Home KELAB DIET 10 tabiat Realisasikan Impian Kurus
10 tabiat Realisasikan Impian Kurus

10 tabiat Realisasikan Impian Kurus

0
2

Pengawalan Berat Badan juga berkaitan perubahan kecil yang anda lalui setiap hari. Berikut Adalah 10 tabiat yang boleh membantu mengurangkan berat banda anda .

1. Menilai Tabiat Makan

adakan anda makan lewat malam atau habiskan makanan yang tidak dapat dihabiskan oleh anak-anak?lihat Sekeliling kerana cara ini akan memudahkan anda kenali beberapa sikap yang boleh diubah

2. GagaL MerancanG

Jika anda gagal untuk merancang, anda akan Gagal. anda perlukan strategi untuk hidangan dan makanan ringan. sediakan bungkus makanan ringan berkhasiat jika anda lapar agar tidak terkeluar daripada pelan pemakanan anda

3. Beli Belah Ketika Kenyang

anda bermasalah jika membeli belah ketika perut lapar. belilah makanan yang anda telah senaraikan agar dapat menahan keinginan untuk beli barang yang tidak diperlukan. pemakanan yang betul bermula dengan cara anda menyimpan makanan sihat di almari makanan dan peti sejuk.

4. Makan Pada waktu yang Tetap

kira kekerapan hidangan yang sesuai dengan kehidupan dan kekal pada perancangan tersebut. ia membantu mencegah makan berlebihan

5. Duduk

Duduk setiap kali makan. makanan itu perlu dihidangkan di dalam pinggang. makanan yang di makan daripada bungkusan ketika berdiri boleh membuatkan anda lupa diri. ia sekaligus membuatkan anda makan lebih jika dibandingkan anda duduk dan sedar apa yang anda makan .

6. Asingkan Makanan

hidangkan makanan ke dalam pinggan individu. biarkan makanan lebih tersimpan dalam periuk. makanan yang dihidang atas meja membuatkan anda tidak sabar untuk makan. kadangkala anda perlu tahan diri dari makan kali ke 2 kerana perlu ingat minda anda perlukan lebih kurang 20 minit untuk dapat tanda perut anda sudah kenyang

7. Makan Perlahan

Kunyah setiap makanan dan nikmatinya.cuba berehat antara suapan. jangan selang selikan dengan air pula nanti buncit perut . hehehe

8. Jangan Makan selepas Makan Malam

Jika anda makan juga ia boleh menambah berat badan. jika lapar cuba snek yang sihat seperti buah epal atau pun kurma yang ada kandungan fiber yang sangat baik. Gosok gigi selepas makan malam kurangkan keinginan untuk makan semula

9. Ambil hidangan Kecil

jika anda suka ambil makanan ringan ambil dalam kuantiti yang sedikit. makanan ringan seperti buah-buahan adalah sangat baik untuk diet anda

10. Mulakan Hari dengan Sarapan

Sarapan hidangan paling penting untuk anda. selepas waktu rehat yang panjang pada waktu malam tubuh perlukan bahan bakar untuk metabolisme bergerak dan berikan tenaga setiap hari

Jadi Jangan LUPA Sarapan Tau ..tapi janganlah Nasi lemak itu semua cari lah sarapan yang Sihat

Sember : Kelab Diet Majalah Mingguan Wanita

Comment(2)

    1. saya setuju dengan Jazilah , sarapan memang sangat penting untuk mulakan setiap hari pilih sarapan yang sihat seperti oat dan buah buahan dan jadikan buah kurma sebagai snek sihat

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *