Home TIPS KESIHATAN 10 Khasiat Saderi Yang Anda Boleh Jadikan Sebahagian Dari Menu Sihat Seharian
10 Khasiat Saderi Yang Anda Boleh Jadikan Sebahagian Dari Menu Sihat Seharian

10 Khasiat Saderi Yang Anda Boleh Jadikan Sebahagian Dari Menu Sihat Seharian

0
0

Saderi yang dikenali sebagai Apium graveolens dalam istilah sianstifiknya merupakan sejenis sayuran yang berasal daripada keluarga Apiaceae. Khasiat saderi diketahui sebagai sumber yang terbaik bagi antioksidan serta enzim. Tambahan pula vitamin dan mineral seperti vitamin K, vitamin C, Kalium, folat dan vitamin B6 juga turut ada.

Saya pasti bahawa anda pernah makan daun saderi namun adakah anda tahu bahawa terdapat 10 khasiat yang menakjubkan ada padanya? Mari ketahuinya di sini!

Digunakan sebagai satu agen anti-hipertensi oleh orang-orang tua sejak berkurun lamanya. Kini, ia terus menunjukkan bukti bahwa selain itu sayur ini juga turut memiliki khasiat bagi kesihatan jantung. Dalam kajian farmakologikal yang terkini, saderi menunjukkan bahawa ia memiliki bahan antioksidan dan antikeradangan yang membantu memperbaiki tekanan darah dan paras kolestrol begitu juga dengan mencegah penyakit jantung.

Saderi juga memberikan serat yang diperlukan dalam diet lebih-lebih lagi apabila anda makan lebih daripada sukatan satu cawan dalam satu-satu masa. Ia akan membantu meningkatkan proses pencernaan serta membantu menurunkan berat badan.

Tambahan pula, ia mengandungi peratusan air dan elektrolit yang tinggi cukup diperlukan bagi mengelakkan masalah dehidrasi. Seperti mana bahan-bahan antioksidan yang lain, daun saderi mengandungi flavonoid dan polinutrien polifenol. Selain itu, anda khasiatnya juga ialah keupayaannya bagi membantu menyihatkan hati, kulit, mata dan kesihatan kognitif.

Khasiat Saderi & Fakta Nutrisi Saderi

Ramai yang suka makan pucuk saderi namun sebenarnya daun dan bijinya juga boleh dimakan dan berkhasiat. Sebagai contoh, daun saderi boleh dijadikan bahan tambahan kepada sup anda.

Manakala bijinya pula – samada dalam bentuk biji, atau ekstrak – memiliki khasiat yang menakjubkan. Ia berupaya merendahkan masalah keradangan dan melawan jangkitan bakteria. Di sesetengah tempat di dunia, daun saderi ini ditanam adalah untuk mendapatkan bijinya yang berkhasiat itu. Ia juga biasanya digunakan sebagai rempat dan apabila dihancurkan, ia akan mengeluarkan sejenis minyak yang dikenali sebagai apiol. Minyak tersebut digunakan sebagai agen perisa serta untuk pelbagai kegunaan dalam perubatan.

Fakta Nutrisi Saderi

Satu cawan saderi mengandungi:

(peratusan adalah berdasarkan kepada RDA bagi seorang wanita dewasa)

  • 16 kalori
  • 0 Lemak
  • 1 gram protein
  • 5 gram serat
  • 5 milligram vitamin K (37%)
  • 36 milligram folat (9%)
  • 22 milligram vitamin A (9%)
  • 263 milligram kalium (8%)
  • 1 milligram vitamin C (5%)
  • 40 milligram kalsium (4%)
  • 0.08 milligram vitamin B6 (4%)

Khasiat Utama Saderi

1.Membantu bagi Merendahkan Kolestrol

Khasiat saderi ini termasuklah keupayaannya bagi mengurangkan kolestrol yang sangat diperlukan bagi mengekalkan kesihatan jantung. Daun saderi mengandungi satu sebatian yang unik dikenali sebagai 3-n-butylphthalide (BuPh) yang sebelum ini telah dilaporkan mengandungi tindakan bagi mengurangkan lipid. Namun, para pengkaji percaya bahawa daun ini masih memiliki banyak lagi khasiatnya yang tersendiri di mana semuanya masih lagi dalam kajian.

Satu kajian yang telah dilakukan oleh Jabatan Farmakologi di Universiti Singapura mendapati bahawa apabila tikus makmal diberikan makanan yang tinggi kandungan lemaknya untuk tempoh lapan minggu. Tikus tersebut kemudiannya diberikan ekstrak saderi. Hasilnya menunjukkan terdapat penurunan pada paras lipid yang ada dalam daram tikus tersebut jika dibandingkan dengan tikus yang tidak diberikan ekstrak daun saderi tersebut.

Selain itu, tikus yang diberikan esktrak daun saderi juga mencatatkan penurunan jumlah kolestrol, pengurangan kolestrol lipoprotein dan trigliserida.

2.Mengurangkan Keradangan

Daun saderi mengandungi antioksidan dan polisakarida yang diketahui bertindak sebagai bahan anti-keradangan terutamanya flavonoid dan polifenol. Bahan-bahan ini membantu menyihatkan badan terutama sekali bagi melawan kerosakan radikal bebas atau tekanan oksidatif yang boleh membawa kepada keradangan. Keradangan biasanya akan menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan sebagainya.

Para pengkaji juga telah mengenalpasti banyak jenis antoksidan yang ada pada saderi. Antaranya ialah asid fanolik, asid kaffeik dan asid ferulik ditambah dengan flavaol seperti quecetin. Hal ini menjadikan saderi sangat diperlukan bagi merawat pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh keradangan seperti: sakit sendi, gout, sakit buah pinggang. Jangkitan hatim masalah kulit, jangkitan salur kencing dan sebagainya.

3.Membantu Mengelakkan atau Merawat Tekanan Darah Tinggi

Ekstrak biji saderi memiliki ciri-ciri anti hipertensi yang membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia merupakan faktor utama kepada masalah penyakit jantung koronari terutama kepada Negara-negara perindustrian.

Khasiat biji saderi juga termasuklah memiliki ciri-ciri untuk mengawal tekanan darah yang tinggi. Keupayaannya untuk menurunkan tekanan darah tersebut berasal daripada bijinya yang mengandungi heksanik, metanolik dan ekstrak aqueous-ethanolic yang memperelokkan peredaran darah, mengurangkan keradangan serta mengawal tekanan darah.

Apabila tikus makmal diberikan ekstrak biji saderi ini selama tujuh hari, terdapat perubahan yang berlaku dari segi paras tekanan darah tikus tersebut apabila dibandingkan dengan tikus yang tidak menerima ekstrak tersebut.

Adalah dipercayai bahawa daun saderi membantu merendahkan tekanan darah dengan bertindak dengan memperbaiki aliran kalsium dan kalium keluar dan masuk daripada sel. Ekstrak daun saderi juga membantu salur darah untuk mengembang dan mengecut, meningkatkan aliran darah serta kesihatan jantung seluruhnya.

4.Mencegah Ulser

Terdapat satu khasiat saderi yang tidak ramai yang mengetahuinya. Ia adalah keupayaannya bagi mencegah atau mengurangkan pembentukan ulser yang menyakitkan. Dalam satu kajian yang telah dilakukan pada tahun 2010 dan diterbitkan dalam the Journal of Pharmaceutical Biology mendapati bahawa daun saderi mengandungi sejenis ekstrak etanol yang istimewa yang sangat berguna untuk melindungi lapisan saluran pencernaan daripada ulser.

Ekstrak saderi ini memiliki keupayaan untuk menggantikan mucus gastrik yang diperlukan di dalam perut untuk mencegah pembentukan lubang-lubang halus.

Para pengkaji percaya bahawa saderi ini menyihatkan perut, kolon dan usus disebabkan oleh kewujudan bahan kimia seperti flavonoid, tannin, minyak volatile dan alkaloid yang mengawal paras asid gastrik yang dilepaskan dalam masa yang sama meningkatkan keberadaan mucus yang bertindak sebagai pelindung.

5.Melindungi Hati

Ketika para pengkaji dari Jabatan Nutrisi dan Sains Makanan, Universiti Helwan di Mesir menjalankan kajan dengan memberikan tikus makmal saderi (bersama cikori dan barli), tikus-tikus tersebut mengalami pengurangan dari segi bahan-bahan yang berbahaya di dalam hati.

Lebih tepat lagi, apabila para pengkaji memberikan diet yang tinggi dengan kolestrol kepada tikus-tikus tersebut bersama saderi, cikori dan serbuk barli, mereka memerhatikan bahawa terdapat peningkatan dalam fungsi enzim hari serta paras lipid dalam darah.

Lebih banyak saderi, cikori dan barli yang diberikan kepada tikus tersebut, lebih sihat hati mereka. Perkara ini memberikan satu kesimpulan bahawa, diet yang mengandungi saderi begitu juga cikori dan barli sebenarnya berkhasiat kepada mereka yang menghidapi penyakit hati.

6.Membantu Menurunkan Berat Badan

Saderi mengandungi kalori yang sangat rendah dan boleh menjadi makanan yang berguna untuk membantu anda menurunkan berat badan. Hal ini adalah disebabkan oleh keupayaannya memberikan nutrien yang penting bagi meregulasi metabolisme lipid (lemak). Salah satu khasiat utamanya ialah ia sangat kaya dengan nutrien bermakna ia mengandungi antioksidan, elektrolit, vitamin dan mineral seperti vitamin C, B dan kalium.

7.Meningkatkan Proses Pencernaan Boosts

Biji saderi mengandungi sebatian minyak yang tidak berbau dikenali sebagai NBP.  Bahan ini membantu tubuh badan untuk proses detoks. Dalam kajian yang melibatkan tikus, isi padu air kencing yang dihasilkan adalah lebih banyak sekiranya tikus tersebut diberikan ekstrak saderi berbanding yang sebaliknya.

Khasiat kepada pencernaan adalah disebabkan oleh kesan diuretiknya. Hal ini adalah disebabkan oleh kandungan bahan antihipertensif pada bijinya berupaya untuk menurunkan tekanan darah. Ia juga meningkatkan kelancaran di dalam usus selain daripada membantu mengelakkan rasa mual dan kembung perut.

8.Mengandungi Bahan Anti-Microbial untuk Melawan Jangkitan

Biji saderi sebenarnya telah digunakan sejak berkurun lamanya sebagai salah satu daripada ubat herba yang mana dilaporkan memiliki kesan antibakteria. Dalam laporan pada taun 2009 melalui junrnal the Journal of Pharmacy and Pharmacology menunjukkan bahwa saderi mengandungi bahan anti-mikrobial yang istimewa pada biji saderi.

Apabila ekstrak diambil daripada biji saderi dan digabungkan bersama sebatian bakteria berbahaya yang menyebabkan jangkitan pada manusia, Ekstrak tersebut berupaya untuk menulenkan dan mengurangkan pertumbuhan bakteria. Semua ini menjadi sebab mengapa ia digunakan untuk meingkatkan keimunan dan melawan jangkitan bakteria.

9.Membantu Mencegah Jangkitan Saluran Kencing

Disebabkan oleh saderi membantu mengurangkan asid urik dan merangsang kepada penghasilan air kencing, ia sangat berguna untuk melawan jangkitan bakteria di saluran kencing serta organ pembiakan. Seperti kranberi yang diketahui melawan jangkitan pada saluran kencing, saderi juga turut sama. Selain itu, ia juga membantu mengelakkan masalah punci kencing, buah pinggang bahkan juga mencegah pembentukan ketumbuhan pada organ pembiakan.

10.Memberikan Perlindungan daripada Kanser

Khasiat lain saderi? Ia tergolong dalam kalangan tumbuhan yang memiliki ciri-ciri perlindungan daripada kanser seperti lobak, fennel, parsli dan parsnip (lobak putih). Semuanya mengandungi sebatian kimo-perlindungan yang dikenali sebagai poliasetilena (polyacetylenes). Kajian awal telah mendapati bahawa poliasetilena ini membantu mengurangkan toksik dan melawan pembentukan kanser terutama sekali kanser payu dara, kanser usus dan leukemia.

Poliasetilena ini memiliki banyak kesan bagi meningkatkan imun termasuklah keupayaan bagi melawan tumor yang menghalang sel mutan daripada terus membiak. Menurut Fakulti daripada Jabatan Sains Pertanian di Aarhus University, Denmark, “poliasetilena telah menunjukkan banyak kesan bioaktiviti termasuklah anti-keradangan, anti-penggupalan platlet, sitoksik, anti-tumor begitu juga melawan bakteria dan mikoplasma.

Sejarah Saderi

Saderi merupakan sejenis sayur-sayuran yang sangat tua, dengan rekod menunjukkan bahawa daun saderi merupakan sebahagian daripada bahan yang ditemui bersama mayat firaun “Raja Tutankhamun,” yang meninggal dunia pada 1323 SM. Pada zaman Yunani purba, daun saderi digunakan sebagai kalungan untuk orang mati serta mahkota yang diberikan kepada pemenang pertempuran. Saderi turut disebut dalam karya Homer, Iliad dan Odyssey; kuda dikatakan banyak di kawasan yang ditumbuhi dengan saderi liar di Troy.

Pada masa lalu, saderi ditanam kebanyakannya semasa musim sejuk dan awal musim bunga. Orang suka makan saderi untuk “pembersihan” dan percaya bahawa saderi bertindak sebagai tonik detoks semula jadi yang boleh menghalang penyakit. Biji saderi juga digunakan untuk melegakan kesakitan.

Bagaimanakah Cara untuk Membeli dan Menyimpan Saderi?

Hari ini, di Amerika Utara, jenis saderi yang banyak ditanam dan dimakan dikenali sebagai saderi pascal. Manakala di Eropah pula, saderi celeriac pula yang popular di sana. Saderi tergolong dalam tanaman yang memiliki musim yang panjang namun ia agak sukar untuk tumbuh. Hal ini disebabkan saderi memerlukan kelembapan yang berterusan dan tidak boleh bertahan pada suhu yang tinggi. Ia tumbuh di kawasan yang sejuk, beriklim lembap dan boleh didapati sepanjang tahun terutamanya pada musim sejuk.

Sungguhpun saderi ini merupakan sayur-sayuran yang banyak disembur racun serangga, sentiasa cuba untuk dapatkan yang organik bagi mendapatkan khasiat tanpa ada sebarang bahan-bahan toksik. The Environmental Working Group pada tahun 2014 telah melaporkan bahawa daun saderi ini kebiasaannya disembur dengan pelbagai jenis racun serangga dan ia menjadi salah satu daripada sayur-sayuran yang paling banyak disembur racun.

Apabila membeli saderi, pastikan pucuknya segar dan tidak layu. Sekiranya daunnya masih lagi ada serta warnanya juga masih cerah, maka ia masih lagi tidak layu.

Jangan terus basuh saderi tersebut selepas dibeli kerana ia boleh menyebabkan ia menjadi cepat rosak. Simpan saderi itu dalam keradaan kering dan dibalut dengan kertas seterusnya dimasukkan ke dalam peti sejuk dan boleh bertahan selama 5 hingga 7 hari. Selepas daripada tempoh itu, saderi akan menjadi layu dan kandungan nutriennya pula akan berkurangan. Adalah disarankan untuk menyejuk bekukan saderi kerana ia mudah layu.

Untuk membersihkan dan memotong saderi, buangkan bahagian bawahnya yang berwarna putih. Anda boleh simpan daunnya untuk digunakan dalam resipi seperti sup atau sauté. Daun saderi sangat baik dan merupakan sumber vitamin dan mineral sebagaimana pucuknya juga, jadi jangan bazirkannya! Bilas pucuk dan daun saderi tersebut dengan betuk untuk membuang segala kekotoran yang ada atau sisa-sisa racun serangga yang ada. Kemudian, barulah boleh dicincang.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *