Home TIPS KURUS 10 Khasiat Teh Hijau Yang Terbukti Bagus Sebagai Pembakar Lemak Semulajadi Dan Untuk Kesihatan
10 Khasiat Teh Hijau Yang Terbukti Bagus Sebagai Pembakar Lemak Semulajadi Dan Untuk Kesihatan

10 Khasiat Teh Hijau Yang Terbukti Bagus Sebagai Pembakar Lemak Semulajadi Dan Untuk Kesihatan

0
0

Teh hijau merupakan minuman yang paling berkhasiat di bumi. Ia kaya dengan antioksidan dan nutrien yang memiliki kesan yang baik kepada tubuh badan. Antaranya khasiat teh hijau ialah meningkatkan fungsi otak, mengurangkan lemak, menurunkan risiko kanser dan banyak lagi kebaikan-kebaikan yang terkandung di dalamnya. Berikut merupakan 10 kebaikan dan khasiat teh hijau yang telah pun disahkan melalui kajian-kajian yang telah dilakukan oleh manusia.

10 Khasiat Teh Hijau yang Terbukti

Pelbagai kajian telah dilakukan untuk merungkai tentang khasiat teh hijau dan juga apakah kesan dalam pemakanan harian. Adakah teh hijau mampu bertindak sebagai pembakar lemak semulajadi? Sama-sama kita ketahui akan khasiat teh hijau.Antara khasiat teh hijau adalah seperti berikut :

1.Teh Hijau Mengandungi Sebatian Bioaktif yang Meningkatkan Kesihatan

Teh hijau bukan hanya sekadar satu cecair hijau. Terdapat banyak sebatian bioaktif yang terkandung dalam daun teh ini menjadikan ia kaya dengan pelbagai nutrien penting. Ia kaya dengan polyphenol seperti flavonoid dan catechin yang bertindak sebagai antioksidan yang kuat.

Bahan-bahan ini boleh mengurangkan pembentukan radikal bebas di dalam tubuh badan, melindungi sel dan molekul daripada rosak. Semua radikal bebas ini diketahui memainkan peranan dalam proses penuaan dan semua jenis penyakit. Salah satu sebatian yang kuat di dalam teh hijau ini ialah bahan antioksidan Epigallocatechin Gallate (EGCG), yang sudah dikaji untuk merawat pelbagai penyakit yang menjadikan ia sebab utama mengapa teh hijau ini memiliki ciri-ciri penawar yang luar biasa.

Teh hijau juga memiliki sebahagian kecil mineral yang penting untuk kesihatan. Anda boleh dapatkan teh hijau yang berkualiti tinggi kerana teh hijau yang kualitinya rendah boleh mengandungi florida yang berlebihan. Ada yang mengatakan bahawa walaupun anda menggunakan teh yang berkualiti rendah, khasiatnya masih lagi mengatasi risikonya.

Rumusan: Teh hijau kaya dengan sebatian bioaktif yang mana mengandungi pelbagai kesan yang baik kepada kesihatan.

2.Sebatian dalam Teh Hijau Boleh Meningkatkan Fungsi Otak dan Menjadikan Anda Lebih Bijak

Teh hijau bukan sahaja menjadikan anda kekal berjaga. Ia juga boleh menjadikan anda lebih bijak. Kuncinya ialah bahan yang dikenali sebagai kaffein yang mana sudah diketahui bertindak sebagai stimulan. Ia tidaklah banyak sebagaimana yang terkandung dalam kopi, namun sudah cukup untuk menghasilkan tindak balas tanpa kesan sampingan apabila terlalu banyak mengambilnya.

Apa yang dilakukan oleh kaffein di dalam otak ialah untuk menghalang sejenis neurotransmitter yang bernama Adenosine. Cara ini sebenarnya meningkatkan kandungan neurotransmitter seperti dopamine dan norepinephrine. Kaffein juga telah banyak dikaji secara intensif sebelum ini dan telah membuktikan bahawa ia juga boleh memberikan kebaikan kepada fungsi otak termasuklah membaiki mood, menjadi lebih berjaga-jaga, mempercepat masa tindak balas serta memori.

Sungguhpun begitu, teh hijau bukan sahaja mengandungi kaffein sahaja, bahkan lebih dariapda itu. Ia juga mengandungi asid amino L-theanine, yang mana berupaya merentasi sempadan darah  otak. Ia meningkatkan aktiviti inhibitory neurotransmitter GABA, yang mana memberikan kesan anti-keresahan. Ia juga akan meningkatkan kandungan dopamin serta penghasilan gelombang alfa di dalam otak.

Kajian telah menunjukkan bahawa kaffein dan L-theanine boleh memberikan tenaga. Kombinasi kedua-dua bahan ini boleh meningkatkan fungsi otak disebabkan oleh L-theanine dan sedikit dos yang kaffein, teh hijau boleh memberikan kesan yang lebih perlahan berbanding kopi. Ramai juga yang melaporkan bahawa mereka memiliki tenaga yang lebih stabil dan produktif apabila mereka minum teh hijau berbanding kopi.

RUMUSAN: Teh hijau mengandungi kurang  kaffein berbanding kopi namun sudah cukup untuk memberikan kesan. Ia juga mengandungi asid amino L-theanine, yang mana berkerjasama bersama kaffein untuk meningkatkan fungsi otak.

3.Teh Hijau Meningkatkan Pembakaran Lemak dan Meningkatkan Prestasi Fizikal

Sekiranya anda perhatikan senarai bahan untuk mana-mana suplimen pembakaran lemak, sudah tentu  kebanyakannya ada menggunakan teh hijau. Hal ini disebabkan oleh teh hijau telah terbukti memiliki keupayaan untuk meningkatkan pembakaran lemak dan meningkatkan kadar metabolik hasil daripada satu percubaan-percubaan yang terkawal.

Dalam satu kajian terhadap seramai 10 orang lelaki yang sihat, teh hijau boleh meningkatkan penggunaan tenaga sebanyak 4%. Manakala kajian lain pula mendapati bahawa pengoksidaan lemak berlaku dengan peningkatan sebanyak 17% menunjukkan bahawa teh hijau berupaya membakar lemak. Sungguhpun begitu, saya ingin mengingatkan bahawa terdapat beberapa kajian terhadap teh hijau ini tidak pun menunjukkan sebarang peningkatan dalam kadar metabolisme, jadi ia bergantung juga kepada seseorang individu itu.

Kaffein juga bahkan telah menunjukkan bahawa ia berupaya untuk meningkatkan prestasi fizikal dengan cara memindahkan asid lemak daripada tisu-tisu lemak dan menjadikan ia sedia untuk digunakan sebagai tenaga. Dalah dua kajian tinjauan mendapati bahawa kaffein berupaya untuk meningkatkan prestasi fizikal sebanyak 11-12% secara puratanya.

RUMUSAN: Teh Hijau telah menunjukkan bahawa ia berupaya untuk meningkatkan kadar metabolik dan meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam tempoh masa yang singkat sungguhpun tidak semua kajian menyetujuinya.

4.Antioksidan dalam Teh Hijau Boleh Mengurangkan Risiko kepada Pelbagai Jenis Kanser

Kanser terjadi disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Ia merupakan penyebab utama di seluruh dunia kepada kematian. Adalah diketahui bahawa kerosakan oksidatif membawa kepada pembentukan kanser dan antioksidanlah yang memiliki kesan perlindungan daripadanya. Teh hijau merupakan sumber antioksidan yang kuat dan menjadikan ia berupaya untuk mengurangkan risiko kanser anda. Antaranya:

  • Kanser Payu Dara: Satu kajian pemerharian meta-analisis telah mendapati bahawa wanita yang minum paling banyak teh hijau memiliki 22% risiko lebih rendah kepada pembentukan kanser payu dara, kanser yang biasa dalam kalangan wanita.
  • Kanser Prostat: Satu kajian telah mendapati bahawa lelaki yang minum teh hijau boleh memiliki 48% risiko lebih rendah kepada pembentukan kanser prostat yang merupakan kanser yang biasa berlaku dalam kalangan lelaki.
  • Kanser Kolorektal: Satu kajian terhadap seramai 69, 710 orang wanita Cina mendapati bahawa mereka yang minum teh hijau memiliki sebanyak 57% risiko lebih rendah terhadap kanser kolorektal.

Terdapat juga kajian-kajian yang lain menunjukkan bahawa para peminum teh hijau ini mengalami risiko yang kurang terhadap pelbagai jenis kanser. Adalah perlu diingatkan bahawa mencampurkan teh anda dengan susu merupakan satu idea yang tidak baik kerana ia boleh mengurangkan nilai antioksidannya.

RUMUSAN: Teh hijau memiliki antioksidan yang kuat di mana ia mampu memberikan perlindungan daripada kanser. Pelbagai kajian telah dilakukan mendapati bahawa para peminum teh hijau ini memiliki risiko yang lebih sedikit kepada pelbagai jenis kanser.

5.Teh Hijau Boleh Melindungi Otak Anda Ketika Tua, Merendahkan Risiko Penyakit Alzheimer dan Parkinson

Bukan hanya setakat teh hijau boleh meningkatkan fungsi otak dalam jangka waktu yang singkat ia bahkan juga boleh melindungi otak anda ketika tua. Penyakit Alzheimer merupakan penyakit saraf yang biasa dialami oleh manusia dan penyebab kepada demensia. Penyakit Parkinson pula merupakan penyakit saraf kedua yang biasa dialami dan disebabkan oleh kekurangan penghasilan neuron dopamin di dalam otak.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kandungan sebatian catechin yang ada dalam teh hijau ini memiliki pelbagai kesan perlindungan terhadap neuron di dalam ujian tabung uji dan haiwan, semuanya berupaya untuk mengurangkan risiko kedua-dua penyakit Alzheimer dan Parkinson.

RUMUSAN: Sebatian bioaktif yang terkandung dalam teh hijau boleh memberikan kesan perlindungan kepada neuron dan mengurangkan risiko bagi kedua-dua penyakit Alzheimer dan Parkinson, dua penyakit saraf yang utama.

6.Teh Hijau Boleh Membunuh Bakteria yang Mana Menyihatkan Diri dan Mengurangkan Risiko Jangkitan

Kandungan catechin di dalam teh hijau memiliki kesan biologikal yang lain juga. Beberapa kajian telah menujukkan bahawa ia boleh membunuh bakteria dan mencegah virus seperti virus influenza, mengurangkan risiko jangkitan. Mutan streptococcus merupakan bakteria yang berbahaya di dalam mulut. Ia menyebabkan pembentukan plak dan menjadi punca utama kepada pembentukan kaviti dan kerosakan gigi.

Kajian telah menunjukkan bahawa catechin yang ada di dalam teh hijau ini boleh mencegah pertumbuhan mutan streptococcus. Pengambilan teh hijau juga diikuti dengan peningkatan kesihatan mulut dan mengurangkan karies gigi. Bahkan, teh hijau juga boleh mengurangkan risiko bau mulut yang tidak menyenangkan.

RUMUSAN: Kandungan catechin di dalam teh hijau boleh mencegah pertumbuhan bakteria dan sesetengah virus. Ia boleh mengurangkan risiko jangkitan dan membaiki kesihatan mulut, mengurangkan karies gigi dan mengurangkan bau mulut yang tidak enak.

7.Teh Hijau Boleh Mengurangkan Risiko Diabetis Tahap II

Diabetis tahap II merupakan penyakit yang telah menjadi satu wabak beberapa dekad lalu dan telah menjejaskan hampir 33 juta orang di seluruh dunia. Penyakit ini menyebabkan kenaikan gula dalam darah dalam konteks kerintanganan insulin atau ketidakupayaan untuk menghasilkan insulin. Kajian juga telah menunjukkan bahawa teh hijau boleh meningkatkan tindak balas insulin dan mengurangkan paras gula dalam darah.

Satu kajian yang dilakukan di Jepun telah mendapati bahawa mereka yang minum paling banyak teh hijau memiliki risiko 42% lebih rendah terhadap pembentukan diabetis jenis II. Menurut satu tinjauan terhadap 7 kajian yang melibatkan 286, 701 orang mendapati bahawa peminum teh hijau memiliki 18% risiko lebih rendah untuk menghidapi diabetis.

RUMUSAN: Beberapa ujian yang terkawal menunjukkan bahawa teh hijau boleh membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Ia juga boleh mengurangkan risiko pembentukan diabetis jenis II untuk tempoh yang panjang.

8.Teh Hijau Boleh Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular termasuklah penyakit jantung dan angin ahmar, merupakan punca terbesar kepada kematian di dunia. Kajian telah menujukkan bahawa teh hijau boleh mengurangkan sesetengah risiko penyebab penyakit-penyakit ini. Ini termasuklah jumlah kolestrol samada kolestrol LDL dan trigliserida. Teh hijau juga boleh meningkatkan kandungan antioksidan di dalam darah yang mana melindungi partikel kolestrol LDL daripada pengoksidaan, yang menjadi punca kepada penyakit jantung.

Melihat kepada kebaikan teh hijau dalam mengurangkan risiko-risiko ini, adalah tidak mengejutkan bahawa para peminum teh hiijau boleh mengurangkan sehingga 31% risiko penyakit kardiovaskular.

RUMUSAN: Teh hijau didapati berupaya untuk mengurangkan jumlah kolestrol LDL dan melindungi partikel LDL tersebut daripada pengoksidaan. Kajian pemerhatian telah menunjukkan bahawa para peminum teh hijau boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

10.Teh Hijau Boleh Membantu Anda Mengurangkan Berat Badan dan Mengurangkan Risiko Menjadi Obes

Teh hijau boleh meningkatkan kadar metabolik dalam tempoh yang singkat, maka tidak hairanlah jika ia dapat membantu anda mengurangkan berat badan anda juga. Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa teh hijau boleh membantu mengurangkan lemak dalam badan terutamanya di bahagian abdomen. Salah satu daripada kajian ini telah dilakukan secara rawak melibatkan 240 orang lelaki dan wanita yang mengambil teh hijau ini selama 12 minggu.

Dalam kajian ini, kumpulan yang mengambil teh hijau ini mengalami pengurangan lemak badan, berat badan, ukur lilit pinggang dan lemak di abdomen. Walaubagaimanapun, beberapa kajian tidak menunjukkan kesan penurunan berat badan disebabkan oleh teh hijau ini, maka kajian lanjut perlu dijalankan dengan mengambil sedikit garam.

RUMUSAN: Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa teh hijau membantu mengurangkan berat badan. Ia berkesan dalam mengurangkan lemak yang berbahaya pada bahagian abdomen.

10.Teh Hijau Boleh Mengurangkan Risiko Kematian dan Membantu Anda Hidup Lebih Lama

Sudah tentu kita semua akan mati akhirnya. Walaubagaimanapun, para peminum teh hijau dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser menjadikan anda dapat hidup lebih lama. Dalam satu kajian yang melibatkan 40,530 orang dewasa Jepun, mereka yang minum paling banyak teh hijau (5 atau lebih cawan sehari) yang kebiasaannya mati lebih lewat untuk tempoh 11 tahun:

  • Kematian disebabkan oleh Semua Punca: 23% lebih rendah bagi wanita, 12% lebih rendah bagi lelaki.
  • Kematian disebabkan oleh Penyakit Jantung: 31% lebih rendah bagi wanita, 22% lebih rendah bagi lelaki.
  • Kematian disebabakn oleh Angin Ahmar: 42% lebih rendah bagi wanita,  35% lebih rendah bagi lelaki.

Kajian lain juga yang melibatkan 14, 001 orang dewasa Jepun yang berusia 65-84 tahun mendapati bahawa mereka yang minum teh hijau paling banyak memiliki 76% akan meninggal dunia lebih lewat hasil daripada kajian untuk tempoh 6 tahun.

KESIMPULAN

Sekiranya anda mahu membeli teh hijau pilih yang berkualiti tinggi dan pilihan saya biasanya dari negara Jepun kerana terkenal dengan kualiti yang terbaik . Bagi mengurangkan berat badan dan mengurangkan risiko penyakit kronik, anda perlu mempertimbangkan untuk mengamalkan minuman teh hijau sebagai sebahagian daripada hidup anda.

Nak Cari Teh Hijau Yang Berkualiti & Gred Premium Untuk Kesihatan Anda.

Saya Kongsikan Teh Hijau yang saya amalkan iaitu Tea Hijau Gred Premium yang kaya dengan anti oksida yang di import terus dari ladang di Kyoto Jepun, yang mempunyai rasa yang unik serta warna hijau menyegarkan yang membezakan tea hijau Nacherel dengan tea hijau biasa yang ada di pasaran

Tea Hijau boleh membantu menambahkan kesihatan anda dengan membantu proses detox, penurunan berat badan, meningkatkan imunisasi badan , menambahkan tenaga dan membantu pembakaran lemak secara semulajadi

Inilah Nacherel Green Tea by Tengku Asmadi

khasiat green tea 1

Mana Nak Dapatkan ? Sila klik Sini Nacherel

Harga RM19.90/7 Sachet dengan gred Premium dah cuba pasti akan rasai perbezaannya

khasiat green tea3

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *