Home TIPS KURUS 10 Sebab yang Sihat untuk Makan Seperti Kanak-kanak
10 Sebab yang Sihat untuk Makan Seperti Kanak-kanak

10 Sebab yang Sihat untuk Makan Seperti Kanak-kanak

0
0

Tabiat pemakanan kanak-kanak yang memilih boleh menyebabkan kedua ibu bapa tertekan. Selera dan kehendak mereka berbeza-beza dari hari ke sehari. Namun, kita boleh jadikan makan seperti kanak-kanak sebagai panduan untuk kita amalkan pemakanan sihat.

Begitu juga kanak-kanak yang secara semula jadinya bersikap ingin tahu apa yang mereka makan dan bagaimana ia disediakan. Apabila kita mempersembahkan satu kumpulan makanan yang sihat, kanak-kanak sebenarnya boleh memilih mana yang sesuai dengan diet yang sihat.

10 Sebab yang Sihat untuk Makan Seperti Kanak-kanak

Jadikan kanak-kanak sebagai salah satu sumber untuk kita memilih makanan sihat. Kanak-kanak akan makan makanan mengikut selera mereka dan kita boleh ikut juga makan tetapi dengan cara yang lebih sihat.

Sudah tentu pemilihan makanan oleh kanak-kanak adalah dipengaruhi keluarga, rakan-rakan serta media. Dalam masa yang sama, naluri semula jadi mereka juga akan membantu mereka mendapatkan nutrien yang seimbang.

1. Kanak-Kanak Makan Apa Mereka Suka

Kanak-kanak makan apa yang mereka suka. Makan apa yang anda suka tidak sama dengan makan apa sahaja yang anda mahu. Namun, makan perlulah dengan baik tidak kiralah berapa pun usia anda. Kanak-kanak pula menfokuskan terhadap apa yang mereka suka dan golongan dewasa juga perlu begitu juga. Dengan beribu-ribu makanan yang sedia ada, adalah mudah untuk merancang satu diet yang menyihatkan dan lazat.

2. Kanak-kanak akan makan apabila mereka lapar sahaja.

Kanak-kanak bertindak balas kepada tanda-tanda biologi yang memandu mereka untuk makan. Bagi golongan dewasa pula, kita kadang kala cuba untuk mengabaikan tanda-tanda ini; mungkin kerana kita terlalu sibuk makan atau kita sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan.

Namun, kerap kali semua ini akan menyebabkan kita terlebih makan. Sebagai golongan dewasa, kita perlu bertindak balas apabila tubuh badan kita memberitahu tenaga kita sudah berkurangan.

3.Kanak-kanak akan berhenti makan apabila mereka sudah kenyang.

Kanak-kanak secara umumnya mengetahui bila masakah mereka akan cukup makan dan sekiranya mereka ingin makan lagi, mereka boleh meregulasi pengambilan kalori mereka dengan baik. Ramai golongan dewasa yang mampu menguruskan dengan lebih baik berat badan mereka apabila mereka mempelajari cara-cara untuk berhenti makan apabila mereka sudah rasa selesa dan bukannya terlampau kenyang.   

4.Kanak-kanak menyukai makanan yang menarik.

Mereka juga suka makanan yang berwarna-warni. Inilah yang menyebabkan banyaknya terjual makanan yang mengandungi pewarna tambahan di pasaran. Hakikatnya, makanan semula jadi sendiri mengandungi pelbagai makanan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang memiliki warna yang menarik. Semuanya kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang bagus untuk kesihatan mereka.

Kita pun perlu jadikan makanan penuh dengan warna warni, pelbagai sayuran dan buahan yang memberikan sumber nutrisi semulajadi untuk kita.

5. Kanak-kanak lebih menyukai sayur-sayuran yang rangup berbanding yang lembut.

Sayur-sayuran yang rangup seperti lobak merah mentah dan brokoli adalah lebih menarik bagi kanak-kanak berbnading yang lembut. Mereka mungkin sudah mengetahuinya, namun sayur-sayuran yang mentah atau distim menyimpan lebih banyak vitamin berbanding sayur-sayuran yang telah terlalu masak.

6.Kanak-kanak menggemari makanan yang mudah disediakan.

Kebanyakan mereka gemar untuk mengetahui apa yang mereka makan. Makanan yang ditambah dengan kuah atau sos sering kali ditolak oleh mereka. Bagi golongan dewasa pula, perlu untuk diambil perhatian bahawa sos dan kuah boleh menambahkan kalori dan lemak.

7.Kanak-kanak gemar untuk tahu dari manakah makanan mereka datang.

Mereka suka makan makanan yang mereka tanam sendiri. Sekiranya anda tidak ada ruangan untuk dijadikan tanam, tanamlah beberapa pokok tomato di dalam pasu atau kunjungilah pasar-pasar tani yang berdekatan. Anda dan anak anda akan mendapatkan kebaikan daripada sayur-sayuran yang segar dan dihasilkan oleh petani tempatan.

8.Kanak-kanak gemar makan makanan yang mereka sediakan sendiri.

Anda boleh berikan mereka peluang untuk membantu di dapur, Bagi golongan dewasa, masak sendiri di rumah bermakna anda boleh mengawal bukan sahaja apa yang akan dimasukkan ke dalam hidangan anda, bahkan saiz hidangan pun juga.

9.Kanak-kanak cuba untuk menyukai makanan baharu.

Ia mungkin mengambil masa beberapa kali cubaan namun perlu dilakukan secara berulang kali untuk memberikan pendedahan kepada mereka. Golongan dewasa sering kali bergantung kepada makanan yang sama. Cuba buah-buahan dan sayur-sayuran yang baru untuk meningkatkan kandungan nutrisi serta pelbagaikan diet anda.

10.Kanak-kanak menggemari produk tenusu.

Kebanyakan mereka menyukai susu dan susu merupakan sumber terbaik bagi kalsium di dalam diet. Namun, mereka yang sudah besar juga perlukan kalsium. Sekiranya anda tidak suka minum susu, gunakan susu untuk dijadikan shake bersama  buah-buahan, tambahkan ia ke dalam sup atau makan oat bersama susu menggantikan air.

Untuk makan seperti kanak-kanak tidaklah bermakna kita bermain dengan makanan kita atau membuat muka yang melucukan di meja makan. Namun, sekiranya kita benar-benar menghargai bagaimanakah mereka memilih makanan mereka secara semula jadi, kita mungkin akan dapat belajar bagaimana untuk makan dengan lebih baik untuk diri kita sendiri juga.

Anda belajar sesuatu?Jika Ya sudikan komen dan share semoga ini semua menjadi manfaat

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *