Home TIPS KERJAYA & KEWANGAN 10 Kesilapan Pembeli Yang Menyebabkan Pemaju Tidak Baiki Kerosakan Rumah Anda
10 Kesilapan Pembeli Yang Menyebabkan Pemaju Tidak Baiki Kerosakan Rumah Anda

10 Kesilapan Pembeli Yang Menyebabkan Pemaju Tidak Baiki Kerosakan Rumah Anda

0
0

Nota Editor: Idea ini adalah hasil tulisan daripada Saudara Salkukhairi Abd Shukor , Peguam Hartanah , moga dengan perkongsian ini dapat memberikan ilmu supaya tidak melakukan kesilapan dalam urusan jual beli hartanah.

Saya banyak terima aduan daripada pembeli rumah yang pemaju tidak membaiki kerosakan rumah mereka sebagaimana yang diharapkan, walaupun sudah banyak kali mereka melaporkan kerosakan tersebut kepada pemaju.

Disini saya nyatakan antara 10 KESILAPAN  pembeli yang menyebabkan pemaju tidak baiki kerosakan rumah anda.

10 KESILAPAN PEMBELI YANG MENYEBABKAN PEMAJU TIDAK BAIKI KEROSAKAN RUMAH ANDA.

1.Aduan Kerosakan Tidak Terperinci

Aduan kerosakan yang dibuat oleh pembeli tidak terperinci. Tidak dinyatakan satu persatu bahagian manakah yang rosak dan apakah kerosakan tersebut. Ini menyebabkan pemaju keliru dan tidak dapat membaiki kerosakan yang sebenar.

2.Guna Borang Aduan Yang Tidak Disediakan Pemaju

Kebanyakan pembeli menggunakan borang aduan kerosakan yang disediakan oleh pemaju. Kebiasaannya borang aduan tersebut sangat terhad ruangannya. Ini menyebabkan aduan tidak lengkap dan tidak dapat difahami dengan jelas oleh pemaju.

3. Tiada Gambaran Jelas Kerosakan

Pemaju tidak dapat gambaran yang jelas tentang kerosakan yang diadukan. Pembeli mungkin adu tentang perkara lain tetapi sebaliknya pemaju mungkin faham lain. Justeru tempat kerosakan tidak dapat dibaiki dengan betul.

4.Guna Pendekatan Berkeras Dengan Pemaju

Pembeli menggunakan pendekatan berlawan atau berkeras dengan pemaju seolah-olah pembeli sahaja yang betul. Sudah lah aduan kerosakan tidak jelas dan mengelirukan, lepas tu cakap kasar pulak dengan pemaju. Akhirnya pemaju fed-up hendak layan kerenah pembeli. Ingat! pemaju juga manusia biasa.

5.Tidak Tahu Undang-Undang

Pembeli tidak tahu undang-undang dan tidak tahu hak mereka berkenaan dengan tempoh liability kecacatan. Kebanyakan pembeli tidak pernah baca SNP. Bila hendak membuat aduan kerosakan mereka tidak faham prosedur membuat aduan. Akhirnya aduan dibuat tidak mengikut peruntukan dan prosedur undang-undang yang sebenar.

6.Tidak Tahu Tempoh

Pembeli tidak tahu tempoh yang sewajarnya untuk Pemaju baiki kerosakan. Mereka tidak follow up mengikut tempoh yang sepatutnya sebagaimana yang dinyatakan dalam SNP. Ada yang terlalu kerap sangat follow up sehingga pemaju naik bosan. Akhirnya, aduan tidak dapat dibaiki oleh pemaju dengan sempurna.

7.Cepat Putus Asa

Pembeli cepat putus asa dan frust kalau pemaju tak baiki atau lambat baiki. Mereka tidak tahu apakah steps seterusnya yang mereka harus lakukan jika pemaju tidak baiki kerosakan tersebut. Akhirnya mereka tidak lagi mahu ambil peduli tentang aduan tersebut dan mula fed-up.

8.Kedekut Untuk Dapat Khidmat Nasihat

Pembeli kedekut untuk dapatkan nasihat peguam hartanah secara berbayar untuk guide dan advice mereka tentang urusan tuntutan kerosakan dengan pemaju. Mereka lebih sanggup ikut kepala sendiri dan melakukan sesuatu tindakan ikut suka hati mereka berbanding hendak ikut undang-undang atau dapatkan nasihat berbayar daripada peguam. Kebanyakannya hendak kan nasihat percuma daripada peguam.

9.Harapkan Nasihat Dari Peguam Pemaju

Pembeli hanya mengharapkan nasihat daripada peguam pemaju berkenaan dengan urusan kerosakan. Ingat! Peguam pemaju sudah pastinya akan berpihak kepada pemaju. Sebaliknya lantiklah peguam bebas dan mahir tentang urusan tuntutan kerosakan rumah untuk membantu anda.

10. Aduan Last Minit

Pembeli suka buat aduan kerosakan last-last minit kepada pemaju, ie; dekat-dekat hendak habis tempoh liability kerosakan. Ini menyebabkan pemaju buat sambil lewa kerana mereka beranggapan tempoh liability akan tamat tidak lama lagi. Dan selepas itu mereka selamat kerana pembeli tidak lagi boleh membuat aduan.

Ini antara kesilapan-kesilapan biasa yang dilakukan oleh pembeli. Bukan niat saya untuk semata-mata mencari kesilapan sesiapa tetapi sekadar memberi kesedaran kepada masyarakat untuk jadi lebih baik dan peka terhadap undang-undang.

Justeru saya sarankan lantiklah peguam hartanah yang berpengalaman untuk bantu anda. Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk tujuan defects inspection dan proper legal advice tentang defects, boleh pm saya dan berhubung dengan saya secara peribadi, insyaalah. Ingat! Jangan sayang duit jika hendak dapat nasihat dan hasil yang terbaik ok..?

Akhir kata, be smart..dan fahamilah hak anda mengikut undang-undang.

Oleh

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguam Hartanah,
Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

 

P/S: Jika tulisan ini bermanfaat untuk anda sila LIKE dan SHARE dengan seramai mungkin kenalan anda. Tidak rugi anda faham undang-undang untuk manfaat bersama, insyaallah.

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *