Home TIPS KESIHATAN 10 Tanda dan Simptom Kekurangan Mineral Iodin
10 Tanda dan Simptom Kekurangan Mineral Iodin

10 Tanda dan Simptom Kekurangan Mineral Iodin

0
0

 

Iodin merupakan mineral yang penting terkandung dalam makanan laut. Kelenjar tiroid anda menggunakan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid yang membantu mengawal tumbersaran, membaiki sel-sel yang rosak dan menyokong sistem metabolisme yang sihat. Malangnya, sehingga 1/3 manusia di seluruh dunia berisiko untuk mengalami masalah kekurangan mineral iodin. Antara mereka yang berisiko untuk menghidap masalah ini ialah:

  • Wanita hamil.
  • Masyarakat yang tinggal di negara-negara tanahnya mengandungi iodin yang sedikit seperti Asia Selatan, Asia Tenggara, New Zealand dan negara-negara Eropah.
  • Mereka yang tidak menggunakan garam yang diiodinkan.
  • Mereka yang mengamalkan diet vegetarian.

10 Tanda dan Simptom Kekurangan Mineral Iodin 

Kekurangan iodin boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan bahkan juga simptom-simptom yang teruk. Antaranya ialah bengkak pada leher, masalah berkaitan dengan kehamilan, pertambahan berat badan dan kesukaran untuk belajar.

Simptom-simptomnya juga mirip kepada mereka yang menghidap hipotiroidisme atau hormon tiroid yang rendah. Disebabkan iodin digunakan untuk menghasilkan hormon tiroid, kekurangan iodin bermakna tubuh badan anda tidak boleh lagi menghasilkannya dengan cukup sehingga membawa kepada masalah hipotiroidisme. Berikut 10 tanda dan simptom bagi masalah kekurangan iodin.

1.Bengkak Pada Leher

Bengkakan di bahagian hadapan leher merupakan simptom yang biasa bagi masalah kekurangan iodin ini. Ia dikenali sebagai beguk dan terjadi apabia kelenjar tiroid menjadi terlalu besar. Asalnya, kelenjar tiroid ini bersaiz kecil dan berbentuk seperti rama-rama di bahagian hadapan leher anda. Ia menghasilkan hormon tiroid sebaik sahaja menerima isyarat daripada hormon perangsang tiroid (TSH).

Apabila paras TSh ini meningkat, kelenjar tiroid ini akan menggunakan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Walaubagaimanapun, apabila tubuh badan anda memiliki iodine yang rendah, ia tidak dapat menghasilkan tiroid yang mencukupi.

Kesannya, kelenjar tiroid anda akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak tiroid. Hal ini menyebabkan sel akan mula membesar dan tumbuh berganda-ganda sehingga menyebabkan beguk. Namun begitu, kebanyakan kes ini boleh dirawat dengan cara meningkatkan pengambilan iodin anda. Jika, beguk ini tidak dirawat untuk tempoh beberapa tahun, ia mungkin akan menyebabkan kerosakan tirod yang kekal.

RUMUSAN: Bengkakan di bahagian hadapan leher atau dikenali sebagai beguk ini merupakan simptom yang biasa kepada masalah kekurangan iodin. Ia berlaku apabila kelenjar tiroid anda dipaksa untuk menghasilkan hormon tiroid dalam keadaan bekalan iodin yang tidak mencukupi di dalam badan.

2.Pertambahan Berat Badan yang Tidak Dijangka

Pertambahan berat badan yang tidak dijangka merupakan salah satu tanda kekurangan iodin. Ia boleh terjadi apabila tubuh badan tidak memiliki iodin yang mencukupi untuk menghasilkan hormon tiroid. Hal ini disebabkan oleh hormon tiroid membantu mengawal kelajuan proses metabolisme anda yang mana ia melibatkan pertukaran makanan kepada tenaga dan haba.

Apabila hormon tiroid anda rendah, tubuh badan anda akan membakar lebih sedikit kalori ketika waktu rehat. Malangnya, keadaan ini membawa kepada lebih banyak kalori daripada makanan yang anda makan akan disimpan menjadi lemak. Tambahkan iodin ke dalam diet anda untuk mengembalikan kandungan iodin anda dan memperlahankan metabolisme anda. Cara ini dapat membantu tubuh badan anda menghasilkan lebih banyak hormon tiroid.

RUMUSAN: Kandungan iodin yang rendah boleh memperlahankan metabolisme dan menggalakkan makanan untuk disimpan dalam bentuk lemak berbanding ditukarkan menjadi tenaga. Keadaan ini membawa kepada pertambahan berat badan.

3.Letih dan Lemah

Rasa letih dan lemah juga merupakan simptom yang biasa bagi masalah kekurangan iodin. Hakikatnya, beberapa kajian telah dilakukan mendapati bahawa hampir 80% daripada mereka yang memiliki hormon tiroid yang rendah akan merasa mudah penat dan lemah. Simptom ini terjadi disebabkan oleh hormon tiroid membantu tubuh badan untuk menghasilkan tenaga.

Apabila hormon tiroid rendah, maka tubuh badan tidak boleh menghasilkan lebih banyak tenaga seperti biasa. Hal ini boleh menyebabkan kandungan tenaga anda menurun dan menjadikan anda lemah. Satu kajian terhadap seramai 2456 orang mendapati bahawa keletihan dan rasa lemah merupakan simptom yang biasa dialami oleh mereka yang memiliki hormon tiroid yang rendah.

RUMUSAN: Paras iodin yang rendah boleh menyebabkan anda rasa letih dan lemah. Hal ini disebabkan oleh tubuh badan anda memerlukan mineral untuk menghasilkan tenaga.

4.Keguguran Rambut

Hormon tiroid membantu mengawal pertumbuhan folikel rambut. Apabila hormon tiroid anda rendah, folikel rambut anda mungkin akan berhenti tumbuh. Lama kelamaan, akan menyebabkan keguguran rambut. Disebabkan itulah, mereka yang mengalami kekurangan iodin juga boleh mengalami keguguran rambut.

Dalam satu kajian yang melibatkan seramai 700 orang mendapati bahawa 30% daripada mereka yang mengalami masalah hormon tiroid yang rendah ini mengalami keguguran rambut. Walaubagaimanapun, kajian lain juga mendapati bahawa hormon tiroid yang rendah ini hanya akan menyebabkan keguguran rambut bagi mereka yang memiliki ahli keluarga yang mengalami keguguran rambut.

Sekiranya anda mengalami keguguran rambut disebabkan oleh kekurangan iodin, maka dengan mendapatkan mineral ini dengan cukup boleh membetulkan semula paras hormon tiroid anda dan menghentikan masalah keguguran rambut.

RUMUSAN: Kekurangan  iodin mungkin boleh menyebabkan folikel rambut tidak dapat tumbuh semula. Namun begitu, dapatkan semula iodin yang mencukupi boleh membetulkan masalah keguguran rambut yang berlaku disebabkan oleh kekurangan iodin.

5.Kulit yang Kering dan Menggelupas

Kulit yang kering dan menggelupas mungkin dialami oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan iodin. Terdapat beberapa kajian yang telah mendapati bahawa hampir 77% daripada mereka yang menghidap kekurangan hormon tiroid mengalami kulit yang kering dan menggelupas.

Hormon tiroid yang mengandungi iodin membantu sel kulit anda untuk tumbuh semula. Apabila hormon tiroid anda rendah, proses pertumbuhan semula kulit ini tidak berlaku dengan kerap sehingga membawa kepada kulit yang kering dan menggelupas.

Tambahan pula, hormon tiroid dapat membantu tubuh badan meregulasi peluh. Mereka yang memiliki hormon tiroid yang rendah akan kurang berpeluh berbanding mereka yang normal. Melalui peluh, kulit anda akan kekal lembap dan hidrat. Kekurangan peluh juga menjadi punca mengapa kulit yang kering menjadi simptom yang biasa bagi mereka yang menghidap masalah kekurangan iodin.

RUMUSAN: Kulit yang kering dan menggelupas terjadi disebabkan oleh kekurangan iodin. Ia merupakan mineral yang membantu sel kulit anda untuk tumbuh semula. Selain itu, ia juga membantu tubuh badan anda mengeluarkan peluh dan menghidratkan sel kulit anda. Maka, kekurangan iodin boleh menyebabkan anda kurang berpeluh.

6.Merasa Lebih Sejuk daripada Biasa  

Rasa sejuk merupakan simptom yang biasa bagi mereka yang mengalami kekurangan iodin. Beberapa kajian telah mendapati bahawa hampir 80% orang yang mengalami kekurangan hormon tiroid akan berasa lebih sensitif kepada suhu sejuk berbanding biasa.

Disebabkan oleh iodin digunakan untuk menghasilkan hormon tiroid, kekurangan iodin boleh menyebabkan hormon tiroid anda menurun. Hormon tiroid berperanan untuk mengawal kelajuan metabolisme anda. Jadi, kekurangan hormon tiroid ini akan boleh menyebabkan kelajuan metabolisme anda menurun. Apabila metabolisme menjadi perlahan, maka haba yang terhasil juga akan sedikit yang mana akan menyebabkan anda berasa sejuk daripada biasa.

Selain itu, hormon tiroid juga membantu meningkatkan aktiviti lemak perang anda iaitu sejenis lemak yang berperanan untuk menjanakan haba. Hal ini bermakna kandungan hormon tiroid yang rendah akan menyebabkan lemak perang ini tidak dapat menjalankan tugasnya.

RUMUSAN: Iodin membantu menjana haba dalam tubuh badan. Jadi, iodin yang rendah akan menyebabkan anda berasa sejuk daripada biasa.

7.Perubahan Denyutan Jantung

Denyutan jantung anda diukur dengan berapa banyakkah jantung anda berdegup dalam masa satu minit. Ia mungkin melibatkan kandungan iodin dalam badan anda juga. Terlalu sedikit mineral ini boleh menyebabkan jantung anda berdegup lebih perlahan daripada biasa manakala terlalu banyak iodin pula boleh menyebabkan jantung anda berdegup lebih cepat dari biasa.

Kekurangan iodin yang teruk boleh menyebabkan degupan jantung yang perlahan diluar kebiasaan. Hal ini akan menjadikan anda berasa lemah, letih, pening dan boleh menyebabkan anda pitam.

RUMUSAN: Kekurangan Iodin boleh menjadikan denyutan jantung anda perlahan dan menjadikan anda rasa lemah, letih dan boleh jadi pitam.

8.Kesukaran untuk Belajar dan Mengingati

Kekurangan iodin mungkin boleh menjejaskan keupayaan pembelajaran dan ingatan anda. Satu kajian yang melibatkan seramai 1000 orang dewasa mendapati baahawa mereka yang memiliki hormon tirpid yang tinggi akan lebih menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam satu ujian ingatan berbanding mereka yang memiliki hormon tiroid yang rendah.

Hormon ini membantu anda dalam perkembangan otak. Maka, disebabkan itulah mengapa sekiranya berlaku kekurangan iodin akan menyebabkan pengurangan dalam perkembangan otak. Hakikatnya, banyak kajian telah mendapati bahawa hippokampus, satu bahagian di otak yang mengawal ingatan jangka panjang kelihatan kecil pada mereka yang memiliki hormon tiroid yang rendah.

RUMUSAN: Kekurangan iodin pada mana-mana usia boleh menyebabkan anda sukar untuk belajar dan mengingati sesuatu. Inilah merupakan salah satu punca kepada mengapa otak tidak berkembang.

9.Masalah Ketika Kehamilan

Wanita hamil sangat berisiko untuk mengalami kekurangan iodin ini. Hal ini adalah disebabkan mereka perlu mendapatkannya dengan cukup untuk memenuhi keperluan hariannya begitu juga kepada bayi yang dalam kandungannya.

Keperluan yang mendadak kepada iodin ini akan berterus selepas kelahiran apabila bayi akan mendapatkan iodin daripada susu ibu punya. Tidak mendapatkan iodin yang mencukupi sepanjang waktu kehamilan boleh memberikan kesan sampingan kepada ibu dan anak. Ibu mungkin akan mengalami simptom seperti tiroid yang tidak aktif seperti beguk, lemak badan, keletihan dan rasa sejuk.

Manakala, bayi pula akan mengalami tumbesaran yang terbantut dari segi tubuh badan dan otak. Lebih lagi, apabila si ibu mengalami kekurangan iodin yang teruk boleh menyebabkan risiko kematian bayi selepas usia kandungan mencapai 20 hingga 28 minggu.

RUMUSAN: Dapatkan iodin yang mencukupi sangat penting terutama sekali kepada wanita hamil dan yang sedang menyusukan anak. Kekurangan iodin boleh menyebabkan kesan sampingan terutamanya kepada bayi seperti terbantutnya tumbesaran badan dan otak.

10.Mengalami Haid yang Tidak Normal

Pendarahan yang banyak dan tidak normal ketika haid merupakan salah satu daripada kesan kepada kekurangan iodin. Sebagaimana kebanyakan simptom kekurangan iodin, hal ini juga dikaitkan dengan kekurangan hormon tiroid yang memerlukan iodin untuk menghasilkannya.

Dalam satu kajian, sebanyak 68% daripada wanita yang memiliki tiroid yang rendah mengalami kitaran haid yang tidak normal berbanding hanya sebanyak 12% sahaja mereka yang sihat. Kajian juga telah menunjukkan bahawa wanita yang memiliki hormon tiroid yang sedikit ini akan lebih mengalami kitaran haid yang kerap disertai dengan pendarahan yang banyak.

Hal ini disebabkan oleh paras hormon tiroid yang rendah akan menggangu isyarat hormon-hormon yang terlibat dalam kitaran haid itu sendiri.

RUMUSAN: Sesetengah wanita yang memiliki kadar iodin yang rendah boleh terdedah kepada kitaran haid yang tidak normal. Hal ini disebabkan oleh kandungan hormon tiroid yang menggangu hormon-hormon lain yang terlibat dalam kitaran haid.

Sumber-Sumber Iodin

Sumber iodin tidaklah banyak dalam makanan kita. Maka, disebabkan itulah mengapa kekurangan iodin ini menjadi masalah yang biasa di seluruh dunia. Jumlah pengambilan iodin yang disarankan (RDI) ialah 150 mcg setiap hari.

Jumlah ini seharusnya memenuhi kira-kira 97-98% daripada keperluan golongan dewasa yang sihat. Manakala wanita yang menyusukan anak pula memerlukan sebanyak 290 mcg setiap hari. Berikut merupakan makanan yang menjadi sumber kepada iodin:

  • Rumpai laut, 1 keping yang kering: 11–1,989% daripada RDI
  • Minyak Ikan Kod, 3 auns (85 gram): 66% daripada RDI
  • Yogurt, kosong, 1 cawan: 50% daripada RDI
  • Garam yang telah diiodin, 1/4 sudu makan (1.5 gram): 47% daripada RDI
  • Udang, 3 auns (85 gram): 23% daripada RDI
  • Telur, 1 biji besar: 16% daripada RDI
  • Ikan Tuna, di dalam tin, 3 auns (85 gram): 11% daripada RDI
  • Buah prun kering, 5 biji: 9% daripada RDI

Rumpai laut kebiasaannya merupakan sumber iodin yang terbaik namun ia juga bergantung kepada dari mana ia datang. Sesetengah rumpai laut daripada negara tertentu seperti Jepun kaya dengan iodin. Selain itu, iodin juga terkandung dalam makanan seperti ikan, daging, ayam, kacang lima, kacang pinto, susu dan produk tenusu yang lain.

Cara yang terbaik untuk mendapatkan iodin ialah dengan menambahkan garam yang telah iodin ke dalam hidangan anda. Separuh sudu teh (3 gram) setiap hari sudah cukup untuk mengelakkan daripada kekurangannya.

Jika anda rasa anda mengalami kekurangan iodin, maka ada perlu mendapatkan nasihat daripada doktor. Mereka akan memeriksa tanda-tanda bengkak pada leher anda dan mengambil sampel air kencing untuk memeriksa paras iodin anda.

RUMUSAN: Iodin tidak banyak terkandung dalam makanan maka itulah sebab mengapa masalah kekurangan iodin ini menjadi kebiasaan. Kebanyakan orang dewasa yang sihat memerlukan 150 mcg sehari namun bagi wanita yang hamil dan menyusukan anak memerlukan lebih banyak iodin untuk memenuhi keperluan tumbesaran bayi mereka.

KESIMPULAN

Kekurangan iodin telah menjadi satu kebiasaan terutamanya di Eropah dan Negara-negara Dunia Ketiga yang mana tanahnya tidak memiliki kandungan iodin yang mencukupi. Tubuh badan anda memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Maka, disebabkan itulah kekurangannya boleh menyebabkan hipotiroidisme satu keadaan di mana tubuh badan anda tidak lagi mampu menghasilkan tiroid dengan cukup. Namun, masalah ini dapat diatasi dengan cara menambahkan garam yang telah diiodinkan ke dalam hidangan utama anda bagi memenuhi keperluan iodin anda. Jika anda rasa anda mungkin mengalami masalah ini, adalah baik untuk terus bertemu dengan doktor untuk memeriksa tanda-tanda kekurangan iodin seperti beguk atau melalui ujian air kencing.

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EBOOK PERCUMA !

36 Tips Untuk Pastikan Azam Kurus Anda Berjaya!

Perkongsian ini akan membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza mengenai cara kuruskan berat badan
SAYA NAK EBOOK!
close-link