Home TIPS KESIHATAN 10 Makanan Yang Kaya Dengan Kalsium Diperlukan Oleh Badan Kita
10 Makanan Yang Kaya Dengan Kalsium Diperlukan Oleh Badan Kita

10 Makanan Yang Kaya Dengan Kalsium Diperlukan Oleh Badan Kita

0
2

Kalsium merupakan mineral yang sangat penting dalam tubuh badan. Hampir 90% daripada kalsium tersimpan dalam tulang dan gigi. Namun, hakikatnya ialah tidak ramai yang makan makanan yang kaya dengan kalsium. (Ia bukan hanya sekadar produk tenusu sahaja)

Kalsium tulang juga dijadikan sebagai tempat simpanan untuk dilepaskan ke dalam saluran darah apabila ia diperlukan. Kalsium diperlukan bukan hanya sekara untuk kesihatan tulang sahaja. Makan makanan yang kaya dengan kalsium membolehkan tubuh badan anda untuk mendapatkan transmisi saraf dengan baik, pembentukan keruping ketika luka, rembesan hormon dan juga regangan otot.

Kalsium darah pula dikawal dengan ketat disebabkan ia memainkan banyak peranan yang penting termasuklah menyeimbangkan kandungan asid / alkali dalam badan serta Ph. Tubuh badan akan meminjam kalsium daripada tulang sekiranya diperlukan. Oleh itu, tulang sebenarnya akan diperbaharui pada setiap 10 tahun sekali.

Antara simptom yang melibatkan kekurangan kalsium ialah:

  • Osteoporosis
  • Kerosakan gigi
  • Ketegangan otot.
  • Tekanan darah tinggi

Bagi membolehkan tubuh badan anda menyerap kalisum, tubuh badan anda memerlukan magnesium, vitamin D dan vitamin K. Jadi, sumber makanan serta suplimen diperlukan untuk memenuhi keperluan kalsium sekiranya diperlukan.

Nilai RDA bagi kalisum ialah 1000  miligram sehari bagi lelaki dan wanita di bawah 50 tahun. Manakala 1200 miligram sehari bagi mereka yang berusia lebih daripada 50 tahun.

10 Makanan yang Kaya Dengan Kalsium

1) Susu Mentah.
1 cawan: 300 mg (30% DV)

2) Kale (dimasak)
1 cawan: 245 mg (24% DV)

3) Sardin (dengan tulang)
2 auns: 217 mg (21% DV)

4) Yogurt atau Kefir
6 oz: 300 mg (30% DV)

5) Brokoli
1 ½ cawan dimasak: 93 mg (9% DV)

6) Selada Air
1 cawan: 41 mg (4% DV)

7) Keju
1 oz: 224 mg (22% DV)

8) Bok Choy
1 cawan:74 mg (7% DV)

9) Kacang Bendi
1 cawan: 82 mg (8% DV)

10) Almond
1 oz: 76 mg (8% DV)

Secara umumnya, makanan yang berkalsium banyak terkandung dalam produk tenusu mentah dan sayur-sayuran hijau.

Khasiat Utama Kalsium

1.Kesihatan Tulang

Kalsium sangat diperlukan bagi golongan remaja di awal usia 20-an apabila tulang sudah mula menjadi keras dan tubuh badan pula mencapai jisim yang puncak. Semakin besar jisim tulang tersebut, semakin lamalah seseorang itu boleh mengelakkan diri daripada penyakit osteoporosis di usia tua kelak.

Lebih daripada 10 juta golongan dewasa A.S telah menghidapi osteoporosis dan di Malaysia juga tidak kurang ramai yang mengalami masalah ini dan ia merupakan salah satu penyebab utama bagi masalah kerapuhan tulang di usia tua.

2.Pencegahan Kanser

Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium boleh membawa kepada pengurangan kaser kolon dan rektum. Namun, semua ini masih tidak cukup untuk menyarankan penggunaan suplimen kalsium untuk mencegah kanser tersebut.

Namun, apa yang boleh ialah dengan pengambilan makanan yang kaya dengan kalisum boleh mengatasinya. Hal ini kerana terdapat kaitan antara suplimen kalsium dengan serangan jantung. Jadi, adalah baik untuk mendapatkan mineral tersebut daripada sumber makanannya.

3.Pengurusan Berat Badan.

Terdapat hubungan antara pengambilan kalsium dengan penurunan berat badan. Adalah dipercayai bahawa kalsium dalam diet boleh bercantum dengan lemak dalam sistem pencernaan, menghalang proses penyerapan dan akhirnya merendahkan kalori yang masuk ke dalam tubuh badan.

4.Tekanan Darah dan Kesihatan Jantung.

Makanan yang kaya dengan kalsium boleh membantu merehatkan otot lembut, diperlukan di dalam vena dan arteri serta membantu mengurangkan tekanan darah. Diet DASH (Dietary Approaches to Stop Hypertension) menyerankan satu diet yang tinggi dengan kalsium untuk mengawal tekanan darah.

Comment(2)

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *