklah antioksida daripada tumbuhan seperti flavonoid yang telah terbukti memiliki pelbagai khasiat kesihatan.

Dua jenis flavoniod yang dimiliki oleh kinoa ialah kuersetin dan kaempferol. Kedua-duanya kini sedang dikaji dengan teliti untuk mengetahui khasiatnya. Tambahan pula, kandungan kuersetin di dalam kinoa bahkan lebih tinggi berbanding makanan yang mengandungi kuersetin yang lain seperti kranberi.

Ia juga didapati memiliki kesan antikeradangan, antivirus, antikanser dan antitekanan menerusi uji kaji makmal.  Dengan menambah kinoa ke dalam diet anda, anda akan dapat meningkatkan pengambilan nutrien ini dan nutrien penting yang lain juga.

3. Mengandungi Serat yang Tinggi daripada Kebanyakan Bijirin lain.

Antara khasiat kinoa yang penting ialah kandungan seratnya. Satu kajian yang telah mengkaji empat jenis kinoa mendapati bahawa setiap 100 gram kinoa mengandungi kira-kira 10-16 gram serat.

Ia bersamaan dengan 17-27 gram serat bagi setiap cawan yang mana jumlah ini adalah sangat tinggi bahkan dua kali ganda daripada kebanyakan bijirin lain. Manakala kinoa yang telah direbus pula mengandungi serat yang lebih sedikit disebabkan oleh ia telah menyerap banyak air.

Namun, kebanyakan seratnya adalah serat tak terlarut yang mana tidak sama seperti serat yang terlarut. Dikatakan bahawa, kandungan serat larut di dalam kinoa adalah masih lagi bagus iaitu kira-kita 2.5 gram serat bagi setiap cawan kinoa atau 1.5 gram serat bagi setiap 100 gram kinoa.

Hasil kajian menunjukkan bahawa serat terlarut dapat membantu mengurangkan paras gula dalam darah, merendahkan paras kolestrol, meningkatkan rasa kenyang serta membantu menurunkan berat badan.

4. Bebas Gluten dan Sesuai bagi Mereka yang menghidap masalah Gluten.

Menurut tinjauan yang dilakukan pada tahun 2013, kira-kira 1/3 daripada masyarakat di Amerika Syarikat sedang berusaha untuk meminimumkan atau meninggalkan pengambilan gluten.

Diet bebas gluten akan menjadi satu diet yang menyihatkan selagi mana ia berasaskan makanan yang secara semula jadinya bersifat bebas gluten. Namun, masalahnya adalah mereka yang makan makanan bebas gluten tetapi makanan tersebut dihasilkan daripada kanji yang diproses.

Makanan seperti ini sama sahaja dengan makanan yang mengandungi gluten seperti makanan segera bebas gluten adalah masih lagi makanan segera.

Banyak pengkaji melihat kinoa sebagai satu bahan yang sesuai bagi diet bebas gluten khususnya untuk mereka yang tidak mahu meninggalkan roti dan pasta.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa dengan menggunakan kinoa berbanding bahan-bahan bebas gluten yang biasa seperti tepung ubi kaji, kentang, jagung dan beras yang diproses dapat meningkatkan pengambilan nutrien dan antioksidan di dalam diet anda.

5. Kaya dengan Protein dan Kesemua Asid Amino.

Protein berasal daripada asid amino. Sembilan daripadanya disebut sebagai asid amino penting memandangkan tubuh badan anda tidak dapat menghasilkannya serta ia bergantung kepada diet anda.

Sekiranya sesuatu makanan itu mengandungi kesemua sembilan asid amino ini, ia dikenali sebagai protein lengkap. Namun, boleh dikatakan kebanyakan makanan berasaskan tumbuhan ini kekurangan sesetengah asid amino penting ini seperti laisina (lysine).

Walaubagaimanapun, tidak bagi kinoa. Hal ini disebabkan oleh ia mengandungi kesemua asid amino penting tersebut. Disebabkan itulah, ia merupakan sumber protein yang terbaik. Ia bahkan juga memiliki lebih banyak protein daripada kebanyakan bijirin.

Dengan 8 gram protein yang berkualiti bagi setiap cawan (185 gram), kinoa merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan yang terbaik bagi golongan vegetarian.

6. Memiliki Indeks Glisemik yang Rendah.

Indeks glisemik merupakan indeks yung digunakan untuk mengukur berapa cepat makanan boleh meningkatkan kandungan gula dalam darah. Makan makanan yang memiliki indeks glisemik yang tinggi boleh menyebabkan anda rasa lapar dan membawa kepada obesiti.

Makanan sebegitu juga dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes jenis 2 dan penyakit jantung. Manakala, kinoa pula memiliki indeks glisemik yang rendah iaitu 53 sahaja.

Walaubagaimanapun, adalah perlu untuk kita ketahui bahawa kinoa masih lagi mengandungi karbohidrat yang tinggi. Jadi, kinoa bukanlah pilihan yang sesuai sekiranya anda sedang mengamalkan diet rendah karbohidrat.

7. Tinggi Zat Besi dan Magnesium.

Ramai orang tidak mendapatkan sesetengah nutrien yang penting dengan cukup terutamanya magnesium, kalium, zink dan bagi wanita pula zat besi. Kinoa pula kaya dengan keempat-empat mineral tersebut. Terutama sekali, magnesium yang mana satu cawan kinoa (185 gram) mengandungi kira-kira 30% daripada RDA.

Namun begitu, terdapat satu masalah iaitu kandungan asid pitik (phytic acid) di dalam kinoa. Bahan ini akan menyebabkan mineral-mineral tersebut bercantum sesama mereka sehingga menyebabkan kesukaran untruk tubuh badan menyerapnya.

Walaubagaimanapun, dengan cara merendam atau membenihkan sedikit kinoa sebelum memasak boleh mengurangkan kandungan asid pitik ini. Akhirnya, kandungan mineral di dalamnya dapat diserap.

Kinoa juga kaya dengan oksalat (oxalate). Ia boleh mengurangkan penyerapan kalsium dan menyebabkan masalah bagi mereka yang menghidap masalah batu karang.

8. Memiliki Kesan terhadap Kesihatan Metabolik.

Disebabkan oleh kandungan nutriennya yang tinggi, secara tidak langsung kinoa dapat meningkatkan kesihatan metabolik anda.

Sehingga kini, terdapat dua kajian yang dilakukan terhadap manusia dan tikus makmal bagi mengkaji kesan daripada kinoa terhadap kesihatan metabolik.

Bagi kajian terhadap manusia mendapati bahawa dengan penggunaan kinoa menggantikan roti bebas gluten dan pasta dapat mengurangkan gula dalam darah, insulin dan paras trigliserida. Manakala kajian terhadap tikus makmal pula menunjukkan bahawa dengan menambahkan kinioa ke dalam diet yang tinggi fruktosa dapat mengurangkan kesan negatif daripada pengambilan fruktosa yang berlebihan.

Walaubagaimanapun, kajian lanjut masih lagi diperlukan bagi memahami kesan kinoa terhadap metabolik secara lebih menyeluruh.

9. Kaya dengan Antioksidan.

Kinoa kaya dengan antioksidan yang mana ia merupakan bahan-bahan yang dapat meneutralkan radikal bebas dan dipercayai dapat membantu melawan penuaan dan pelbagai lagi penyakit lain.

Dalam satu kajian untuk mengkaji paras antioksidan bagi lima jenis bijirin, tiga jenis pseudo-cereal dan dua jenis kekacang mendapati bahawa kinoa memiliki kandungan antiopksidan yang tertinggi berbanding kesemua 10 makanan tersebut. Tambahan pula, dengan membiarkan biji kinoa untuk bercambah terlebih dahulu dilihat dapat meningkatkan kandungan antioksidannya.

10. Membantu Anda Menurunkan Berat Badan.

Bagi menurunkan berat badan, anda perlu mengambil kalori lebih sedikit berbanding jumlah kalori yang anda gunakan.

Sesetengah makanan boleh membantu menurunkan berat badan samada dengan meningkatkan metabolisme atau mengurangkan selera makan. Apa yang menarik, kinoa juga memiliki ciri-ciri seperti itu.

Ia kaya dengan protein yang mana dapat meningkatkan metabolisme dan mengurangkan selera makan. Kemudian, jumlah serat yang tinggi pula dapat meningkatkan rasa kenyang sekaligus menjadikan anda makan sedikit kalori.

Tambahan pula kinoa juga memiliki indeks glisemik yang rendah sama seperti anda memilih makanan yang dapat mengurangkan pengambilan kalori. Sungguhpun masih lagi tiada kajian yang melibatkan kesan kinoa terhadap berat badan, ia kelihatan berupaya untuk menjadi sebahagian daripada diet yang sihat.

11. Mudah untuk disesuaikan dengan Diet Anda.

Kinoa sangat mudah untuk disesuaikan dengan diet anda. Bukan itu sahaja, kinoa juga memiliki rasa yang enak sebagaimana makanan yang lain. Bergantung kepada jenis kinoa yang anda ambil, adalah perlu untuk merendam kinoa terlebih dahulu sebelum masa. Ia bertujuan untuk membuang saponin terlebih dahulu. Sapoinin yang terdapat pada lapisan luar kinoa inilah yang menyebabkan rasa pahit.

Namun, kini terdapat sesetengah jenama kinoa yang dipasarkan sudah dibilas terlebih dahulu. Jadi, anda tidak perlu lagi merendam dan membilasnya terlebih dahulu. Anda juga boleh mendapatkan kinoa di kebanyakan kedai yang menjual makanan kesihatan serta pelbagai pasar raya.

Ia boleh disediakan hanya dalam masa 15-20 minit sahaja. Caranya:

  • Masukkan 2 cawan air (240 ml) ke dalam periuk. Panaskan.
  • Tambahkan 1 cawan (170 gram) kinoa mentah bersama secubit garam.
  • Rebus selama 15-20 minit.
  • Sedia untuk dimakan.

Selepas direbus, kinoa akan menjadi lembut disebabkan ia telah menyerap air. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan pelbagai resipi kinoa daripada internet termasuklah untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

KESIMPULAN

Kinoa kaya dengan serat, mineral, antioksidan dan kesemua sembilan asid amino penting yang menjadikan ia sebagai salah satu makanan yang menyihatkan di bumi.

Ia dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah, paras kolestrol dan juga menurunkan berat badan anda.

Apa yang penting, ia adalah bebas gluren, enak dan mudah untuk disediakan. Anda boleh dapatkannya di stokis tempatan dan juga secara atas talian.

 

Sumber artikel di sini.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *