Home Health 10 Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan
10 Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan

10 Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan

0
0

Sekiranya anda sedang mencari cara untuk meningkatkan fungsi imun, mengurangkan risiko penyakit atau hanya sekadar mahukan kesihatan yang lebih baik, maka menambah probiotik ke dalam rutin harian anda adalah merupakan cara yang terbaik.

Mengapa probiotik? Hal ini disebabkan oleh di dalam usus anda, terdapat sejumlah trilion mikroorganisma hidup yang membentuk mikrobiom. Kebanyakan sel bakteria ini tergolongan dalam jenis bakteria baik dan dapat membantu menyokong fungsi imun, meningkatkan penyerapan nutrien dan membantu dalam proses sintesis neurotransmiter dan sebatian-sebatian lain.

Probiotik adalah merupakan sejenis organisma yang dapat membantu meningkatkan jumlah bakteria baik di dalam usus anda. Ia terkandung di dalam suplimen probiotik dan makanan bertapai seperti tempeh, natto, miso dan kombucha.

Kebaikan Probiotik Bermula di dalam Usus

Sebab utama mengapa saluran pencernaan kita begitu penting kepada kesihatan kita adalah disebabkan oleh 70% sehingga 80% daripada keseluruhan sistem imun kita adalah terletak di dalam saluran pencernaan tu. Ia merupakan suatu peratusan yang besar.

Tambahan pula, selain daripada kesan kepada sistem imun kita, sistem pencernaan juga merupakan bahagian yang kedua terbesar dalam sistem neurologikal kita. Ia dikenali sebagai sisten saraf enterik dan ia terletak di dalam usus. Maka, tidak hairanlah ia dikenali sebagai otak kedua kita. Manakala, usus pula berfungsi untuk menghasilkan 95% daripada serotonin dan ia sememangnya mempengharuhi fungsi otak dan mood kita.

Banyak masalah kesitahan seperti ketidakseimbangan tiroid, keletihan melampau, sakit otot, psoriasis dan autism adalah berkait dengan fungsi usus. Sudah tentu bukan menjadi satu kebiasaan dalam dunia perubatan konvensional untuk melihat masalah ini berpunca daripada usus terlebih dahulu dalam proses rawatannya.

Menurut the National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases, sehingga 60 ke 70 juta rakyat Amerika Syarikat dijangkiti oleh penyakit yang melibatkan sistem pencernaan. Tambahan pula, penyakit sistem pencernaan ini telah menyebabkan Amerika Syarikat terpaksa berbelanja sebanyak 100 bilion dollar setahun.

Statistik ini sangat membimbangkan sekali. Sudah tentu, kesihatan usus yang tidak baik sebenarnya memberikan nilai yang lebih besar berbanding statistik yang ditunjukkan. Hal ini disebabkan oleh kesihatan sistem pencernaan mempengaruhi setiap sistem psikologikal di dalam tubuh badan anda. Bukankah ia merupakan satu sistem yang kompleks? Mikrobiom manusia mengandungi 360 kali lebih banyak gen protein berbanding kandungan gen manusia itu sendiri.

Setiap hari, kita terdedah kepada toksin dan penyebab keradangan daripada makanan dan persekitaran kita yang negatif. Ia kemudiannya menyebabkan masalah seperti kebocoran usus yang mana dalam bidang perubatan dikenali sebagai hiperkebolehtelapan usus. Dalam usus yang bocor ini, lapisan yang menyimpan sebatian penyebab penyakit daripada meninggalkan sistem pencernaan telah terganggu sehingga menyebabkan bendasing lain dapat menembusi lapisan tersebut sehingga ia memasuki aliran darah.

Proses ini berkait rapat dengan keradangan yang mana ia merupakan punca bagi kebanyakan penyakit, keadaan autoimun, penyakit keradangan  usus, nyahfungsi tiroid, malnutrisi dan masalah mental seperti tekanan dan autism.

Rahsia kepada sistem pencernaan yang sihat adalah berkait rapat dengan keseimbangan baketria baik dan jahat di dalam usus anda. Dalam kehidupan yang sihat, pengambilan makanan yang kaya dengan probiotik serta suplimen setiap hari merupakan salah satu cara untuk menyeimbangkan kandungan bakteria tersebut.

10 Kebaikan Probiotik kepada Kesihatan

 Banyak kajian yang telah dijalankan berkenaan dengan khasiat probiotik terhadap banyak masalah kesihatan. Jadi, kita akan fokuskan hanya kepada kebaikan probiotik yang lebih banyak dikaji serta berkaitan dengan keputusan dan analisis-meta berkenaan perkara tersebut.

Kemudian, kajian-kajian terkini berkenaan kebaikan probiotik juga telah disenaraikan dan ditunjukkan melalui kajian rintis yang telah dilakukan berserta hasilnya.

1. Kesihatan Pencernaan

Kebaikan pertama dan utama probiotik adalah ia menyihatkan sisten pencernaan. Menurut satu analisis-meta yang telah dilakukan oleh Dalhousie University di Nova Scotia:

Probiotik secara umumnya adalah baik dalam rawatan dan pencegahan penyakit usus…Apabila memilih untuk menggunakan probiotik dalam rawatan atau pencegahan penyakit itu, faktor yang penting adalah mengetahui jenis penyakit dan spesis probiotik yang hendak digunakan.

Makan makanan yang kaya dengan bakteria baik serta mengambil suplimen probiotik juga boleh membantu memberikan perlindungan daripada penyakit keradangan usus, penyakit kolitis berulser dan penyakit Crohn’s. Buktinya adalah kukuh bagi penyembuhan masalah kolitis manakala bagi penyakit Crohn’s pula kebaikannya tidaklah banyak mana. Tambahan pula, masih terdapat lagi kajian yang dilakukan bagi mengkaji peranan probiotik bagi masalah gluten termasuklah penyakit seliak.

Banyak bukti yang menunjukkan bahawa probiotik sangat berkesan dalam mencegah pelbagai masalah cirit-birit. Probiotik juga dapat membantu melegakan masalah sembelit. Selain itu, ia juga turut ditemui dalam analisis-meta bagi mengurangkan rasa sakit dan pedih akibat sindrom kelukaan usus (IBS) dan sebagainya.

2. Mengurangkan Kerintanganan Antibiotik

The World Health Organization (WHO) telah mengenalpasti bahawa kerintanganan antibiotik adalah merupakan salah satu daripada ancaman yang terbesar kepada kesihatan masyarakat dunia, sekuriti makanan dan pembangunan hari ini. Bakteria menjadi tidak terkesan kepada antibiotik disebabkan oleh pengambilan dos antibiotik yang berlebihan, kurang kepelbagaian dalam pengambilan ubat serta penggunaan antibiotik yang tidak betul.

Dengan menggunakan probiotik dapat membantu bagi membina semula bakteria baik di dalam usus setelah satu tempoh pengambilan antibiotik serta mencegah masalah berkaitan dengan antibiotik dan usus. Tambahan pula, suplimen probiotik dan makanan boleh meningkatkan keberkesanan antibiotik dan membantu mencegah bakteria di dalam tubuh badan anda daripada menjadi tahan-antibiotik.

3. Menyembuhkan Penyakit Mental

Otak kedua yang merujuk kepada usus telah menjadi bahan kajian utama sejak sainstis telah menemui kepentingan hubungan antrara usus dan otak. Satu tinjauan yang dilakukan pada tahun 2015 telah mengenengahkan interaksi kompleks antara kedua-duanya.

Terdapat banyak interaksi antara usus dan otak dilihat mempengaruhi proses patogenesis sebilangan masalah yang melibatkan keradangan seperti kemurungan, autism, masalah ganguan perhatian kanak-kanak, multiple sclerosis dan obesiti.

Para penulis berkenaan perkara tersebut juga membincangkan soal keperluan kepada “psikobiotik” iaitu probiotik yang mempengaruhi fungsi otak dalam menangani isu tersebut. Kesan anti-keradangan yang ada padanya itulah yang paling menarik minat para pengkaji. Walaubagaimanapun, masih tidak ada lagi kajian yang dilakukan terhadap manusia. Kajian awal yang telah dilakukan pula menunjukkan hasil bahawa pada haiwan, suplimen probiotik dapat membantu mengurangkan masalah keresahan dengan cara pengurangan keradangan di sepanjang perhubungan antara usus dan otak ini.

Kebaikan probiotik juga dilihat dapat mengurangkan simptom tekanan perasaan. Menurut satu analisis-meta pada tahun 2016 yang merupakan tinjauan pertama dalam bidang ini. Pengambilan probiotik juga membantu dalam mengurangkan masalah tekanan manik (bipolar disorder).

Apa yang lebih memeranjatkan lagi, hasilnya menunjukkan bahawa probiotik juga boleh memberi kesan kepada simptom-simptom autism. Autism dan kesihatan usus telah lama dibincangkan disebabkan oleh para pesakit kebiasaannya akan mengalami masalah pencernaan yang serius.

Sungguhpun begitu, berdasarkan kajian terhadap haiwan, dengan meningkatkan kualiti bakteria baik yang ada di dalam usus bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada sistem pencernaan bahkan juga kelakuan tidak normal pesakit autism. Dalam satu kajian kes pada tahun 2016 telah melaporkan tentang seorang budak lelaki yang mengalami autism yang teruk. Semasa sedang dirawat dengan probiotik bagi masalah pencernaan, skala ADOS-nya telah menjadi bertambah baik. Ia merupakan sistem tahap diagnostik bagi mereka yang menghidap autism. Skornya telah menurun sebanyak tiga poin sehingga menjadi stabil pada skor 17.

Disebabkan keputusan seperti itu, kajian terhadap keberkesanannya kepada manusia kini sedang dijalankan bagi mengenalpasti adakah probiotik dapat mengurangkan simptom GI bagi penyakit autism dan juga terhadap “defisit teras terhadap masalah ini dari segi perkembangan kognitif dan bahasa serta fungsi otak.”

4. Meningkatkan Imuniti dan Mengurangkan Keradangan

Probiotik dan prebiotik kedua-duanya merupakan dua topik yang berkaitan dengan kajian dalam bidang keimunan. Apabila kedua-duanya digunakan serentak, para saintis mengkelaskannya sebagai sinbiotik. Satu tinjauan yang dilakukan pada tahun 2015 berkenaan perkara ini menyatakan: “Kami sarankan bahawa LAB dan Bifidobacteria serta ampaian probiotik boleh menjadi bahan tambahan atau sebagai terapi suplimentari serta memiliki keupayaan untuk mencegah pelbagai jeni penyakit berkaitan dengan imuniti disebabkan oleh kesan anti-keradangan yang dimilikinya.”

Disebabkan oleh keradangan yang kronik menjadi punca kepada kebanyakan masalah kesihatan, maka melalui kesan probiotik terhadap usus yang mana di situ terdapatnya 80% daripada sistem imun adalah perlu. Kesan tindakan peningkatan imun melalui probiotik dilihat mampu untuk meningkatkan kualiti hidup golongan berusia. Terkini, kajian sedang dilakukan untuk menguji kemampuan probiotik untuk mengurangkan keradangan dan meningkatkan keimunan usus bagi mereka yang menghidap HIV yang sehingga kini tidak ada sebarang rawatan lagi.

5. Kulit yang Sihat

Banyak kajian telah dilakukan untuk menguji kesan probiotik kepada kulit terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Analisis-meta telah mendapai bahawa suplimen probiotik adalah berkesan untuk mencegah penyakit dermatitis atopik dan ekzema bayi. Bakteria di dalam usus juga berkait dengan pembentukan jerawat walaupun bagaimana ia terjadi masih lagi tidak jelas.

Kebaikan probiotik untuk kulit juga dapat dilihat menerusi keupayaannya untuk mengurangkan keradangan di melalui bakteria baik di dalam usus. L. casei, merupakan sejenis ampaian probiotik “mampu mengurangkan antigen bagi keradangan kulit terentu.” Sudah tentu, kajian menunjukkan bahawa memiliki bakteria baik yang seimbang di dalam usus sebenarnya memberikan kebaikan kepada kulit manusia yang sihat mahupun yang berpenyakit.

6. Perlindungan daripada Alahan Makanan

Adakah anda tahu bahawa baik yang memiliki bakteria baik yang sedikit lebih mudah untuk mengalami alahan dalam tempoh dua tahu pertamanya? Punca mengapa probiotik dapat membantu mengurangkan alahan makanan adalah disebabkan oleh keupayaannya untuk mengurangkan keradangan kronik di dalam usus serta meregulasi tindak balas imun baik kepada golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

7. Boleh Merawat Penyakit Bayi yang Serius

Dua penyakit berbahaya bagi bayi yang baru lahir adalah , necrotizing enterocolitis (NEC) dan neonatal sepsis yang mana dapat disesuaikan dengan suplimen yang sesuai. Kedua-dua jenis keadaan ini sering berlaku dalam kalangan bayi pramatang dan juga berbahaya kepada bayi yang tidak cukup berat badan. Kajian telah mengesahkan bahawa apabila seorang ibu mengandung mengambil probiotik berkualiti tinggi ketika kehamilan, bayinya berkemungkinan besar tidak mengalami NEC ataupun sepsis lebih-lebih lagi apabila bayinya terus menyusu badan selepas dilahirkan (dan si ibu masih lagi mengambil suplimen tersebut) dan atau apabila probiotik ditambah ke dalam susu formula. Satu suplimen probiotik dengan ampaian bakteria yang pelbagai dilihat lebih berkesan dalam kes ini.

Satu tinjauan berkenaan kebaikan probiotik untuk necrotizing enterocolitis dengan berani mengatakan bahawa: “Keputusan telah menunjukkan bahawa betapa suplimen probiotik ini dapat mengurangkan kematian dan penyakit bagi bayi pramatang. Buktinya menunjukkan bahawa ujian placebo-terkawal tidak diperlukan sekiranya suatu produk probiotik yang sesuai ada.” Merujuk kepada gejala penyakit sepsis dalam negara-negara membangun (yang mana ia sudah menjadi kebiasaan), satu tinjauan pada tahun 2017 telah mendakwa bahawa sebilangan besar kes ini boleh dicegah sekiranya para ibu diberikan satu sinbiotik (probiotik dan prebiotik) yang mengandungi ampaian yang mengandungi ampaian probiotik L. plantarum.

8. Merendahkan Tekanan Darah

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan didapati bahawa probiotik dapat membantu mengurangkan tekanan darah melalui peningkatan profil lipid, mengurangkan kerintanganan insulin, meregulasi paras renin (sejenis protein dan enzim yang dirembeskan oleh buah pinggang untuk menurunkan tekanan darah) serta mengatifkan antioksidan. Para pengkaji pula melihat semua ini sebagai satu prospek yang baharu dalam rawatan tekanan darah tinggi disebabkan oleh kesan sampingannya yang minima atau tiada langsung.

Kesan ini akan menjadi lebih berkesan bagi mereka yang menghidap darah tinggi dan kemudiannya semakin baik apabila pesakit tersebut mengambil pelbagai jenis ampaian probiotik paling kurang selama lapan minggu atau kandungan suplimennya mengandungi 100 bilion CFU atau lebih probiotik.

9. Rawatan Diabetes (kencing manis)

Beberapa kajian yang berskala besar dan dua analisis meta telah mengesahkan bahawa probiotik berupaya untuk menjadi penyembuh semula jadi kepada diabetes. Dalam satu kajian yang dilakukan secara besar-besaran melibatkan kira-kira 200,000 subjek dan sejumlah 15,156 kes diabetes jenis 1, para pengkaji telah mendapati bahawa semakin tinggi pengambilan yogurt yang kaya dengan probiotik dapat mengurangkan risiko pembentukan diabetes.

Menurut satu analisis-meta pada tahun 2014, kebaikan probiotik dapat memberikan kebaikan kepada mereka yang menghidap diabetes dengan cara meningkatkan kesensitifan terhadap insulin dan mengurangkan tindak balas autoimun. Para penulis analisis tersebut juga menyarankan bahawa keputusan tersebut sudah cukup untuk melakukan ujian berskala besar, rawak dan terkawal bagi mengenalpasti adakah benar probiotik dapat membantu mengurus simptom diebetes. Menggabungkan probiotik dan prebiotik juga dapat membantu mengawal paras gula dalam darah lebih-lebih lagi sekiranya paras gula dalam darah sudah sedia naik.

10. Boleh Merawat Penyakit Hati Berelemak bagi yang tidak meminum Alkohol

Penyakit hati berlemak bagi yang tidak meminum alkohol atau disebut sebagai NAFLD telah menyerang kira-kira 80 sehinggas 100 juta orang di Amerika Syarikat sahaja. Disebabkan oleh pembentukan lemak di hati, NALFD boleh menyebabkan penyakit sirosis dan akhirnya diikuti dengan kegagalan hati atau kematian bagi sesetengah pesakit.

Dalam analisis-meta pada tahun 2013, kajian berkenaan probiotik dan NAFLD mendapati bahawa dengan menggunakan probiotik boleh mengurangkan bilangan pesakit ini sehingga menyebabkan pengkaji menyatakan: “Modulasi mikrobiota di dalam usus kini mewakili satu rawatan baru bagi NAFLD.”

Kajian Terkini: Kebaikan Probiotik untuk Masalah Lain

Kanser

Kajian awal mendapati bahawa sesetengah ampaian probiotik dapat membantu mencegah atau memperlahankan serta memberhentikan pertumbuhan kanser pundi kencing dan kolon. Bagi kanser kolon, keberkesanannya semakin bertambah dengan penggunaan prebiotik bersama suplimen probiotik.

Satu tinjauan berkenaan kajian terkini berkenaan kanser dan probiotik menyatakan bahawa bukti tersebut menyokong bahawa kebaikan probiotik termasuklah tindakan antikarsinogen. Walaubagaimanapun, kualiti ujian yang ada pula masih lagi rendah dan lebih banyak kajian perlu dilakukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.

Kesihatan Gigi

Dalam satu tinjauan yang dilakukan pada tahun 2009, para saintis Eropah telah mengenalpasti bahawa terapi probiotik boleh menjadi satu pilihan yang baru bagi meningkatkan kesihatan gigi. Ujian pertama secara rawak dan terkawal kepada manusia menunjukkan bahawa sesetengah ampaian probiotik dapat membantu mencegah kaviti.

Jangkitan Saluran Kencing

Disebabkan oleh laluan bakteria tersebar dari rektum ke faraj dan saluran kencing bagi wanita, probiotik telah dilihat sebagai satu penawar bagi jangkitan saluran kencing (UTI) bagi golongan wanita. Satu tinjauan pada 2012 telah menunjukkan bahawa probiotik dilihat berkesan untuk mencegah gejala UTI ini namun  lebih banyak kajian perlu dijalankan sebelum pengesahan dapat dibuat. Ampaian sihat bakteria yang membantu proses ini juga adalah jarang digunakan. Oleh itu, rawatan yang sepatutnya sudah pasti akan sedikit rumit.

Artritis Reumatoid

Disebabkan oleh kesihatan usus yang lemah dikaitkan dengan tindakbalas autoimun seperti yang terjadi melalui artritis reumatoid ini, probiotik telah dikemukakan sebagai pilihan untuk merawatnya. Hanya sedikit sahaja kajian yang telah dijalankan terhadap manusia dan hanya satu jenis ampaian probiotik sahaja iaitu L. casei 01 yang mampu mengurangkan kadar keradangan dan perkembangan artritis ini.

Walaubagaimanapun, satu kajian rintis pada tahun 2003 dan 2011 secara rawak dan terkawal kedua-duanya melaporkan bahawa aktiviti artritis kekal tidak berubah namun, pesakit yang dirawat dengan probiotik dilaporkan secara subjektifnya semakin sihat. Ada yang mengatakan bahawa puncanya adalah disebabkan oleh ujian tersebut dilakukan dalam masa yang terlalu singkat sehingga tidak dapat dilihat perubahan yang ada.

Batu Karang

Sebilangan spesis probiotik Lactobacillus dan Bifidobacterium dapat membantu mengurangkan oksalat yang menyebabkan batu karang. Para pengkaji sungguh berminat dengan pilihan ini disebabkan oleh tidak seperti rawatan perubatan yang lain bagi batu karang, bakteria probiotik hidup dalam usus.

Sungguhpun begitu, kajian terhadap manusia terlebih dahulu perlu dilakukan sebelum mengesahkan bahawa bakteria tersebut berkesan. Para saintis juga masih lagi tidak pasti seandainya mikrobiom ini boleh dimanipulasi sebegitu bagi mengurangkan risiko batu karang.

Penurunan Berat

Dahulu, probiotik telah dikatakan sebagai sebahagian daripada diet untuk menurunkan berat badan. Namun, melalui analisis-meta pada tahun 2015 mendapati bahawa kajian yang telah dilakukan itu dilihat tidak menyokong hipotesis ini disebabkan oleh berat badan dan BMI tidak berkurangan secara konsisten. Para pengkaji juga telah menyimpulkan bahawa ujian-ujian yang lebih baik masih lagi diperlukan disebabakn oleh mereka masih lagi tidak yakin dengan keputusan yang ada.

Suplimen Probiotik dan Ampaian Probiotik yang Bagus

Hampir semua orang boleh mendapatkan manfaat daripada suplimen probiotik namun, bagi yang tidak mampu untuk mengambil suplimen tersebut sekurang-kurangnya mereka boleh menambahkan makanan bertapai di dalam diet mereka. Probiotik kini sudah ada di hampir semua farmasi bahkan juga dijual oleh pengedar-pengedar atas talian. Hal ini dengan mudah kebaikan bakteria baik ini dapat diperoleh.

Apakah probiotik yang terbaik? Memandangkan ramai orang melaporkan bahawa kesan positif dialami hasil daripada pengambilan suplimen probiotik yang mengandungi banyak ampaian probiotik, anda pasti ingin tahu apakah yang spesis-spesis tersebut boleh lakukan. Berikut merupakan bakteria baik yang anda akan lihat pada label-label suplimen probiotik yang berkualiti tinggi untuk memastikan anda membeli probiotik yang baik.

Antara ampaian probiotik yang terbaik adalah:

  • Bacillus coagulans
  • Saccharomyces boulardii
  • Bacillus subtilis
  • Lactobacillus plantarum
  • Bacillus clausii
  • Bifidobacterium bifidum
  • Bifidobacterium longum
  • Bifidobacterium breve
  • Bifidobacterium infantis
  • Lactobacillus casei
  • Lactobacillus acidophilus
  • Lactobacillus bulgaricus
  • Lactobacillus brevis
  • Lactobacillus rhamnosus
  • Lactic acid

Dalam mencari probiotik yang terbaik di pasaran, berikut merupakan beberapa faktor spesifik yang anda perlu ketahui termasuklah:

  • Jenama: Pastikan anda sentiasa membeli daripada pengedar yang sah dan memiliki ulasan pembeli yang baik. Lihat label jenama probiotik tersebut untuk memastikan anda mendapatkan probiotik yang berkualiti tinggi.
  • Bilangan CFU: Cari probiotik yang mengandungi kira-kira 10-20 bilion CFU untuk memaksimakan kesannya.
  • Kepelbagaian Ampaian: Suplimen probiotik seharusnya mengandungi campuran beberapa ampaian probiotik yang mana setiap satunya memberikan kebaikannya yang tersendiri.
  • Kultur Hidup: Idealnya, suplimen probiotik yang terbaik seharusnya memiliki lebel “kultur hidup dan aktif” berbanding “dibuat daripada kultur aktif.” Hal ini disebabkan oleh sesetengah probiotik melalui proses rawatan haba yang mana ia boleh membunuh ampaian-ampaian bakteria yang berguna sebelum ia sempat masuk ke dalam badan anda.
  • Prebiotik: Sebagaimana pentingnya probiotik, prebiotik pun begitu. Ia membantu memberikan tenaga kepada bakterua baik di dalam usus anda. Anda boleh pilih suplimen yang mengandungi bahan seperti biji flaks, biji chia, biji labu dan halia untuk mendapatkan campuran prebiotik tambahan kepada suplimen anda.
  • Kestabilan: Sesetengah jenis probiotik perlu disejukkan bagi memelihara keupayaannya serta memastikan ia tahan lama. Probiotik yang shelf-stable adalah pilihan yang lebih baik kerana ia dapat bertahan lama di dalam saluran pencernaan anda.

Dos Probiotik adalah disukat di dalam “unit pembentukan koloni” atau “colony forming units,” (CFU). Idealnya, anda seharusnya cuba dapatkan sekurang-kurangnya 5-10 bilion CFU sehari bagi kanak-kanak dan 10-20 bilion CFU sehari bagi dewasa.

Langkah Berjaga-jaga

Sungguhpun probiotik ini dapat memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan, tidak semua suplimen dihasilkan serupa. Suplimen probiotik terbaik kebiasaannya datang daripada jenama berkualiti tinggi dan seharusnya memiliki campuran ampaian yang berbeza. Tambahan pula, terdapat juga produk probiotik yang dipek dengan gula atau bahan tambahan yang mana ia boleh menghilangkan banyak kebaikannya.

Sesetengah kesan sampingan yang biasa bagi pengambilan probiotik adalah rasa mual. Maka, untuk mengurangkan risiko tersebut, mulakan dengan dos yang rendah dahulu kemudian barulah tingkan dosnya sedikit demi sedikit. Kebiasaannya kesan sampingan tersebut hanya berlaku untuk tempoh beberapa minggu setelah mula-mula mengambilnya.

Sekiranya anda memiliki sebarang masalah berkaitan dengan perubatan atau mengambil mana-mana ubat, anda perlulah mendapatkan nasihata doktor anda terlebih dahulu sebelum mula mengambil suplimen.

KESIMPULAN

  • Probiotik dapat membantu meningkatkan kandungan bakteria baik di dalam usus anda yang mana akan meningkatkan juga keadaan kesihatan anda.
  • Terdapat pelbagai jenis ampaian probiotik yang mana setiap satunya memiliki kebaikannya yang tersendiri.
  • Cari suplimen yang shelf-stable yang mana ia mengandungi kultur hidup, prebiotik dan pelbagai jenis ampaian. Elakkan daripada membeli produk dengan perisa, pengawet dan gula tambahan.
  • Anda juga boleh menambah sesetengah jenis makanan bertapai sebagai sebahagian daripada diet seimbang anda bagi mengoptimuimkan kesihatan usus anda.

Sumber artikel di sini. 

 

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *