Home Fitness 10 Khasiat Utama Timun
10 Khasiat Utama Timun

10 Khasiat Utama Timun

0
0

Anda sudah tentu fikir bahawa timun hanyalah dipenuhi dengan air sahaja tanpa nutrien yang banyak. Jadi, fikirkan semula. Timun bukan hanya sekadar untuk dijadikan jeruk atau menghilangkan sembam di sekitar kawasan mata anda.

Ia juga mengandungi pelbagai khasiat yang mengagumkan lebih-lebih lagi apabila ia berupaya untuk melawan kerosakan radikal bebas serta keradangan. Semua itu adalah disebabkan oleh profil nutrisi yang dimilikinya.

Fakta Nutrisi Timun

Timun atau secara saintifiknya disebut sebagai Cucumis sativus merupakan sejenis labu yang ditaman dan juga tergolong dalam keluarga tumbuhan Cucurbitaceae.

Timun juga telah dikaji disebabkan oleh keupayaannya dalam memberikan kesan diuretik. Disebabkan itu, ia telah mendapat reputasi yang baik sebagai sejenis makanan yang menyihatkan baik dalam bidang perubatan tradisional mahupun bidang perubatan moden.

Secara teknikalnya, adakah timun itu buah atau sayuran? Timun sebenarnya tergolong dalam kalangan buah-buahan walaupun ia sering kali dikatakan seperti sayur-sayuran.

Terdapat pelbagai jenis timun yang ditanam di seluruh dunia namun terdapat tiga jenis timun yang sering digunakan hari ini samada timun untuk dimakan mentah, dijadikan jeruk atau timun tanpa biji.

Antara jenis timun yang kebiasaannya didapati ialah:

  • Gherkin.
  • English.
  • Armenian.
  • Diva.
  • Green Burpless.
  • Boston Pickling.
  • Lemon.
  • Marketmore.
  • Persian.
  • Suyo Long.

Selepas mengkaji khasiat yang ada pada timun serta keupayaannya dalam melawan radikal bebas, para pengkaji dari the Institute of Pharmaceutical Sciences di Haryana, India melaporkan:

“… kehadiran flavonoid dan tannin dalam ekstrak timun sebagaimana yang telah ditunjukkan melalui pengesanan fitokimia menunjukkan bahawa sebatian ini berkemungkinan bertanggungjawab untuk melawan radikal bebas dan memberikan kesan analgesik…Pengambilan berkala antioksidan semula jadi daripada sayur-sauran, buah-buahan, teh dan herba boleh membantu untuk memberikan keseimbangan kandungan antioksidan dalam badan.”

Menurut satu data berkenaan fakta nutrisi yang telah diterbitkan ole USDA, satu cawan setengah timun (kira-kira 52 gram) mengandungi kira-kira:

  • 8 kalori.
  • 9 gram karbohidrat.
  • 3 gram protein.
  • 1 gram lemak.
  • 3 gram serat.
  • 5 mikrogram vitamin K (11 peratus DV).
  • 5 milligram vitamin C (2 peratus DV).
  • 8 milligram magnesium (2 peratus DV).
  • 4 milligram kalium (2 peratus DV).

10 Khasiat Utama Timun

1. Sumber Antioksidan untuk Melawan Kanser.

Mengapa timun bagus untuk anda apabila ia dapat meningkatkan sistem imun anda? Terdapat sesetengah sebatian bioaktif yang yang terkandung dalam timun seperti cucurbitacins, glucosides, lignans, apigenin dan flavanols seperti firestin.

Semua ini diketaui memiliki keupayaan untuk melawan kanser disebabkan ia boleh melindungi DNA serta sel daripada mengalami kerosakan akibat daripada tekanan oksidatif.

Fisetin pula secara spesifiknya berperanan untuk kesihatan otak dan memelihara fungsi kognitif. Manakala cucurbitacins pula memiliki keupayaan untuk mengurangkan kesan sel kanser.

Para pengkaji dari the University of Valencia di Sepanyol pula mendapati bahawa antioksidan cucurbitacins yang merupakan sejenis sebatian triterpene yang dapat membawa kepada kematian sel kanser.

Ia merupakan satu proses yang dikenali sebagai apoptosis. Mekanisme yang paling penting melibatkan kesan apoptotik daripada cucurbitacins adalah keupayaannya untuk mengubah aktiviti sel melalui faktor nuklear atau gen dan mengaktifkan protein antitumor.

Oleh itu, pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan seperti timun bagus untuk mengurangkan risiko kanser.

2. Tinggi Nutrien tetapi Rendah Kalori.

Timun merupakan salah satu sayuran yang mengandungi air yang sangat banyak. Hal ini bermakna timun mengandungi vitamin dan mineral yang penting dan dalam masa yang sama ia juga tersangat rendah kalori dengan hanya kira-kira 16 kalori bagi setiap cawan timun.

Memandangkan timun terdiri daripada 95% air, ia sangat baik untuk perut anda dan secara tidak langsung menambahkan saiz hidangan anda tanpa menambah berat badan anda.

Hal ini bermakna, anda boleh makan timun walaupun dalam jumlah yang banyak dan rasa kenyang. Dalam masa yang sama juga boleh ditambahkan ke dalam plan penurunan berat badan.

Tambahan pula, khasiat timun juga dapat membantu menghilangkan dahaga serta mencegah rasa untuk mengambil snek disebabkan oleh dehidrasi.

3. Membantu Mendetoksifikasi Tubuh Badan.

Cucurbitacins merupakan sejenis sebatian yang terkandung dalam tumbuhan keluarga Cucurbitaceae termasuklah timun. Sebatian ini dapat menyokong sistem pencernaan dan juga hati.

Hati merupakan organ detoks utama yang berperanan untuk mengeluarkan toksin dan bahan kumuh secara semula jadi daripada darah dan usus.

Timun juga merupakan sejenis makanan diuretik semula jadi. Hal ini bermakna, ia dapat membantu tubuh badan menghasilkan lebih banyak air kencing untuk mengeluarkan toksin dan bahan kumuh.

4. Menghidrat dan Melicinkan Kulit.

Jus timun segar telah digunakan untuk menyegarkan kulit yang rosak, kering atau sensitif secara semula jadi sejak berkurun lamanya. Menurut kajian, hirisan timun atau bijinya apabila disapu pada kulit akan memberikan kesan penyejukan terhadap kulit yang terluka serta mengurangkan bengkak.

Ia juga digunakan untuk merawat masalah jerawat, parut dan masalah kulit yang lain secara semula jadi.

Timun juga memiliki keupayaan untuk melegakan kesakitan dan bengkak akibat daripada kesan pendedahan terhadap cahaya matahari. Ia juga dikira sebagai penyejuk, haemostatik dan tonik yang mana bagus untuk merawat hiperdipsia atau termoplegia.

Dengan kata lain, timun dapat membantu menghentikan pendarahan, mengurangkan keradangan, menghilangkan dahaga, merawat dehidrasi dan melawan kesan sinaran cahaya matahari.

5. Membantu Menghilangkan Bengkak di Kawasan Mata.

Apakah yang timun boleh lakukan untuk mata anda? Dengan kesan antikeradangan dan diuretiknya, timun dapat membantu mengurangkan kebengkakan di sekitar kawasan mata.

Ia juga dapat membantu menghidratkan kulit di kawasan tersebut. Kesannya, mata akan kelihatan lebih segar dan kurang penat. Adakah anda boleh tidur bersama dengan timun di mata anda?

Timun mungkin tidak akan kekal berada di mata anda ketika anda tidur namun anda masih boleh mencubanya.

Hanya dengan meletakkan hirisan timun di mata anda selama 20-30 minit pun sudah memadai. Hiris timun terlebih dahulu dan sejukkannya seketika. Setelah itu, letakkan di atas mata anda ketika anda berbading.

Terdapat juga orang yang menggunakan timun yang telah disejukkan itu dan mengisarnya terlebih dahulu. Kemudian jadikan ia dalam bentuk pes ditambah dengan minyak lavender atau minyak chamomile serta sedikit madu.

6. Membantu Meningkatkan Metabolik/ Kesihatan Jantung.

Cucurbitacins yang terkandung dalam timun telah dikaji disebabkan oleh kesan sitoksik, hepatoprotektif, kardiovaskular dan antidiabetik. Lignan yang terkandung dalam timun juga mengandungi bahan peningkat imun, kesan antikeradangan yang sangat baik untuk melawan penyakit kardiovaskular.

Kajian terhadap kesan pengambilan ligan daripada makanan tuumbuhan telah mendapati bahawa terdapat kaitan antara paras protein reaktif-C, satu kesan penurunan terhadap jumlah keseluruhan dan kolestrol LDL serta mengelokkan paras tekanan darah.

Timun juga memberikan mineral yang penting untuk mengekalkan kesihatan jantung termasuklah kalium dan magnesiu. Kalium dikaitkan dengan tekanan darah yang lebih sihat memandangkan timun dapat membantu mengawal bendalir dalam badan.

Maka, pengambilan kalium yang rendah daripada buah-buahan dan sayur-sayuran seringkali dikaitkan dengan masalah kesihatan jantung. Makanan yang kaya dengan magnesium pula bagus untuk tekanan darah serta fungsi saraf, denyut jantung, keseimbangan bendalir, kestabilan gula dalam darah serta penggunaan tenaga yang lebih tinggi.

7. Meningkatkan Pencernaan serta Melegakan Sembelit.

Biji timun diketahui memiliki kesan penyembuhan, pengurang haba dalam badan serta sering kali digunakan untuk melegakan masalah sembelit secara semula jadi dalam rawatan tradisional seperti Ayurveda.

Ramai orang yang menghidap masalah kekurangan magnesium tanda mereka ketahui namun, timun sendiri merupakan sumber magnesium dan elektrolit lain yang dapat membantu menghidrat usus serta lapisan pencernaan. Hasilnya akan menjadikan anda lebih selesa.

Memandangkan timun juga merupakan sejenis sayuran yang sesuai untuk dibuat jus atau smoothies, anda boleh cuba gabungkan timun bersama makanan hidrat yang lain seperti tembikai, limau, avokado, saderi dan pokok adas. Ia dapat menghasilkan minuman antikembung semula jadi.

8. Membantu Proses Pengalkalian Darah.

Khasiat timun juga termasuklah menjadi salah satu daripada makanan beralkali yang utama. Ia dapat memberikan kesimbangan paras pH badan serta melawan kesan daripada mengamalan diet berasid.

Pengehadan makanan penyebab asid dan makan lebih makanan beralkali dapat melindungi tubuh badan daripada penyakit yang berpunca daripada asid.

Menurut satu laporan yang telah diterbitkan di dalam the Journal of Environmental Public Health:

Kehidupan di bumi bergantung kepada paras pH yang bersesuaian di dalam dan di sekitar kawasan organisma hidup dan sel. Kehidupan manusia pula memerlukan nilai pH yang terkawal kira-kira 7. Secara umumnya, adalah diterima bahawa manusia hari ini mengamalkan diet yang kurang magnesium dan kalium…Hasilnya boleh menyebabkan gejala metabolic acidosis…

Paras pH yang seimbang juga didapati dapat menurunkan paras leptin iaitu hormon utama yang berkait dengan rasa lapar dan kawalan selera makan serta keradangan juga.

Memandangkan tubuh badan boleh mencerna nutrien dalam bentuk cecair dengan mudah, jadi tidak hairanlah apabila timun merupakan bahan yang terkenal dalam pembuatan jus pengalkalian hijau.

9. Menguatkan Tulang.

Dengan 22% kandungan vitamin K harian anda dalam setiap cawan timun, makan banyak timun merupakan satu cara yang baik untuk mengekalkan ketumpatan tulang.

Vitamin K (dalam bentuk K2) merupakan sejenis vitamin yang larut lemak dan bertindak bersama nutrien penting yang lain seperti kalsium dan magnesium untuk memelihara kekuatan tulang.

Vitamin K juga menyokong metabolisme yang sihat, penyerapan nutrien, menyihatkan jantung, membantu pembekuan darah, menyokong fungsi saraf dan juga membantu memberikan perlindungan daripada kanser.

Bukan itu sahaja, kekurangan vitamin K yang biasa dialami oleh golongan dewasa dan kanak-kanak disebabkan oleh diet yang kekurangan sayuran hijau. Punca lainya adalah seperti diet rendah kolestrol, pengambilan ubat-ubatan serta penyerapan nutrien yang lemah.

10. Membantu Mencegah atau Merawat Sakit Kepala.

Secara tradisionalnya, timun telah digunakan sebagai rawatan sakit kepala semula jadi dan juga pengurang kesakitan. Hal ini adalah disebabkan oleh ia berkasan untuk melawan keradangan dan pembengkakan.

Sakit kepala atau migrain boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti dehidrasi, tekanan, keletihan melampau, gula dalam darah rendah serta kekurangan nutrisi.

Banyak kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan air dan magnesium seperti timun dapat melawan sakit kepala. Ia juga dapat menyeimbangkan bendalir dalam badan serta mencegah dehidrasi.

Penggunaan Timun dalam Perubatan Tradisional

Timun telah digunakan sebagai ubat tradisional sejak zaman kuno lagi. Apakah khasiat timun seperti mana menurut Ayurveda atau atau perubatan tradisional Cina?

Timun telah digunakan dalam bidang perubatan sejak zaman dahulu kala lagi sehingga ke hari ini. Ia dapat merawat PMS secara semula jadi, melegakan kesakitan, menyembuhkan luka, sakit kepala dan melancarkan pencernaan.

Timun juga kaya dengan cucurbitacins yang mana digunakan untuk mengurangkan risiko penyakit metabolik seperti diabetes dan panyakit jantung.

Biji timun juga digunakan untuk pembersihan disebabkan oleh kesan diuretik yang dimilikinya. Ia membantu mengeluarkan lebihan bendalir. Dalam bahasa Sanskrit, perkataan yang sama maksud dengan timun ialah sushitalam yang bermaksud sangat menyejukkan.

Menurut Ayurveda, timun memiliki ciri-ciri penyejuk, ringan, astrigen, memiliki rasa manis dan sedikit pahit. Jus timun pula telah lama digunakan sebagai peningkat elektrolik sebelum munculnya minuman tenaga seperti air vitamin. Memandangkan timun juga memiliki ciri-ciri antibakteria dan antikeradangan, timun telah digunakan sebagai bahan rawatan jerawat dan kelesuan kulit secara semula jadi di rumah.

KESIMPULAN

Timun (Cucumis sativus), merupakan sejenis labu dan tergolong dalam keluarga tumbuhan Cucurbitaceae. Terdapat banyak jenis timun namun kebiasaannya jenis timun tersebut dibezakan kepada tiga jenis iaitu timun untuk hirisan, dijeruk dan tanpa biji.

Timun mengandungi sedikit kalori namun mengandungi sebatian polifenol yang bagus. Ia dikenal oleh pengkaji dengan ciri-ciri diuretik, antidiabetik, perendah lipid, antioksidan, detoks dan pembersihan tubuh badan.

Khasiat timun termasuklah membantu menyeimbangkan paras pH tubuh badan, meningkatkan pencernaan, merawat masalah kembung perut dan sembelit. Ia juga dapat membantu proses metabolik, menyihatkan jantung, mencegah sakit kepala, menghidrat kulit dan merawat bengkak di kawasan mata.

Sumber artikel di sini. 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *