Home TIPS KURUS 10 Tips Turunkan 5kg Dalam Bulan Puasa
10 Tips Turunkan 5kg Dalam Bulan Puasa

10 Tips Turunkan 5kg Dalam Bulan Puasa

0
0

InsyaAllah dengan izinNya kita akan sambut ramadhan pada tahun ini. Untuk yang nak tips turunkan  5kg dalam bulan puasa ini boleh cuba amalkan tips yang saya kongsikan.

10 Tips Turunkan 5kg Dalam Bulan Puasa

1. Jangan Lupa untuk bersahur, apa yang saya boleh kongsikan ambil sahur yang tinggi serat. Saya biasanya akan bersahur dengan kurma 2-3 biji dengan air kosong 2 gelas. atau boleh juga kisarkan kurma dengan segelas susu segar. ini nanti saya kongsikan resepi ya.

2. Untuk yang nak makan nasi takda menjadi masalah kalau semasa sahur, tapi pastikan ambil sayuran secukupnya, serat dari sayuran buatkan kita lambat lapar. Biasalaa kan perut orang malaysia mesti nak makan nasi, tapi saya tak da selera nak makan nasi jam 4 pagi hehe.

3. Minum air kosong secukupnya. Dalam bulan puasa agak susah untuk minum 2-3 liter sehari. Jadi apa yang saya galakkan kita minum air dalam 8-10 gelas semasa bulan puasa.

4. Macam mana nak cukupkan minum air 8 -10 gelas sehari? apa saya amalkan , masa bersahur saya minum 2-3 gelas air kosong, semasa berbuka ambil 1-2 gelas dahulu. Selepas solat maghrib 1 gelas. Nak pergi solat teraweh lagi 2 gelas dan balik dari solat teraweh saya pastikan minum dalam 1-2 gelas dan sebelum tidur saya minum air kosong dalam 1 gelas.Kiranya dah cukup keperluan air dalam badan.

5. Saya tak galakkan minum kopi atau teh semasa bersahur. teh bersifat deuratik, akan menyebabkan rasa nak buang air sahaja , dan ini akan akibatkan anda rasa terkulai layu di tasik madu di siang hari. Sebaiknya masa sahur cukup air kosong.

6. Jika berkesempatan cuba lakukan senaman ringan seperti briskwalk atau kayuh basikal statik 30 minit atau 40 minit sebelum berbuka puasa. Ataupun fokus pada teraweh semaksimun yang boleh.

7. Masak sendiri hidangan berbuka puasa. Ini sangat penting untuk juadah berbuka sebaiknya anda masak sendiri dan elakkan dari pembaziran bila melangkah ke bazaar ramadhan.

8.Elakkan beli kuih muih yang beraneka warna serta air sejuk yang di jual di bazaar ramadhan. Makanan dan minuman ini sangat tinggi gula dan ini akan beri kesan anda akan cepat lapar dan semestinya masa berbuka anda akan terkam macam 30 hari tak makan.

9. Semasa Berbuka puasa mulakan dengan segelas air dan kurma, nak makan kuih boleh tetapi dont Over eat makan sekeping dua kiranya masih ok. Lebih Bagus lagi makan buah selepas ambil kurma. Solat maghrib dahulu barulah makan yang berat. Nak makan nasi pastikan ikut konsep suku suku separuh. elakkan lauk pauk yang berminyak berlebihan. Sebab itu sebaiknya masak sendiri terbaik.

10. Moreh itu sebaiknya makanlah buah bukan pengat pisang atau kuih muih ya hehe

oklaa itu sahaja apa yang saya boleh kongsikan, hidup sihat dont over eat bak kata Tun Mahathir. Semoga Ramadhan ini kita dapat kumpul banyak pahala dan bukan kumpul lemak yang banyak hehe

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EBOOK PERCUMA !

36 Tips Untuk Pastikan Azam Kurus Anda Berjaya!

Perkongsian ini akan membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza mengenai cara kuruskan berat badan
SAYA NAK AKSES >>
close-link