Home Health 101 Herba dan Rempah yang Terbaik sebagai Penawar- Bahagian 1
101 Herba dan Rempah yang Terbaik sebagai Penawar- Bahagian 1

101 Herba dan Rempah yang Terbaik sebagai Penawar- Bahagian 1

0
0

Adakah anda tahu bahawa terdapat kira-kira hampir 100 jenis herba dan rempah yang boleh digunakan sebagai penawar? Kesemua makanan ini memiliki banyak khasiat dan berupaya untuk mengurangkan keradangan, meningkatkan kesihatan jantung, meningkatkan sistem imun dan bahkan juga melawan kanser. Jadi, cukup hanya dengan memiliki semua ini, anda boleh menghentikan pengambilan ubat-ubatan anda sedikit demi sedikit.

Dengan menggunakan herba dan rempah ratus ini, orang ramai dapat memberikan tumpuan kepada kesihatan menyeluruh tubuh badan mereka berbanding hanya ditumpukan kepada satu-satu bahagian sahaja. Bukan sahaja bahan-bahan ini dapat meningkatkan kesihatan anda, bahkan juga ia dapat digunakan sebagai penambah perasa kepada makanan anda.

101 Herba dan Rempah yang Terbaik sebagai Penawar

Di bawah saya senaraikan herba yang terbaik untuk digunakan sebagai penawar:

1. Lidah Buaya

Pokok lidah buaya mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan bagi fungsi keseluruhan sistem tubuh badan. Ia juga mengandungi enzim, sebatian laksatif, asid lemak antikeradangan dan hormon menyembuh luka. Lidah buaya juga boleh digunakan untuk mengurangkan kelukasaan kulit, melecur, kurap, melembapkan rambut dan kulit kepada serta mengurangkan keradangan. Apabila di makan, ia dapat membantu melegakan sembelit, membantu proses penghadaman, meningkatkan sistem imun dan mengurangkan simptom diabetes.

2. Jintan Manis.

Biji jintan manis serta minyaknya dapat digunakan untuk melegakan beberapa masalah kesihatan. Ia dapat membantu sistem pencernaan, bertindak sebagai agen antikeradangan serta dapat melegakan batuk dan demam. Ia juga boleh meningkatkan aliran air kencing, merangsang selera makan, mengurangkan rasa tidak selesa ketika haid, meningkatkan dorongan seksual serta meningkatkan penghasilan susu bagi wanita yang menyusukan anak.

3. Anatto.

Annato diperoleh daripada biji pokok achiote dan ia sering digunakan sebagai bahan pewarna disebabkan oleh warnanya yang terang. Ia memiliki warna kuning sehingga ke jingga gelap. Selain daripada fungsinya sebagai bahan pewarna, annatto juga mengandungi ciri-ciri antimikrobial serta antioksidan. Ia menjadikan annatto ini berupaya untuk membunuh bekteria, menyembuhkan luka, menyokong sistem kardiovaskular, mata dan melindungi hati. Sesetengah orang mungkin mengalami masalah alahan kepada annatto. Jadi, amalkan sedikit demi sedikit bagi memastikan ia tidak memberikan kesan yang negatif.

4. Arrowroot.

Arrowroot merupakan sejensi ubi yang diperoleh daripada rizom sejenis herba yang bernama Maranta arundinacea. Ia boleh digunakan untuk membantu pencernaan, merawat jangkitan saluran kencing, membantu melawan bakteria melalui makanan, melegakan sakit mulut serta meningkatkan sistem imun. Cara terbaik untuk menggunakannya adalah dengan mencampurkan serbuk arrowroot itu kedalam minuman atau jus anda.

5. Asafoetida

Asafoetida merupakan sejenis gam yang diperoleh daripada pokok adas. Anda boleh gunakannya yang sudah disediakan di dalam bentuk serbuk untuk masalah pernafasan seperti asma, merawat masalah pencernaan seperti IBS, cirit-birit, sembelit, meregulasi gula dalam darah serta merendahkan tekanan darah anda. Anda juga boleh tambahakan serbuk asafoetida ke dalam sup dan stew anda atau pun juga boleh mendapatnya dalam bentuk kapsul.

6. Ashwagandha

Ashwagandha adalah herba adaptogenik yang boleh menurunkan paras kortisol dan mengimbangi hormon tiroid anda. Ia juga telah terbukti berkesan dalam menyokong fungsi adrenal anda, membantu anda untuk mengatasi keletihan adrenal yang berlaku apabila adrenal anda meningkat disebabkan oleh tekanan. Beberapa faedah ashwagandha lain termasuk keupayaan untuk menyokong kesihatan otak anda, meningkatkan mood anda, meningkatkan stamina anda dan menghalang pembiakan sel-sel kanser.

7. Akar Astragalus.

Akar Astragalus telah digunakan dalam perubatan tradisional Cina sejak beribu-ribu tahun. Ia merupakan sejenis herba adaptogenik yang membantu badan untuk melawan tekanan dan penyakit. Ia meningkatkan kesihatan dan fungsi sistem imun, kardiovaskular dan pernafasan anda, membantu menyembuhkan luka, mencegah diabetes, melambatkan pertumbuhan tumor dan melegakan gejala kemoterapi. Antioksidan yang terkandung di dalam akar astragalus dapat membantu anda melawan penyakit dan penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas. Anda boleh mencari astragalus dalam pelbagai bentuk, termasuk falam bentuk ubat, kapsul atau ubat sapuan.

8. Buah Barberi.

Buah barberi merupakan sejenis tumbuhan yang mengandungi berberina yang digunakan untuk melawan jangkitan disebabkan oleh kandungan antibaktria, antikulat dan antiprotozoa yang dimilikinya. Barberi juga boleh digunakan untuk mencegah dan merawat masalah diabetews, pencernaan, membersihkan hati serta hempedu, dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda dengan merawat masalah darah tinggi dan penyakit jantung.

9. Daun Basil.

Ia merupakan sejenis herba beraroma yang termasuk daripada keluarga pokok pudina. Ia memiliki ciri-ciri antikeradangan, antitekanan dan antibakteria. Ia juga beritndak sebagai pelega kesakitan, pelindung saluran darah, peningkat imun dan melawan kanser. Daun basil juga mengandungi minyak kaya dengan antioksidan serta juga menganudngi pelbagai khasiatnya.

10. Daun Salam.

Ia berasal daripada sejenis pokok kuno bernama Laurus nobilis. Ia seringkali digunakan dalam masakan disebabkan oleh ia memiliki rasa yang menyedapkan. Ia juga memiliki ciri-ciri antimikrobial, antikulat dan antioksidan dan boleh digunakan untuk membantu melawan kanser, meningkatkan fungsi insulin, membaiki paras kolestrol, mencegah kandida, merawat kelimumur, menyihatkan kulit dan membantu  penyembuhan luka.

11. Berberina.

Berberina merupakan sejenis alkaloid semula jadi yang terkandung di dalam pelbagai herba tradisional termasuklah barberi dan kunyit. Ia juga dijual dalam bentuk eksrtak yang boleh digunakan bagi melawan bakteria, membantu merawat masalah yang biasanya dirawat menggunakan antibiotik. Berberina juga secara semula jadinya berkesan untuk merawat diabetes, kolestrol tinggi, penyakit jantung, obesiti, penyakit Alzheimer’s, keradangan hati, SIBO dan kanser.

12. Black Cohosh.

Akar dan rizom bagi Black Cohosh digunakan untuk merawat atau melegakan masalah-masalah yang melibatkan hormon termasuklah simptom menopause seperti badan rasa panas, sukar untuk tidur dan kelemahan tulang. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Utara. Selain itu, ia juga memberikan satu alternatif yang selamat bagi terapi penggantian hormon yang biasanya digunakan untuk melegakan kesan menopause. Selain itu, ia juga dapat membantu wanita menguruskan PCOC dan merawat fibroid rahim.

13. Blackcurrant.

Buah blackcurrant adalah pokok renek kecil yang tergolong dalam keluarga tumbuh-tumbuhan gooseberry. Satu pokok menghasilkan, buah bewarna unggu gelap, kaya dengan nutrien serta penuh dengan vitamin C. Buah ini kaya dengan antosianin, yang mempunyai banyak ciri-ciri kesihatan, termasuk keupayaan untuk mencegah obesiti, penyakit jantung, kanser dan kencing manis. Memakan terus buah ini juga boleh menggalakkan kesihatan mata, membunuh patogen dan virus, dan meningkatkan sistem imun anda.

14. Boldo.

Peurnus boldus, lebih dikenali sebagai boldo, adalah pokok yang berasal dari Chile yang telah digunakan sejak beribu-ribu tahun lalu disebabkan oleh manfaat perubatannya. Ia merupakan sejenis antioksidan yang berkesan dan boleh digunakan untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh kerosakan daripada radikal bebas. Boldo dikenali berupaya untuk melegakan masalah-masalah gastrousus, jangkitan pundi kencing, batu karang dan penyakit hati. Ia juga berfungsi sebagai diuretik, meningkatkan aliran air kencing dan menggalakkan detoksifikasi.

15. Borage.

Borage adalah sejenis tumbuhan yang digunakan untuk tujuan perubatan. Bunga, daun dan minyak dari benihnya boleh digunakan untuk memperbaiki keadaan kulit seperti ekzema, mengurangkan demam dan melegakan keadaan seperti batuk, artritis reumatoid dan kesakitan yang disebabkan oleh keradangan. minyak Borage juga mengandungi jumlah GLA yang tinggi iaitu sejenis omega-6 asid lemak yang membantu untuk merawat pelbagai masalah kesihatan, seperti gejala PMS, ADHD, kehilangan tulang, ketidakseimbangan hormon, keadaan pernafasan, penyakit jantung dan strok.

16. Boswellia Seratta.

Ekstrak yang diperolehi daripada pokok yang bernama boswelloa mengandungi sebatian kuat yang dapat mengurangkan keradangan, melawan kanser dan mencegah penyakit jantung. Gunakan ekstrak Boswellia untuk meningkatkan imuniti anda, mengurangkan sakit artritis, mempercepatkan penyembuhan dan mencegah penyakit autoimun.

17. Bupleurum

Bupleurum adalah sejenis tumbuhan yang telah digunakan dalam bidang perubatan tradisional Cina untuk menggalakkan detoksifikasi selama lebih 2,000 tahun. Anda juga boleh menggunakan bupleurum untuk meningkatkan kesihatan hati anda, meningkatkan fungsi kelenjar adrenal, merawat kemurungan yang dikaitkan dengan PMS atau putus haid, melegakan sawan dan melawan kanser ovari.

18. Akar Pokok Burdock.

Pokok burdock adalah sejenis tumbuhan dwitahunan dalam keluarga daisy.Akar pokok tersebut mengandungi antioksidan termasuk quercetin, luteolin dan asid fenolik. Ia boleh digunakan dalam bentuk serbuk, segar, kering atau diminum dalam bentuk teh untuk menggalakkan detoksifikasi, peredaran darah, menguatkan sistem limfa, melindungi anda daripada penyakit kencing manis serta menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, ekzema dan psoriasis. Akar pokok burdock juga digunakan untuk memerangi kanser dan menyembuhkan arthritis.

19. Calandula

Calendula adalah tumbuhan yang yang diambil terus menggunakan mulut atau melalui sapuan merawat atau mengurangkan beberapa masalah kesihatan. Ia mempunyai keupayaan antikeradangan yang kuat, membantu mempercepatkan penyembuhan, melegakan kekejangan otot dan meningkatkan kesihatan mulut. Calendula juga mengandungi ciri-ciri antimikrob dan antivirus. Kajian juga telah menunjukkan bahawa ia boleh digunakan untuk melegakan kelukaan akibat daripada rawatan kanser seperti radiasi dan kemoterapi.

20. Buah Pelaga.

Buah pelaga berasal daripada buah biji pelbagai tumbuh-tumbuhan dalam keluarga halia. Ia kaya dengan fitonutrien dan mangan, membekalkan 80 peratus daripada keperluan mangan harian anda dengan hanya satu sudu besar. Memakan buah pelaga tanah boleh membantu untuk melawan bau mulut dan pembentukan kaviti, menurunkan tekanan darah anda, meningkatkan gejala diabetes, membantu sistem penghadaman anda dan melawan kanser.

21. Pokok Cat’s Claw.

Pokok Cat’s Claw adalah sejenis pokok menjalar yang tumbuh di hutan hujan Amazon. Ia mempunyai ciri-ciri antioksidan, antivirus, antikeradangan dan antimutagen. Anda boleh mendapatkan khasiatnya dalam bentuk ekstrak, kapsul, tablet dan teh untuk memerangi artritis, memperbaiki masalah pencernaan, meningkatkan keimunan tubuh, menurunkan tekanan darah, memperbaiki kerosakan DNA dan melawan kanser.

22. Lada Cayenne.

Lada Cayenne adalah sejenis cili yang memberikan rasa pedas kepada pelbagai hidangan. Ia terdapat dalam bentuk segar, kering atau bentuk serbuk serta sangat bernilai sesuai dengan faedah kesihatannya yang banyak. Lada cayenne juga boleh digunakan untuk menyokong pencernaan, mencegah darah beku, melegakan migrain, saraf dan sakit sendi, menggalakkan detoksifikasi, meningkatkan gejala alahan dan menyokong penurunan berat badan.

23. Chamomile.

Chamomile digunakan untuk memperbaiki beberapa keadaan kesihatan termasuk alahan, insomnia, keresahan, kemurungan, arthritis dan gangguan gastrousus. Manfaat Chamomile juga merangkumi keupayaan untuk membantu melawan kegatalan kulit, melegakan sakit gigi, gejala PMS dan kekejangan otot, mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka.

24. Akar Cikori.

Akar cikori ialah sejenis tumbuhan berasaskan kanji yang dikategorikan sebagai serat terlarut dan prebiotik. Ia sering diambil dalam bentuk ekstrak atau suplimen untuk melegakan masalah penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, IBS, gas dan kembung perut. Akar cikori juga berfungsi sebagai penawar semula jadi untuk menguruskan diabetes, melindungi hati daripada keracunan dan radikal bebas, mengurangkan keradangan dan melegakan tekanan.

25. Chives.

Chives, atau Allium schoenoprasum, adalah sejenis tumbuhan yang berkait rapat dengan daun bawang dan lik. Chives sering digunakan sebagai herba perisa, tetapi mereka juga bertindak sebagai perangsang ringan dan diuretik. Chives juga mempunyai ciri-ciri antiseptik dan antibakteria serta mereka dapat bertindak sebagai penghalau pepijat semula jadi.

26. Ketumbar.

Ketumbar adalah herba serba boleh yang mengandungi banyak ciri-ciri penyembuhan termasuklah fitonutrien, sebatian fenolik dan flavonoid. Khasiat ketumbar termasuk keupayaan untuk menggalakkan detoksifikasi logam berat, mengurangkan keresahan, meningkatkan tidur, merendahkan tahap gula dalam darah, meningkatkan kesihatan jantung anda, menyokong pencernaan anda, mempromosikan kesihatan kulit dan melawan kerosakan radikal bebas yang boleh membawa kepada beberapa penyakit degeneratif.

27. Kulit Kayu Manis.

Kulit kayu manis adalah rempah yang berasal dari kulit pokok kayu manis. Sebatian yang terdapat dalam kayu manis dan juga yang diekstrak untuk membuat minyak kayu manis menjadikan ia sebagai salah satu rempah yang paling berkhasiat di bumi. Khasiat kulit kayu manis ini seperti ciri-ciri antikeradangan, antioksidan, antimikrob, antidiabetes, peningkat imun, melindungi hati dan melawan kanser.

28. Comfrey

Comfrey adalah sejenis herba yang boleh digunakan secara sapuan untuk melegakan sakit otot dan sendi, mengurangkan sakit belakang dan melegakan sakit arthritis. Ia juga boleh digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kegatalan kulit. Comfrey hanya boleh digunakan secara sapuan untuk sehingga 10 hari berturut-turut sahaja. Meminum herba ini boleh menyebabkan kerosakan hati.

29. Biji Ketumbar.

Biji ketumbar kering biasanya digunakan dalam bentuk bijian ataupun dikisar sehingga menjadi serbuk. Memakan biji ketumbar boleh membantu menurunkan tahap gula dalam darah, mengurangkan masalah pencernaan, memperbaiki tahap kolesterol, menurunkan tekanan darah dan mencegah penyakit saraf.

30. Jintan Putih.

Jintan putih datang dari tumbuhan herba bernama Cuminum cyminum, yang tergolong dalam keluarga pasli. Ia sering dikisar menjadi serbuk untuk digunakan ketika memasak. Memasak dengan biji jintan putih boleh membantu proses penghadaman, meningkatkan sistem imun, meningkatkan kesihatan kulit, melegakan pernafasan, menggalakkan detoksifikasi, melawan tekanan oksidatif, melawan jangkitan dan mencegah diabetes.

31. Daun Kari.

Daun kari berasal daripada pokok kari yang berasal dari India dan Sri Lanka. Menggunakan daun kari sebagai salah satu penambah perasa memberikan serat, zat besi, vitamin A,C dan E. Ia juga boleh menyokong kesihatan jantung anda, melawan diabetes, mencegah jangkitan, merendahkan paras kolestrol dan juga mencegah penyakit anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi.

32. Devil’s Claw.

Devil’s Claw berasal daripada akar kering pokok Harpogophytum procumbens. Ia mengandungi ciri-ciri antioksidan dan antispasmodik. Ia biasanya digunakan untuk melegakan sakit artritis kerana keupayaannya untuk mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan itu. Selain itu, ia juga memberikan sokongan kepada sistem pencernaan dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.

33. Adas Manis.

Adas manis tergolong dalam keluarga yang sama seperti daun bay, pasli dan jintan putih. Dengan menambah daun ini yang telah dicincang atau keseluruhannya ke dalam resipi anda bagus untuk mengurangkan masalah senggugut, membantu penghadaman, melawan jangkitan dan menurunkan tahap kolesterol. Adas manis juga mempunyai ciri antikonvulsan, jadi ia digunakan untuk merawat epilepsi juga.

34. Echinacea.

Echinacea juga dipanggil sebagai cornflower yang berasal dari Amerika Utara. Kedua-dua bahagian akar dan bunganya mengandungi komponen yang berkhasiat. Echinacea terkenal dengan keupayaan untuk meningkatkan sistem imun dan mengurangkan risiko untuk rasa sejuk badan. Ia biasanya digunakan sebagai ubat penyejuk semula jadi, tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan, mengurangkan keradangan, melegakan sembelit dan merawat masalah kulit.

Bersambung…

Sumber artikel di sini. 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *