Home Health 101 Herba dan Rempah yang Terbaik sebagai Penawar – Bahagian 3
101 Herba dan Rempah yang Terbaik sebagai Penawar – Bahagian 3

101 Herba dan Rempah yang Terbaik sebagai Penawar – Bahagian 3

0
0

101 Herba dan Rempah yang Terbaik sebagai Penawar

Menerusi bahagian terakhir artikel ini, saya akan menyenaraikan sebanyak  34 jenis herba dan rempah ratus yang dapat digunakan sebagai penawar penyakit. Berikut adalah senarainya:

67. Daun Zaitun.

Daun zaitun yang datang dari pokok zaitun, dan ia digunakan dalam bentuk ekstrak, serbuk dan teh untuk mengurangkan masalah keradangan, meningkatkan kesihatan kardiovaskular, meningkatkan sistem imun, mencegah diabetes, menyokong fungsi kognitif, melindungi kulit, membunuh bakteria dan kulat, mengurangkan risiko tahap kanser serta meningkatkan tenaga.

68. Oregano.

Oregano merupakan herba yang telah digunakan sebagai bahan penyembuhan sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Oregano mempunyai keupayaan untuk mengurangkan keradangan, melawan bakteria, kulat, jangkitan virus dan parasit, melawan alahan serta mengecutkan tumor. Minyak oregano pula diekstrak untuk menghasilkan ejen antibiotik yang kuat serta dapat membunuh pelbagai spesies bakteria berbahaya.

69. Cili Paprika.

Cili paprika adalah sejenis rempah yang diperbuat daripada pelbagai lada dalam keluarga Capsicum annuum. Capsaicin, merupakan sejenis bahan yang ada dalam cili pedas yang digunakan untuk membuat paprika. Ia diketahui dapat menyokong fungsi imun dan membantu merawat masalah autoimun. Cili paprika juga mengandungi banyak antioksidan termasuklah karotenoid yang mana dapat melawan kerosakan radikal bebas penyebab penyakit. Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesihatan jantung dan mata anda.

70. Daun Pasli.

Daun pasli merupakan sejenis herba yang boleh digunakan secara segar atau dijadikan sebagai rempah kering. Ia mempunyai keupayaan untuk melawan beberapa masalah kesihatan seperti nafas berbau, keradangan, batu karang, isu-isu pencernaan, masalah kulit, imuniti yang lemah, jangkitan pundi kencing dan tekanan oksidatif. Daun Pasli juga merupakan sumber terbaik vitamin K, C dan A, dan ia mengandungi antioksidan flavonoid yang bertindak sebagai pelindung.

71. Passion Flower.

Passion Flower ialah sejenis tumbuhan yang digunakan dalam bentuk teh, ekstrak, infusi dan proses tincture untuk melegakan gejala-gejala menopaus seperti hot flashes dan kemurungan. Ia juga dapat mengurangkan rasa kebimbangan, meningkatkan tidur, mengurangkan keradangan, merendahkan tekanan darah, mengawal tahap gula dalam darah serta memulihkan gejala ADHD.

72. Lada Hitam.

Lada hitam berasal daripada biji-biji lada hitam yang telah dikeringkan. Ia digunakan sebagai rempah. Lada hitam memiliki ciri-ciri antidiabetes, antikanser dan antibakteria. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membantu proses penghadaman, tekanan darah, meningkatkan tahap kolesterol serta mengurangkan berat badan.

73. Lada Pimento.

Lada Pimento yang dikenali sebagai sempah serba boleh di sesetengah negara berasal daripada pokok malar hijau. Ia berupaya untuk melegakan kesakitan, detoksifikasi, antibakteria, antipengoksidaan serta antitekanan. Lada Pimento juga boleh digunakan untuk meningkatkan peredaran darah, mengurangkan angin di dalam perut seerta meningkatkan sistem imun.

74. Kulit Kayu Pain.

Kulit kayu pain berasal daripada kulit kayu dalaman pokok Pinus Pinaster. Manakala ekstraknya pula biasanya digunakan untuk membuat kapsul, tablet, krim dan losyen. Selain itu, ekstrak kulit kayu pain juga boleh digunakan untuk menurunkan paras gula dalam darah, melawan jangkitan, membantu mencegah kehilangan pendengaran, merawat mati pucuk, mengurangkan keradangan, meningkatkan prestasi atlet sukan serta melindungi kulit anda daripada sinaran ultraunggu.

75. Sabut Psyllium.

Sabut Psyllium merupakan sejenis serat larut yang boleh dimakan. Ia berasal dari pokok herba renek seperti yang biasa terdapat di India. Ia terkenal dengan keupayaannya untuk melegakan masalah penghadaman seperti sembelit dan cirit-birit dan juga boleh digunakan untuk menurunkan paras kolesterol. Selain itu, ia juga dapat menurunkan paras gula darah, meningkatkan kesihatan jantung anda serta membantu mengurus berat badan kerana ia dapat memberikan rasa kenyang.

76. Bawang Putih.

Bawang putih tumbuh dalam di bawah tanah dan tergolong dalam keluarga yang sama dengan lik, bawang merah dan daun bawang. Bawang putih mentah dapatr melawan penyakit seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis dan demensia. Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan paras tekanan darah, melawan jangkitan serta membantu mengurangkan masalah keguguran rambut.

77. Red Clover.

Red Clover merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam keluarga kekacang. Ia boleh digunakan dalam bentuk ekstrak atau kapsul untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular, mengurangkan gejala menopaus, membantu anda untuk mengekalkan tulang yang kuat, mengurangkan keradangan kulit yang menyebabkan keadaan seperti ekzema dan psoriasis, melawan masalah pernafasan serta mengurangkan risiko kanser tertentu seperti prostat, endometrium dan kanser payudara.

78. Rhodiola.

Rhodiola yang juga dikenali sebagai akar emas merupakan sejenis herba adaptogen yang boleh membantu badan anda untuk menyesuaikan diri dengan tekanan fizikal, kimia dan persekitaran. Ekstrak Rhodiola jugta boleh digunakan untuk meningkatkan tahap tenaga, meningkatkan prestasi atlit, merendahkan tahap kortisol ketika ia naik secara mendadak ketika sedang tertekanan, melawan kemurungan, meningkatkan fungsi otak dan membakar lemak perut.

79. Rosemary.

Rosemary merupakan sejenis herba aromatik yang tergolong dalam keluarga pudina. Ia terkenal dengan keupayaannya untuk meningkatkan daya ingatan, menggalakkan pertumbuhan rambut, melegakan sakit otot, meningkatkan fungsi kognitif dan melegakan masalah penghadaman. Rosemary juga mempunyai ciri-ciri antiradang, antikanser, antioksidan, detoksifikasi, antitekanan dan sifat-sifat penyembuhan. Rosemary juga boleh dicincang atau dikisar dan ditambah kepada makanan. Atau minyak rosemary juga boleh sembur dan diguna untuk sapuan.

80. Saffron.

Bahagian saffron yang boleh dimakan ialah bahagian stigmanya yang merupakan tangkai panjang bewarna emas bersama bunganya. Bahagian stigmanya boleh digunakan dalam masakan atau yang sudah dikisar juga boleh didapati. Dengan pengambilan saffron dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular, mengurangkan gejala PMS, merawat kebimbangan dan kemurungan, menggalakkan kenyang, boleh membantu menurunkan berat badan, merawat mati pucuk serta membantu untuk mencegah atau merawat kanser.

81. Sage.

Sage adalah sejenis herba berkayu yang berkait rapat dengan rosemary. Ia telah digunakan dalam bidang perubatan sejak beribu tahun lalu. Apabila dimakan walaupun dalam jumlah yang sedikit, sage berupaya untuk meningkatkan daya ingatan dan tumpuan anda. Bukan itu sahaja, ia juga dapat melawan radikal bebas, mencegah penyakit seperti dementia, Alzheimer, mengurangkan keradangan, mencegah atau meningkatkan kencing manis, meningkatkan sistem imun, meningkatkan kesihatan kulit serta menguatkan tulang .

82. Sarsaparilla.

Sarsaparilla merupakan sejenis herba daripada keluarga tumbuhan teratai. Akarnya dikisar dan digunakan untuk membuat teh, tincture dan makanan tambahan yang membantu untuk melegakan masalah pernafasan, merawat masalah kulit seperti psoriasis, mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh keradangan, meningkatkan libido, melegakan sakit kepala, membantu proses penghadaman, mengurangkan demam serta melawan jangkitan. Kajian menunjukkan bahawa sarsaparilla juga mempunyai ciri-ciri antitumor dan berupaya untuk mencegah kanser.

83. Sassafras.

Sassafras ialah sejenis pokok yang tumbuh secara meluas di Amerika Utara dan sebatian yang terkandung di dalam kulit kayunya mempunyai nilai perubatan yang berharga. Kajian menunjukkan bahawa sassafras boleh satu rawatan yang berkesan untuk kanser tertentu seperti hati, perut, mulut, payudara, prostat dan paru-paru. Ia juga boleh membantu dalam pengawalan diabetes, melawan parasit, meningkatkan peredaran darah, merawat gejala epilepsi serta penyakit saraf tertentu.

84. Shilajit.

Shilajit adalah sejenis bahan seperti tar seperti yang boleh didapati di kawasan pergunungan Himalaya dan Tibet. Anda boleh menggunakan shilajit, resin atau suplimen untuk mengurangkan keradangan, melawan jangkitan, meningkatkan tahap tenaga, mengawal hormon, menguatkan sistem imun, menyokong kesihatan tulang, meningkatkan kesihatan jantung dan otak. Selain itu, ia juga dapat membantu mengurangkan ketagihan serta membantu dalam menguruskan masalah diabetes.

85. Skullcap.

Skullcap merupakan sejenis tumbuhan dalam keluarga pudina yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah keresahan, insomnia dan histeria. Ia juga dapat merangsang aliran darah di bahagian pelvis, melegakan kekejangan otot, mengurangkan keradangan dan menggalakkan haid. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa skullcap ini yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk boleh membantu untuk melawan sel-sel kanser kerana keupayaannya untuk meneutralkan radikal bebas.

86. Slippery Elm.

Slippery Elm adalah sejenis pokok yang mana kulit kayunya digunakan untuk membuat teh, kapsul, tablet dan lozenges. Ia boleh digunakan untuk mengurangkan masalah pencernaan seperti cirit-birit, sembelit, IBS dan kembung, menurunkan tahap tekanan dan kebimbangan, membantu menurunkan berat badan, merawat masalah kulit seperti psoriasis serta mencegah kanser payudara. Anda juga boleh menggunakannya untuk haiwan kesayangan anda bagi melegakan masalah pencernaan dan mengurangkan keradangannya.

87. Sorrel.

Sorrel merupakan sejenis herba yang digunakan untuk menambahkan rasa masam kepada makanan. Namun ia juga mengandungi khasiatnya untuk kesihatan disebabkan oleh kandungan nutrien, antioksidan, sifat-sifat antimicrobial, pencegah kanser dan perangsang imun. Sorrel juga boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah, menggalakkan peredaran darah, mengurangkan simptom diabetes, menyokong kesihatan buah pinggang, memperbaiki keadaan kulit serta melegakan masalah pencernaan.

88. St. John’s Wort.

St. John’s Wort merupakan sejenis herba yang yang paling biasa digunakan sebagai penawar semula jadi untuk masalah kemurungan, kebimbangan dan insomnia. Ia juga berkesan untuk merawat simptom ADHD, jantung berdebar-debar, melegakan gangguan obsesif-kompulsif, gangguan afektif bermusim, mengurangkan simptom menopaus serta meningkatkan mood.

89. Stinging Nettle.

Stinging Nettle ialah sejenis tumbuhan yang yang berasal dari Eropah dan Asia. Produk-produk yang dihasilkan daripada akar, batang dan daunnya boleh membantu untuk menyelesaikan masalah kencing, benign prostatic hyperplasia, mengurangkan simptom alahan, mengelakkan tindak balas demam disebabkan alahan, melegakan kesakitan, simptom-simptom osteoartritis sendi, melambatkan pendarahan selepas pembedahan serta meningkatkan simptom-simptom ekzema .

90. Taragon.

Taragon merupakan sejenis herba yang tergolong dalam keluarga bunga matahari dan mempunyai rasa yang sama dengan anise. Daun taragon segar boleh digunakan untuk memasak manakala minyak patinya pula digunakan untuk melancarkan pencernaan serta mewujudkan selera makan. Selain itu, taragon juga boleh membantu untuk meningkatkan tidur, menggalakkan haid, mencegah bakteria serta melegakan sakit gigi.

91. Thyme.

Thyme merupakan sejenis herba yang tergolong daripada keluarga pudina dan sering digunakan dalam masakan. Thyme merupakan sumber vitamin dan mineral seperti vitamin C, vitamin A, zat besi, mangan dan kalsium. Ia juga boleh digunakan untuk meningkatkan mood anda, melegakan keadaan pernafasan seperti tekak kering dan bronkitis selain daripada merendahkan tekanan darah serta melawan sel-sel kanser.

92. Triphala.

Triphala merupakan satu formulasi herba yang diperbuat daripada tiga jenia buah-buahan iaitu amla, haritaki dan bibhitaki. Serbuk kering daripada buah-buahan ini kemudiannya dicampur. Apabila hendak dimakan ia dapat memberikan khasiat seperti menurunkan kadar kolesterol, membantu penurunan berat badan, mengurangkan keradangan, melegakan sembelit serta melawan kanser. Triphala juga boleh diambil dalam bentuk teh, tablet dan suplimen berbentuk cecair.

93. Tulsi.

Tulsi, yang juga dikenali dengan nama Holy Basil digunakan dalam masakan dan untuk membuat air berperisa, jus dan teh. Apabila dimakan, ia boleh membantu merawat penyakit kulit, penyakit mata, demam kronik, masalah pernafasan seperti bronkitis dan asma bronkial, arthritis, cirit-birit serta disentri. Tulsi juga boleh digunakan untuk mengurangkan bau mulut, mencegah kaviti, melegakan sakit kepala dan menyeimbangkan hormon secara semula jadi.

94. Kunyit.

Kunyit adalah merupakan salah satu herba yang paling kuat di dunia disebabkan oleh khasiat yang terkandung di dalamnya sering kali menyaingi ubat-ubatan konvensional. Suplimen kunyit boleh diambil dalam bentuk antidepresan, ubat melambatkan pembekuan darah, ubat arthritis, rawatan keadaan kulit, ubat-ubatan antikeradangan serta pengawal kolesterol. Khasiat kunyit yang lain termasuklah keupayaannya untuk membantu penurunan berat badan, merawat isu-isu gastrousus, melegakan kesakitan dan merawat kanser secara semula jadi.

95. Akar Valerian.

Akar Valerian berasal daripada tumbuhan yang berasal dari Eropah dan sebahagian Asia. Akar dijual dalam bentuk ekstrak serbuk kering dalam kapsul, teh, tincture serta ekstrak cecair. Akar Valerian biasanya digunakan membantu tidur secara semula jadi disebabkan oleh ciri-ciri sedatifnya. Ia juga boleh mengurangkan kebimbangan, tekanan darah, meningkatkan keupayaan anda untuk menangani tekanan serta mengurangkan senggugut.

96. Ekstrak Vanilla.

Apabila kacang vanila digabungkan dengan alkohol, ini menjadikan vanilla berubah menjadi ekstrak yang biasanya ditambahkan pada resipi untuk mendapatkan rasanya. Namun, ekstrak vanila juga kaya dengan khasiat termasuklah berupaya untuk melawan jangkitan bakteria, mengurangkan keradangan, meningkatkan kesihatan mental, mengurangkan demam serta mengelokkan tahap kolesterol.

97. Vervain.

Vervain merupakan sejenis herba yang boleh didapati dalam bentuk serbuk, tincture, kapsul dan teh. Vervain mempunyai ciri-ciri cardioprotective, antimicrob, antibakteria, antikeradangan, sedatif dan antikeresahan. Ia juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesihatan gusi anda dengan cara menggunakan vervain dan air panas untuk membasuh mulut.

98. Vitex.

Vitex, yang juga dikenali sebagai Chasteberry. Ia boleh digunakan untuk menyeimbangkan sistem badan anda, memberikan kesan yang baik kepada hormon anda serta meningkatkan kesihatan kulit. Gunakan vitex untuk melegakan simptom-simptom PMS, mengurangkan fibroid rahim, meningkatkan kesuburan wanita, merawat endometriosis, mengurangkan simptom menopaus, merawat amenorea serta pembesaran prostat dan menggalakkan penyusuan di kalangan wanita yang sedang menyusukan bayi.

99. Wild Yam.

Wild Yam merupakan sejenis herba yang juga dikenali sebagai colic root. Ia boleh didapati dalam bentuk akar kering, cecair, teh, kapsul dan serbuk akar. Khasiatnya termasuklah berupaya untuk mengawal tahap gula dalam darah, merendahkan tahap kolesterol, mengurangkan hiperpigmentasi, melegakan simptom diverticulosis dan membantu melawan kanser.

100. Witch Hazel.

Witch hazel adalah sejenis tumbuhan yang mana daun, ranting serta kulit kayunya digunakan untuk membuat astringen, sejenis bahan penyembuh kulit yang digunakan untuk mengurangkan jerawat, keradangan kulit serta gigitan serangga. Dengan menggunakan witch Hazel juga boleh membantu untuk menyembuhkan kulit yang merekah, rambut tumbuh ke dalam, peluh berlebihan, pembengkakan vena  dan buasir.

101. Yarrow.

Yarrow merupakan sejenis herba dan daunnya boleh digunakan secara segar ataupun kering untuk memasak. Yarrow juga boleh digunakan untuk membuat cuka dan minyak. Memakan yarrow boleh membantu untuk menyembuhkan luka kulit, menghentikan pendarahan, membantu masalah amenorea, merawat mastitis, mengurangkan keradangan, mengurangkan kebimbangan, meningkatkan isu-isu pencernaan, mengurangkan tekanan darah dan melegakan asma.

Langkah Berjaga-jaga.

Apabila herba dan rempah ratus digunakan untuk tujuan perubatan dan dimakan dalam jumlah yang labih banyak daripada kebiasaan dalam diet harian anda, anda perlu berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan anda bagi mengetahui sukatan yang betul untuk anda. Wanita yang sedang hamil atau yang menyusukan bayi serta mereka yang mengambil ubat-ubatan konvensional juga perlu memberitahu pembekal produk kesihatan mereka sebelum mula mengamalkan rempah ratus dan herba ini.

Apabila membeli suplimen, pilihlah yang berkualiti tinggi serta diperbuat oleh syarikat yang anda percayai. Pilih yang organik selagi mana yang oleh serta baca terlebih dahulu label kandungan bahan serta sukatan yang disarankan.

RUMUSAN

Anda mahu merawat atau mencegah masalah kesihatan namun anda tidak mahu menggunakan ubat-ubatan konvensional? Gunakan herba dan rempah ratus kerana ia dapat membantu menangani pelbagai masalah kesihatan. Kesemua 101 jenis herba dan rempah ratus yang telah disenaraikan itu semuanya dapat memberikan kebaikan kesihatan hanya di hujung jari anda sahaja.

Sumber artikel di sini. 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *