Home TIPS KURUS 10 Khasiat Telur Yang Terbukti Bermanfaat Di Dalam Pemakanan Sihat Seharian
10 Khasiat Telur Yang Terbukti Bermanfaat Di Dalam Pemakanan Sihat Seharian

10 Khasiat Telur Yang Terbukti Bermanfaat Di Dalam Pemakanan Sihat Seharian

0
0

 

Telur merupakan antara makanan yang saya boleh katakan sebagai “superfood.” Hal ini disebabkan khasiat telur yang terbukti sangat kaya dengan nutrien yang mana kebanyakannya adalah sukar didapati dalam diet moden hari ini. Berikut merupakan 10 khasiat telur yang telah dikenalpasti sangat berguna untuk manusia.

10 Khasiat Telur Yang Terbukti Bermanfaat Di Dalam Pemakanan Sihat Seharian

1.Telur Mengandungi Banyak Khasiat

Telur merupakan makanan yang paling berkhasiat di dunia ini. Sebiji telur mengandungi semua khasiat yang diperlukan dalam proses pembesaran anak ayam. Maka, sebiji telur rebus mengandungi:

  • Vitamin A: 6% daripada RDA
  • Folat: 5% daripada RDA
  • Vitamin B5: 7% daripada RDA
  • Vitamin B12: 9% daripada RDA
  • Vitamin B2: 15% daripada RDA
  • Fosforus: 9% daripada RDA
  • Selenium: 22% daripada RDA
  • Turut juga mengandungi sejumlah vitamin seperti vitamin D, vitamin E, vitamin K, vitamin b6, kalsium dan zink.

Dalam masa yang sama, sebiji telur juga mengandungi 77 kalori, 6 gram protein dan 5 gram lemak yang menyihatkan. Telur juga mengandungi pelbagai nutiren lain yang sangat penting kepada kesihatan. Hal ini menjadikan telur sebagai satu makanan yang lengkap disebabkan oleh hampir semua nutrien yang kita perlukan ada pada telur. .

Sekiranya anda mendapatkan telur yang telah dipastur atau telur yang diperkaya dengan Omega-3, maka adalah lebih baik. Telur seperti ini mengandungi kandungan vitamin A dan E dalam jumlah yang lebih banyak.

Rumusan: Telur sememangnya merupakan makanan yang paling berkhasiat di dunia ini. Ia mengandungi hampir kesemua nutrisi yang kita perlukan. Namun begitu, telur yang diperkaya dengan Omega-3 atau yang telah dipastur adalah lebih baik untuk anda.

2.Telur Mengandungi Kolestrol yang Tinggi Namun, Ia tidak Memberikan Kesan Kepada Kolestrol dalam Darah Anda

Benar, telur mengandungi kolestrol yang tinggi. Sebiji telur mengandungi 212 mg yang mana terdiri daripada hampir separuh daripada jumlah kolesterol yang disarankan sehari iaitu sebanyak 300 mg.

Walaubagaimanapun, adalah penting untuk sentiasa ingat bahawa kolestrol dalam diet sebenarnya tidak terlibat dalam peningkatan kolestrol dalam darah. Hati sebenarnya menghasilkan kolestrol dalam jumlah yang banyak setiap hari. Apabila kita makan banyak telur, hati hanya akan menghasilkan sedikit sahaja kolestrol bahkan tidak menghasilkan langsung. Tindak balas terhadap telur adalah berbeza mengikut orang. Hal ini kerana:

  • Telur tidak memberikan kesan kepada peningkatan kolestrol sebanyak 70%.
  • Bakinya sebanyak 30% mengalami kesan peningkatan kolstrol LDL mereka.

Sungguhpun begitu, sebagaimana yang saya akan terangkan dalam artikel ini, situasi akan menjadi lebih rumit dan kesemua perubahan tersebut sebenarnya sangat berguna.

 (Pengecualian…mereka yang mengalami masalah genetik seperti familial hypercholesterolemia atau gen jenis ApoE4 mungkin akan mengehadkan atau tidak makan telur)

RUMUSAN: Telur kaya dengan kolestrol namun makan telur tidak memberikan kesan kepada kolestrol dalam darah anda bagi kebanyakan orang.

3.Telur Meningkatkan Kolestrol HDL (kolestrol baik)

HDL merujuk kepada High Density Lipoprotein atau Liporotein Berketumpatan Tinggi. Ia sering dikenali sebagai kolestrol baik. Mereka yang memiliki kolestrol HDL yang tinggi kebiasaannya memiliki risiko penyakit jantung, angin ahmar dan pelbagai masalah kesihatan yang lebih rendah.

Makan telur merupakan cara yang terbaik untuk meningkatkan kolestrol HDL. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa pengambilan dua biji telur sehari untuk tempoh enam minggu boleh meningkatkan paras kolestrol HDL sebanyak 10%.

RUMUSAN: Pengambilan telur secara konsisten boleh meningkatkan kandungan kolestrol baik HDL yang mana dikaitkan dengan pengurang pelbagai risiko penyakit.

4.Telur Mengandungi Choline – Sejenis Nutrien Penting yang Kebanyakan Orang Tidak Cukup

Choline merupakan sejenis nutrien yang tidak ramai tahu akan kewujudannya. Ya, ia merupakan bahan yang penting dan dikelaskan dalam kumpulan vitamin B. Choline diperlukan untuk membina membran sel dan memainkan peranan penting dalam menghasilkan molekul isyarat dalam otak dan pelbagai fungsi yang lain.

Tinjauan pemakanan menunjukkan bahawa kira-kira 90% daripada rakyat A.S tidak memiliki kandungan Choline yang mencukupi. Sebiji telur merupakan sumber choline yang terbaik di mana sebiji telur mengandungi lebih daripada 100 mg nutrien ini.

RUMUSAN: Telur merupakan sumber utama bagi choline, sejenis nutrien yang penting namun tidak ramai yang memilikinya dengan cukup.

5.Telur Menukarkan Kolestrol LDL daripada Kecil, Tumpat sehingga Besar yang Dikaitkan dengan Pengurangan Risiko Serangan Jantung

Kolestrol LDL umumnya dikenali sebagai kolestrol jahat. Sudah diketahui bahawa memiliki paras kolestrol LDL yang tinggi berkait rapat dengan risiko serangan jantung. Namun, ramai yang tidak sedar bahawa kolestrol LDL ini terdapat dua jenis subjenis yang berbeza iaitu ada yang bersaiz kecil dan tumpat dan ada juga yang bersaiz besar.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang lebih banyak memiliki kolestrol LDL yang kecil ini memiliki risiko yang lebih besar kepada penyakit jantung berbanding mereka yang memiliki kebanyakannya LDL yang lebih besar. Sungguhpun telur boleh menyebabkan peningkatan kolestrol LDL bagi sesetengah orang, kajian telah menunjukkan bahawa telur berupaya untuk merubah bentuk kolestrol LDL tersebut daripada kecil menjadi besar yang mana ia sangat baik untuk mengurangkan risiko serangan jantung.

RUMUSAN: Pengambilan telur didapati berupaya untuk merubah bentuk partikel kolestrol LDL daripada kecil menjadi besar yang mana dikaitkan dengan pengurangan risiko serangan jantung.

6.Telur Mengandungi Lutein dan Zeaxanthin, Antioksidan yang Baik untuk Kesihatan Mata

Salah satu kesan penuaan ialah kekurangan daya penglihatan. Terdapat beberapa jenis nutrien yang membantu mengatasi masalah ini. Dua di antaranya ialah dikenali sebagai Lutein dan Zeaxanthin. Kedua-duanya merupakan antioksidan yang kuat untuk membina semula retina mata.

Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan nutrien ini dalam jumlah yang diperlukan boleh mengurangkan risiko katarak dan kerosakan makular yang mana kedua-duanya ini merupakan masalah mata yang biasa. Kuning telur mengandungi kedua-dua nutrien ini dalam jumlah yang banyak.

Dalam satu percubaan yang terkawal, makan hanya 1.3 kuning telur setiap hari untuk tempoh 4.5 minggu boleh meningkatkan kandungan lutein dalam darah antara 28 – 50% manakala Zeaxanthin pula antara 114 – 141%. Selain itu, telur juga kaya dengan Vitamin A yang memerlukan ruang yang lain untuk dibincangkan pula. Kekurangan Vitamin A merupakan penyebab utama kepada masalah kebutaan di seluruh dunia.

RUMUSAN: Kedua-dua antioksidan Lutein dan Zeaxanthin sangat penting kepada kesihatan mata dan dapat membantu mencegah masalah kerosakan makular dan katarak. Kedua-duanya terkandung dalam telur.

7.Omega-3 atau Telur yang Dipastur, Kedua-duanya Membantu Mengurangkan Trigliserida

Sudah tentu ia bukan sahaja melibatkan apa yang kita makan. Kita juga perlu tahu makanan apakah yang kita makan. Dalam hal ini, tidak semua telur itu sama. Kandungan nutriennya juga berbeza bergantung kepada bagaimana kita menternak ayam telur tersebut. Telur yang diperoleh daripada ayam-ayam yang diternak dalam keadaan yang bebas (pastur) atau yang diberikan omega-3 kedua-duanya akan menghasilkan telur yang kaya dengan asid lemak Omega-3.

Asid lemak Omega-3 ini diketahui berupaya untuk mengurangkan paras trigliserida dalam darah yang menjadi faktor yang diketahui umum kepada masalah penyakit jantung. Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan telur yang kaya dengan Omega-3 ini sangat berkesan untuk mengurangkan kandungan trigliserida dalam darah. Dalam satu kajian, hanya dengan pengambilan 5 biji telur yang kaya dengan Omega-3 setiap minggu berupaya mengurangkan trigliserida antara 16 – 18%.

RUMUSAN: Telur yang diperkaya dengan omega-3 dan yang telah dipastur mengandungi omega-3 yang diperlukan untuk mengurangkan kandungan trigliserida dalam darah.

8.Telur Mengandungi Protein dengan Semua Asid Amino dalam nisbah yang Baik

Protein merupakan blok binaan yang utama dalam tubuh badan manusia. Ia digunakan untuk membina tisu dan molekul yang berperanan memberikan struktur dan menjalankan fungsi-fungsi badan. Mendapatkan protein yang cukup dalam diet sangat penting.

Namun, kajian terkini mendapati bahawa jumlah protein yang disarankan sebelum ini berkemungkinan terlalu rendah. Jadi, telur merupakan sumber protein yang terbaik di mana sebiji telur mengandungi sebanyak 6 gram protein. Telur juga mengandungi semua asid amoni yang diperlukan dalam nisbah yang baik jadi tubuh badan anda akan dilengkapi dengan protein yang mencukupi bagi menjalankan fungsi-fungsi badan.

Selain itu, protein yang mencukupi juga dapat membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan jisim otot, perendahkan tekanan darah dan mengoptimumkan kesihatan tulang.

RUMUSAN: Telur mengandungi protein haiwan dan asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

9.Telur Tidak Meningkatkan Risiko Serangan Jantung dan Bahkan Mengurangkan Risiko Angin Ahmar

Setelah berdekad lamanya, telur telah diberikan tanggapan-tanggapan yang salah. Telur dikatakan tidak baik untuk kesihatan disebabkan oleh kandungan kolestrol yang ada di dalamnya. Banyak kajian terkini yang telah dilakukan telah menjelaskan kaitan antara pengambilan telur dengan risiko serangan jantung.

Dalam satu tinjauan pada 17 kajian yang telah dijalankan melibatkan seramai 263,938 orang telah mendapati bahawa tiada kaitan langsung antara pengambilan telur dengan serangan jantung atau angin ahmar. Banyak juga kajian terkini menemui hasil yang sebegitu.

Walaubagaimanapun, terdapat kajian yang mendapati bahawa para penghidap diabtes apabila mereka makan telur telah meningkatkan risiko mereka terhadap penyakit jantung. Sama ada telur sebenarnya menyebabkan peningkatan tersebut masih lagi tidak diketahui disebabkan oleh kajian-kajian seperti ini hanya boleh menunjukkan statistik sahaja.

Kajian tersebut juga tidak boleh membuktikan bahawa telur itu menyebabkan apa-apa. Adalah mungkin untuk kita katakan bahawa pemakanan telur bagi penghidap diabtes adalah tidak berapa baik. Bahkan, dalam diet rendah karbohidrat yang merupakan diet yang terbaik bagi penghidap diabtes mengandungi telur yang berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

RUMUSAN: Banyak kajian telah melihat telur sebagai punca kepada masalah jantung tanpa sebarang bukti. Namun begitu, kajian juga mendapati bahawa telur dapat meningkatkan risiko bagi mereka yang menghidap diabtes jenis 2.

10.Telur Dapat Mengenyangkan dan Membantu Mengurangkan Pengambilan Kalori serta Membantu Mengurangkan Berat Badan

Telur sebenarnya mengenyangkan. Ia merupakan makanan yang kaya dengan protein namun protein yang terdiri daripada makronutiren yang paling mengenyangkan. Telur memiliki skor yang tinggi dalam skala yang dikenali sebagai Indeks Satiety yang mana boleh mengukur keupayaan satu-satu makanan untuk memberikan rasa kenyang dan mengurangkan pengambilan kalori.

Dalam satu kajian yang melibatkan seramai 30 orang wanita yang memiliki berat berlebihan, pemakanan telur pada waktu sarapan boleh meningkatkan rasa kenyang dan secara automatiknya membuatkan mereka mengambil kalori dengan sedikit untuk 36 jam yang kemudiannya. Manakala dalam satu kajian lain mendapati bahawa menggantikan bagel dengan telur ketika sarapan pagi boleh memberikan perubahan kepada berat badan untuk tempoh 8 minggu.

KESIMPULAN

Kajian sudah jelas menunjukkan bahawa makan sehingga 3 biji telur sehari masih lagi selamat. Tidak ada bukti yang mengatakan bahawa telur berbahaya kepada kesihatan. Saya sendiri jadikan telur sebahagian daripada amalan pemakanan saya, yang penting adalah di ambil dalam kuantiti yang sederhana dan juag dengan serat seperti sayuran.

Ya benartelur merupakan makanan yang tebraik. Apa yang penting, telur juga murah, mudah disediakan dan boleh dimakan dengan pelbagai hidangan serta rasanya juga enak.

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EBOOK PERCUMA !

36 Tips Untuk Pastikan Azam Kurus Anda Berjaya!

Perkongsian ini akan membuka minda dan juga hati anda untuk melihat satu perspektif yang berbeza mengenai cara kuruskan berat badan
SAYA NAK EBOOK!
close-link